Thursday, July 25, 2013

Tekad dan Azamku agar Kalimah Laa ilahaa illallah sampai Kepada Setiap Manusia

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Allah berfirman:" Maka peringatkanlah karena peringatan itu berguna."

Jika ayat diatas ini dihubungkaitkan dengan surah Al Ashr(masa) maka benarlah bahawa manusia semuanya dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,dan saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran.

Syarat-syarat pengecualian daripada menjadi manusia yang rugi:-
1. Beriman.
2. Beramal Soleh.
3. Saling berpesan dengan kebenaran.
4. Saling berpesan dengan kesabaran.

Bijaksana Allah menggunakan perkataan 'Beriman',ini kerana penekanan Allah SWT itu, untuk semua manusia mulai Nabi Adam a.s. sahinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya serta golongan jin.

Bila berlakunya hari Kiamat,manusia terbahagi kepada 3 golongan seperti yang tersebut didalam surah Al Waqiah: Golongan terdahulu,golongan kanan dan golongan kiri.Disebutkan oleh Allah SWT bahawa komposisi golongan terdahulu;banyak antara mereka ialah orang-orang yang terdahulu(beriman) dan sedikit bilangannya daripada orang-orang yang kemudian.

Bagi golongan kanan pula: Banyak antara mereka daripada golongan terdahulu dan banyak juga bilangan mereka daripada golongan kemudian. Bagi golongan kiri pulak,faham-faham sudah lee.....iaitu mereka yang tidak diketegorikan kedalam golongan terdahulu dan golongan kanan akan diketegorikan ke dalam golongan kiri.

Golongan manakah kita berada?

Penjelasan:

Kenapa mesti syaratnya beriman dan bukan Islam?

Bagi menjawab persoalan ini,saya bawakan penjelasan hadis mengenai dengan Iman,Islam dan Ihsan. Nabi s.a.w. didatangi oleh Jibril a.s. semasa Nabi s.a.w. berada bersama para sahabatnya.

Jibril a.s. berkata: "Hai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam?"
Nabi s.a.w.menjawab  : "Islam itu ialah mengucapkan 2 kalimah syahadah,mendirikan sembahyang,mengerluarkan zakat,berpuasa dibulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika kuasa."
Jibril a.s. menjawab: "Benar katamu."

Sahabat semua kehairanan kerana yang bertanya kepada Nabi s.a.w. dan dia sendiri mengiyakan membuatkan Nabi .s.a.w. memberitahu kepada para sahabat bahawa orang itu ialah Jibril;yang datang mengajarkan kepada kamu tentang agamamu.

Jibril a.s.bertanya: "Terangkan kepadaku tentang Iman?"
Nabi s.a.w. menjawab: "Percaya kepada Allah,MalikatNya,Kitab-KitabNya,Rasul-RasulNya,Hari kiamat dan Ketentuan Baik atau Buruk iatu adalah keputusan Allah."
Jibril a.s. menjawab: "Benar katamu"

Daripada kedua-dua pertanyaan Jibril a.s. itu dihubungkaitkan dengan kedua-dua jawapan terawal Nabi s.a.w. maka benarlah perencanaan Allah SWT bahawa Iman itu ialah percaya kepada Allah iaitu kepercayaan yang bersumber dan berpaksi dihati manusia. Jesteru, itulah yang dinamakan Iktiqaq. Apabila sesaorang itu percaya akan Allah maka dengan sendirinya dia mestilah percaya dengan segala kekuasaanNya,PenciptaanNya,PemilikanNya,Para PesuruhNya,PembalasanNya dan KetentuanNya.

Islam itu ialah 2 Kalimah Syahadah yang dijawab oleh Nabi s.a.w. dan sebenar-benarnya perencanaan daripada Allah SWT. Lihatlah bagaimana Iman dan Islam ini diterjemahkan kepada apa yang disebut sebagai Golongan Terdahulu dan Golongan Kanan.

