Friday, November 23, 2012

'UMNO Tolak Islam' Dibibir Mulut! Islam Itu Anutan Bukan Lebelan

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Dengarlah betapa celuparnya mulut si Nik Aziz  ni, yang mengatakan UMNO tolak Islam. Apakah dia ingat Islam itu seperti memakai seluar dan baju; boleh buka dan buang bila-bila masa aje? Sungguh dangkal betul pemikiran dia ni. Kalau mengata; UMNO tolak Islam,UMNO buang Islam, dibibir mulut aje. Senang aje dia kata,'UMNO agama apa,kalau dah tolak Islam' Siap mengandaikan lagi UMNO ni agama Kristian,agama Buddha atau tak ada agama!




Pembaca yang budiman,

Agama ialah sesuatu yang manusia kena anut. Menganut ini pulak adalah suatu perbuatan yang dilakukan sepanjang kehidupan. Maksudnya,ajaran Islam itu sendiri diambil berperingkat-peringkat dari awal penerimaannya sahinggalah ke liang lahat.Hal ini harus dipupuk disepanjang penghidupan.

Apabila Nabi s.a.w. ditanya oleh Malaikat Jibril tentang Islam, maka Nabi s.a.w. menjawab bahawa Islam itu ialah mengucapkan dua kalimah syahadat,mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika kuasa. Jibril membenarkan apa yang diperkatakan oleh Nabi s.a.w.. Maknanya jawapan Nabi s.a.w. itu BENAR. Ditanya tentang Islam iaitu perkataan yang mengandungi 5 huruf TETAPI dijawab oleh Nabi s.a.w. begitu punya panjang. Ini memberi pengertian bahawa Islam itu bukanlah seperti sebiji bola;kalau suka ambil tak suka boleh buang. Jadi,senang sangat si Nik Aziz itu mengata UMNO tolak Islam,seolah-olah Islam itu diibaratkan seperti sebiji bola. Boleh main tolak-tolak!

Rosak manusia dibuatnya, oleh pemimpin seperti ini yang berTuhankan Demokrasi; menggonggong DUNIA yang hanya sementara,demi mencari kesenangan dunia sahingga terpaksa membelakangkan syariat Islam dalam BERPOLITIK.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment