Sunday, April 21, 2013

Semua Blogger Wajib Muat Naik Video Ini! Pengkianat Bangsa Melayu Dan Agama Islam! Lihat Bukti-Buktinya! Bahagian 2

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Hari ini saya ada menyiarkan postings terbaru, mendedahkan bukti-bukti daripada Al Qur'an,Hadis serta Perjanjian SAHIFAT AL MADINAH dan AQD AL DHIMMI demi memperlengkapkan Umat Islam Berbangsa Melayu perihal PENGKIANAT BANGSA MELAYU dan AGAMA ISLAM.

Hari ini juga tanpa diduga,Blogger, House PK iaitu parpukari.blogspot.com membuat PENDEDAHAN yang lebih terperinci bagaimana SIKAP dan NIAT GOLONGAN KAFIR HARBI ini terhadap Umat Islam Berbangsa Melayu.

Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Inilah yang dikatakan bantuan Allah SWT.

Kepada semua yang sayangkan Umat Islam Berbangsa melayu LIHAT dan BACALAH SEHINGGA HABIS. 




SIARKAN,SEBARKAN dengan MEMUAT NAIK VIDEO SLIDE INI KE DALAM BLOG ANDA SEMUA. Ini kerana setiap BLOGGER mempunyai follower dan viewer masing-masing.

Jangan Lupa! Jika anda tidak tahu cara untuk memuat naikkan video slide tersebut,dibawah ini saya tunjukkan.

Pertama. Layari blog House PK iaitu parpukari.blogspot.com.

2. Right klik di tempat kosong - akan muncul satu kotak - pilih 'view page source' - page source akan muncul.

3. Pada 'page source' itu tekan key 'Ctrl' bersama-sama key 'F' - kotak carian akan keluar.

4. Pergi balik ke blog House PK-Copy title di atas video itu ia-itu 'right klik' pada title itu.-Kotak akan muncul kemudian tekan 'copy'.

5. Pergi balik ke page 'view source' dan pastekan ke dalam 'kotak carian'- Komputer akan carikan sourcenya. Kemungkinan ada 2 atau 3 tempat pada source itu. Tekan button 'arrow ke bawah' komputer akan carikan source lain. Pada source itu pula,cuba cari 'iframe' kemudian copy semua dari < iframe >.......< /iframe >.

6. Pergi ke blog anda dan buka 'new post' kemudian tekan 'HTML' dan pastekan ke ruang kosong.

7. Tekan 'Compose' anda mendapati video slide akan muncul.

8. Jika video itu besar sangat,anda boleh adjustkan. Cara nak adjust-tekan 'HTML' semula dan cari semula sourcenya anda akan lihat perkataan 'width' tukarkan kepada 550 atau yang lebih sesuai.

Anda berjaya!

Pengkianat Bangsa Dan Agama Islam! Lihat Bukti-Buktinya! Bahagian 1

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 118:

" Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ' orang dalam ' (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun NYATA (tanda) KEBENCIAN mereka pada PERTUTURAN MULUT mereka,dan apa yang DISEMBUNYIKAN oleh HATI mereka lebih BESAR lagi.Sesungguhnya telah Kami nyatakan beberapa keterangan kepadamu,jika kamu memikirkannya."

Ayat di atas diturunkan berhubung dengan orang bukan Islam yang telah mengadakan Perjanjian Dhimmah dengan Nabi s.a.w.

Daripada pengertiannya,Allah SWT tidak melarang orang Islam bekerjasama dengan mereka(Orang yang bukan Islam iaitu Kafir Dhimmi) dengan syarat mereka itu tidak menyimpan hasad dengki dan niat yang buruk terhadap orang Islam dan Negara.

Dalam maksud yang lain,LARANGAN itu ditujukan kepada mereka(Orang yang bukan Islam iaitu Kafir Harbi) yang JELAS MEMUSUHI ORANG ISLAM.

Ini bermaksud bahawa HARUS bagi orang Islam mengambil mereka(Kafir Dhimmi) sebagai rakan sekerja untuk mentadbir dan membangunkan Negara. HARUS diletakkan kepercayaan dan mendapatkan fikiran mereka di dalam urusan-urusan penting Negara kecuali pada sebilangan kecil jawatan.

Berdasarkan kepada SAHIFAT AL MADINAH dan AQD AL DHIMMAH telah merumuskan HAK-HAK dan TANGGUNGJAWAB orang-orang bukan Islam. Disini saya ingin memaparkan pelbagai tanggungjawab mereka kerana dengan cara sebegini pembaca dapat melihat akan BUKTI terhadap LARANGAN Allah SWT itu MENGENA kepada orang-orang yang bukan Islam yang macam mana.

Tanggungjawab mereka ialah:-

1. Membayar cukai JIZYAH.
2. Membayar cukai KHARAJ.
3. Membayar cukai PERNIAGAAN.
4. MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA.
5. MEMELIHARA PERASAAN ORANG-ORANG ISLAM.
6. MENGHORMATI AGAMA ISLAM. Ini termasuklah tidak menghina Allah,Kitab Suci Al Qur'an,diri Rasulullah s.a.w. dan keluarganya,pengajaran Islam dan seumpamanya.

Berdasarkan 2 perkara iaitu PERJANJIAN tersebut di atas serta dikuatkan lagi dengan LARANGAN AL QUR'AN dari surah Al Imran Ayat 118, maka orang-orang BUKAN ISLAM dari GOLONGAN DAP adalah golongan yang MENGINGKARI PERKARA 4,5 dan 6 bagi menunaikan TANGGUNGJAWAB mereka. Oleh itu, mereka sebenarnya tergolong ke dalam orang-orang bukan Islam yang MEMUSUHI ORANG ISLAM.

Pembaca yang budiman,

Pemimpin Umat Islam dari golongan UMNO yang menjadi TERAS PEMERINTAHAN UMAT ISLAM di negara ini bersama-sama 13 daripada golongan komponennya yang mentaati PEMIMPIN UTAMA UMAT ISLAM membangunkan dan mensejahterakan negara serta rakyat di negara ini. Komponen golongan bukan Islam inilah yang di sebut sebagai KAFIR DHIMMI yang dibenar oleh Allah dan Nabi dalam berkompromi.

Nabi s.a.w. bersabda:

" Sesiapa yang menyakiti seseorang KAFIR DHIMMI maka sayalah musuhnya dan sesiapa yang saya musuhinya nescaya saya akan musuhinya pada Hari Kiamat nanti." (Riwayat al Khatib al-baghdadi dan al Suyuti,al jami al Saghir.)

Sabdanya lagi,

" Sesiapa yang menyakiti seorang DHIMMI sesungguhnya dia telah menyakiti saya dan sesiapa yang menyakiti saya sesungguhnya dia telah menyakiti Allah..." ( Riwayat al Tabarani di dalam al Ausat)

Disebaliknya, golongan bukan Islam yang diketogerikan sebagai KAFIR HARBI adalah golongan yang MEMUSUHI ORANG-ORANG ISLAM dan AGAMA ISLAM itu sendiri. Mereka mengingkari perkara 4,5 dan 6 yang tersebut di atas. Golongan tersebut di negara ini disebut sebagai golongan DAP.

Siapakah para pemimpin ini dan apakah buktinya bahawa mereka sememangnya memusuhi Islam dan penganutnya.








Bukti-bukti mereka memusuhi perkara-perkara dibawah; sepatutnya mereka mematuhinya:-

4. MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA.

4.1 Mengadakan demonstrasi jalanan dengan melakukan banyak kerosakan dan keadaan tidak aman.
4.2 Merendah-rendahkan sistem kehakiman negara.
4.3 Berlaku biadap dan kurang ajar kepada Raja-Raja.

5. MEMELIHARA PERASAAN ORANG-ORANG ISLAM.

5.1 Memperjuang kebebasan dan hak asasi melampau.
5.2 Memperjuang isu murtad dan LGBT.
5.3 Memperjuang IFC dan mengkristianisasi serta membantah bidang kuasa makamah syariah.

6. MENGHORMATI AGAMA ISLAM. Ini termasuklah tidak menghina Allah,Kitab Suci Al Qur'an,diri Rasulullah s.a.w. dan keluarganya,pengajaran Islam dan seumpamanya.

6.1 Menghalang pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam.
6.2 Membaca ayat Al Qur'an sewenangnya dan mentafsirkan mengikut kehendaknya.
6.3 Memperjuang kalimah Allah bagi diguna-pakai oleh orang-orang bukan Islam.

Pembaca yang budiman,

Apa yang menyedihkan bagi majoriti umat Islam di negara ini ialah golongan bangsa Melayu yang mengaku memperjuang Islam kerap kali mendakwa bahawa golongan KAFIR HARBI ini telah menerima Islam. Mereka mendakwa bahawa mereka telah berjaya menarik minat mereka kepada Islam. Demi untuk memenangi pilihanraya serta menjatuhkan Pemerintah Umat Islam, mereka sanggup BERKOMPLOT dengan KAFIR HARBI ini. Sahinggakan mereka sanggup memberi ruang bagi menggunakan lambang parti mereka. Percaturannya disini ialah besar kemungkinan umat Islam yang menjadi PENGUNDI dapat dikelirukan atau terkeliru. Hal ini boleh dikatakan sebagai PERANCANGAN JAHAT mereka.

Inilah yang dikatakan golongan bangsa Melayu yang menjadi PENGKIANAT kepada bangsanya sendiri sekaligus MELAKUKAN PENGHINAAN terhadap agama anutannya sendiri. Merekalah yang menjadi SUMBER dan PUNCA PERPECAHAN terhadap BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM di negara tercinta ini. Siapakah mereka ini?







Janganlah hendaknya UMAT ISLAM itu terpengaruh kepada PENGKIANAT BANGSA dan PENGKIANAT AGAMA ISLAM.

Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 8 - 12

8.   Diantara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan hari yang kemudian,pada hal mereka itu bukan orang-orang beriman.

9.   Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman,pada hal mereka tiada menipu hanya diri mereka sendiri,tetapi mereka tiada sadar.

10. Dalam hati mereka ada penyakit(syak wasangka),lalu ditambah Allah penyakit itu;dan untuk mereka itu siksa yang pedih,kerana mereka berdusta.

11. Apabila dikatakan kepada mereka:Janganlah kamu berbuat bencana dimuka bumi,maka jawab mereka: Hanya kami berbuat kebaikan.

12. Ingatlah,sesusngguhnya mereka itu berbuat bencana,tetapi mereka tiada sadar.

Sunday, April 14, 2013

2 "TA" 2 "IT" 2 "ANG" Nasihatilah !!! Jangan Dekati 2 Perkara Ini !!!!!


Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,

Hakikat menjadi seorang pemimpin ialah supaya dapat mengajak manusia kepada mengEsakan Allah. Itulah yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi s.a.w. Sampingan daripada itu,pemimpin berperanan untuk menjaga kepentingan manusia agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang baik BERTUJUAN untuk BERIBADAT kepada Allah SWT.

Sekarang ini,manusia mulai sedar, mengetahui dan memahami KENAPA Nabi s.a.w. MENOLAK TAWARAN  3 "Ta" iaitu TAHTA,HARTA dan WANITA, daripada Pimpinan Bangsa Quraish agar MEMBERHENTIKAN  dan MENINGGALKAN KERJA DA'WAH. 

TUJUAN Nabi s.a.w. bukan mengajar 3 "TA" itu dan bukan juga TUJUAN bagi sesaorang yang mendakwa dirinya sebagai KHALIFAH dimuka bumi ini. Malahan sememangnya teramat sangat bukan,untuk TUJUAN itu, bagi sesetengah pemimpin yang MENDAKWA diri mereka ULAMAK PEWARIS NABI.

Pada mata kasarnya,dilihat manusia ini semacam memperTUHANkan Allah. Hal sedemikian kerana mereka tidak dilihat menyembah berhala,memohon kepada perkuburan keramat secara terang-terangan. Tetapi,Al Qur'an ada menyatakan perihal memperTUHANkan NAFSU, menyembah 2 TUHAN dan memperTUHANkan TOK-TOK GURU.

Pada tulisan kali ini, ingin saya menerangkan perihal memperTUHANkan NAFSU. Hal ini dilihat, terlalu banyak manusia yang KECUNDANG dengan NAFSUNYA apabila menjadi PEMIMPIN dalam mengejar CITA-CITA DUNIANYA. Dibawah ini terdapat beberapa contoh:-

Menjadi Pemimpin iaitu TAHTA! Berikutnya akan mendapat HARTA kemudian mencari WANITA !




