BERTAUBATLAH! BERTAUBATLAH! BERTAUBATLAH!
BERTAUBATLAH WAHAI PEMECAH-BELAH UMAT ISLAM!
Pembaca yang budiman,
Kebiasaannya saya akan melakukan kerja memotong rumput menggunakan mesin, hanya bila keadaan cuaca mendung di sebelah petang. Saya sememangnya mengambil kesempatan dengan keadaan cuaca.Jika tidak,saya tidak akan melakukan kerja itu walaupun rumput sudah terlalu panjang. Saya akan biarkan sahinggalah peluang itu sampai.
Hari ini 25/6/2013,keadaan cuaca mulai dari pukul 3 ke atas begitu mendung dan saya bertekad akan melakukan kerja memotong rumput jika keadaan berlarutan hingga ke petang. Terbukti keadaan cuaca begitu mendung hingga ke petang dan saya melakukan kerja memesin rumput selepas waktu Asar.
Saya mengetahui bahawa ada syor daripada Dato'Jamil Khir,menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengadakan Solat Istisqa iaitu Solat Meminta Hujan tetapi saya tidak tahu bila masa dan tarikhnya. Menjelang pukul 8.00 malam ini HUJAN TURUN lebih kurang 10 - 15 minit.
Setelah menyelidiki,barulah saya mengetahui bahawa pada hari ini 25/6/2013 selepas Solat Zohor, para pemimpin pemerintah telah melakukan Solat Istisqa di Masjid Negara diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara dihadiri lebih kurang 500 para jemaah. Allahu Akhbar! Allah SWT mendengar dan mengabulkan permohonan pemimpin pemerintah.
Pada zaman Nabi s.a.w. dan jugak zaman sahabat,Solat Istisqa ini dilakukan pada masa umat Islam ditimpa dengan CUACA KEMARAU tetapi umat Islam di negara ini ditimpa dengan keadaan JEREBU hasil daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab yang berlaku di Sumatra,Indonesia.
Tidak ada tercatit di dalam sejarah umat Islam,Solat Istisqa dilakukan apabila keadaan cuaca berjerebu tetapi kali ini,hal sedemikian dilakukan oleh pemimpin pemerintah oleh sebab negara ini memerlukan hujan untuk menyerap jerebu bagi mengurangkan keadaannya. Terbukti,Allah telah memakbulkan permohonan mereka yang bermohon.Allah SWT bersama dengan mereka ini.
Pembaca yang budiman,
Jika kamu membaca seluruh postings di blog saya ini,kamu akan dapati bahawa kebanyakan tulisan saya bersabit dengan PEMERINTAH. Cubalah scroll kesemua topik tulisan saya itu dengan tidak perlu membacanya,kamu akan dapati kebenarannya. Saya listkan beberapa topik seperti dibawah:-
1. MENENTANG PEMERINTAH ADALAH HARAM HUKUMNYA.
2. MENJADI AHLI DAN PENYOKONG PEMBANGKANG BERMAKNA MENJADI PEMECAH-BELAH UMAT ISLAM.
3. MENGUNDI MENENTANG PEMERINTAH BERMAKNA MENGANGKAT PEDANG MENENTANG DAN MENJATUHKAN PEMERINTAH.
4. PENUBUHAN PARTI PAS DIBENARKAN OLEH AMALAN DEMOKRASI TETAPI DIHARAMKAN OLEH SYARIAT ISLAM.
5. PARTI PAS ADALAH PARTI PEMECAH-BELAH UMAT ISLAM.
Saya ingin mengingatkan kepada seluruh umat Islam;terutama sekali bagi yang menjadi ahli,penyokong dan pengundi PARTI PEMBANGKANG, agar bertaubat kepada Allah SWT.Kembalilah bersatu-padu seperti mana yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya dengan menyokong PARTI NAUNGAN PEMERINTAH. Bersatulah didalamnya kerana dengannya UMAT ISLAM TELAH BERSATU PADA AWALNYA dan BERJAYA MEMERDEKAKAN NEGARA. PEMERINTAH TELAH BANYAK MELAKUKAN KEBAIKAN BAGI MEMAJUKAN AGAMA DAN BANGSA UMAT ISLAM DI NEGARA INI.
KITA TUNGGU SAJALAH KEHANCURANNYA JIKA BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM MASIH LAGI BERPECAH-BELAH.
KITA SAMA-SAMALAH MENUNGGU!
KEBENARAN ITU DARIPADA ALLAH SWT.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment