Tuesday, November 23, 2010

Pengamal Syariat Islam Dan Penyembah Demokrasi

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

60% populasi rakyat Malaysia berbangsa Melayu. Hampir majoritinya penganut agama Islam. Oleh sebab negara Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Raja Beperlembagaan,ianya tidak semuanya menepati atau sesuai dengan kehendak syariat dalam Islam. Tidak semua rakyatnya tahu tentang amalan sistem Demokrasi itu yang bercanggah dengan Islam. Rata-rata rakyatnya sama ada jahil dan menjadi ikut-ikutan atau tahu tapi merasakan ianya tidak menjadi kesalahan atau suatu dosa yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT disana kelak.

Lebih memburukkan lagi apabila ada kelompok yang mengaku memperjuangkan Islam berselimutkan sistem Demokrasi sebagai wadah perjuangan mereka. Mereka mengenakan pakaian Islam;berjubah,beserban dan berjanggut,bagi mengelabui sokongan umat Islam terhadap perjuangan mereka. Tambahan pula,nama parti mereka jugak disalut dengan nama Islam,ini menggelapkan lagi pandangan umat Islam untuk dapat berada pada jalan yang diredhai. Ini diperindahkan lagi oleh mereka dengan menggunakan bahasa Islam;mengungkap ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis Nabi,sebagai medium interaksi dan propagasi bagi menawan para pendengar bertujuan mendapatkan sokongan terhadap perjuangan kelompok mereka.

Siapakah kelompok yang dimaksudkan itu? Kelompok manakah yang menggunakan bahasa Islam dalam kebanyakan ceramah mereka? Apakah tidak ada pertunjuk daripada Nabi perihal kelompok ini? Sama-samalah kita ikuti penjelasan daripada hadis Nabi riwayat Bukhari dan Muslim.

" Ya Rasulullah,sesungguhnya kami dahulu adalah di dalam jahiliyah dan di dalam masa yang buruk(kemulut,kacau balau) kemudian Allah mendatangkan pada kami kebaikan(berupa Islam yang kini kami amalkan dengan hati tenteram). Apakah sesudah kebaikan ini akan berulang pula keburukan(kejahatan)?"

Beliau bersabda,"Ya"

Kembali kami bertanya,"Dan apakah sesudah keburukan itu akan datang pula kebaikan?"

Beliau menjawab,"Ya,akan datang pula kebaikan,tetapi di dalamnya terdapat 'dakhanun',atau kekeruhan."

Kami bertanya lagi,"Apakah kekeruhannya itu(dakhanun)?"

Beliau menjawab,"Yakni orang-orang yang memberi petunjuk bukan dengan petunjukku, mengikut petunjuk yang selain dari petunjukku,engkau ketahui dari mereka itu, dan engkau ingkari."

Kami bertanya lagi,"Apakah sesudah kebaikan itu ada keburukan(kejahatan)?"

Beliau bersabda,"Ya,penyeru(juru da'wah) di ambang macam-macam pintu Jahanam. Dan barangsiapa yang menjawab(mengikuti)seruan mereka itu,pasti akan dicampakkan ke dalam Neraka."

Kami bertanya,"Ya Rasulullah,tunjukkan sifat-sifat mereka itu kepada kami."

Beliau bersabda,"Mereka itu(pada zahirnya) dari bangsa kami(sekulit dengan kami,yakni sama-sama Islam),dan mereka berbicara dengan lidah kami (sama-sama menyuarakan AlQuran dan Al Hadis)."

Kami berkata,"Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami jika kami menjumpai hal yang demikian itu?"

Beliau menjawab,"Hendaklah kamu tetap pada Jama'ah kaum Muslimin dan Imam mereka."

Kami berkaa,"Maka jika tidak ada bagi mereka itu Jama'ah dan Imam?"

Beliau bersabda,"Hendaklah kamu keluar menjauhi golongan-golongan itu,sekalipun kamu sampai menggigit(makan) akan akar-akar pepohonan,sehingga maut menjemputmu,engkau dalam keadaan semula(tetap demikian itu,tidak mau berfihak kepada juru-juru da'wah di ambang pintu mereka)."

Kesimpulannya,

Pada asalnya umat Islam terdahulu;lebih kurang 26 kesatuan umat Islam,bersatu dalam satu Jama'ah(berpegang pada bohul yang kukuh ia-itu agama Islam) berjaya menuntut kemerdekaan, bebas daripada penjajah dengan mengemudi negaranya sendiri. Mereka mentaati perintah Allah dan RasulNya yang menjadikan asas perpaduan ummah dan menghindari daripada berpecah-belah. Kemudian, pemimpin kelompok agama yang wujud di dalamnya tidak berpuas hati lalu mengada-adakan asas tuduhan berlandaskan agama bagi assebab untuk berpecah. Mereka menggunakan amalan Demokrasi;yang membenarkan penubuhan parti, sebagai asas kewujudan satu parti tandingan terpisah daripada parti/kesatuan Arus Perdana umat Islam. Amalan Demokrasi inilah yang bercanggah serta bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya. Setelah daripada itu,umat Islam berpecah kepada satu,dua dan tiga kelompok yang mana ianya dapat disaksikan sahinggalah sekarang. Agama jugak dijadikan sumber dan unsur bagi perpecahan dan ianya berlarutan sahingga ke hari ini.

Pada pengamatan saya; yang senantiasa tercari-cari jalan yang selamat untuk dapat kembali ke pangkuanNya, telah menemui penyelesaiannya. Saya berkeyakinan bahawa umat Islam yang masih tetap berada di dalam kelompok kesatuan umat Islam Arus Perdana, berpegang kepada amalan politik dalam Islam,mentaati perintah Allah dan RasulNya untuk tetap bersatu dan tidak berpecah-belah adalah kelompok yang selamat. Ini disebabkan,lahirnya pemimpin/ululamri yang pertama menerajui kepimpinan negara yang terulung maka segala syariat Islam bersabit dengan syiasah/pemerintahan dalam Islam berkuat-kuasa.

Oleh itu,umat Islam yang terpisah dengannya dan menyokong kelompok yang menjadi punca perpecahan adalah umat Islam yang mengamalkan syariat Demokrasi yang sama sekali bertentangan dengan syariat Islam maka mereka inilah yang telah menjawab seruan-seruan para juru da'wah di ambang macam-macam pintu Jahanam.

InsyaAllah pada postings yang akan datang saya perjelaskan mengenai ululamri/pemimpin umat Islam/penguasa umat Islam serta kewajipan mentaatinya mengikut AlQuran dan Hadis-Hadis Nabi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment