Friday, July 15, 2011

Bila Yang Haq Dan Yang Bathil Berhujah! Hujah Atau Torojah!

Assalamu'alaikum.











Pembaca yang budiman,


Apa yang didengari daripada clip video yang dipaparkan ini adalah sebahagian daripada dalil dan nas Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Dalam postings saya yang lepas-lepas, jika pembaca sekelian membacanya, begitu banyak hadis yang saya kemukakan bagi menguatkan hujah bahawa menentang pemerintah itu adalah suatu perbuatan yang HARAM.


HARAM jugak menentang PEMERINTAH walaupun ianya zalim dalam apa jua tafsiran yang dapat kamu fikirkan. Begitu jugak jika kita menjadi warganegara disesabuah negara kafir,pengharamannya tetap jugak berkuat kuasa.Jika kamu tidak tertahan disebabkan penindasan yang dilakukan dan dipaksakan oleh Pemerintah terhadap kamu, maka Al Quran mempunyai penyelesaiannya iaitu HIJRAH. Sila baca BUKTINYA:


Surah An Nisa' ayat 97:


Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat sedang mereka menganiaya dirinya,malaikat berkata: Dalam apakah kamu berada? Mereka menjawab: Kami adalah orang lemah(tiada sanggup mengerjakan agama) ditanah air kami. Berkata malaikat: Tiadakah bumi Allah itu lapang,lalu kamu berhijrah kepadanya? Maka tempat mereka itu Neraka Jahannam dan itulah sejahat-jahat tempat tinggal.


Penjelasan: Ayat yang diatas memaparkan peristiwa yang akan berlaku disebut oleh Allah SWT didalam Al Quran agar menjadi pedoman dan peringatan.Orang-orang yang menjawab pertanyaan malaikat itu sebenarnya bukanlah orang-orang yang lemah malahan mereka adalah orang-orang yang berupaya yang sengaja tidak mahu berhijrah. Ini disebabkan mereka cinta kepada dunia;sama ada anak isteri,harta benda dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan dalam hal penghijrahan Nabi s.a.w. ke Madinah. Dimana tempat mereka bagi orang-orang yang tidak mahu berhijrah? Seperti mana tersebut diayat itu,"Maka tempat mereka itu Neraka Jahanam" Kecuali mereka benar-benar lemah;tidak nampak suatu jalan keluar,maka bagi mereka ini ada jugak Allah menyebutkannya.


Ayat 98 seterusnya: " Kecuali orang-orang yang lemah diantara laki-laki dan perempuan-perempuan dan anak-anak,mereka tiada berdaya dan tiada mendapat suatu jalan."


Ayat 99: "Mudah-mudahan Allah akan memaafkan mereka,dan Allah Pemaaf lagi Pengampun."


Pembaca yang budiman,


Pemerintah Quraisy menekan dan menindas serta melarang kebebasan beragama; tiada ruang bagi Nabi s.a.w. dan pengikutnya, sahingga berlakunya HIJRAH. Tidak pulak Allah menyuruh agar Nabi s.a.w. dan pengikutnya supaya berdemonstrasi secara aman! Namun begitu,tidak jugak setelah umat Islam berkembang di Madinah Nabi s.a.w. ajak pengikutnya menentang pemerintahan Quraisy. Perang Badar yang berlaku adalah arahan Allah SWT kerana bala tentera kafir Quraisy bersiap sedia untuk menyerang kaum muslimin di Madinah. Allah SWT mengetahui bahawa peperangan itu PASTI BERLAKU. Maka perintah itu DIKELUARKAN.


Dalam kesah Nabi Musa a.s.;pemerintah pada masa itu ialah Firaun, dia(Musa) diperintah oleh Allah SWT supaya pergi kepada Firaun dan mengajak Firaun mensucikan dirinya. Begitulah Kemuliaan Allah SWT terhadap Firaun; yang mengaku dirinya tuhan pun, disuruh ajak secara baik.


Dalam peristiwa lainnya pulak,apabila Nabi Musa a.s. dan pengikutnya merasakan diri mereka tidak selamat lagi tingggal dibumi Firaun maka mereka berhijrah. Tetapi penghijrahan mereka dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya sahingga turun malapertaka kepada mereka dalam peristiwa apa yang umum ketahui iaitu peristiwa Laut merah terbelah dua.


Apakah para pembaca semua pernah dengar peperangan yang berlaku antara Nabi Musa serta pengikutnya dengan bala tentera kerajaan Firaun? Kalau ada,sila nyatakan. Begitulah SIFAT AGAMA TAUHID, agama yang mementingkan KEAMANAN. BERTINDAK apabila DISERANG.


Persoalan yang timbul,apakah dinegara kita ini tidak ada kebebasan beragama? Apakah penganut agama Islam ditindas serta dilarang daripada mengamalkan ajaran agama Islam? Apakah penganut agama Islam dilarang daripada melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka? Apakah yang membolehkan sesetengah golongan penganut agama Islam ini membuat onak dan duri serta melakukan penentangan terhadap pemerintah? Pengkianat betul bagi orang-orang Islam yang berakhlak seperti itu! Mereka mengaku Islam tetapi tidak mengikut tatasusila serta akhlak sebagai seorang Islam. Mengaku mengikut Al Qur'an dan Sunnah tetapi pada hakikatnya mereka tidak atau mengikut separuh-separuh iaitu apa yang akan menjejaskan kepentingan nafsu dunia mereka akan tolak.


Disebut jugak didalam clip video itu tentang Jemaah. Timbulnya persoalan Jemaah ini jugak membawa kepada PERPECAHAN.Tanpa mengambil kira penafsiran sebenar tentang makna Jemaah Islam,maka muncul beberapa firqah yang mendakwa firqah mereka itu adalah jemaah YANG SATU yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai kelompok yang SELAMAT daripada 72 yang lain.Firqah-firqah ini mengaku bahawa merekalah golongan yang disebut oleh Nabi. Di negara ini saje terdapat beberapa golongan seperti Arqam,Tabligh,Tariqat dan tidak terkecuali parti PAS yang mendakwa mereka adalah JEMAAH ISLAM  walhal semua mereka ini jauh daripada menepati sifat-sifat sebagai JEMAAH ISLAM.


Wallahu'alam.



5 comments:

  1. Apa yg ko merapu ni? Keluarkan ayat quran ikut tafsiran sendiri. Takde kena mengena dgn langsung dgn apa topik yg ko sendiri tulis. Cuba guna sirah nabi tapi ko terlupa sesuatu yg ko suka berbelit2 tentang sejarah. Aritu citer pasal Abdullah ibnu Zubair pun ko nak belit, skang kisah nabi pun belit. Apa persamaan antara dua kisah yg ko cuba belitkan.
    Kedua-dua kekasih Allah tidak melawan kerana kekuatan mereka ketika tidak memungkinkan mereka utk bertindakbalas. Bagaimana pula citer tentang nabi daud as melawan/membunuh thagut. Atau citer cucu kesayangan Rasullah SAW hussin bin ali bin abi talib menentang pemerintah ketika itu yazid bin muawiyah. Atau imam nawawi menetang pemerintah islam ketika itu. Toksah belit-belitan. Jgn jumud sangat pemerintah islam yg awal ko tu. Kalau pemimpin islam boleh terfikir utk mengadakan judi bola, hab hiburan sebagai pendapatan negara cuba ko fikir pemimpin islam seperti abu bakr yg akan memerangi org yg membayar zakat unta dgn tali pada zaman Rasullah akan tetapi bila dia jadi pemimpin mereka membayar zakat dgn unta tanpa tali. Kerana apa beliau bertindak begitu kerana dia tak nak islam itu kurang jika dibandingkan ketika Rasullah hidup. Pemimpin islam sekarang bukan setakat kurang tapi menambah perkara yg jelas haram disisi islam seperti pusat perjudian di tanah tinggi, hiburan yg melalaikan dan sebagainya. Jadi jgn jadi pembelit bro....

    ReplyDelete
  2. http://drmaza.com/home/?p=1486
    Beza Umum dan Peribadi
    Memaki orang memang haram. Memaki pemerintah juga haram. Apa yang dilakukan oleh sesetengah puak dalam kalangan politik adalah perbuatan yang jelek. Islam memelihara akhlak dan budi. Kata Anas bin Malik r.a:
    “Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. (Riwayat al-Bukhari).
    Namun, kita hendaklah sedar dan faham bukan semua kritikan itu maki hamun. Apatah lagi dalam kerangka negara demokrasi yang dibentuk oleh kerajaan sendiri, kritikan atau bantahan terhadap tindakan kerajaan adalah sesuatu yang diizinkan oleh pelembagaan itu sendiri. Jika tidak, wakil-wakil rakyat di DUN dan Parlimen tidak boleh bersuara untuk didengari oleh pemerintah dan rakyat. Kalaulah kritikan semuanya diharamkan oleh agama, tentulah kerja ahli Parlimen mengampu semua yang kerajaan buat sahaja.
    Lebih hodoh lagi, sang wira ini telah mengharamkan mengkritik kerajaan secara terbuka. Dia gagal membeza antara mengkritik urusan peribadi pemerintah dan mengkritik tindakan pemerintah yang membabitkan kepentingan awam. Jika fatwa ini digunapakai, maka setiap tokoh agama, atau politik yang ditanya pendapat mereka oleh media tentu tiada ruang bersuara yang berbeza dengan kerajaan.
    Misalnya, ada kerajaan yang ingin melanjutkan pusat hiburan sehingga pukul 3 pagi. Saya percaya, jika tokoh ulama ini ditanya oleh awam, atau media, atau jika dia menjadi ahli Parlimen pasti dia akan berkata: “Saya tidak boleh mengkritik atau membantah ulul amri di khalayak ramai kerana itu haram”. Maka mandullah negara, rosaklah rakyat. Sedangkan para sahabat seperti Salman al-Farisi bangun membantah tindakan Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab dalam majlis terbuka. Demikian juga sahabat yang lain. Betapa banyak riwayat para sahabah dan ulama salaf bangun memberikan kritikan terhadap keputusan para penguasa di depan khalayak ramai.

    ReplyDelete
  3. Dalam riwayat al-Tabarani yang dinilai hasan oleh al-Albani:
    “Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.
    Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.
    Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.
    Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.
    Itu generasi salaf. Itu khalifah di zaman salaf. Bagaimana pula dikatakan mazhab salaf melarang sama sekali menegur pemerintah di khalayak rakyat?! Ya, adapun soal maksiat peribadi, seperti akhlak buruk pemerintah, atau keluarga mereka yang tidak membabitkan kepentingan negara, maka di situ kita dilarang mendedahkan atau menceritakan keaiban orang lain di khalayak ramai. Islam menyuruh kita menutup aib orang, apatah lagi mereka yang mempunyai peranan yang besar seperti itu. Di sini Nabi s.a.w bersabda:
    “Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani).

    ReplyDelete
  4. salam tuan2 semua..maaf tuan2..tuan2 sedang "BERTUNGKUS LUMUS" jadikan ayat2 suci Allah dan sabda2 rasul sbg hujah2 utk mempertahankan "MAKHLUK" ke dlm penulisan2 tuan2?..x "MEMBAZIR" ke tuan2? SALAM N WALAHUAKLAM...(TERINGAT KATA2 MASYHUR YG KELUAR DARI MULUT ABU BAKAR AS SIDDIQ.."YG TGGL D RUMAHKU HANYA ALLAH DAN RASUL"..ABIS KOSONG RETA BENDA DIA KAT UMAH,SEMUA SKALI RETA BENDA DIA DI MAKSUDKAN KE AGAMA,SAMPAI DAPOR DIA PUN X BERASAP..BUKAN CITER DONGENG NI..AH MALU LA NAK CITER)

    ReplyDelete
  5. salam. saya syorkan tuan tukarkn nama blog tuan kpd spt waris hangtuah atau sbg.
    bukan apa, posting tuan mungkin akan mncemarkn nama baik jemaah tabligh yg diktahui bebas dari elemen politik. malah dlm tabligh umat islam dpt bersatu tidak kira fhmn politk pas, umno atau pkr.
    oleh itu sy kira eloklah tuan tukar nama blog tuan krn takut atas sbb pndgan peribadi tuan akan mybbkn fitnah atas tabligh.

    ReplyDelete