Monday, April 18, 2011

Mesti Baca: Penyelesaian Kepada Perpecahan Umat Islam

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Jika kita mahu selamat di dunia dan di akhirat maka kita wajib ikut Nabi s.a.w. Baginda s.a.w. adalah satu-satunya otoriti yang berhak menafsirkan ayat-ayat Al Qur'an. Kita sebagai umat Islam akhir zaman jika tidak dipandu oleh Nabi s.a.w. melalui hadis-hadis yang sahih;yang boleh kita dapati melalui pembacaan disertai dengan hidayah Allah SWT,akan berada pada bermacam-macam persimpangan, diluar daripada garisan lurus.


Bukti bahawa Nabi s.a.w. adalah satu-satunya otoriti.


Surah An-Nahl ayat 44:


"(kami utus mereka itu) dengan (membawa) keterangan dan kitab-kitab. Kami turunkan kepada engkau peringatan (Qur'an) SUPAYA ENGKAU TERANGKAN KEPADA MEREKA apa yang diturunkan kepada mereka,mudah-mudahan mereka memikirkannya."


Setelah itu Allah SWT memperkuatkan lagi hujahNya seperti diatas bahawa Nabi s.a.w itulah OTOROTI yang tak dapat disangkal kerana apa-apa yang diterangkan oleh Nabi s.a.w. pada hakikatnya ialah WAHYU ILLAHI.


Surah An-Najm ayat 2-4


" Tiadalah sesat temanmu (Muhammad) dan tiada pula salah. Tiadalah ia berbicara MENURUT HAWA NAFSUNYA. Ia tidak lain,hanya WAHYU yang di wahyukan kepadanya."


Allah SWT memberi jaminan kepada sesiapa yang mengikut Nabi s.a.w.:


Surah Ali Imran,ayat 31:


" Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,(maka) ikutilah aku(Muhammad),nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Allah SWT berfirman bahawa dengan mengikuti Nabi s.a.w. maka kita sebenarnya mengikuti jalan Allah.


Surah Al-An'aam ayat 153:


" Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus,maka ikutilah dia(Muhammad),dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan(yang lain),kerana jalan-jalan itu hanya akan mencerai-beraikan kamu daripada jalanNya."


Pembaca yang budiman,


Berpecah-belah adalah satu perbuatan yang DIMURKAI oleh Allah SWT dan Dia tidak REDHA kepada sesiapa yang melakukan perbuatan itu. Asal usul perpecahan umat Islam berlaku di zaman saidina Usman r.a. bersumber dan berpunca daripada PERIHAL PEMERINTAHAN. Perpecahan umat Islam berdasarkan AQIDAH menyusuli setelah perpecahan perihal pemerintahan berlaku. Apabila telah berpecah maka bermacam-macam perkara mengenai agama timbul. Kerapa apa? Kerana,masing-masing mengaku bahawa merekalah yang benar,merekalah puak yang menegakkan kebenaran.


Satu perpecahan ke satu perpecahan yang lain, menjadikan perpecahan umat Islam lebih besar dan lebih kronik sahingga tidak mungkin dipersatukan kembali. Ini kerana,Nabi s.a.w. jugak ada bersabda bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 golongan,hanya satu saje yang masuk Syurga dan lain ke Neraka.


Surah Al-Mukminuun ayat 52-54:


52." Sesungguhnya umat kamu,umat yang SATU dan Aku Tuhanmu,sebab itu takutlah kamu kepadaKu." 53. " Mereka berpecah-belah sesamanya tentang urusannya,menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada sisinya." 54. " Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA hingga seketika(matinya)."


Persoalannya,bagaimana nak mengatasi masalah perpecahan dan pada pihak mana semestinya kita berada?


Untuk menjawab persoalan ini,mari kita berfikir kerana berfikir itu adalah cahaya kehidupan. Allah SWT telah berfirman bahawa umat Islam adalah umat yang SATU. Umat Islam telah BERSATU-PADU bermula dari Rasulullah s.a.w. kemudian saidina Abu Bakar r.a.,kemudian saidina Umar r.a..Pada zaman saidina Usaman r.a. kemudian saidina Ali r.a. umat Islam mula berpecah.


Berpecah maksudnya terpisah daripada yang ASAL. Kita semua tahu bahawa setiap sesuatu itu mesti ada awal/permulaannya. Permulaan umat Islam bersatu-padu didalam satu JEMAAH yang dipimpin oleh Nabi s.a.w. sebagai manusia yang dilantik oleh Allah SWT menjadi pemimpin umat Islam. Hanya sanya,manusia berjanji setia(Bai'ah) kepada Nabi s.a.w. untuk bersama-sama berada dalam jemaah Nabi bagi memperkuatkan missi da'wah kepada manusia. Apabila umat Islam didalam jemaah menjadi besar dan lebih besar maka terbentuklah apa yang dinamakan SEBUAH PEMERINTAHAN.


Manusia yang diluar daripada JEMAAH pada ketika itu disebut sebagai manusia KAFIR. Ini kerana,manusia yang berada didalam JEMAAH telah menerima serta menganut ajaran Islam yang kemudiannya dinamakan JEMAAH ISLAM dan yang diluar, tidak. Oleh sebab itu,PENGERTIAN JEMAAH ISLAM ialah sebuah KESATUAN UMAT ISLAM YANG MEMPUNYAI KUASA ATAU OTORITI menjaga,menyelenggara,melindungi HAL EHWAL umat Islam atau rakyatnya.


Apabila Nabi s.a.w. wafat maka JEMAAH ISLAM YANG TERAWAL ITU berpaksi kepada pemimpinnya dikalangan sahabat Nabi .s.a.w iaitu Saidina Abu Bakar r.a. dan seterusnya kepada saidina Umar r.a., saidina Usman r.a. dan saidina Ali r.a. Umat Islam semua mengetahui bahawa perpecahan umat Islam berlaku di zaman saidina Usman r.a. dan menjadi lebih buruk di zaman saidina Ali r.a. Ini kerana,umat Islam ketika itu telah longgar pegangan agamanya sahingga sanggup melanggar perintah Allah dan suruhan Nabi s.a.w.


Pembaca yang budiman,


Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 103:


" Berpeganglah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah....."


Tali Allah ini membawa maksud segala yang difirmankan oleh Allah SWT dan segala yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang telah disepakati oleh para imam hadis kesahihannya.


Dan berpecah-belah pula membawa maksud keluar daripada jemaah awal yang mempunyai otoriti ke atas umat Islam. Jadi,berpecah-belah ini sebenarnya berpunca daripada yang SATU atau YANG TERAWAL.


Setelah saidina Ali r.a. wafat,jemaah Islam ketika itu berotoritikan kepada Imam Hassan r.a. di atas bai'ah kaum muslimin yang berpihak kepada ayahnya saidina Ali r.a. Sejarah telah tercatat bahawa Imam Hassan r.a.menyerahkan otoriti itu kepada saidina Mua'wiyah dengan harapan kaum muslimin kembali berdamai dan tidak bermusuh-musuhan antara satu dengan yang lain dan hanya berpaksikan kepada SATU PENGUASA atau ULILAMRI atau PEMERINTAH.


Dengan itu,para ulamak berpendapat bahawa saidina Mua'wiyah adalah pemerintah yang wajib ditaat berdasarkan penyerahan OTORITI itu kepadanya. Bermula dari sinilah sistem pemerintahan Islam bertukar corak daripada musyawarah memilih pemerintah kepada penurunan kuasa atau otoriti kepada anaknya seperti sistem BERAJA dan sememangnya itu adalah sistem BERAJA. Walau bagaimanapun, umat Islam wajib taat kepada pemerintah kerana pemerintah itu di adakan bertujuan menjaga,menyelenggara dan melindungi HAL EHWAL umat Islam atau rakyatnya.


Bagi umat Islam yang berpegang kepada Al Qur'an dan Sabdaan Nabi s.a.w.,mereka ini mentaati pemerintah tetapi disebabkan umat Islam mempunyai bermacam-macam pemikiran serta fahaman,penyatuan fikrah ini tidak mungkin berlaku. Perpecahan saling perpecahan berlaku sahingga kepada perpecahan dan permisahan wilayah jajahan. Walau apa pun sinarionya,umat Islam yang menjadi penduduk sesabuah jajahan pemerintah wajib jugak taat kepada pemerintahnya kerana tujuan asalnya seperti mana yang telah saya katakan.


Pada masa ini,kita semua boleh melihat,berapa bilangan pemerintah Islam dengan jajahannya yang wujud dimuka bumi ini, termasuklah negara kita Malaysia. Tetapi,sehingga sekarang umat Islam tetap jugak berpecah,gara-gara tidak berpuas hati dengan pemerintah sahingga terjadi perpecahan dalam perpecahan membolehkan negara jajahan Sudan menjadi DUA;Sudan Utara dan Sudan Selatan. Apa pulak yang akan berlaku kepada negara Mesir dan Libya nanti! Sama-samalah kita ikuti jika umur kita panjang. Bukan mereka saja malahan negara-negara Islam lain turut mengalami masalah yang sama.Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak taat kepada Allah dan RasulNya. Ternyata umat Islam gagal memahami tujuan, kenapa Allah dan RasulNya memerintahkan agar mentaati PENGUASA di kalangan mereka.


Pembaca yang budiman,


Di negara-negara Arab,hampir majoriti rakyatnya berbangsa Arab. Jika berpecah mereka sekali pun,tetap jugak bangsa Arabnya yang memerintah walaupun rakyatnya terpaksa melalui pelbagai penderitaan kehidupan dek kerana sinario politiknya yang tidak menentu tetapi itulah yang telah menjadi sunnahNya.


Bagaimana pula sinario di negara kita Malaysia; hakikatnya negara berbilang bangsa,jika umat Islam tidak peka terhadap isu perpecahan dan kembali bersatu-padu, berkemungkinan satu hari nanti kuasa pemerintahan  akan jatuh kepada bangsa lain. 


Jadi,apakah penyelesaian bagi umat Islam di negara ini?


Untuk menjawab persoalan ini,umat Islam tidak boleh tidak mesti kembali kepada JEMAAH ISLAM YANG TERAWAL. Perspektif perpecahan umat Islam di masa kini di negara ini,umurnya baru sekitar 54 tahun diambil kira dari tarikh kemerdekaan. Jika dibuat perbandingan dengan umat Islam di Timur Tengah dimana perpecahan umat Islam telah berakar umbi;berabad-abad lamanya, sahingga mereka tidak nampak jalan keluarnya. Di Timur Tengah sana,seperti mana yang saya katakan,mereka telah berpecah bukan saje pada jemaah Islam itu sendiri bahkan jajahannya pun telah berpecah. Oleh itu,umat Islam di negara ini mesti kembali kepada KESATUAN UMAT ISLAM TERAWAL. Seperti mana yang telah kita ketahui bahawa 41 KESATUAN UMAT ISLAM pada mulanya bergabung menjadi SATU JEMAAH yang mereka sendiri menamakannya UMNO. Jadi,bagi perspektif perpecahan di negara ini,umat Islam mesti kembali kepada UMNO. Kesatuan UMNO ini telah berjaya mengeluarkan umat Islam daripada dibelengu penjajahan. Dan kejayaannya menjaga,menyelenggara dan melindungi bukan saja HAL EHWAL UMAT ISLAM bahkan MENJAGA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI.


Pembaca yang budiman,


Kesatuan PAS atau Parti PAS wujud sebagai kesatuan tandingan kepada UMNO. Mereka ini wujud ATAS DASAR PERPECAHAN. Kesatuan PAS ini wujud kerana DEMOKRASI memberi ruang kepada mereka untuk wujud WALHAL SYARIAT ISLAM itu sendiri tidak membenarkan kewujudan mereka. Mereka boleh memberi SERIBU ALASAN tetapi semua alasan mereka TERBATAL dek kerana TUNTUTAN SYARIAT ISLAM ITU. 


Berpihak kepada mereka bererti berpihak kepada perpecahan. Berpihak kepada perpecahan bererti melanggar larangan Allah dan RasulNya. Jika mati dalam berpihak kepada mereka,akan bertemu dengan Allah pada hari Qiyamat,tidak berhujjah dan mati dalam jahiliyah.


Mari kita semua membaca lalu memahami beberapa pesanan dari Nabi s.a.w.:-


BAI'AH PADA YANG PERTAMA.


Hadis Bukhary dan Muslim.


Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dahulu Bani Israil selalu dipimpin oleh Nabi,tiap mati seorang Nabi digantikan oleh Nabi lainnya,dan sesudah aku ini tidak ada Nabi,dan akan terangkat sepeninggalku beberapa Khalifah,bahkan akan bertambah banyak. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah pesanmu kepada kami? Jawab Nabi: Tepatilah BAI'AHMU PADA YANG PERTAMA,dan berikan kepada mereka haknya,dan mohonlah kepada Allah bagianmu,maka Allah akan menanya mereka dari hal apa yang diamanahkan dalam memelihara hambaNya.


ALLAH SWT MENGHARAMKAN SYURGA


Hadis Bukhary dan Muslim:


Abu Ja'la(Ma'qil) bin Jasar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat,kemudian ketika mati ia masih menipu rakyatnya,melainkan pasti ALLAH MENGHARAMKAN BAGINYA SYURGA.


Penjelasan: Keras betul hukuman Allah SWT bagi pemimpin terhadap rakyatnya. Saya ingin bertanya kepada anda sekalian,siapakah anda untuk menghukum pemimpin. Pergilah cari barang satu hadis pun daripada Nabi s.a.w. yang membolehkan rakyat menghukum pemimpin atau pemerintah dengan menentangnya atau pun menjatuhkannya. Jika anda sekalian membaca postings saya yang lepas-lepas,anda akan ketemu banyak hadis-hadis yang saya paparkan sebagai hujah bahawa HARAM MENENTANG DAN MENJATUHKAN PEMIMPIN/PEMERINTAH.


HARAM MENENTANG PEMIMPIN/PEMERINTAH


Hadis ini belum lagi saya paparkan,silalah baca.


Hadis Muslim:


Auf bin Malik r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik pemimpinmu ialah yang kamu cintai dan mereka cinta kepada kamu dan kamu do'akan dan mereka mendo'akan kamu. Dan sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan membenci pada kamu,dan kamu kutuk dan mengutuk kamu. Sahabat bertanya: Bolehkah kami menentang mereka? Jawabnya: TIDAK,SELAMA MEREKA TETAP MENEGAKKAN SEMBAHYANG.


BERLEPAS TANGAN DARI TAAT KEPADA PEMIMPIN/PEMERINTAH


Hadis Muslim:


Ibnu Umar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang melepas tangan dari taat,akan bertemu dengan Allah pada hari Qiyamat,tidak berhujah. Dan siapa yang mati,sedang tiada di lehernya suatu bai'ah,mati sebagai MATI JAHILIYAH.


Hadis Bukhary dan Muslim:


Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang membenci sesuatu dari pemerintahnya hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa yang KELUAR DARI PEMERINTAHNYA walau sekedar satu jengkal,kemudian ia mati,MATI DALAM JAHILIYAH.


Hadis Muslim:


Abdullah bin Amer r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang Nabi sebelumku melainkan ia berkewajipan menunjukkan umatnya pada segala kebaikan yang ia ketahui dan memperingatkan mereka dari bahaya yang ia ketahui. Dan umat ini telah ditentukan selamatnya pada permulaannya,dan pada akhirnya akan ditimpa bala' dan hal-hal yang kamu ingkari,dan terjadi fitnah sehingga teranggap ringan setengah dari kejadian yang sebelumnya. Kemudian terjadi fitnah,sehingga seorang mu'min merasa mungkin di sini binasaku,tetapi lalu terhindar daripadanya,kemudian datang pula suatu fitnah,hingga ia berkata: Mungkin kini binasaku. Maka siapa ingin terhindar dari Neraka dan masuk Syurga,harus ia mati tetap dalam iman percaya pada Allah dan hari Kemudian dan berlaku kepada sesama manusia apa yang ia sendiri suka diperlakukan orang demikian. Dan siapa yang berbai'ah pada suatu imam(pemerintah) dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu.


Pembaca yang budiman,


Marilah kita sama-sama menyampaikan apa yang anda fahami daripada bacaan postings saya ini kepada mereka yang di luar sana;yang tidak pernah tahu bahawa ada beberapa pesanan Allah dan RasulNya perihal pemerintah umat Islam,bertujuan untuk merapatkan tali persaudaraan dan bersatu-padu di bawah pemerintahan umat Islam. Jangan campakkan diri kita ke dalam kebinasaan dengan menyokong golongan yang menjadi PEMECAH-BELAH UMAT ISLAM. Janganlah kita hanyut dek kerana AMALAN DEMOKRASI yang memberi RUANG UNTUK KITA BERPECAH. Berpegang teguhlah dengan syariat Islam dan singkirkan bibit-bibit perpecahan di dalam hati kita agar kita sebagai umat Islam di pandang mulia di sisi Allah dan RasulNya nescaya kita akan mendapat keredhaanNya seperti mana dinyatakan oleh Nabi s.a.w.


Hadis Muslim:


Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya Allah REDHA kepadamu tentang 3 perkara dan BENCI kepadamu tentang 3 perkara pula. RedhaNya: Supaya kamu menyembahNya tanpa mempersekutukanNya dengan sesuatu,supaya semua kamu berpegang kepada agamaNya dan JANGANLAH KAMU BERPECAH-BELAH. BenciNya: Percaya kepada kabar-kabar yang tidak tentu sumber,suka bertanya tentang hal-hal yang tidak perlu dan memboroskan harta.


Wassalam.


Ikutilah topik saya yang akan datang. UNDI ADALAH PENGGANTI PEDANG DIGUNAKAN UNTUK MENENTANG DAN MENJATUHKAN PEMERINTAH

15 comments:

  1. http://www.malaysiawaves.com/2010/04/majlis-perasmian-kilang-guiness-1968.html

    ReplyDelete
  2. bukak la link tu pastu fikir balik. Satu lagi link http://gajahmenta.blogspot.com/2010/08/tak-pakai-tudung-rosmah-beri-arahan.html

    ReplyDelete
  3. apa cerita!

    Setekad bagi link nak suruh orang fikir,itu namanya tidak jelas pemikiran kamu yang Islam itu.

    Bagi jelas sikit,baru saya tahu sejauhm mana dan sedalam mana pengetahuan Islam kamu tu.

    ReplyDelete
  4. dah buka belum.... buka la dulu

    ReplyDelete
  5. pastu ko jelaskan kat aku islam yg mcm mana yg ko nak ikut?

    ReplyDelete
  6. Kesatuan PAS atau Parti PAS wujud sebagai kesatuan tandingan kepada UMNO. Mereka ini wujud ATAS DASAR PERPECAHAN. Kesatuan PAS ini wujud kerana DEMOKRASI memberi ruang kepada mereka untuk wujud WALHAL SYARIAT ISLAM itu sendiri tidak membenarkan kewujudan mereka. Mereka boleh memberi SERIBU ALASAN tetapi semua alasan mereka TERBATAL dek kerana TUNTUTAN SYARIAT ISLAM ITU.
    http://www.malaysiawaves.com/2010/04/majlis-perasmian-kilang-guiness-1968.html
    antara sebab PAS keluar UMNO kerana inilah. Bagaimana anda katakan tentang syariat akan tetapi perkara ini (perasmian ini) jelas melanggar syariat.

    ReplyDelete
  7. http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/05/koleksi-umno-dan-judi-dulu-kini-dan.html
    yang ini juga melanggar syariat, bagaimana kesatuan islam 'paling awal' boleh membenarkan perkara melanggar syariat ini berlaku.

    ReplyDelete
  8. Saya dah baca dah!Memang betul apa yang saya sangkakan.

    Sebenarnya,sesiapa pun tidak suka negara mempunyai kilang arak. Tetapi,mempunyai kilang tidak semestinya status negara Islam Malaysia ini terluput. Malaysia tetap negara Islam.

    Pemerintah mempunyai mertabat tersendiri. Ianya tidak boleh dipersoal kerana apa yang dilakukan oleh pemerintah mempunyai cara dan kaedah mengawal sesuatu. Jika tidak ada kilang arak sekali pun,tetap jugak orang-orang kafir meminumnya. Dan arak ini boleh diimpot dan meminumnya bagi orang-orang kafir tidak boleh dilarang oleh pemerintah.

    Sebagai orang Islam,perbuatan meminum arak adalah haram. Orang-orang Islam akan menghindarnya walaupun arak dijual ditempat-tempat tertentu. Tempat-tempat itu pun dikawal oleh pemerintah. Berapa ramai sangat orang Islam yang minum arak? Yang tidak minum begitu punya ramai walaupun arak senang didapati. Bukankah orang islam itu berpegang kepada agamanya? Yang minum tu.dia punya pasallah. Satu hari orang yang minum arak jugak akan kembali ke pangkuan agamanya.

