Wednesday, January 16, 2013

Pemimpin Pembohong Akhbarnya Pembohong Bloggers Mereka Turut Berbohong!!!


Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,

Lihat dan bacalah antara kedua-dua akhbar ini! Yang mana satu PEMBOHONG!!!!


Tiba-tiba... Anwar tarik balik saman terhadap Khairy


AGENDADAILY

kj-anwarAngin tidak, guruh tidak, tiba-tiba pagi ini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik saman malu RM100juta yang difailkan beliau terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada September 2007.
Kes yang banyak kali tertangguh tersebut sepatutnya mula dibicarakan hari ini dengan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Senator Ezam Mohamad Nor akan dipanggil menjadi saksi bagi pihak Khairy.
Namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu pagi ini bahawa Anwar ingin menarik balik saman malu tersebut tanpa kos.
Khairy yang dihubungi Agendadaily mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan bahawa tiada permohonan maaf yang dibuat oleh pihaknya.
"(Anwar) Minta saya kata saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam berita,"katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu reputasi Anwar tidak terjejas ekoran kenyataan Khairy dalam satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak enam tahun lepas.
Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata reputasi Anwar sudah pun terjejas ekoran pertuduhan salah guna kuasa dan liwat yang dihadapinya di mahkamah sebelum ini.
Sehubungan itu, Muhammad Shafee yang mewakili Khairy berkata pihaknya akan bergantung kepada semua kes berkenaan dalam tindakan saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007.
Muhammad Shafee berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam sama ada kes itu relevan dalam perbicaraan saman fitnah Anwar terhadap Khairy.
Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.
Sementara itu, ketika menjawab soalan Muhammad Shafee pada prosiding Selasa, Anwar berkata kenyataan tersebut secara tersirat menggambarkan beliau sebagai tidak pernah memperjuang kepentingan politik bangsa Melayu di negara ini.-16/1/2013
*****************************************************************************************

Anwar menang saman, Khairy tarik balik fitnah


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.
Ekoran penarikan itu, Anwar menarik semula saman beliau ke atas Khairy enam tahun lalu.
Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.
Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.
“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan dua peguam Anwar, Haijan Omar dan Gobind Singh Deo.
Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.
Haijan turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.
“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.
“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.
Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.
Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.
Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.
Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.
Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.

Wassalam

No comments:

Post a Comment