Pembaca yang budiman,
Tiada siapa yang dapat melihat akan perbuatan Allah SWT kecuali dengan ilmu serta hidayahNya. Itu sebabnya, hidayah Allah ini sangat penting dalam kehidupan bagi meniti liku-liku hidup di dunia agar dapat berada dalam keredhaanNya.
Manusia,sedalam mana ilmunya dan seluas mana kenamaannya(terkenal) jika tiada beserta dengan hidayah akan membawa pada kesesatan. Selain daripada manusia yang diketogorikan dalam kelompok para Nabi dan Rasul;dipandu oleh Allah SWT, manusia dengan ilmunya mesti disertai dengan hidayah kerana hidayah itu yang memandu dia kearah jalan yang lurus.
Kamu boleh namakan siapa dan apa mertabatnya, selagi ia disebut sebagai manusia yang hidup di atas dunia ini,mestilah dipandu dengan hidayah Allah SWT. Dan ini tidak terkecuali terhadap para sahabat Nabi.Ini kerana,maksud sahabat Nabi ialah orang yang dapat berjumpa dengan Nabi(bukan didalam mimpi) serta beriman dengannya dan menerima Islam sebagai anutannya. Jadi,walaupun ianya digelar sebagai sahabat tetapi ada jugak perbuatan sahabat yang tidak dipandu dengan hidayah Allah, melakukan kesilapan.Itu sahabat,apa tah lagi manusia yang bukan dalam lingkungan sahabat!
Jesteru itu, Abu Jahal dan Abu Lahab serta yang sewaktu dengannya dapat berjumpa dengan Nabi tetapi mereka bukan sahabat kerana mereka tidak beriman dengannya serta menerima Islam yang dibawa olehnya. Walau pun keadaan luaran kedua-dua pesonaliti itu berjubah,berserban serta berjanggut tetapi itu bukan ukuran apa-apa yang dibawanya.
Benar kata Allah SWT bahawa Dia tidak melihat pada luaran manusia itu tetapi apa yang dilihatNya ialah apa yang didalam hati manusia itu.
Benar kata Allah SWT bahawa Dia melihat sebaik-baik manusia dikalangan manusia itu ialah pada taqwa manusia itu.
Ukuran taqwa pada manusia bukan pada serban,jubah dan janggut tetapi sejauh mana manusia itu mentaati perintahNya.
Hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbadh bin Sariyah:
" Hendaklah kamu semua berpegang teguh akan Sunnahku dan Sunnah para Khalifah yang Rasyidin yang sama MENGIKUT PETUNJUK."
Para pembaca yang budiman,
Kebenaran itu bukan terletak pada berapa besar serban dan tidak jugak pada berapa lebuh jubah yang dipakai serta jauh sekali pada janggut yang menghiasi wajah sesaorang. Bangga jugak Abu Jahal dan Lahab kerana ada jugak kelompok yang melihat pada pesonaliti itu.
Kebenaran jugak bukan terlihat pada perhimpunan sejumlah manusia berserban dan berkupiah. Bangga jugak Al Arqam yang telah diharamkan kerana ada jugak kelompok manusia yang merasakan bahawa mereka dalam kelompok yang benar.
Dalam Muktamar parti PAS (parti haram kewujudannya),ada jugak perwakilan yang membawa usul ISU SONGKOK. Maklum saje le,memakai serban dan kupiah putih itu, lebih menampakkan kea'aliman dan kebenaran sesuatu kelompok itu. Maklum saje le,agaknya mereka beranggapan bahawa mereka adalah golongan suci yang layak ke Syurga.
Para pembaca yang budiman,
Ada 2 perkara yang memalukan kelompok PAS ini pada sidang Muktamar mereka telah diperlihatkan:-
1. Dalam pada mengemukakan isu SONGKOK,akhirnya PUAK SONGKOK jugak yang menguasai kebanyakan jawatan tertinggi bagi mengemudi PUAK SERBAN DAN KUPIAH. Haiiii.....malunya! Begitu ramai para pengkritik politik menyuarakan bahawa parti haram ini harus mengekalkan penguasaan golongan ulamak;maknanya pakai serban atau kupiah,SONGKOK jugak yang menang dan hampir majoriti menguasai parti haram itu.
Apa tahnya,Timbalan parti haram,Mr.SONGKOK Mat Sabu,3 Naib Presidennya;Mr.SONGKOK Husam Musa,Mr.SONGKOK Mahfus Omar dan Mr.SONGKOK Salahudin Ayub. Apakah tiada lagi yang menjawat jawatan tertinggi dalam parti haram itu yang memakai SONGKOK? Jawabnya,ada! Ituuuu.....Mr.Setiausaha,Mr SONGKOK Mustafa Ali! Ada lagiiiiiiiiiiii? Adaaaa.............Mr.Bendahari,Mr SONGKOK Kamaruddin Jaffar! Ada lagiiiiii? Haaa........cari sendiriiiiii!
Haa...haa...haa.......Kebanyakan daripada AJK Pusatnya jugak Mr. SONGKOK. Undian tertinggi No. 1 hingga 6,semuanya Mr. SONGKOK.
2. Bagaimana kueh begitu jugaklah acuannya. Telah diperlihatkan bahawa pengikut dan penyokong manusia yang dikatakan memperjuangkan agama telah ditakbir oleh para pemimpin SONGKOK iaitu pemimpin bukan aliran agama. Ini memberi isyarat bahawa golongan serban telah terkebawah.Golongan serban dan kupiah menjadi pengikut golongan SONGKOK. Memang benar,selama ini golongan serban dan kupiah yang selalu menggunakan agama sebagai topeng perjuangan telah diperlihatkan kebenarannya. Perjuangan yang dikatakan Islam itu selama ini,rupa-rupanya telah diperlihatkan suatu perjuangan cari makan dan jawatan. Pergi mampos dengan kesatuan umat Islam,asalkan dapat pangkat dan jawatan. Apa modalnya? Tak lain tak bukan agama sebagai kuda tunggangan mereka.
Kebatilan kelompok ini sedikit demi sedikit diperlihatkan. Hanya sanya manusia yang melihat dengan mata hati akan dapat mengetahui bahawa parti PAS ini adalah parti yang sememangnya HARAM KEWUJUDANNYA. Menyokong dan jugak menjadi ahli kepada parti ini bermakna menyokong perpecahan umat Islam sekaligus membawa kepada jurang serta pintu-pintu Jahanam.
Begitulah hinanya jika DIPERLIHATKAN ISTERI MEMIMPIN SUAMI. Apa tidak hinakah,JIKA PEMIMPIN BUKAN ALIRAN AGAMA MEMIMPIN PEMIMPIN ALIRAN AGAMA?
Wallahu'alam.
Tuan.., politik punya pasal, songkok dan kopiah pun jadi pertikaian yee.. Gua sebenarnya malu ada sahabat handai macam tu dalam PAS... Tapi apa boleh buat, ditelan pahit dibuang sayang.. So simpan je lah atas dasar persaudaraan sesama muslim... Hahahahaha...
ReplyDeleteSalam Baii,
ReplyDeleteWah...Baii buat blog walking yaaa.. Tak ta ngantok ke Baii?
Terima kasih kerana memberi sedikit komen,saya menghargainya.
Teruskan perjuangan Baii...Terima kasih kerana blog saya disinaraikan diblog Baii.
HUJAH KO
ReplyDeleteTiada siapa yang dapat melihat akan perbuatan Allah SWT kecuali dengan ilmu serta hidayahNya. Itu sebabnya, hidayah Allah ini sangat penting dalam kehidupan bagi meniti liku-liku hidup di dunia agar dapat berada dalam keredhaanNya.
Manusia,sedalam mana ilmunya dan seluas mana kenamaannya(terkenal) jika tiada beserta dengan hidayah akan membawa pada kesesatan. Selain daripada manusia yang diketogorikan dalam kelompok para Nabi dan Rasul;dipandu oleh Allah SWT, manusia dengan ilmunya mesti disertai dengan hidayah kerana hidayah itu yang memandu dia kearah jalan yang lurus.