2 kalimah Syahadah bagi umat Nabi Muhammad s.a.w.: Aku Bersaksi Tiada Tuhan Kecuali Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.

2 Kalimah Syahadah bagi umat Nabi Isa a.s.: Aku Bersaksi Tiada Tuhan Kecuali Allah dan Isa Pesuruh Allah.

2 kalimah Syahadah bagi umat Nabi Musa a.s. : Aku Bersaksi Tiada Tuhan Kecuali Allah dan Musa Pesuruh Allah.

Dan seterusnya 2 kalimah Syahadah mesti diucapkan oleh umat bagi semua Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi yang diturunkan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang lurus.

Syarat yang kedua ialah beramal soleh

Dalam perkara ibadah iaitu beramal soleh, setiap umat mesti mengikut dan mencontohi syariat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada setiap Rasul dan NabiNya.

Syarat yang ketiga dan keempat

Maksud 'Saling berpesan dengan kebenaran' memberi erti selalu/kerap mengajak manusia kepada Kebaikan. Dan seperti mana yang disebut oleh Nabi s.a.w. bahawa yang tertinggi antara kebaikan itu ialah kalimah Laa ilaaha illallah.

Kerja Nabi s.a.w. ialah mengajak manusia kepada kalimah Laa ilaaha illallah maknanya mengajak manusia menyembah Allah SWT sahaja dan jangan menyengutukanNya. Oleh itu,manusia yang melakukan kerja-kerja mengajak manusia untuk menyembah Allah dan jangan menyengutukanNya, akan ditentang oleh manusia yang tidak menyukainya. Bermacam kata nista yang terhambur daripada mulut-mulut busuk manusia yang merasai tergugat akan kehidupan dunia mereka.

Oleh yang demikian,syarat bagi orang yang menang ialah yang jugak berpesan-pesan kepada kesabaran.

Akhir kata,

Allah berfirman:" Orang yang takut akan memperolehi pelajaran. Dan orang-orang yang celaka akan menjauhinya."

Allah berfirman: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan dirinya( dari kekafiran dan kemaksiatan)"

Wallahu 'alam.

2 comments:

  1. salam,benar sungguh entry sedara..
    1-berpesan2 untuk berjimat cermat setiap hari,org kafir pun pesan benda yg sama juga
    2-berpesan2 bawak kenderaan jgn laju2,org kafir pun buat benda yg sama juga
    3-berpesan2 jgn buang sampah merata2,org kafir pun buat benda yg sama juga
    4-berpesan2 supaya sertai demo ramai2 agar harga petrol,sayur,gula turun,org kafir pun buat benda yg sama juga(meyakini pemimpinlah penentu rezki manusia)
    5-berpesan2 jaga negara supaya jgn sampai bergaduh wlupun berpolitik,org kafir pun buat benda yg sama juga..
    ..apa yg kafir mampu buat maknanya hal itu bukanlah soal hal hidup dan mati pun sebab kafir pun boleh buat..
    yg kafir x boleh pesan2/buat ialah-..ALLAH MAHA KUASA,MAKHLUK LANGSUNG XDA KUASA,KEJAYAAN SELURUH MANUSIA DAN JIN HANYA ADA DLM AGAMA ALLAH,DGN CONTOHAN NABI SAW..inilah soal hidup dan mati..yg ni kafir x boleh buat..
    SELAMAT BERPUASA SAHABAT INSYAALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Terima kasih kerana sudi komen di blog ini. Memang benar apa yang anda katakan itu. Ini kerana selain daripada yang anda katakan itu golongan kafir dapat melakukannya hanya senya mereka tidak dapat melakukan kerja-kerja mengajak manusia kepada Allah SWT.

      Golongan kafir jugak mengajak manusia kepada kebaikan tetapi kebaikan dalam erti kata yang sebenar ialah mengajak manusia kepada kalimah Laailaahailallah,iaitu sesuatu yang menjadi persoalan HIDUP dan MATI dalam kehidupan beragama.

      Selamat berpuasa jugak buat sahabatku.

      Delete