Wednesday, November 10, 2010

Manusia Adalah Ladang Bagi Penda'wah

Assalamua'laikum.

Pembaca yang budiman,

Ketika Islam diturun kepada Nabi Muhammad, pada saat itu Baginda bersendirian.Islam itu bukan untuk Nabi saje bahkan rahmat untuk seluruh alam. Islam itu adalah agama dan agama itu adalah nasihat. Agama pula bersangkutan dengan KeTuhanan.Bilamana agama itu di hubungkaitkan dengan Islam itu sendiri;patuh,tunduk dan menyerah, maka terbentuklah suatu frasa nama yang mempunyai maksudnya tersendiri iaitu agama patuh/tunduk/menyerah diri. Jika maksud nasihat itu dipakai bagi maksud agama pula maka terbentuk frasa nama yang bermaksud nasihat patuh/tunduk/menyerah diri.

Sebagai rumusan kepada intro saya itu maka terbentuk suatu message/risalah yang membawa maksud Islam itu adalah agama dan agama itu adalah nasihat untuk seluruh alam supaya tunduk,patuh dan berserah diri kepada Yang Maha Pencipta. Risalah ini jugak dibawa oleh kenabian dan kerasulan beberapa orang lelaki dikalangan manusia sejak Nabi Adam hingga kepada Baginda Nabi Muhammad saw.

Baginda Muhammad adalah manusia yang telah dilantik oleh ALlah membawa message atau risalah ini. Apa risalahnya? Risalah mengajak manusia kepada Allah Yang Maha Pencipta;risalah mengajak manusia untuk patuh,tunduk dan menyerah diri kepada ALlah Yang Maha Pencipta.

Nama pun risalah/message! Risalah mesti disebarkan! Untuk siapa? Untuk salah satu daripada faktor seluruhan alam ini ialah manusia. Maka bermulalah risalah disampaikan kepada manusia sahingga sekarang oleh para penda'wah. Menyampaikan adalah sinonim kepada tabligh.

Jika dulu Nabi mengajak manusia menyembah ALlah Yang Satu lagi Maha Pencipta kerana manusia ketika itu terang-terangan menyembah berhala-berhala tetapi sekarang manusia menyembah manusia dan sistem-sistem sebagai survival kehidupan mereka.

Dalam surah At Taubah ayat 31:

"Mereka mengangkat pendeta-pendeta dan 'alim ulamanya menjadi Tuhan selain daripada ALlah,begitu juga Al Masih anak Maryam,sedang mereka tiada disuruh,melainkan supaya menyembah Tuhan yang Esa,tiada Tuhan kecuali Dia. Mahasuci Tuhan daripada apa yang mereka persekutukan itu."

Ayat ini diperjelaskan oleh Hadis riwayat Ar Tarmidzi dari Adi bin Hatim:

Pada suatu ketika apabila RasuluLlah saw sedang membaca ayat di atas ini,daripada Adi bin Hatim berkata: 'Ya RasuluLlah,mereka(Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah mereka(Pendeta-pendeta dan rahib-rahib).' RasuluLah saw menjawab,"Memang benar mereka berbuat demikian. Mereka(Pendeta-pendeta dan rahib-rahib) membenarkan perkara-perkara yang tidak benar,dan mereka(Yahudi dan Nasrani) mematuhi mereka,dan dengan berbuat demikian mereka sebenarnya telah menyembah mereka(Pendeta-pendeta dan rahib-rahib)."

Umat Islam tidak terkecuali terhadap ayat ini. Pada masa sekarang telah banyak orang yang mengangkat 'alim ulamanya menjadi Tuhan selain Allah. Diantaranya mereka tunduk dan mengikut saja kepada gurunya tentang hukum suatu perkara,sedangkan hukum itu berlawanan dengan AlQuran dan Hadis Nabi.

Mengenai dengan sistem-sistem.

Dalam Islam mempunyai sistem-sistemnya tersendiri. Saya listkan sistem-sistem itu untuk pengetahuan pembaca sekelian. Sistem-sistem itu ialah:-

1. Sistem Kerohanian
2. Sistem Akhlak
3. Sistem Sosial
4. Sistem Ekonomi
5. Sistem Politik
6. Sistem Hukuman Jenayah
7. Sistem Pengadilan
8. Sistem Pentadbiran dan Pengurusan

Apa yang nak saya memberi ulasan ialah mengenai sistem politik dalam Islam kerana sistem politiklah yang banyak membawa kepada perpecahan umat Islam terutama di negara kita Malaysia.

Saya akan perjelaskan dalam post saya yang ke 3

Wassalam.

No comments:

Post a Comment