Kamu boleh namakan siapa dan apa mertabatnya, selagi ia disebut sebagai manusia yang hidup di atas dunia ini,mestilah dipandu dengan hidayah Allah SWT. Dan ini tidak terkecuali terhadap para sahabat Nabi.Ini kerana,maksud sahabat Nabi ialah orang yang dapat berjumpa dengan Nabi(bukan didalam mimpi) serta beriman dengannya dan menerima Islam sebagai anutannya. Jadi,walaupun ianya digelar sebagai sahabat tetapi ada jugak perbuatan sahabat yang tidak dipandu dengan hidayah Allah, melakukan kesilapan.Itu sahabat,apa tah lagi manusia yang bukan dalam lingkungan sahabat!
JAWAPAN AKU
ReplyDeleteHidayah Dalam Al-Quran Mu’jam Mufahras li Alfaz Al-Quran myenaraikan lebih 306 ayat Al-Quran yang disebut padanya
perkataan hidayah dan perkataan-perkataan terbitan dari perkataan hidayah seperti al-muhtadi,
huda, al-muhtadin, yahdi, ihtadu dan lain-lain. Ini menunujukkan yang Al-Quran menerangkan
konsep hidayah dalam pelbagai pemahaman dan pengertian. Namun apabila dikaji secara lebih
mendalam akan kita dapati bahawa konsep hidayah merupakan satu bentuk petunjuk ke arah
kebaikan. Antara dalilnya: a) Firman Allah SWT: Musa berkata: "Tuhan kami ialah (Tuhan) yang Telah memberikan kepada
tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya (surah taha, 20:50)
Ayat ini merupakan dalil yang menjelaskan bahawa hidayah merupakan pemberian Allah SWT
kepada semua makhluk ciptaanNya samada manusia, haiwan, pokok, bulan, matahari dan
segalanya. Hidayah ini adalah dalam bentuk sifat, kemampuan dan kehendak semulajadi
makhluk Allah SWT yang membolehkannya berfungsi seperti yang dikehendaki Allah SWT.
Tanpa hidayah ini maka akan rosaklah kehidupan sesuatu makhluk itu. Contohnya, burung diberi
hidayah oleh Allah SWT untuk terbang tanpa perlu ia belajar bagaimana untuk terbang di mana-
mana sekolah penerbangan.
b) Firman Allah SWT: Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang
memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. dan adalah mereka meyakini ayat-
ayat kami. (surah al-sajadah, 32:24)
Pemimpin yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah para rasul yang diberi tanggungjawab
menyampaikan hidayah Allah SWT dalam bentuk ajaran agama Islam. Maka, hidayah yang
dimaksudkan dalam ayat ini ialah segala prinsip dan ajaran Allah SWT yang terkandung dalam
agama Islam yang dibawa oleh semua rasul dari Adam hingga Muhammad SAW.
c) Firman Allah SWT: Dan kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada
mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah
yang Telah menunjuki kami kepada (surga) ini. dan kami sekali-kali tidak akan mendapat
petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya Telah datang rasul-rasul
Tuhan kami, membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan
kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (surah al-a’raf, 7:43)
Dalam ayat ini hidayah dimaksudkan sebagai satu cara hidup yang membawa kepada kebaikan di
dunia dan akhirat. Kebaikan di dunia adalah apabila manusia mengikut ajaran Islam maka
matlamat hidupnya adalah al-falah (kejayaan). Manakala kebaikan di akhirat adalah apabila
manusia mengikut ajaran Islam maka matlamat hidupnya adalah al-jannah (syurga). Namun,
segala kedua-dua matlamat adalah sebab kepada mencapai kerehaan Allah SWT semata. Maka
hidayah disini boleh ditafsir sebagai jalan kea rah al-falah, al-jannah dan mardhatillah.
d) Firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang
yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan
Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk (surah al-qasas, 28:56)
Hidayah dalam ayat ini merujuk kepada hidayah tawfiq yang menjadi prerogatif Allah SWT di
mana tiada siapa mampu memberi hiyah tawfiq ini melainkan Allah SWT. Hatta Rasulullah SAW
tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang disayanginya. Ini bagi menunjukkan yang manusia itu amat lemah dan kerja memberi hidayah ini adalah milik mutlak Allah SWT. Tugas manusia hanya menyampaikan hidayah yang terkandung dalam 'Al-Quran'.....KALAU NAK BERHUJAH NYATAKAN DALILNYA SEKALI
HUJAH KO
ReplyDeleteJesteru itu, Abu Jahal dan Abu Lahab serta yang sewaktu dengannya dapat berjumpa dengan Nabi tetapi mereka bukan sahabat kerana mereka tidak beriman dengannya serta menerima Islam yang dibawa olehnya. Walau pun keadaan luaran kedua-dua pesonaliti itu berjubah,berserban serta berjanggut tetapi itu bukan ukuran apa-apa yang dibawanya.
JAWAPAN AKU
“Petunjuk Nabi s.a.w dalam berpakaian itu adalah yang paling sempurna, paling bermanfaat (sesuai) dan ringan untuk badan dan paling mudah untuk dipakai dan ditangkalkan. Baginda kerap memakai rida` (baju separuh yang menutup bahagian badan ke atas) dan izar (kain yang menutup separuh bahagian badan ke bawah). Ia ringan untuk badan dibandingkan yang lain. Baginda kerap memakai gamis, bahkan itulah yang paling disukai baginda. Maka petunjuk baginda dalam pakaian adalah memakai apa yang paling manfaat untuk badan. (Zad al-Ma‘ad, 4/237).
"Baginda kerap memakai gamis, bahkan itulah yang paling disukai baginda." kalau mereka nak memakai jubah aka gamis bukan kerana nak ikut Abu Jahal bahkan ia merupakan Sunnah Nabi. Sesuai dgn hadis yg ko lampirkan iaitu
hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbadh bin Sariyah:
" Hendaklah kamu semua berpegang teguh akan Sunnahku dan Sunnah para Khalifah yang Rasyidin yang sama MENGIKUT PETUNJUK."
dan berdasarkan hadis diatas Nabi serta Sahabatnya iaitu Khalifah Ar- Rasyidin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin yg perlu di contohi iaitu :
1. mengimami solat jemaah seperti yg dilakukan oleh Rasulullah dan Khalifah Ar-Rasyidin.
2. Menjadi khatib bagi solat jumaat, solat Aidil Fitri dan Aidil Adha.
3. Menyampaikan dakwah dan Tazkirah berdasarkan Al-Quran dan Hadis seperti yg biasa dilakukan oleh Nabi dan Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin
4. Kehidupan yg serba sederhana dgn rumah yg tidak seperti mahligai.
5. ahli keluarga yg memelihara aurat dan mempunyai keperibadian Islam yg tinggi.
Ko cuba bandingkan dengan pemimpin jemaah islam terawal ko berdasarkan Hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbadh bin Sariyah:
" Hendaklah kamu semua berpegang teguh akan Sunnahku dan Sunnah para Khalifah yang Rasyidin yang sama MENGIKUT PETUNJUK."
Hujah hari itu pun ko tak jawab, aku yakin ko tak mampu menjawab berdasarkan Al-Quran dan hadis....
ReplyDeleteHUJAH KO
Salam,
Siapa itu Dr. Asri? Nabi!Sahabat Nabi!Imam Mazhab!
Pandai betul dia mempercantikkan Demokrasi! Sepatutnya dia berusaha kearah penyelesaian umat Islam yang sekarang ini sedang teruk dilanda perpecahan...................
JAWAPAN AKU
Jadi ko sape Nabi!Sahabat Nabi!Imam Mazhab! Sekurang-kurangnya dia merupakan bekas mufti. Pensyarah dan org yg alim dalam agama. Ko konon-konon alim. Pandai ko nak suruh org bersatu tapi membenarkan perkara mungkar berlaku. Ko tak ingat kenapa bangsa israel dihina oleh Allah. Kerana org alim dikalangan mereka masih lagi bersahabat dgn pemungkar walaupun kemungkaran masih lagi berlaku. kemudian Allah satukan hati mereka sehingga mereka dihina oleh Allah.
HUJAH KO
Tentukan pendirian! Jika tidak berpihak,pastikan agenda penyatuan umat Islam menjadi uslub dakwahnya.................
JAWAPAN AKU
“من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده، فمن لم يستطع فبلسانه، فمن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان”. (رواه مسلم في كتاب الإيمان من صحيحه عن أبي سعيد الخدري).
“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” .(Riwayat Muslim dari Abi Said Al-Khudri)
Ini adalah pendirian seorang pendakwah bukan bersekongkol dgn kemungkaran.
HUJAH KO
Surah Al-Mukminuun ayat 52-54:
52." Sesungguhnya umat kamu,umat yang SATU dan Aku Tuhanmu,sebab itu takutlah kamu kepadaKu." 53. " Mereka berpecah-belah sesamanya tentang urusannya,menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada sisinya." 54. " Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA hingga seketika(matinya)."
JAWAPAN AKU
Bersatu atas dasar apa? Atas dasar taqwa semua boleh bersatu. akan tetapi bagaimana sekiranya kemungkaran dibiar berleluasa atau diberi kelonggaran seluas-luasnya malah disokong lagi.
http://www.malaysiawaves.com/2010/04/majlis-perasmian-kilang-guiness-1968.html
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/05/koleksi-umno-dan-judi-dulu-kini-dan.html
http://gajahmenta.blogspot.com/2010/08/tak-pakai-tudung-rosmah-beri-arahan.html
sedangkan negeri KAPIR pun mengamalkan ajaran islam....rujuk sini
http://casinogambling.about.com/b/2011/04/30/hawaii-and-utah-only-no-gambling-states.htm
HUJAH KO
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dahulu Bani Israil selalu dipimpin oleh Nabi,tiap mati seorang Nabi digantikan oleh Nabi lainnya,dan sesudah aku ini tidak ada Nabi,dan akan terangkat sepeninggalku beberapa Khalifah,bahkan akan bertambah banyak. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah pesanmu kepada kami? Jawab Nabi: Tepatilah BAI'AHMU PADA YANG PERTAMA,dan berikan kepada mereka haknya,dan mohonlah kepada Allah bagianmu,maka Allah akan menanya mereka dari hal apa yang diamanahkan dalam memelihara hambaNya.
JAWAPAN KU
BAI'AHMU PADA YANG PERTAMA merujuk kepada para sahabat. Mereka yg cuba mengikut YANG PERTAMA yakni sahabat ialah mereka yg memartabatkan islam. Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali bagaimana kehidupan mereka. Abu Bakar sekiranya unta yg diberikan zakat tanpa tali maka diperanginya org itu. Hari ini cuba tengok pimpinan skang berpelukan dgn bukan muhrim itu perkara biasa. rujuk sini
http://abushahid.wordpress.com/2011/02/01/mahathir-dengan-fatwa-nasionalis/rafidah_peluk-mahathir-1/
http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/01/kuasa-allah-di-tenang.html
https://dupahang.wordpress.com/2011/03/16/chong-wei-menang-kerana-semangat-dari-rosmah/
http://antubeduru.blogspot.com/2010/11/angkat-dayak-dani-agi.html
Adakah YANG PERTAMA seperti sahabat mempunyai akhlak islam seperti ini?
Salam,
ReplyDeleteWahai manusia Anonymous,kamu boleh cerita le jenis-jenis hidayah,saya tak hal. Tapi,itu bukan message saya.
Message saya adalah umum dan untuk memberi peringatan kepada pembaca perihal perbuatan atau percakapan manusia jika tidak disertai dengan hidayah akan terlihat songsang iaitu salah leee.
Tambahan pula,orang yang bercakap itu berkosmetikkan serban,jubah dan seciput janggut boleh mempengaruhi remaja yang separuh matang dan yang matang jika mendengar dengan akal yang tidak dipandu hidayah.
Sebenarnya,tulisan saya yang terbaru ini ada menjawab pertanyaan anda bagi postings saya yang lepas. Cuma anda tidak dapat menyelami maksud penyampaian yang ada didalamnya.
Jadi,walaupun manusia yang disebut oleh anda iaitu Ibnu Zubair dan Imam Hussein(cucu Nabi) mereka tetap tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.Tapi,ke'aliman mereka tinggi dan mereka tentu tahu bahawa mempunyai ciri-ciri rasa takut dan berharap akan dapat balas kasihan serta ampunan daripada Allah SWT.
Wallahu'alam.
HUJAH KO
ReplyDeleteBegitulah hinanya jika DIPERLIHATKAN ISTERI MEMIMPIN SUAMI. Apa tidak hinakah,JIKA PEMIMPIN BUKAN ALIRAN AGAMA MEMIMPIN PEMIMPIN ALIRAN AGAMA?
JAWAPAN AKU
1.http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/12/ini-hukum-umno-bukan-hukum-allah.html sepatutnya suami membimbing isteri mengikut suruhan Allah.
2.Khalid Al Walid hanya menghafaz 10 surah terakhir dalam Al-Quran akan tetapi dia masih memimpin tentera islam walhal masih ramai sahabat nabi yg lebih alim. jadi isu alim tak alim bukan masalah bahkan ketaqwaan kita yg patut dinilai...
firman Allah Ta’ala yang berbunyi:
ReplyDelete{فليحذر الذين يخالفون عن امره أن تصيبهم فتنة أو يصيبهم عذاب أليم}
“maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih (An-Nur:63)
HUJAH KO
Ukuran taqwa pada manusia bukan pada serban,jubah dan janggut tetapi sejauh mana manusia itu mentaati perintahNya.
JAWAPAN AKU
kalau memakai serban, berjanggut dan berjubah kerana mengikut sunnah Nabi tak ke itu merupakan taqwa kepada Allah.
hadis yg ko beri
Hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbadh bin Sariyah:
" Hendaklah kamu semua berpegang teguh akan Sunnahku dan Sunnah para Khalifah yang Rasyidin yang sama MENGIKUT PETUNJUK."
HUJAH KO
ReplyDeleteTambahan pula,orang yang bercakap itu berkosmetikkan serban,jubah dan seciput janggut boleh mempengaruhi remaja yang separuh matang dan yang matang jika mendengar dengan akal yang tidak dipandu hidayah
JAWAPAN AKU
ADAKAH KO DAPAT MENILAI KEIKHLASAN DIA BERSERBAN, BERJUBAH, BERJANGGUT. BUKAN KE IKHLAS HANYA ALLAH SAHAJA YG DAPAT MENILAI. CUMA ULAMA MENGATAKAN IKHLAS HADIR APABILA KITA ITIQOMAH DALAM IBADAH. JADI ADA KE MEREKA SEKEJAP BERSERBAN, BERJUBAH, BERJANGGUT PADA MASA YG LAIN MEREKA BERSELUAR PENDEK ATAU SEBAGAINYA. KAGI PUN MEREKA BUKAN MELAKUKAN PERKARA BERTENTANGAN DENGAN SYARAK BAHKAN DIGALAKKAN LAGI KERANA MENCONTOHI SUNNAH RASULULLAH. BUKAN MACAM JEMAAH ISLAM YG AWAL BILA MAULIDUR RASUL, MAAL HIJRAH, BACAAN YASSIN BARULA NAK BERSONGKOK. ADA YANG HANYA MENUTUP AURAT KETIKA DI MAKKAH. TAK TAULA PULAK ALLAH HANYA ADA DI MAKKAH BARU NAK TUTUP AURAT. KENAPA TIDAK MEMPERTIKAIKAN MEREKA YG TERANG DAN JELAS MELANGGAR SYARIAT. OH KERANA MEREKA JEMAAH ISLAM YG AWAL JADI MEREKA ADA KEISTIMEWAAN UTK MELANGGAR SYARIAT.
http://abushahid.wordpress.com/2011/02/01/mahathir-dengan-fatwa-nasionalis/rafidah_peluk-mahathir-1/
http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/01/kuasa-allah-di-tenang.html
https://dupahang.wordpress.com/2011/03/16/chong-wei-menang-kerana-semangat-dari-rosmah/
http://antubeduru.blogspot.com/2010/11/angkat-dayak-dani-agi.html
HUJAH KO
ReplyDeleteJadi,walaupun manusia yang disebut oleh anda iaitu Ibnu Zubair dan Imam Hussein(cucu Nabi) mereka tetap tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.Tapi,ke'aliman mereka tinggi dan mereka tentu tahu bahawa mempunyai ciri-ciri rasa takut dan berharap akan dapat balas kasihan serta ampunan daripada Allah SWT.
