Apa yang didengari daripada clip video yang dipaparkan ini adalah sebahagian daripada dalil dan nas Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Dalam postings saya yang lepas-lepas, jika pembaca sekelian membacanya, begitu banyak hadis yang saya kemukakan bagi menguatkan hujah bahawa menentang pemerintah itu adalah suatu perbuatan yang HARAM.
HARAM jugak menentang PEMERINTAH walaupun ianya zalim dalam apa jua tafsiran yang dapat kamu fikirkan. Begitu jugak jika kita menjadi warganegara disesabuah negara kafir,pengharamannya tetap jugak berkuat kuasa.Jika kamu tidak tertahan disebabkan penindasan yang dilakukan dan dipaksakan oleh Pemerintah terhadap kamu, maka Al Quran mempunyai penyelesaiannya iaitu HIJRAH. Sila baca BUKTINYA:
Surah An Nisa' ayat 97:
Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat sedang mereka menganiaya dirinya,malaikat berkata: Dalam apakah kamu berada? Mereka menjawab: Kami adalah orang lemah(tiada sanggup mengerjakan agama) ditanah air kami. Berkata malaikat: Tiadakah bumi Allah itu lapang,lalu kamu berhijrah kepadanya? Maka tempat mereka itu Neraka Jahannam dan itulah sejahat-jahat tempat tinggal.
Penjelasan: Ayat yang diatas memaparkan peristiwa yang akan berlaku disebut oleh Allah SWT didalam Al Quran agar menjadi pedoman dan peringatan.Orang-orang yang menjawab pertanyaan malaikat itu sebenarnya bukanlah orang-orang yang lemah malahan mereka adalah orang-orang yang berupaya yang sengaja tidak mahu berhijrah. Ini disebabkan mereka cinta kepada dunia;sama ada anak isteri,harta benda dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan dalam hal penghijrahan Nabi s.a.w. ke Madinah. Dimana tempat mereka bagi orang-orang yang tidak mahu berhijrah? Seperti mana tersebut diayat itu,"Maka tempat mereka itu Neraka Jahanam" Kecuali mereka benar-benar lemah;tidak nampak suatu jalan keluar,maka bagi mereka ini ada jugak Allah menyebutkannya.
Ayat 98 seterusnya: " Kecuali orang-orang yang lemah diantara laki-laki dan perempuan-perempuan dan anak-anak,mereka tiada berdaya dan tiada mendapat suatu jalan."
Ayat 99: "Mudah-mudahan Allah akan memaafkan mereka,dan Allah Pemaaf lagi Pengampun."
Pembaca yang budiman,
Pemerintah Quraisy menekan dan menindas serta melarang kebebasan beragama; tiada ruang bagi Nabi s.a.w. dan pengikutnya, sahingga berlakunya HIJRAH. Tidak pulak Allah menyuruh agar Nabi s.a.w. dan pengikutnya supaya berdemonstrasi secara aman! Namun begitu,tidak jugak setelah umat Islam berkembang di Madinah Nabi s.a.w. ajak pengikutnya menentang pemerintahan Quraisy. Perang Badar yang berlaku adalah arahan Allah SWT kerana bala tentera kafir Quraisy bersiap sedia untuk menyerang kaum muslimin di Madinah. Allah SWT mengetahui bahawa peperangan itu PASTI BERLAKU. Maka perintah itu DIKELUARKAN.
Dalam kesah Nabi Musa a.s.;pemerintah pada masa itu ialah Firaun, dia(Musa) diperintah oleh Allah SWT supaya pergi kepada Firaun dan mengajak Firaun mensucikan dirinya. Begitulah Kemuliaan Allah SWT terhadap Firaun; yang mengaku dirinya tuhan pun, disuruh ajak secara baik.
Dalam peristiwa lainnya pulak,apabila Nabi Musa a.s. dan pengikutnya merasakan diri mereka tidak selamat lagi tingggal dibumi Firaun maka mereka berhijrah. Tetapi penghijrahan mereka dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya sahingga turun malapertaka kepada mereka dalam peristiwa apa yang umum ketahui iaitu peristiwa Laut merah terbelah dua.
Apakah para pembaca semua pernah dengar peperangan yang berlaku antara Nabi Musa serta pengikutnya dengan bala tentera kerajaan Firaun? Kalau ada,sila nyatakan. Begitulah SIFAT AGAMA TAUHID, agama yang mementingkan KEAMANAN. BERTINDAK apabila DISERANG.
Persoalan yang timbul,apakah dinegara kita ini tidak ada kebebasan beragama? Apakah penganut agama Islam ditindas serta dilarang daripada mengamalkan ajaran agama Islam? Apakah penganut agama Islam dilarang daripada melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka? Apakah yang membolehkan sesetengah golongan penganut agama Islam ini membuat onak dan duri serta melakukan penentangan terhadap pemerintah? Pengkianat betul bagi orang-orang Islam yang berakhlak seperti itu! Mereka mengaku Islam tetapi tidak mengikut tatasusila serta akhlak sebagai seorang Islam. Mengaku mengikut Al Qur'an dan Sunnah tetapi pada hakikatnya mereka tidak atau mengikut separuh-separuh iaitu apa yang akan menjejaskan kepentingan nafsu dunia mereka akan tolak.
Disebut jugak didalam clip video itu tentang Jemaah. Timbulnya persoalan Jemaah ini jugak membawa kepada PERPECAHAN.Tanpa mengambil kira penafsiran sebenar tentang makna Jemaah Islam,maka muncul beberapa firqah yang mendakwa firqah mereka itu adalah jemaah YANG SATU yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai kelompok yang SELAMAT daripada 72 yang lain.Firqah-firqah ini mengaku bahawa merekalah golongan yang disebut oleh Nabi. Di negara ini saje terdapat beberapa golongan seperti Arqam,Tabligh,Tariqat dan tidak terkecuali parti PAS yang mendakwa mereka adalah JEMAAH ISLAM walhal semua mereka ini jauh daripada menepati sifat-sifat sebagai JEMAAH ISLAM.
Semua manusia mempunyai pandangan sendiri mengenai DEMONSTRASI dan tidak lupa jugak dikalangan umat Islam. Semua orang boleh membuat kesimpulannya sendiri termasuklah orang-orang yang bergelar ulamak,orang-orang politik termasuklah orang-orang bukan politik. Tetapi,ingat! Kesimpulan yang dibuat jika tidak mengikut garis panduan akan tersasar jauh daripada KEBENARAN.
Kesimpulan mengenai DEMONSTRASI jika dibuat mengikut AKAL FIKIRAN tanpa dikemukakan bukti-bukti boleh membawa kepada KESESATAN. Hal sedemikian,dalam apa jua masalah tentang agama yang melibatkan permasalahan umat Islam,kesimpulan yang dibuat mestilah bersandarkan kepada bukti-bukti daripada Al Qur'an dan Hadis Nabi saw disertai dengan HIDAYAH daripada Allah SWT.
Elok sekiranya saya terangkan terlebih dahulu bahawa DEMONSTRASI mempunyai kaitan dengan PEMERINTAHAN atau PEMERINTAH/ULILAMRI/PENGUASA dikalangan kamu. Dalam penjelasan mengenai pemerintah,saya telah buktikan berdasarkan hadis-hadis Nabi saw bahawa RAKYAT WAJIB TAAT KEPADA PEMERINTAH kecuali jika dipaksa secara fisikal melakukan maksiat kepada Allah SWT. Paksaan secara fisikal ini jugak telah saya huraikan. Tak tahan dengan deraan secara fisikal sahingga menuruti perbuatan yang dipaksakan,jugak telah saya huraikan. Silalah baca postings saya yang lepas-lepas agar para pembaca sekelian mendapat ilmu daripadanya. Bukan nak paksa tapi sekadar pandangan. Jika para pembaca rasakan baik,ikutlah kerana mengikut pandangan yang baik itu disebut oleh Allah didalam Surah Az Zumar 17-18.
Firman Allah SWT dalam surah Az Zumar ayat 17 dan 18:
"Orang-orang yang menjauhi menyembah syaitan dan kembali kepada Allah,untuk mereka itu kabar gembira. Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu,Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal."
Pembuktian dengan Al Qur'an: Surah An Nisa' Ayat 59:-
Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman,taatlah Allah dan taatlah Rasul dan orang-orang yang mengurus pekerjaan dari kamu.(Para pemimpin/Pemerintah/Ulilamri).
Penjelasan: Untuk satu baris ayat ini saje telah wujud bantah membantah daripada puak yang tidak menyetujuinya. Satu pihak kata,wajib taat ulilamri kecuali dipaksa(disertai dengan kekerasan) dan tidak boleh menentang/menjatuhkan dan satu pihak lagi mengatakan taat kepada ulilamri bersyarat dan boleh menentang/menjatuhkan. Hal sedemikian kerana mereka mengatakan tiada perkataan 'taat' sebelum perkataan 'ulilamri'. Bagi saya perkara itu ada benar tetapi mereka menafsirkan perkataan 'bersyarat' mengikut fikiran dan nafsu mereka sendiri tanpa mengikuti nasihat Allah SWT. Dan seterusnya Allah berfirman pada ayat yang sama:-
"Kalau kamu berbantah-bantah tentang sesuatu(perkara),hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul,jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang Kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan."
Penjelasan: Pihak yang mengatakan boleh menentang/menjatuhkan pemerintah, menafsir ayat itu mengikut hawa nafsu tanpa merujuk kepada banyak hadis Nabi s.a.w. yang menerangkan tentang pemerintah dan bagaimana semestinya perlakuan/adab/tindakan kita terhadap pemerintah.
Selari dengan tafsiran mereka serta digabungkan dengan amalan Demokrasi,mereka bertindak membelakangkan nasihat Nabi s.a.w.(mengenepikan syariat Islam) yang mana mereka mengetahui bahawa Nabi s.a.w. adalah satu-satunya OTORITI yang mempunyai HAK menafsirkan Al Qur'an. Maka terjadilah perbalahan yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.
Apakah umat Islam semua boleh mempercayai mereka ini? Cuba kamu bayangkan bahawa sejak dari dulu lagi (sejarah perpecahan iaitu keluar daripada kesatuan awal dimana umat Islam bersatu dengannya) mereka menafsirkan bahawa perjuangan mereka ialah menegakkan NEGARA ISLAM ADALAH TUNTUTAN AL QUR'AN ( Habis semua orang yang tidak menyokongnya dikafirkan) tetapi sekarang ini telah berubah kepada perjuangan menegakkan NEGARA BERKEBAJIKAN. Alasan yang diberi bahawa perjuangan menegakkan NEGARA ISLAM tidak ada dalam Al Qur'an. Jadi,nampaknya mereka telah menyalahi tafsiran yang dibuat oleh mereka sendiri.
Pembuktian dengan Hadis Nabi saw:- Hadis Muslim:
Auf bin Malik r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik pemimpinmu ialah yang kamu cintai dan mereka cinta kepada kamu dan kamu do'akan dan mereka mendo'akan kamu. Dan sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan membenci pada kamu,dan kamu kutuk dan mengutuk kamu. Sahabat bertanya: Bolehkah kami MENENTANG mereka? Jawabnya: TIDAK,SELAMA MEREKA TETAP MENEGAKKAN SEMBAHYANG.
Penjelasan: Apa saje jenis penentangan yang dapat kamu fikirkan semuanya tidak boleh. Jangankan kata nak berdemonstrasi,nak memaki mereka pun tidak boleh. Buktinya:-
Hadis riwayat At Tirmidzy: Abu Bakrah r.a. berkata: Saya telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang menghina Raja(Pemerintah),Allah akan menghinakannya.
Timbul persoalan,apakah tidak boleh rakyat bangun BERDEMONSTRASI DI JALANAN bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihanraya? Jawapan kepada persoalannya,apakah tiada ruang yang diberi oleh pemerintah untuk menyuarakan ketidakpuasan itu? Dewan Rakyat ada,perbincangan pun dah ada dengan pihak SPR dan yang penting sekali PEMERINTAH ADALAH SAH setelah dipilih oleh MAJORITI RAKYAT. Berapa ramaikah sangat yang tidak berpuas hati? Kebanyakan daripada mereka yang akan keluar dijalanan adalah mereka yang dipengaruhi dan yang ikut-ikutan serta diburukkan lagi kedatangan orang ramai yang ingin melihatnya. Penentuan sama ada BERSIH atau TIDAK BERSIH telah ditentukan oleh MAJORITI RAKYAT YANG MENGUNDI. Siapa mereka yang mengatakan TIDAK BERSIH!
Pembaca yang budiman,
Implikasi daripada DEMONSTRASI JALANAN ini sangat banyak. Kita semua tahu keburukannya jika perkara itu berlaku. Oleh itu,hujah saya saperti diatas dan implikasi buruk yang akan dihadapi oleh umat Islam maka, ISLAM MENGHARAMKAN perlakuan sedemikian.
Kita semua tahu bahawa SPR adalah PIHAK KETIGA iaitu pihak yang NEUTRAL;ditugaskan untuk mengendalikan soal pilihanraya,diberi kuasa oleh AGONG. Jika mereka mengatakan bahawa SPR bersubahat dengan PEMERINTAH,bagaimana pulak 4 negeri dikuasai oleh PEMBANGKANG? Bukankah ini janggal namanya? Oleh itu,tiada sebab bagi mereka untuk mengadakan Demonstrasi Jalanan.
Belum ada pembuktian lagi oleh pihak pembangkang terhadap SPR melalui Makamah bahawa SPR itu tidak bersih. Sikit punya ramai orang-orang yang didakwa sebagai PENGUNDI HANTU dipanggil mengadap ke muka pengadilan tapi akhirnya, kesemua mereka yang didakwa adalah pengundi sebenar di tempat masing-masing.Kesemua mereka memohon agar mereka dibayar RM150-00 sebagai wang pampasan kehadiran tetapi pihak yang mendakwa iaitu PAS gagal menyelesaikannya. Saperti yang saya kata, belum ada pembuktian bahawa SPR itu TIDAK BERSIH. Oleh itu, bagi mereka yang mencampakkan diri ke dalam kebinasaan dengan mengambil bahagian dalam DEMONSTRASI JALANAN adalah BERDOSA kerana perbuatan saperti itu adalah HARAM HUKUMNYA.
Tidak adakah petunjuk daripada Nabi s.a.w. tentang bagaimana sepatutnya RAKYAT MESTI BERTINDAK terhadap PEMERINTAH YANG DIKATAKAN "ZALIM"? Persoalannya,ZALIM YANG MACAM MANA? Walau bagaimanapun,kita sambung dengan hujah seterusnya:
Apakah perbuatan seperti dibawah ini berupa PERBUATAN ZALIM?
1. Kepala-kepala/pemimpin-pemimpin yang hanya pandai menuntut hak mereka dan menahan hak kami.
2. Monopoli dan mengutamakan diri sendiri,dan hal-hal yang kamu anggap tidak benar.
3. Membenci sesuatu dari pemerintah. (Ayat ini boleh membawa maksud,membenci kerana mereka RASUAH ke atau membenci kerana mereka MEMONOPOLI ke( kamu boleh fikirkan apa jugak bentuk monopoli) atau perbuatan pada kes No.1.
Jika kamu menganggap kedua-dua perbuatan tersebut adalah ZALIM maka apa kata Nabi s.a.w. dalam hal sedemikian.
Bagi kes 1 - Nabi s.a.w. bersabda: "Dengarlah dan taatlah maka sungguh bagi masing-masing kewajipan sendiri-sendiri, atas mereka ada tanggung-jawab,dan atas kamu tanggung jawabmu." (Muslim)
Bagi kes 2 - Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu harus menunaikan kewajipanmu, dan mengharapkan kepada Allah SWT apa yang menjadi hakmu." (Bukhary dan Muslim)
Bagi kes 3 - Saya sediakan fulltext hadis dari riwayat Bukhary dan Muslim:-
Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang membenci sesuatu dari PEMERINTAHNYA hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa yang KELUAR dari PEMERINTAHNYA walau SEKEDAR SATU JENGKAL, kemudian ia MATI, MATI DALAM JAHILIYAH."
Pembaca yang budiman,
Hidup ini seperti yang disebut oleh Allah SWT ialah bertujuan BERIBADAT. Penciptaan manusia pelbagai bangsa bertujuan untuk kita saling kenal mengenali dan berkasih sayang antara satu sama yang lain. Allah SWT menjadikan khalifah(pemimpin) dimuka ini agar mereka dapat mentakbir manusia serta menjaga segala keperluan mereka. Itulah tujuan khalifah/pemimpin dijadikan. Untuk mencapai tujuan itu,manusia perlu taat kepada khalifah/pemimpin kerana tanpanya dan tanpa ada ketaatan daripada manusia/rakyat perkara yang menjadi asas terpenting iaitu KEAMANAN bagi mencapai tuntutan kepada BEBERAPA TUJUAN KEHIDUPAN seperti yang saya sebut tadi menghadapi JALAN KESUKARAN..
Tidak terdapat satu hadis pun sepertimana yang saya tahu daripada pembacaan bahawa Nabi s.a.w. membenarkan menentang PEMERINTAH. Carilah dan kemukakanlah satu saje hadis,jika kamu orang-orang yang benar.