Sunday, November 18, 2012

Mesti Baca: Nak Jadi Musyrik Sokonglah!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,


Ustaz Harun Taib                                                                        
                                              
Ustaz Harussani Zakaria    
                             
Ustaz Harussani menyuruh Nurul Izzah bertaubat kerana membuka ruang kepada orang Melayu Islam untuk murtad. Ustaz Harun menyuruh Ustaz Harussani bertaubat kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Demi mempertahankan sekutunya,saranan itu dibuat kepada mufti Perak. 


Saya ingin memperpanjangkan tentang jawapan mufti Perak terhadap syor ustaz Harun Taib ini. Mufti menjawab bahawa dia senantiasa menyokong perjuangan Islam sejak dahulu lagi dan yang dia tidak sokong ialah parti pemecah-belah umat Islam. Parti yang hanya berlebelkan Islam tetapi sejak mula lagi kewujudan mereka;hampir 53 tahun,asyik memecah-belah umat Islam. Penjelasan mufti Perak itu mempunyai persamaan dengan apa yang saya war-warkan selama ini bahawa parti PAS adalah parti pemecah-belah umat Islam.

Pembaca yang budiman,

Setiap orang daripada umat Islam sepatutnya berpendirian untuk memihak kepada yang hak dan yang benar. Bagi menjawab persoalan ini, parti atau kesatuan manakah yang sepatutnya mereka menyokong dan bersama dengannya.

Oleh sebab Allah SWT mengharamkan berpecah-belah maka setiap umat Islam wajib berfikir dan mengenal pasti kesatuan yang terawal sekali dimana umat Islam telah bersatu dengannya. Ternyata sekali berdasarkan sejarah, kesatuan UMNO-lah kesatuan yang disepakati oleh 29 NGOs bangsa melayu;bersatu didalamnya,sahingga berjaya membawa keluar bangsa Melayu daripada kegelapan kepada cahaya terang benderang. Terbukti umat Islam berbangsa Melayu berjaya memerdekakan negara tercinta ini.

Berpecah-belah bermaksud satu tindakan keluar/berpisah daripada kesatuan permaufakatan yang telah wujud terdahulu; satu kesatuan umat Islam yang telah dibentuk terawal. Tidak dikatakan berpecah-belah sekiranya umat Islam seluruhnya bersatu-padu didalamnya. Kesimpulannya,berpecah-belah adalah tindakan keluar/berpisah daripada UMAT YANG DIAKUI TELAH BERSATU.

Apabila Allah SWT melarang daripada berpecah-belah MAKA siapa saja yang bertindak keluar atau berpisah daripada kesatuan permaufakatan umat terawal adalah suatu tindakan yang HARAM lagi BERDOSA. Jadi,kesatuan atau parti PAS yang wujud hasil daripada tindakan keluar daripada kesatuan permaufakatan terawal adalah suatu tindakan yang HARAM lagi BERDOSA. Keadaan HARAM LAGI BERDOSA INI berlarutan sahinggalah BERSATU SEMULA. 

Pembaca yang budiman,

Orang-orang yang beriman lagi beramal soleh, tidak akan sesekali meredhai perpecahan seperti ini oleh sebab mereka meletakkan Islam ditempat yang mulia dan ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w. suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan. Berbanding dengan orang-orang yang JAHIL dan ENGKAR mereka MENGAMAL DEMOKRASI untuk membenar dan membolehkan KEWUJUDAN PARTI PAS demi kelansungan cita-cita mereka di dunia ini. Mereka akan memberi banyak sebab demi MENGHALALKAN PERBUATAN mereka. Tetapi,apa pun sebab yang mereka berikan,tidaklah bertepatan dengan sebab yang diberikan oleh Allah SWT. Buktinya,LIHATLAH KEADAAN PARTI PAS SEKARANG INI, perjuangan mereka bukan kerana ISLAM tetapi kerana BERDENGKI-DENGKIAN.

Allah SWT berfirman didalam surah Asy Syuuraa ayat 14:-

"Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan karena berdengki-dengkian sesama mereka."

Ulasan saya: Lazimnya,manusia berdengki-dengkian sesama sendiri kerana jawatan,pangkat,harta,gaji,tanah,ingin hidup mewah,ingin dipandang mulia,wanita dan sealiran dengannya.

"setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan" memberi pengertian telah sampai kefahaman dan kesedaran jika mereka lakukan perbuatan (ilmu pengetahuan) itu,mereka akan mendapat kesenangan,pengaruh,kekayaan,dihormati,bermegah-megahan dan sebagainya. INILAH PUNCANYA MANUSIA BERPECAH-BELAH;bukan sahaja pada orang Islam bahkan kepada sesiapa sahaja yang bernama MANUSIA.

Pembaca yang budiman,

AMAT BAHAYA SEKALI sekiranya kita termasuk ke dalam manusia yang MENYOKONG kesatuan/parti PAS ini, kerana, kita boleh disabitkan dengan MENYOKONG PERPECAHAN. Apakah kesan dan akibat bagi orang-orang seperti ini? Adakah hal ini ada disebut oleh Allah SWT? 

Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:
Ayat 31,
"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"

Orang-orang yang MUSYRIK itu SIAPA? Diterangkan oleh Allah SWT sendiri dalam firmanNya pada ayat berikutnya iaitu ayat 32.

Ayat 32,
"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."


Wassalam.


No comments:

Post a Comment