JAWAPAN AKU
CUBA KO TUNJUKKAN KAT AKU ULAMA MANA YG MENGATAKAN MEREKA BERSALAH TERHADAP PERKARA MEREKA LAKUKAN. SEMUA (JUMHUR) ULAMA MEMUJI ABDULLAH IBNU ZUBAIR DAN HUSSIEN BIN ABI TALIB KERANA KEBERANIAN MEREKA MENEGAKKAN KEBENARAN WALAUPUN TERPAKSA BERDEPAN DENGAN MAUT. KO TARAF ULAMA PUN TAKDAK BUAT TAFSIR PANDAI2 JE, EJA OTORITI PUN SALAH TIBA-TIBA KO NAK KATA DIORANG BUAT SALAH...ISTIGHFAR LA KO. MEREKA BUKAN CALANG ORG ABDULLAH IBNU ZUBAIR ANAK ANGKAT NABI, HUSSIEN BIN ABI TALIB CUCU NABI, BERANI KO CAKAP DIORG BERSALAH DALAM PERKARA MEREKA PERJUANGKAN....
Anonymous
ReplyDeleteJune 6, 2011 12:57 AM
Salam,
Saya pun tak tahu sama ada Abu Jahal dan Abu Lahab itu ikhlas memakai serban dan jubah tetapi satu yang saya tahu mereka itu istiqamah memakainya.
Anda dah baca ke sirah Ibnu Zubair dan Imam Hussein?
wassalam.
Salam,
ReplyDeleteSemua jenis kesalahan yang anda cakap tu tanpa lagi tapi jika dosa menyengutukan Allah,minta maaf leee.......
Lihatlah dulu diri anda dicermin,dah suci ke?
Wassalam.
Apa bukti menyekutukan Allah? Meh kita bermuzakarah. Ye saya baca sirah ibnu zubair dan hussien....
ReplyDeleteHUJAH KO
ReplyDeleteSalam,
Semua jenis kesalahan yang anda cakap tu tanpa lagi tapi jika dosa menyengutukan Allah,minta maaf leee.......
Lihatlah dulu diri anda dicermin,dah suci ke?
Wassalam.
JAWAPAN AKU
CARA KO BERCAKAP SEOLAH-OLAH KO MENERIMA APA SAJA KESALAHAN/MUNGKAR MEREKA WALHAL PERKARA ITU DENGAN JELAS DAN TERANG MERUPAKAN PERKARA YG MELANGGAR SYARIAT. KO MENGANGGAP MEREKA MAKSUM? MANA PENDIRIAN KO SEBAGAI SEORANG ISLAM. MANA KO NAK LETAK HADIS INI
“من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده، فمن لم يستطع فبلسانه، فمن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان”. (رواه مسلم في كتاب الإيمان من صحيحه عن أبي سعيد الخدري).
“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” .(Riwayat Muslim dari Abi Said Al-Khudri)......
HUJAH KO
ReplyDeleteSaya pun tak tahu sama ada Abu Jahal dan Abu Lahab itu ikhlas memakai serban dan jubah tetapi satu yang saya tahu mereka itu istiqamah memakainya.
JAWAPAN AKU
ORANG KAPIR KALAU BUAT AMAL DENGAN IKHLAS TAPI TANPA IMAN TAKKAN DITERIMA OLEH ALLAH SWT. INI ADALAH PERKARA ASAS. TAK TAU KE? BTW SERBAN, JUBAH MERUPAKAN BUDAYA ORG ARAB JADI TAK HERANLA KALAU DIORG 'ISTIQOMAH' MEMAKAINYA....LOL
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku… Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletealhamdulilah jawapan anymous super power..kami pembaca perhati anda..
ReplyDelete