Untuk pendahuluan,elok rasanya saya hidangkan fakta sebenar daripada blogger PAS, Milosuam mengenai SOLAT ISTISQA' yang diketuai oleh Nik Aziz; yang disebut oleh puak-puak penentang sebagai mempunyai 'KERAMAT'. Baca dulu!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tertarik CiLiK© dengan berita dari Malaysiainsider. Kagum dengan ketokohan Tok Guru, memohon hujan dengan solat hajat bersama rakyat. Kalaulah rakyat seluruh Malaysia seperti ini alangkah indahnya....
KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,
Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.
Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.
Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.
Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.
“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.
“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.
Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.
sila klik untuk membesarkan image.
CiLiK©: Alhamdulillah inilah cara hidup Islam yang diajarkan Nabi Muhammad semoga terus dijadikan contoh dan diamalkan di negeri-negeri yang lain. Islam lengkap meliputi segala aspek, ikutlah Islam PASTI BEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. Mengapakah UMNGOK dan Be End terus menentang pemimpin seperti ini?
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2010/03/hujan-turun-semasa-solat-istisqa.html#ixzz2XHfDJYTA
Cuba lihat video klip ini pulak betapa taksubnya puak-puak ini.
Pemimpin derhaka seperti ini di anggap mempunyai 'KERAMAT' oleh puak-puaknya. Maluuuu weeeiiii!
Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,
Komen: Nik Aziz ada rahmat ke? Cuba baca teks berwarna ungu......malu le weeeiii.............
Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.
Komen: Kemarau apa yang menimpa rakyat kelantan! Terer tuu...baru mula baca alfatihah dalam solat istisqa, hujan dah turun. Belum lagi berdo'a, Allah dah bagi hujan..........terer tuuuu.............lebih terer daripada Nabi tuuuu..................Jika dibandingkan dengan Nabi bersolat istisqa,selepas berkutbah dan berdo'a masih lagi belum hujan,cuma awan mulai berkumpul disekitar kawasan kemudian baru hujan.
Satu hal lagi yang terjadi pada Nabi Ayub yang malu untuk memohon pertolongan kepada Allah kerana masalah yang dihadapinya. Baginda Nabi Ayub berkata kepada Malaikat Jibril;yang diperintahkan oleh Allah untuk mengadap Nabi Ayub,bahawa penderitaan yang dialami hanya beberapa tahun sahaja berbanding dengan nikmat yang telah dikecapi berpuluh-puluh tahun lamanya. Apa maknanya? Maknanya,sesuatu permohonan itu mestilah dipohon terlebih dahulu kepada Allah dengan berdo'a,barulah Allah makbulkan atau tidak. Tetapi yang peliknya,belum lagi berdo'a kepada Allah meminta hujan, hujan dah turun........keramat!!!.....keramat!!!!......keramat!!!!........Malu le weeeiiii..............................!!!!
“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.
Komen: Nik Aziz kata bahawa di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.......Isyy....isyy.....isyy...isyy ,syariat solat istisqa tak habis lagi,hujan dah turun dikatakan Nik Aziz mempunyai rahmat atau keramat.......Maluuuu le weeiiii.......................
Tahu ke,syariat melakukan solat istisqa! Solat dulu kemudian kutbah baru berdo'a sambil membalikkan selendang yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan. Cara sebegitu yang dibuat oleh Nabi.
Pembaca yang budiman,
Do'a penderhaka tidak dimakbul oleh Allah. Cuba imbau kembali do'a Nik Aziz terhadap Perdana Menteri,makbul ke? Cuba imbau kembali adik dia mendo'akan supaya UMNO hancur dan BN K.O, tidak jugak makbul! Hal itu dilakukan bukan seorang tetapi BERJAMA'AH,tidak jugak makbul. Mana nak makbul do'a itu, sekiranya menjadi penderhaka dan pemecah-belah umat Islam!
Maluuuu le weeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!
Wassalam.