Menjadi Pemimpin ia-itu TAHTA!  Berikutnya akan mendapat DUIT kemudian mencari BURIT !





Menjadi Pemimpin ia-itu TAHTA ! Berikutnya akan mendapat WANG kemudian mencari LUBANG !





Beginilah sebahagian daripada gelagat manusia yang menjadikan NAFSU sebagai TUHAN mereka selain Allah. Sebaiknya, mereka ini sepatutnya MENGAKU KESILAPAN dan BERTAUBAT serta BERSARA daripada MENJADI PEMIMPIN tetapi disebaliknya mereka MENAFIKAN dengan pelbagai helah. Mereka tidak dapat menerima KEBENARAN maka jadilah mereka ini orang-orang yang TAKBUR.

Antara kalangan manusia yang menjadi Pemimpin,ada yang MEMBISU terhadap perbuatan MAKSIAT mereka ini,





Lebih buruk lagi para Pemimpin mereka yang MEMPERTAHANKAN mereka ini !!!!!!



Bertaubatlah wahai MANUSIA sebelum MAUT menjemput kamu!!!!!!

Sungguh menghairankan bagi pemimpin dibawah ini, apabila didedahkan skandal seknya bersedia MENGAKU bahawa manusia yang didalam video klip itu adalah dia. Dia tidak MENAFIKAN malah MENGAKU itu adalah dia serta MELETAKKAN JAWATAN sebagai PRESIDEN. Terbaik daripada itu, TIDAK ADA SATU PEMIMPIN PUN dikalangan mereka yang memperTAHANkannya.

Kejujurannya BERBAYAR apabila dia diangkat SEMULA sebagai PEMIMPIN NO.1 dalam partinya secara PEMILIHAN SEMULA oleh para pemimpinnya. Benar sekali KEJUJURAN itu mempunyai IMPAKnya tersendiri. Walau pun paparan video klip itu tidak berapa JELAS kelihatan orangnya tetapi oleh sebab kejujuran terhadap diri sendiri,dia dilihat sebagai manusia yang mempunyai NILAI MURNI yang mungkin tidak ada pada orang lain.


Apabila ditanya kepadanya,dia menjawab secara jujur, " I am the man in the tape. " Habis cerita!!!!


Monday, April 8, 2013

Siapakah Mereka Ini Yang Menjadikan Nik Aziz Sebagai Tuhan Selain Allah? Siapa! Lihat Buktinya.

Assalamu'alaikum..

Para pembaca yang budiman,

Mari kita lihat dan baca beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Nik Aziz dan yang sewaktu dengannya,yang mana jika kita menyokong atau mengiyakan beberapa kesalahan dia, membawa kepada implikasi PENYEMBAHAN KEPADA NIK AZIZ.

Ini yang pertama dan yang terbaru. Persoalannya,bagaimana dia tahu! 1.Tolak Islam! 2. Tak dapat pahala!


2. Nik Aziz kata bahawa Nabi Muhammad serupa aje dengan Mat-Mat di kampung. Ini dikira menghina Nabi.Saya ada terangkan dalam tulisan saya yang lepas.

3. Dia ada menghina Allah bahawa pemilihan Nabi Muhammad itu seolah-olah secara Ad Hoc. Saya ada terangkan perkara ini dalam tulis saya yang lepas.

4. Sepertimana kenyataan yang dibuat oleh saudara Saidi; yang melihat akan kejadian KHALWAT didalam keretapi,bekas pengikut Parti PAS bahawa Allah telah mengampunkan dosanya. Bagaimana Nik Aziz tahu!

5. Semasa kemenangan Parti PAS di Kelantan sedikit masa dulu,Nik Aziz ada menyebut bahawa para malaikat membantu dan memberi kemenangan kepada Parti dia. Persoalannya,bagaimana dia tahu!

Pembaca yang budiman,

Ada banyak lagi kesalahan Nik aziz ini yang tidak perlu rasanya disebut, cukup sekadar 5 ni saja. 5 perkara yang saya sebutkan ini, jika PARA PENGIKUT dan PENYOKONGnya mengIYAkan atau memBENARkan dengan LISAN atau PERBUATAN maka tergolonglah mereka itu kedalam apa yang DISEBUT oleh Allah SWT dan DI PERJELASKAN oleh Rasulullah s.a.w.

Lihat bukti-buktinya:

Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 31

" Mereka mengangkat pendeta-pendeta dan 'alim 'ulamanya menjadi Tuhan selain daripada Allah,begitu juga Al Masih anak Maryam,sedang mereka tiada disuruh,melainkan supaya menyembah Tuhan yang Esa,tiada Tuhan kecuali Dia. Mahasuci Tuhan daripada apa yang mereka persekutukan itu."

Ayat ini dijelaskan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At Turmudzi dan Ibnu Jarir:

Penduduk Madinah banyak membicarakan tentang kedatangan orang penting iaitu pemimpin Thaif bernama Adi bin Hatim. Sebenarnya Adi dipengaruhi oleh saudara perempuannya yang ditawan oleh tentera Islam lalu memeluk Islam kerana kebaikan ajaran agama Islam itu. Oleh itu, Adi bersetuju untuk bertemu dengan Rasulullah bersama rombongannya. Pada dadanya masih terjuntai KALUNG SALIB daripada perak. ketika dia masuk mengadap Rasulullah,KEBETULAN pula Baginda sedang membaca ayat seperti di atas.

Dari Adi bin Hatim: ' Ya Rasulullah,mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah mereka (Pendita-pendita dan Rahib-rahib). Rasulullah s.a.w. menjawab: "Memang benar mereka berbuat demikian. Mereka (Pendita-pendita dan Rahib-rahib) MEMBENARKAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BENAR,dan mereka (Yahudi dan Nasrani) MEMATUHI MEREKA dan DENGAN BERBUAT DEMIKIAN MEREKA SEBENARNYA TELAH MENYEMBAH MEREKA (Pendita-pendita dan Rahib-rahib)." '

Penjelasan:

Dari segi PERBUATAN orang-orang Yahudi dan Nasrani memakai SALIB dileher. Mengapa? Ini kerana mereka mematuhi arahan Pendita dan Rahib mereka.

Dari segi LISAN pula, mereka MEMBENARKAN bahawa Nabi Isa Al Masihi itu ANAK TUHAN. Bahkan mereka MEMPERCAYAI konsep TRINITY iaitu 3 dalam 1.

Pembaca yang budiman,

Hanya dengan MEMBENARKAN dan MEMPERCAYAI sahaja, mereka telah DISABITKAN oleh Rasulullah telah MENYEMBAH TUHAN LAIN selain ALLAH.

Al Qur'an itu diturunkan BAGI MEMPERJELASKAN sesuatu kejadian bukan hanya khusus bagi KAUM TERTENTU sahaja bahkan menjadi PEDOMAN bagi umat Islam sahingga kiamat. Oleh itu, bagi mereka yang MEMBENARKAN dan MEMPERCAYAI perkara-perkara yang tidak benar yang disuarakan oleh PEMIMPIN PAS atau PKR seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim,BOLEH DISABITKAN dengan MENYEMBAH para Pemimpin ini. Dengan lain kata, PARA PENGIKUT dan PENYOKONG yang MEMBENARKAN atau MEMPERCAYAI perkara-perkara yang TIDAK BENAR yang disebut oleh Para Pemimpin mereka sebenarnya telah MENYEMBAH TUHAN LAIN selain Allah.

Nak Jadi Musyrik Ke?















Tuesday, April 2, 2013

Penyembah 2 Tuhan! Siapakah Mereka Ini?

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 51:

"Berfirman Allah: Janganlah kamu sembah DUA TUHAN. Hanya Dia Tuhan yang Esa,sebab itu takutlah kepadaKu."

   

     


Banyak manusia mengakui bahawa Islam itu Addin atau cara hidup. Hal itu disebut-sebut begitu fasih terutama sekali orang-orang yang mendakwa diri mereka pejuang Islam. Lebih ketara,mereka ini memperlihatkan sedemikian dengan menghiasi diri mereka dengan jubah,serban/kupiah serta janggut. Mereka lupa akan pasanan Rasulullah s.a.w. iaitu Allah tidak lihat pada luaran,apa yang Dia lihat ialah HATI; yang menjadi penentu segala amalan diterima atau tidak. Tapi,masalah HATI bukan hak manusia untuk menentukan. Manusia hanya dapat menilai luarannya sahaja saperti LISAN atau PERBUATAN.

Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Hurairah r.a.,katanya: " Bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Sesungguhnya Allah tidak akan memperhitungkan bisikan yang jahat dalam HATI seorang,selagi orang itu tidak melahirkannya dengan LISAN atau PERBUATAN.' "

Manusia mestilah mempunyai ilmu untuk mengenal jalan mana yang seharusnya diikuti untuk berada pada JALAN YANG LURUS.Begitu banyak persimpangan yang akan menarik manusia itu ke LEMBAH KESESATAN. Kebanyakan manusia itu boleh melakukan ibadah solat,berpuasa,berzakat dan berhaji tetapi mereka masih berada dalam kemusyrikan. Mengapa? Ini kerana,TIANG AGAMA YANG PERTAMA iaitu Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah ia-itu KALIMAH TAUHID yang sepatutnya didalami ilmunya bagi menangkis segala bentuk PENYEMBAHAN kepada yang lain SELAIN ALLAH SWT.

Mengucap kalimah Tauhid tanpa mengetahui SYARAT dan RUKUNnya seperti mengucap kalimah Tauhid tanpa apa-apa pengertian. MENGUCAP KALIMAH KOSONG AJE! Kesan daripada itu,penyembahan mereka kepada yang Maha Esa bercampur-baul dengan perkara-perkara yang membawa kepada KEMUSYRIKAN. Ini kerana,ketika beribadah mereka menyembah Tuhan yang Esa tetapi pada masa yang sama mereka jugak menyembah Tuhan lain selain Allah SWT. Manusia mungkin tidak tahu atau pura-pura tidak tahu, TUHAN LAIN MANA yang mereka sembah! Mungkin dek kerana NAFSU,kerana JAHIL dan kerana IKUT-IKUTAN. Lazimnya yang kita dengar," Kita mesti bersama dengan tok-tok guru yang memperjuangkan Islam.Mereka ini, nak kepada Islam. Mereka ini, arif tentang ilmu Islam. Takkanlah mereka ini salah! " Jika ucapan seperti ini yang kita dengar maka, sahlah anutan agama mereka ialah IKUT-IKUTAN.

Hadis riwayat Muslim:
Dari Usman bin Affan r.a. katanya: " Bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Barangsiapa mati dalam keadaan YAKIN kepada TUJUAN SYAHADAT itu akan masuk Syurgalah dia.' "

Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Malik dari bapanya,katanya: "Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Barang siapa yang mengucapkan SYAHADAT dan mengingkari PENYEMBAHAN SELAIN daripada ALLAH,maka terjagalah harta dan darahnya,sedangkan perhitungan BATHIN orang itu terserah kepada Allah.' "

Hadis riwayat Muslim:
Dari Mu'az bin Djabal,katanya: "Saya pernah naik unta di belakang Rasulullah s.a.w. sedang antaraku dengan beliau hanya dipisahkan oleh ujung pelana unta. Berkata Rasulullah s.a.w.: 'Hai Mu'az!' Jawabku: Ya. Tak lama kemudian dipanggilnya pula saya,dan ku jawab: Ya. Setelah berjalan pula beberapa lama,beliau memanggilku lagi dan ku jawab pula: Ya. Kemudian beliau lalu berkata:'Adakah anda tahu akan kewajiban hamba terhadap Allah?' Jawabku:Allah dan RasulNyalah yang tahu. Sabda Rasulullah s.a.w.: 'Sesungguhnya kewajiban hamba terhadap Allah ialah supaya mereka itu MENYEMBAHNYA TANPA MENYEKUTUKANNYA dengan sesuatu makhluk.' "

Pembaca yang budiman,

Manusia boleh jatuh akidahnya kerana beberapa faktor. Pada LISANNYA atau pada PERBUATANNYA.
Lihat dan bacalah buktinya!

Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Hurairah r.a.,katanya: " Bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Sesungguhnya Allah tidak akan memperhitungkan bisikan yang jahat dalam HATI seorang,selagi orang itu tidak melahirkannya dengan LISAN atau PERBUATAN.' "

Mari kita fahami dengan mengambil beberapa contoh akidah sesaorang boleh ROSAK oleh sebab LISAN atau PERBUATAN.

LISAN- Membenarkan dengan lisan akan kebolehan berpecah daripada Kesatuan Umat Islam Arus Perdana(Kesatuan Umat Islam Terawal) dengan menunggangi amalan Demokrasi.
PERBUATAN- Mendaftar dengan Akta Pertubuhan 1966.

LISAN- Membenarkan dengan lisan Demonstrasi Haram menentang Pemerintah yang sah.
PERBUATAN- Keluar di jalanraya menghuru-harakan keadaan. Kestabilan negara tergugat.

LISAN- Membenarkan dengan lisan kebolehan menjatuhkan Pemerintahan Umat Islam dengan cara mengundi dalam PRU.
PERBUATAN- Mengundi Parti Umat Islam Tandingan (Pembangkang PAS,PKR).Mengundi adalah ALAT seperti MENGANGKAT SENJATA bagi menjatuhkan Pemerintah.

LISAN- Membenarkan dengan lisan akan kebolehan Memfitnah,Mengumpat,Mencaci dan Memaki Pemimpin Umat Islam.
PERBUATAN- Mengadakan ceramah terkandung di dalam perlakuan Memfitnah,Mengumpat,Mencaci dan Memaki Pemimpin Umat Islam.

LISAN- Membenarkan dengan lisan akan kebolehan berkomplot,bersekongkol dengan Kafir Harbi.
PERBUATAN- Menubuhkan Kerajaan Negeri PR hasil sekongkolan dengan Kafir Harbi.

Pembaca yang budiman,

Kesemua LISAN atau PERBUATAN yang disebutkan hasil daripada AMALAN POLITIK DEMOKRASI yang KUFUR. Hal ini bertentangan dengan AMALAN POLITIK ISLAM yang sama sekali berpaksi kepada SYARIAT ISLAM. Tanya diri sendiri,apakah cara seperti itu yang diajar oleh Nabi s.a.w.? Parti 'pejuang Islam',zahirnya berkomestikkan RUPA BENTUK ISLAM dengan teriakan TAKBIR mengamalkan AMALAN DEMOKRASI SERBA BOLEH. Adab tatacara nilai murni Islam dan keperibadian Islam DILONGKANGKAN. Kita tertanya-tanya,apakah mereka ini tahu akan MAKNA DEMOKRASI?

Saya pernah menghadiri satu seminar di IKIM pada tahun 1994 bertajuk: Pemerintahan Islam dalam Masyarakat Majmuk, diresmikan oleh Tun Dr. Mahathir yang dihadiri oleh para ulamak dari dalam dan luar negara. Salah saorang pembentang kertas kerja ialah Allahyarham Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim. Kebiasaannya, jika Tun meresmikan sesuatu seminar kemudian sesudah ucapannya,Pengerusi Majlis akan memberi peluang kepada hadirin untuk menanyakan soalan kepada Tun.

Sebaik saja peluang itu diberi, saya dengan tidak membuang masa mengangkat tangan untuk menanyakan satu soalan mengenai DEMOKRASI di Malaysia dengan membuat perbandingan amalan DEMOKRASI yang diamalkan oleh negara Amerika. Disebabkan tajuk seminar ketika itu bersabit tentang PEMERINTAHAN maka pertanyaan saya jugak bersabit tentang undang-undang yang menjadi AMALAN NEGARA DEMOKRASI bertentangan dengan SYARIAT ISLAM.

Kamu nak tahu apa yang dijawab oleh Tun Dr.Mahathir terhadap soalan itu! Dengan tenang sahaja beliau menjawab bahawa amalan Demokrasi yang diamalkan oleh negara kita tidak lebih daripada CARA PEMILIHAN PEMIMPIN. Beliau berkata lagi," Kita tidak boleh menggunakan SISTEM TUNJUK.Jika ada cara yang lebih baik daripada sistem yang diguna-pakai sekarang maka kita akan mempertimbangkan untuk menggunakannya."

Pembaca yang budiman,

Mari kita fahami apa itu Demokrasi dan apa itu Negara Demokrasi?

Demokrasi terdiri daripada 2 kata dari bahasa Yunani. Pertama 'Demo' dari kata-kata Yunani 'Demos' ertinya rakyat atau penduduk. Yang kedua 'Krasi' dari kata-kata Yunani 'Cracy' bermaksud kekuasaan. Jika dihubungkan 2 kata-kata ini maka terbentuklah perkataan 'Demokrasi' iaitu membawa erti 'kekuasaan rakyat/penduduk'

Daripada pengertian di atas kita fahami bahawa Demokrasi ialah KUASA RAKYAT. Manakala Negara Demokrasi pula ialah Negara yang mengamalkan sistem pemilihan pemimpin yang ditentukan oleh KUASA MEMILIH OLEH RAKYAT.

Kesemua faktor LISAN atau PERBUATAN yang dirungkaikan di atas adalah unsur-unsur dan nilai-nilai KUFUR penterjemahan daripada AMALAN DEMOKRASI untuk MEMPENGARUHI KUASA RAKYAT. Jika manusia itu mencintai Allah dan RasulNya serta menjunjung Prinsip dan Kaedah berpolitik secara Islam maka  unsur-unsur dan nilai-nilai KUFUR DEMOKRASI itu tidak  akan menjadi amalan mereka. Inilah perkara-perkara yang menarik mereka kejalan KESESATAN. Mereka sama sekali tidak menyedarinya kerana KEJAHILAN atau mengetahuinya tetapi tetap jugak berdegil dek kerana KERAKUSAN NAFSU INGIN BERKUASA untuk memenuhi cita rasa TAHKTA,HARTA dan WANITA.


Oleh yang demikian,dari satu sudut mereka menyembah TUHAN yang ESA tetapi dari sudut yang lain pula mereka menyembah TUHAN DEMOKRASI. Inilah yang diistilahkan sebagai manusia yang menjadi PENYEMBAH 2 TUHAN.

Kesimpulannya,
Inilah sumber TERAWAL PERPECAHAN yang berlaku di negara Malaysia ini, melibatkan manusia yang berbangsa Melayu penganut ajaran Islam. Ini telah dibukti oleh Allah SWT sendiri dengan FIRMANNYA dalam surah Asy--Syuuraa ayat 14:

"Tiadalah mereka berpecah belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan karena BERDENGKI-DENGKIAN SESAMA MEREKA."

Walhal Allah SWT telah MEWASIATKAN kepada NUH,IBRAHIM,MUSA dan ISA serta MUHAMMAD s.a.w. :

"Hendaklah kamu dirikan AGAMA dan jangan kamu BERPECAH-BELAH dalam AGAMA. Berat bagi orang-orang MUSYRIK (menerima) apa yang engkau serukan kepada mereka (iaitu mengESAkan Allah). Allah memilih kepadaNya siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang kembali kepadaNya." Surah As Syuuraa ayat 13.

Oleh itu,
Bersedia kembali ke dalam Kesatuan Umat Islam Terawal yang telah disepakati oleh 29 NGOs Islam ketika itu dengan MENAMAKAN KESATUAN MEREKA UMNO, telah berjaya mengeluarkan manusia itu daripada KEGELAPAN kepada CAHAYA KEHIDUPAN adalah sangat BERTEPATAN.

Menjadi tonggak pemerintahan negara umat Islam sahingga kini yang banyak memberi manfaat kepada AGAMA ISLAM serta BANGSA MELAYU itu sendiri. 

SATU UNDI kepada UMNO/BN adalah DEKLARASI BAI'AH kepada PEMIMPIN UMAT ISLAM disebaliknya, SATU UNDI kepada PEMBANGKANG adalah DEKLARASI PENENTANGAN/PEMBERONTAKAN/PENGKIANATAN untuk MENJATUHKAN PEMIMPIN UMAT ISLAM.

SATU UNDI kepada UMNO adalah DEKLARASI KESATUAN UMAT ISLAM membawa implikasi KETAATAN kepada ULILAMRI menjurus kepada KETAATAN kepada Allah dan RasulNya. SATU UNDI kepada SELAINNYA adalah DEKLARASI PENENTANGAN terhadap Allah dan RasulNya.

Firman Allah: "Hai orang-orang beriman,taati Allah dan taati Rasul dan Ulilamri yang mengurus pekerjaan dari kamu." An Nisa ayat 59

Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Siapa yang taat padaku berarti taat pada Allah dan siapa yang melanggar padaku berarti melanggar kepada Allah. Dan siapa yang taat pada Pemimpin berarti taat padaku,dan siapa maksiat kepada Pemimpinnya berarti maksiat padaku."

Berhati-hati!!!