    Di dunia ini, Allah tahu bahawa binatang babi ini diharamkan. Mengapakah Allah wujudkan binatang babi ini? Bukankah lebih baik binatang babi ini tidak diciptanya?

    Jawapannya,sudah tentu Allah Maha Mengetahui kenapa. Babi ini wujud tidak pulak orang Islam memakannya. Kerana mereka tahu bahawa itu adalah perkara yang diharamkan oleh Allah.Itulah kekuatan orang-orang Islam.

    Pemerintah mengadakan lesen-lesen bukan untuk orang-orang Islam berjudi! Jika tidak bagi lesen pun,orang-orang kafir berjudi jugak. Cuba lihat,ada judi tetapi berapa ramaikah orang-orang Islam yang berjudi? Jadi,pemerintah adakan judi ini supaya senang dikawal bagi penjudi-penjudi bersuka ria. Inilah satu cara dan kaedah yang diambil oleh pemerintah bagi mengawal rakyatnya yang berbilang kaum.

    Satu contoh,didalam sebuah rumah melayui yang beragama Islam tetapi penghuninya atau keluarga islam itu ada yang solat dan ada yang tidak. Dan ada jugak yang salah seorang anak daripada keluarga itu yang suka berjudi atau minum arak. Apakah kamu nak mengketogerikan rumah orang Melayu itu sebagai rumah orang kafir?

    Jadi,pembuatan haram yang dilakukan oleh beberapa ahli keluarga rumah itu,tidak menjadikan rumah itu rumah orang kafir atau menjejas status rumah Islam itu. Jesteru itu,negara yang mempunyai perkara-perkara yang haram tidak menjejaskan status negara itu.

    Okey,jika kamu tak puas hati,tanya lagi sampai kami puas.

    ReplyDelete
  9. 1.Saya tak pertikai keperluan arak kepada bukan islam, cumanya kita tengok siapa yg merasmikan kilang arak tu. sedangkan menghidangkan arak pun mendapat celaan inikan pula merasmikan kilang arak seolah-olah sesuatu yg dibanggakan.
    2.Kalau anda lihat atau baca betul2 judi yang diamalkan dalam UMNO pada tahun 50an bukan untuk org kafir tetapi sebagai salah satu cara untuk mencari sumber kewangan. by the way kalau negeri bukan islam boleh mengharamkan perjudian kenapa kita sebagai 'negara islam' tak boleh http://casinogambling.about.com/b/2011/04/30/hawaii-and-utah-only-no-gambling-states.htm
    Kita punyai pilihan, jadi selalunya kita pilih yg terbaik. jadi mana yg lebih baik. siapa yg lebih menghampiri kepada amalan islam yg berlandaskan al-quran dan sunnah. itulah pilhan kita.

    ReplyDelete
  10. Pemerintah mempunyai mertabat tersendiri. Ianya tidak boleh dipersoal kerana apa yang dilakukan oleh pemerintah mempunyai cara dan kaedah mengawal sesuatu.
    -Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai manusia dengarlah!” Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar”.
    Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai”. Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman”. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”. Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar”. (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
    Umar Sahabat yg Agung pun boleh dipersoal inikan pula manusia biasa dilantik sebagai pemimpin. takkan tak boleh dipersoalkan.

    ReplyDelete
  11. Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
    Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
    Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

    ReplyDelete
  12. Untuk menjawab persoalan ini,umat Islam tidak boleh tidak mesti kembali kepada JEMAAH ISLAM YANG TERAWAL. Perspektif perpecahan umat Islam di masa kini di negara ini,umurnya baru sekitar 54 tahun diambil kira dari tarikh kemerdekaan. Jika dibuat perbandingan dengan umat Islam di Timur Tengah dimana perpecahan umat Islam telah berakar umbi;berabad-abad lamanya, sahingga mereka tidak nampak jalan keluarnya. Di Timur Tengah sana,seperti mana yang saya katakan,mereka telah berpecah bukan saje pada jemaah Islam itu sendiri bahkan jajahannya pun telah berpecah. Oleh itu,umat Islam di negara ini mesti kembali kepada KESATUAN UMAT ISLAM TERAWAL. Seperti mana yang telah kita ketahui bahawa 41 KESATUAN UMAT ISLAM pada mulanya bergabung menjadi SATU JEMAAH yang mereka sendiri menamakannya UMNO. Jadi,bagi perspektif perpecahan di negara ini,umat Islam mesti kembali kepada UMNO. Kesatuan UMNO ini telah berjaya mengeluarkan umat Islam daripada dibelengu penjajahan. Dan kejayaannya menjaga,menyelenggara dan melindungi bukan saja HAL EHWAL UMAT ISLAM bahkan MENJAGA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI.
    - http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesatuan_Melayu_Muda
    KMM lebih awal ditubuhkan jadi penjelasan anda tak relevan.

    ReplyDelete
  13. JEMAAH ISLAM BOLEH MENGHALALKAN JUDI KE UTK MENCARI SUMBER KEWANGAN

    ReplyDelete
  14. Setelah saidina Ali r.a. wafat,jemaah Islam ketika itu berotoritikan kepada Imam Hassan r.a. di atas bai'ah kaum muslimin yang berpihak kepada ayahnya saidina Ali r.a. Sejarah telah tercatat bahawa Imam Hassan r.a.menyerahkan otoriti itu kepada saidina Mua'wiyah dengan harapan kaum muslimin kembali berdamai dan tidak bermusuh-musuhan antara satu dengan yang lain dan hanya berpaksikan kepada SATU PENGUASA atau ULILAMRI atau PEMERINTAH.


    Dengan itu,para ulamak berpendapat bahawa saidina Mua'wiyah adalah pemerintah yang wajib ditaat berdasarkan penyerahan OTORITI itu kepadanya. Bermula dari sinilah sistem pemerintahan Islam bertukar corak daripada musyawarah memilih pemerintah kepada penurunan kuasa atau otoriti kepada anaknya seperti sistem BERAJA dan sememangnya itu adalah sistem BERAJA. Walau bagaimanapun, umat Islam wajib taat kepada pemerintah kerana pemerintah itu di adakan bertujuan menjaga,menyelenggara dan melindungi HAL EHWAL umat Islam atau rakyatnya.
    - ko cakap berbelit-belit. ko gunakan sirah ini utk ko katakan PAS ni sesat. kerana apa? aku tau kerana PAS tidak taat kepada JEMAAH ISLAM YG AWAL. Adakah ko nak samakan Abdullah bin Zubair bin Al Awwam, Saidina Hussin bin Ali bin Abi Talib dan sahabat yg lain juga sesat kerana tidak berbaiah dgn Yazid bin Muawiyah. Adakah adakah ko cuba menyorokkan fakta bahawa Abdullah bin Zubair tidak berbaiah dgn Yazid bin Muawiyah dan dibunuh oleh Hajaj bin Yusuf penumpah darah org islam. Sedangkan Abdullah bin Zubair anak angkat Rasullah yg tidak berbaiah dgn Yazid, Dia juga sesat? Jgnla ko gunakan alasan JEMAAH ISLAM YANG TERAWAL utk ko menyesatkan org. ISLAM bukan hanya letak pada nama, IC, keturunan bahkan melalui amalan islam itu sendiri. Islam adalah cara hidup. dari bangun tidur sehingga tidur balik. berlandaskan Al-Quran dan AS-Sunnah.
    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/05/koleksi-umno-dan-judi-dulu-kini-dan.html
    adakah judi itu amalan islam atau boleh digunakan bagi mendapatkan dana utk parti.
    http://www.malaysiawaves.com/2010/04/majlis-perasmian-kilang-guiness-1968.html
    atau perasmian kilang arak oleh pemimpin JEMAAH ISLAM YANG TERAWAL. Adakah ini yg dianjurkan oleh Islam?
    Ko nak gunakan sirah nabi tapi ko sorokkan fakta yg lain. Berani ko kata sape tak ikut Yazid bin Muawiyah kerana OTORITI dia sebagai pemimpin adalah sesat. Berani ko kate Abdullah bin Zubair anak angkat Rasullah itu sesat kerana melawan Yazid bin Muawiyah itu sesat. Matlamat tidak menghalalkan Cara Bro...

    ReplyDelete
  15. ade ke najib tegakkan sembahyang???mksd tegkkn sembhyg 2 bkn setkt tunaikan solat jer la...mksdye adlh tegakkn syariat ALLAH n ISLAM...de ke najib ljnkn hkum hudud???

    ReplyDelete