Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Bagi sesiapa yang rajin mendengar klip video ceramah Azhar Idrus ni; yang dimuat turun di Youtube, mereka akan dapati, banyak komennya bersabit dengan syariat agama iaitu fekah. Cara dia berceramah seolah-olah banyak yang dia tahu. Perkataan 'boddoh' sering keluar dari mulutnya. Peminatnya ramai kerana minat para pendengarnya dek kerana kelucuannya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh para pendengar sambil memboddohkan orang dengan jawapan yang direkanya sendiri supaya para hadirin yang mendengar itu ketawa. Lihat contoh seperti dibawah.
Ini lagi contoh untuk tatapan. Seronokkkkkkkkk...........
Ini lagi satu,seronok ketawaaaaaa...................
Saya nak komen bab solat qasa' jama'.
Apa yang keluar dari mulut si JOKER daripada klip video ini.
"Dia kalau kita nak boleh jama' dan qasa' mestilah kita ni, musafir. Kalau kita mukim, boleh tak jama' qasa'? Dak boleh. Jadi bila kita nak jama' qasa', senang aje. Masa kita nak jama' tu, kita hukum dulu. Adakah aku sekarang musafir atau mukim.Itu saje keadahnya. Oh aku sekarang musafir,boleh jama', Oh aku sekarang mukim, tak boleh jama'. Benda makna mukim?
Makna mukim ialah orang yang duduk pada satu tempat tidak kemana-mana atau dia pergi ke satu tempat lalu dia singgah ke negeri itu paling kurang 4 hari dan ke atas maka dia bernama mukim. Bila dia bernama mukim, tidak boleh jama' qasa'. Contoh daripada Bangsar nak pergi ke JB. Selama mana nak pergi, 4 hari. Masuk sempadan selamat datang ke JB maka kita telah bernama pemukim JB. Pasal apa? Kerana kita niat nak duduk 4 hari di JB dan ke atas, maka bila kita nama mukim, boleh tak jama' qasa'? Dah boleh ehh."
Pembaca yang budiman,
Pertama sekali pembaca semua hendaklah mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh Azhar Idrus didalam klip video ini.
Saya akan komen satu persatu:
Dia kata, makna musafir ialah orang yang berjalan sejauh 56 batu ke atas atau dia singgah pada satu negeri 3 hari atau kurang......
Jawapan saya: Imam Syafei dalam kitabnya berkata perjalanan sejauh 46 batu. Jadi mazhab Azhar Idrus 56 batu. 10 mil lebih daripada Imam Syafei! Apakah landasannya? Mungkin dia tersalah quote.
JARAK BOLEHNYA MENGQASA'
Hadis riwayat Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Baihaqi:
Dari Yahya bin Yazid,katanya: Saya bertanya kepada Anas bin Malik perihal mengqasa' solat. Ujarnya: "Rasulullah s.a.w. bersembahyang 2 rakaat kalau sudah keluar sejauh 3 mil(batu) atau 3 farsakh."
Hafizh Ibnu Hajar mengatakan dalam kitab Al Fath,bahwa inilah hadis yang paling sah dan paling tegas menjelaskan jarak bepergian yang dibolehkan mengqasa'
Disini ada keraguan mengenai soal MIL atau FARSAKH dapat diberi penjelasan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al Khudri katanya:
"Apabila Rasulullah s.a.w. bepergian sejauh 1 farsakh,maka beliau mengqasa' solat." (Diriwayatkan oleh Said bin Manshur dan disebutkan oleh Hafizh dalam At-Talkhish,dan ia mendiamkan hadis ini sebagai tanda pengakuannya.)
Penting: Hadis Abu Said ini cukup menghilangkan keraguan yang terdapat dalam hadis Anas KERANA 1 FARSAKH = 3 MIL (BATU)/ 4.827 KM. 1 MIL = 1.609 KM
TEMPAT DIBOLEHKAN MENGQASA'
Jumhur ulama berpendapat bahwa mengqasa' solat itu dapat dimulai setelah meninggalkan kota dan keluar dari DEARAH LINGKUNGAN.
Ini diperkuatkan dengan hadis riwayat Jama'ah:
Dan berkata Anas: Saya bersembahyang zohor bersama Rasulullah s.a.w. di Madinah 4 raka'at dan di Dzul Hulaifah 2 raka'at.
Berkata Ibnul Mundzir: Saya tidak menemukan sebuah keterangan pun bahwa Nabi s.a.w. mengqasa' dalam bepergian kecuali setelah keluar dari Madinah.
Pembaca yang budiman,
Daripada hadis riwayat Jama'ah dari Anas menerangkan bahwa Nabi mengqasa'kan solatnya setelah keluar dari Madinah. Jarak di antara Madinah ke Dzul Hulaifah lebih kurang 6 MIL (BATU).
Keterangan: Jelas sekali bahawa hadis di atas memperjelaskan perihal JARAK, Nabi s.a.w. mengqasa'kan solatnya di Dzul Hulaifah, kira-kira 6 batu dari Madinah. Dua hadis di atas menyebut tentang JARAK secara spesifik iaitu 3 batu bersamaan dengan 1 farsakh. Oleh itu, 46 batu seperti yang dinyata oleh Imam Syafei sangat jauh bezanya dengan keterangan 3 hadis tersebut.
Imam Syafei adalah salah seorang daripada 4 Imam Mazhab yang jugak meninggalkan wasiat untuk pengikutnya TENTANG TAQLID bahawa beliau tidak senang orang bertaqlid kepada beliau. Dan bilamana ada hadis yang shahih,maka itulah mazhab beliau.
Sebagai rumusan kepada pemasalahan MEMBOLEHKAN MENGQASA' SOLAT berpandukan kepada kesemua hadis bersabitkan kepada perkara-perkara dibawah:-
1. Jarak membolehkan mengqasa' ialah 3 MIL (BATU)
2. Keluar dari DAERAH TEMPAT TINGGAL LINGKUNGAN 3 MIL (BATU).
Oleh itu,mazhab Syafei mengatakan 46 MIL adalah penjelasan sebuah hadis yang tidak jelas. Mazhab Azhar pulak, sesuatu yang diada-adakan tanpa merujuk kepada mana-mana teks ilmuan. Ini bermakna,si JOKER itu lebih 'alim daripada Imam Syafei.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment