Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Semua manusia mempunyai pandangan sendiri mengenai DEMONSTRASI dan tidak lupa jugak dikalangan umat Islam. Semua orang boleh membuat kesimpulannya sendiri termasuklah orang-orang yang bergelar ulamak,orang-orang politik termasuklah orang-orang bukan politik. Tetapi,ingat! Kesimpulan yang dibuat jika tidak mengikut garis panduan akan tersasar jauh daripada KEBENARAN.
Kesimpulan mengenai DEMONSTRASI jika dibuat mengikut AKAL FIKIRAN tanpa dikemukakan bukti-bukti boleh membawa kepada KESESATAN. Hal sedemikian,dalam apa jua masalah tentang agama yang melibatkan permasalahan umat Islam,kesimpulan yang dibuat mestilah bersandarkan kepada bukti-bukti daripada Al Qur'an dan Hadis Nabi saw disertai dengan HIDAYAH daripada Allah SWT.
Elok sekiranya saya terangkan terlebih dahulu bahawa DEMONSTRASI mempunyai kaitan dengan PEMERINTAHAN atau PEMERINTAH/ULILAMRI/PENGUASA dikalangan kamu. Dalam penjelasan mengenai pemerintah,saya telah buktikan berdasarkan hadis-hadis Nabi saw bahawa RAKYAT WAJIB TAAT KEPADA PEMERINTAH kecuali jika dipaksa secara fisikal melakukan maksiat kepada Allah SWT. Paksaan secara fisikal ini jugak telah saya huraikan. Tak tahan dengan deraan secara fisikal sahingga menuruti perbuatan yang dipaksakan,jugak telah saya huraikan. Silalah baca postings saya yang lepas-lepas agar para pembaca sekelian mendapat ilmu daripadanya. Bukan nak paksa tapi sekadar pandangan. Jika para pembaca rasakan baik,ikutlah kerana mengikut pandangan yang baik itu disebut oleh Allah didalam Surah Az Zumar 17-18.
Firman Allah SWT dalam surah Az Zumar ayat 17 dan 18:
"Orang-orang yang menjauhi menyembah syaitan dan kembali kepada Allah,untuk mereka itu kabar gembira. Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu,Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal."
Pembuktian dengan Al Qur'an:
Surah An Nisa' Ayat 59:-
Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman,taatlah Allah dan taatlah Rasul dan orang-orang yang mengurus pekerjaan dari kamu.(Para pemimpin/Pemerintah/Ulilamri).
Penjelasan: Untuk satu baris ayat ini saje telah wujud bantah membantah daripada puak yang tidak menyetujuinya. Satu pihak kata,wajib taat ulilamri kecuali dipaksa(disertai dengan kekerasan) dan tidak boleh menentang/menjatuhkan dan satu pihak lagi mengatakan taat kepada ulilamri bersyarat dan boleh menentang/menjatuhkan. Hal sedemikian kerana mereka mengatakan tiada perkataan 'taat' sebelum perkataan 'ulilamri'. Bagi saya perkara itu ada benar tetapi mereka menafsirkan perkataan 'bersyarat' mengikut fikiran dan nafsu mereka sendiri tanpa mengikuti nasihat Allah SWT. Dan seterusnya Allah berfirman pada ayat yang sama:-
"Kalau kamu berbantah-bantah tentang sesuatu(perkara),hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul,jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang Kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan."
Penjelasan: Pihak yang mengatakan boleh menentang/menjatuhkan pemerintah, menafsir ayat itu mengikut hawa nafsu tanpa merujuk kepada banyak hadis Nabi s.a.w. yang menerangkan tentang pemerintah dan bagaimana semestinya perlakuan/adab/tindakan kita terhadap pemerintah.
Selari dengan tafsiran mereka serta digabungkan dengan amalan Demokrasi,mereka bertindak membelakangkan nasihat Nabi s.a.w.(mengenepikan syariat Islam) yang mana mereka mengetahui bahawa Nabi s.a.w. adalah satu-satunya OTORITI yang mempunyai HAK menafsirkan Al Qur'an. Maka terjadilah perbalahan yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.
Apakah umat Islam semua boleh mempercayai mereka ini? Cuba kamu bayangkan bahawa sejak dari dulu lagi (sejarah perpecahan iaitu keluar daripada kesatuan awal dimana umat Islam bersatu dengannya) mereka menafsirkan bahawa perjuangan mereka ialah menegakkan NEGARA ISLAM ADALAH TUNTUTAN AL QUR'AN ( Habis semua orang yang tidak menyokongnya dikafirkan) tetapi sekarang ini telah berubah kepada perjuangan menegakkan NEGARA BERKEBAJIKAN. Alasan yang diberi bahawa perjuangan menegakkan NEGARA ISLAM tidak ada dalam Al Qur'an. Jadi,nampaknya mereka telah menyalahi tafsiran yang dibuat oleh mereka sendiri.
Pembuktian dengan Hadis Nabi saw:-
Hadis Muslim:
Auf bin Malik r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik pemimpinmu ialah yang kamu cintai dan mereka cinta kepada kamu dan kamu do'akan dan mereka mendo'akan kamu. Dan sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan membenci pada kamu,dan kamu kutuk dan mengutuk kamu. Sahabat bertanya: Bolehkah kami MENENTANG mereka? Jawabnya: TIDAK,SELAMA MEREKA TETAP MENEGAKKAN SEMBAHYANG.
Penjelasan: Apa saje jenis penentangan yang dapat kamu fikirkan semuanya tidak boleh. Jangankan kata nak berdemonstrasi,nak memaki mereka pun tidak boleh. Buktinya:-
Hadis riwayat At Tirmidzy:
Abu Bakrah r.a. berkata: Saya telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang menghina Raja(Pemerintah),Allah akan menghinakannya.
Timbul persoalan,apakah tidak boleh rakyat bangun BERDEMONSTRASI DI JALANAN bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihanraya? Jawapan kepada persoalannya,apakah tiada ruang yang diberi oleh pemerintah untuk menyuarakan ketidakpuasan itu? Dewan Rakyat ada,perbincangan pun dah ada dengan pihak SPR dan yang penting sekali PEMERINTAH ADALAH SAH setelah dipilih oleh MAJORITI RAKYAT. Berapa ramaikah sangat yang tidak berpuas hati? Kebanyakan daripada mereka yang akan keluar dijalanan adalah mereka yang dipengaruhi dan yang ikut-ikutan serta diburukkan lagi kedatangan orang ramai yang ingin melihatnya. Penentuan sama ada BERSIH atau TIDAK BERSIH telah ditentukan oleh MAJORITI RAKYAT YANG MENGUNDI. Siapa mereka yang mengatakan TIDAK BERSIH!
Pembaca yang budiman,
Implikasi daripada DEMONSTRASI JALANAN ini sangat banyak. Kita semua tahu keburukannya jika perkara itu berlaku. Oleh itu,hujah saya saperti diatas dan implikasi buruk yang akan dihadapi oleh umat Islam maka, ISLAM MENGHARAMKAN perlakuan sedemikian.
Kita semua tahu bahawa SPR adalah PIHAK KETIGA iaitu pihak yang NEUTRAL;ditugaskan untuk mengendalikan soal pilihanraya,diberi kuasa oleh AGONG. Jika mereka mengatakan bahawa SPR bersubahat dengan PEMERINTAH,bagaimana pulak 4 negeri dikuasai oleh PEMBANGKANG? Bukankah ini janggal namanya? Oleh itu,tiada sebab bagi mereka untuk mengadakan Demonstrasi Jalanan.
Belum ada pembuktian lagi oleh pihak pembangkang terhadap SPR melalui Makamah bahawa SPR itu tidak bersih. Sikit punya ramai orang-orang yang didakwa sebagai PENGUNDI HANTU dipanggil mengadap ke muka pengadilan tapi akhirnya, kesemua mereka yang didakwa adalah pengundi sebenar di tempat masing-masing.Kesemua mereka memohon agar mereka dibayar RM150-00 sebagai wang pampasan kehadiran tetapi pihak yang mendakwa iaitu PAS gagal menyelesaikannya. Saperti yang saya kata, belum ada pembuktian bahawa SPR itu TIDAK BERSIH. Oleh itu, bagi mereka yang mencampakkan diri ke dalam kebinasaan dengan mengambil bahagian dalam DEMONSTRASI JALANAN adalah BERDOSA kerana perbuatan saperti itu adalah HARAM HUKUMNYA.
Tidak adakah petunjuk daripada Nabi s.a.w. tentang bagaimana sepatutnya RAKYAT MESTI BERTINDAK terhadap PEMERINTAH YANG DIKATAKAN "ZALIM"? Persoalannya,ZALIM YANG MACAM MANA? Walau bagaimanapun,kita sambung dengan hujah seterusnya:
Apakah perbuatan seperti dibawah ini berupa PERBUATAN ZALIM?
1. Kepala-kepala/pemimpin-pemimpin yang hanya pandai menuntut hak mereka dan menahan hak kami.
2. Monopoli dan mengutamakan diri sendiri,dan hal-hal yang kamu anggap tidak benar.
3. Membenci sesuatu dari pemerintah. (Ayat ini boleh membawa maksud,membenci kerana mereka RASUAH ke atau membenci kerana mereka MEMONOPOLI ke( kamu boleh fikirkan apa jugak bentuk monopoli) atau perbuatan pada kes No.1.
Jika kamu menganggap kedua-dua perbuatan tersebut adalah ZALIM maka apa kata Nabi s.a.w. dalam hal sedemikian.
Bagi kes 1 - Nabi s.a.w. bersabda: "Dengarlah dan taatlah maka sungguh bagi masing-masing kewajipan sendiri-sendiri, atas mereka ada tanggung-jawab,dan atas kamu tanggung jawabmu." (Muslim)
Bagi kes 2 - Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu harus menunaikan kewajipanmu, dan mengharapkan kepada Allah SWT apa yang menjadi hakmu." (Bukhary dan Muslim)
Bagi kes 3 - Saya sediakan fulltext hadis dari riwayat Bukhary dan Muslim:-
Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang membenci sesuatu dari PEMERINTAHNYA hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa yang KELUAR dari PEMERINTAHNYA walau SEKEDAR SATU JENGKAL, kemudian ia MATI, MATI DALAM JAHILIYAH."
Pembaca yang budiman,
Hidup ini seperti yang disebut oleh Allah SWT ialah bertujuan BERIBADAT. Penciptaan manusia pelbagai bangsa bertujuan untuk kita saling kenal mengenali dan berkasih sayang antara satu sama yang lain. Allah SWT menjadikan khalifah(pemimpin) dimuka ini agar mereka dapat mentakbir manusia serta menjaga segala keperluan mereka. Itulah tujuan khalifah/pemimpin dijadikan. Untuk mencapai tujuan itu,manusia perlu taat kepada khalifah/pemimpin kerana tanpanya dan tanpa ada ketaatan daripada manusia/rakyat perkara yang menjadi asas terpenting iaitu KEAMANAN bagi mencapai tuntutan kepada BEBERAPA TUJUAN KEHIDUPAN seperti yang saya sebut tadi menghadapi JALAN KESUKARAN..
Tidak terdapat satu hadis pun sepertimana yang saya tahu daripada pembacaan bahawa Nabi s.a.w. membenarkan menentang PEMERINTAH. Carilah dan kemukakanlah satu saje hadis,jika kamu orang-orang yang benar.
Wassalam.
Pertama:
ReplyDeleteDemonstrasi boleh dianggap sebagai alat moden dalam amar ma’ruf dan nahi mungkar terhadap pemerintah. Sekiranya mungkar yang dilakukan oleh sebilangan kecil rakyat juga wajib dihalang, maka terlebih utama untuk dihalang jika kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah. Ini kerana, kemungkaran dari pihak pemerintah akan memberikan implikasi kepada umat yang lebih besar mudharatnya. Lebih mudharat lagi, apabila kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah itu melibatkan kepada rasuah, penyelewengan harta rakyat, penafian hak rakyat dan sebagainya.
Sabda Nabi SAW;
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya;
“Barangsiapa tengok sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia tukar dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan benci dalam hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman” [Muslim : 70]
Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam An-Nawawi menukilkan perkataan Qadhi Iyyad yang berkata;
هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا
Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal pada sifat melakukan perubahan. Menjadi satu hak kepada pihak yang mengubah bahawa dia mengubah itu dengan semua bentuk yang dia mampu hapuskannya; samada dengan perkataan atau dengan perbuatan” [Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 1/131]
Jadi, menggunakan demonstrasi adalah cara yang termampu yang boleh untuk memberhentikan kezaliman pemerintah. Makanya, ia tidak terlarang.
Kedua;
Ibnu Kathir ada menyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah bahawa ada seorang tabiin besar bernama Ibnu Asy’as telah masuk ke basrah dan berbaiah bersama rakyat Basrah untuk mengugurkan Abdul Malik dan timbalannya, Hajjaj Yusuf As-Saqafi. Semasa berkhutbah, Ibnu Asy’as ini berkata;
ليس الحجاج بشيء , ولكن اذهبوا بنا الى عبد المالك لنقاتله
Maksudnya;
“tiadalah Hajaj itu sesuatu pun. Tetapi pergilah kamu bersama kami kepada Abdul Malik untuk menyeranginya”
Menurut Ibnu Kathir lagi, golongan fuqaha’, Qurra’, orang-orang tua dan orang-orang muda dari kalangan rakyat Basrah telah sepakat untuk mengugurkan pemerintahan Hajjaj dan Abdul Malik bin Marwan, hingga dikatakan bilangan mereka seramai 33 ribu berkuda dan 120 ribu berjalan kaki. [Al-Bidayah Wa An-Nihayah : 9/45-46]
Dari nukilan ini, kita dapati ulama salaf soleh terdahulu telah mengadakan demonstrasi. Menariknya, ia bukan sekadar dilakukan oleh Ibnu Asy’as, tetapi disokong dan didokong kuat oleh golongan Fuqaha’ dan Qurra’ dari Basrah.
Ketiga;
Dari sudut kepercayaan, kita mengakui Islam lebih baik berbanding demokrasi. Dalam demokrasi, demonstrasi adalah perkara yang biasa dan diterima untuk melakukan teguran kepada pemerintah yang zalim. Lalu, kita menyatakan bahawa demonstrasi aman tidak dibenarkan dalam Islam. Ia seakan-akan menggambarkan bahawa demokrasi lebih baik berbanding islam dalam mencegah kemungkaran dan kezaliman pemerintah.
Jika inilah keadaannya, sudah pasti ia adalah satu perkara yang mustahil.
hadis dari riwayat Bukhary dan Muslim:-
ReplyDeleteIbnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang membenci sesuatu dari PEMERINTAHNYA hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa yang KELUAR dari PEMERINTAHNYA walau SEKEDAR SATU JENGKAL, kemudian ia MATI, MATI DALAM JAHILIYAH."
Perlu diingat, sabar tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘berdiam diri’. Ini kerana, kalimah sabar itu sendiri memerlukan tindakan. Imam Ibnu Kathir ada menyebut;
والصبر صبران، فصبر على ترك المحارم والمآثم وصبر على فعل الطاعات والقربات
Maksudnya;
“Sabar itu ada dua jenis; sabar dalam meninggalkan perkara yang haram dan dosa, dan sabar dalam melakukan ketaatan dan kehampiran diri kepada Allah” [Tafsir Al-Quran Al-‘Azim : 1/446]
Dengan maksud, dalam sabar itu juga ada juga tindakan yang perlu dilakukan. Bukan berdiam diri sahaja.
Begitujuga, Imam Fakhruddin Ar-Razi menyebut;
وأما المصابرة فهي عبارة عن تحمل المكاره الواقعة بينه وبين الغير
Maksudnya;
“adapun kesabaran itu adalah ibarat dari menanggung perkara yang tidak disukai yang terjadi diantaranya dan orang lain” [At-Tafsir Al-Kabir : 5/29]
Jadi, menjadikan hadis ini untuk mengharamkan demonstrasi aman adalah tidak tepat, tetapi boleh dijadikan hujjah jika mengharamkan demonstrasi persenjataan.
[3]
Mereka yang mengaramkan demonstrasi juga beralasan bahawa amalan demonstrasi ini adalah amalan khawarij.
Perlu diingat, khawarij mempunyai aqidahnya tersendiri; iaitu menganggap kafir kepada pelaku dosa besar. Golongan yang beraqidah seperti ini, memungkinkan memerintah. Lalu, apabila golongan sebegini memerintah, apakah mereka sudah tidak lagi digelar sebagai khawarij? Ataupun, apakah golongan yang keluar demonstrasi terhadap pemerintah yang menganggap kafir terhadap orang yang berdosa besar itu sebagai khawarij pula? Jika ini dilakukan, ia akan lahir “tasalsul”, yang tidak berkesudahan.
Sesuatu itu tidak boleh dikatakan haram semata-mata ia datang orang yang kita tidak suka; samada muslim atau tidak muslim. Malahan, sekiranya amalan dari non Muslim sekalipun, ia diharuskan dilakukan selagi tidak bercanggah dengan nas yang saheh dan sareh.
Demonstrasi tidak bercanggah dengan nas yang saheh lagi sareh. Makanya, ia kembali kepada hukum asal, iaitu asal sesuatu perkara itu adalah harus.
Anonymous said...
ReplyDeleteJuly 4, 2011 3:34 AM
Pertama:
Demonstrasi boleh dianggap sebagai alat moden dalam amar ma’ruf dan nahi mungkar terhadap pemerintah. Sekiranya mungkar yang dilakukan oleh sebilangan kecil rakyat juga wajib dihalang, maka terlebih utama untuk dihalang jika kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah. Ini kerana, kemungkaran dari pihak pemerintah akan memberikan implikasi kepada umat yang lebih besar mudharatnya. Lebih mudharat lagi, apabila kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah itu melibatkan kepada rasuah, penyelewengan harta rakyat, penafian hak rakyat dan sebagainya.
Sabda Nabi SAW;
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya;
“Barangsiapa tengok sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia tukar dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan benci dalam hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman” [Muslim : 70]
Salam,
Tulisan anda untuk hujah pertama dan kedua dirujuk.
Pada postings yang lepas, saya ada memberi penjelasan perihal martabat manusia iaitu Nabi/Rasul,Pemerintah,Ibu Bapa dan Suami. Kesemua martabat ini tidak boleh ditentang. Apakah anda tidak tahu?
Allah SWT dalam salah satu firmanNya melarang orang-orang beriman memaki tuhan mereka(berhala) yang akan membawa kepada timbal balas oleh mereka memaki Tuhan orang-orang beriman.
Persoalannya,perbuatan memaki berhala itu pun dilarang maka memaki martabat manusia yang saya nyatakan tadi pun dilarang.
Mengenai dengan martabat manusia yang disebut,kesemuanya disebut didalam Al Qur'an dan Al Hadis. Oleh itu,sebagai orang yang mengaku beriman hendaklah menjaga adab tertib apabila berhadapan dengan mereka ini.
Mengenai dengan Demonstrasi sebagai alat modern bagi Amar Ma'ruf Nahi Mungkar,itu adalah satu andaian yang tidak berpaksikan kepada Al Qur'an dan Al Hadis.Dalam hal ini telah ada petunjuk/nasihat/arahan daripada Nabi bagaimana semestinya umat/rakyat bertindak terhadapnya.
Lazim terhadap orang yang berfatwa,sekiranya sesuatu perkara itu ada diperjelaskan oleh Nabi,berqias tidak dapat diterima pakai mentelah pula menggunakan akal yang terbatas.
Untuk perkara ketiga:
Ketiga;
Dari sudut kepercayaan, kita mengakui Islam lebih baik berbanding demokrasi. Dalam demokrasi, demonstrasi adalah perkara yang biasa dan diterima untuk melakukan teguran kepada pemerintah yang zalim. Lalu, kita menyatakan bahawa demonstrasi aman tidak dibenarkan dalam Islam. Ia seakan-akan menggambarkan bahawa demokrasi lebih baik berbanding islam dalam mencegah kemungkaran dan kezaliman pemerintah.
Penjelasan:
Islam menetapkan adab sopan terhadap pemerintah walaupun pemerintah dianggap zalim (lihat pada postings kes 1 dan kes 2). Ini disebut oleh Nabi s.a.w.bagaimana semestinya rakyat bertindak terhadap pemerintah.
Bertindak seperti yang disarankan oleh Nabi itulah kehendak Islam. Ini kerana manusia tidak dapat menjangkau hikmah disebalik saranan Nabi.
Tidak berdemonstrasi terhadap pemerintah,itulah Islam sebagai agama keamanan dan agama kepatuhan bersesuai dengan maknanya tunduk,taat,berserah lebih sempurna daripada Demokrasi yang membenarkan demonstrasi jalanan;hal/perbuatan yang tidak ketentuan. Kita saje yang mengandaikannya bahawa demonstrasi itu aman. Itu semua adalah sangka-sangkaan yang mana sangkaan itu merupakan dosa.
Jika dilihat peristiwa-peristiwa yang berlaku diseluruh dunia perihal perlakuan demonstrasi jalanan terhadap pemerintah,tidak ada satu pun yang aman. Maka,fikir-fikirkanlah.
Wassalam.
Pada postings yang lepas, saya ada memberi penjelasan perihal martabat manusia iaitu Nabi/Rasul,Pemerintah,Ibu Bapa dan Suami. Kesemua martabat ini tidak boleh ditentang. Apakah anda tidak tahu?
ReplyDeleteNabi/Rasul maksum tapi yg lain mereka tak maksum jadi mereka masih tertakluk kepada hadis ini.
Sabda Nabi SAW;
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya;
“Barangsiapa tengok sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia tukar dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan benci dalam hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman” [Muslim : 70]
Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terselah keadilannya. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai manusia dengarlah!” Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar”.
Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai”. Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman”. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”. Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar”. (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
Maka kita tidak peliklah mengapa umat ini sepanjang sejarahnya amat merindui dan mencintai pemerintahan al-khulafa al-rasyidin terutama Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. ini. Beliau pernah berkata kepada gabenor yang dilantiknya iaitu Abu Musa al-‘Asy’ari: “Wahai Abu Musa! Sesungguhnya engkau hanyalah salah seorang dari orang ramai, melainkan Allah menjadikan engkau yang paling berat menanggung beban antara mereka”.
Kita saje yang mengandaikannya bahawa demonstrasi itu aman. Itu semua adalah sangka-sangkaan yang mana sangkaan itu merupakan dosa.
Sama juga andaian mengenai akan berlaku huru hara sekiranya berdemonstrasi. itu semua andaian.....
Anonymous said...
ReplyDeletePada postings yang lepas, saya ada memberi penjelasan perihal martabat manusia iaitu Nabi/Rasul,Pemerintah,Ibu Bapa dan Suami. Kesemua martabat ini tidak boleh ditentang. Apakah anda tidak tahu?
Nabi/Rasul maksum tapi yg lain mereka tak maksum jadi mereka masih tertakluk kepada hadis ini.
------------------------------------------------
Hadis yang tertera dibawah adalah umum. Hal demikian menjadi kayu pengukur terhadap iman sesaorang.
Bagi para martabat yang disebutkan,cara serta reaksi kita terhadap mereka tentu sekali berbeza seperti yang disarankan oleh Nabi s.a.w. Hikmah disebaliknya ialah mereka adalah manusia yang banyak berjasa kepada orang dibawah jagaannya.
Masakan kita boleh menggunakan kuasa bertindak secara fisikal terhadap ibu bapa yang melakukan kemungkaran,contohnya! Masakan pulak kita boleh menggunakan lidah untuk mencegah kerana ini boleh melukakan hati mereka. Mungkin benci didalam hati lebih bersopan.
Tetapi,membenci dalam ini pun berkehendakan sifat sabar. Jika tidak kebencian itu akan dapat dilihat oleh ibubapa yang akan mengeruhkan hubungan sesama mereka.
hadis dari riwayat Bukhary dan Muslim:-
Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang membenci sesuatu dari PEMERINTAHNYA hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa yang KELUAR dari PEMERINTAHNYA walau SEKEDAR SATU JENGKAL, kemudian ia MATI, MATI DALAM JAHILIYAH."
------------------------------------------------
Sabda Nabi SAW;
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya;
“Barangsiapa tengok sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia tukar dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan benci dalam hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman” [Muslim : 70]
------------------------------------------------
Anda memaparkan satu berita untuk selingan saje. Hanya jiwa-jiwa yang taat kepada Allah dan Rasul saje dapat merasai apa yang anda sebutkan.
------------------------------------------------
Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terselah keadilannya. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai manusia dengarlah!” Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar”.
Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai”. Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman”. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”. Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar”. (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
Maka kita tidak peliklah mengapa umat ini sepanjang sejarahnya amat merindui dan mencintai pemerintahan al-khulafa al-rasyidin terutama Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. ini. Beliau pernah berkata kepada gabenor yang dilantiknya iaitu Abu Musa al-‘Asy’ari: “Wahai Abu Musa! Sesungguhnya engkau hanyalah salah seorang dari orang ramai, melainkan Allah menjadikan engkau yang paling berat menanggung beban antara mereka”.
Kita saje yang mengandaikannya bahawa demonstrasi itu aman. Itu semua adalah sangka-sangkaan yang mana sangkaan itu merupakan dosa.
------------------------------------------------
Saya tidak mengandaikan kerana itu menjadi keyakinan saya bahawa demonstrasi itu adalah haram disisi agama. Kalau dah benda yang haram masakan anda andaian terhadapnya.
------------------------------------------------
Sama juga andaian mengenai akan berlaku huru hara sekiranya berdemonstrasi. itu semua andaian.....
July 5, 2011 5:59 AM
Sudah-sudahle tuuu......
Saya tidak mengandaikan kerana itu menjadi keyakinan saya bahawa demonstrasi itu adalah haram disisi agama. Kalau dah benda yang haram masakan anda andaian terhadapnya.
ReplyDelete--------------------------------------------------
itu pendapat sahaja.....
Ibnu Kathir ada menyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah bahawa ada seorang tabiin besar bernama Ibnu Asy’as telah masuk ke basrah dan berbaiah bersama rakyat Basrah untuk mengugurkan Abdul Malik dan timbalannya, Hajjaj Yusuf As-Saqafi. Semasa berkhutbah, Ibnu Asy’as ini berkata;
ليس الحجاج بشيء , ولكن اذهبوا بنا الى عبد المالك لنقاتله
Maksudnya;
“tiadalah Hajaj itu sesuatu pun. Tetapi pergilah kamu bersama kami kepada Abdul Malik untuk menyeranginya”
Menurut Ibnu Kathir lagi, golongan fuqaha’, Qurra’, orang-orang tua dan orang-orang muda dari kalangan rakyat Basrah telah sepakat untuk mengugurkan pemerintahan Hajjaj dan Abdul Malik bin Marwan, hingga dikatakan bilangan mereka seramai 33 ribu berkuda dan 120 ribu berjalan kaki. [Al-Bidayah Wa An-Nihayah : 9/45-46]
Dari nukilan ini, kita dapati ulama salaf soleh terdahulu telah mengadakan demonstrasi. Menariknya, ia bukan sekadar dilakukan oleh Ibnu Asy’as, tetapi disokong dan didokong kuat oleh golongan Fuqaha’ dan Qurra’ dari Basrah.
semoga binasa usaha yang batil....
ReplyDelete