Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Di saat ini, saudara kita seagama sedang ditimpa musibah. Perkara itu berlaku dengan kehendak Allah SWT jua. Musibah datang memberi message dan memperlihatkan; bagi sesiapa yang boleh berfikir,untuk mengajar,menyedarkan dan menguji umat Islam betapa pentingnya ukhuwah sesama kita umat Islam yang berbangsa Melayu ini.
Mengajar dan menyedarkan:
Jika sebelum ini,umat Islam yang dipecahkan oleh fahaman politik pemecah-belah atau sempit kepada 3 kelompok bersengketa dan sekarang ini musibah mengajar mereka bahawa antara mereka memerlukan bantuan dan pertolongan antara satu dengan yang lain.
Contohnya:
Contohnya:
1. Jika sebelum ini,ada kelompok yang menuduh,mencaci kelompok yang lain sebagai assobiyah,nasionalis sahingga menghukum mereka tetapi musibah datang mengajar dan menyedarkan umat Islam,apa itu ukhuwah sesama Islam.
2. Jika sebelum ini,pemerintah dikatakan sebagai zalim,kafir dan sebagainya tetapi sekarang yang dianggap zalim dan kafir itulah yang menggerakkan seluruh tenaga dan jentera untuk membantu umat Islam yang dalam kesusahan.
Kerajaan yang dianggap zalim inilah yang selama ini mereka meraih kesenangan daripadanya. Kerajaan ini jugaklah yang mak bapak dia serta anak beranaknya menagih simpati terhadapnya. Inilah manusia yang tidak tahu mengsyukuri nikmat bernegara. Inilah dia sukusakat manusia provokasi,adu domba Abdullah bin Saba yang telah berjaya memporak-perandakan pemerintahan Usman bin Affan terjadi keadaan huru-hara sahingga beliau terbunuh. Setelah daripada itu, keadaan tampok pemerintahan khalifah oleh Ali bin Abi Thalib jugak terus tidak stabil sahingga berlaku pepecahan umat Islam kepada 3 kelompok terbesar iaitu kelompok Ali,Muawiyah dan Khawarij dan beliau jugak terbunuh. Diburukkan lagi keadaan,terjadinya peperangan Jamal dan Saffin.
Menguji:
Seperti mana yang kita semua tahu bahawa taqwa itu bermakna taat kepada Allah dimasa senang dan jugak susah. Didatangkan kepada umat Islam 1 atau 2 ujian; berbentuk musibah dalam setahun, untuk menguji, siapakah antara mereka yang melepasi ujianNya. Kamu akan lihat berapa banyak yang akan kecundang dalam ujianNya.
Dalam keadaan ditimpa musibah, jika sesaorang itu dapat melepasi ujianNya maka itulah yang dinamakan amal yang baik (amalan yang berkualiti).
Contohnya:
Contohnya:
Sebelum kedatangan ujian,dia melakukan banyak amal sebagai penyataan imannya kepada Allah tetapi setelah diuji ternyata amal yang banyak itu tadi(penyataan imannya), tidak dapat melepasi ujianNya. Hakikat ujian untuk menguji,apa dia akan beramal jugak semasa ditimpa musibah. Jika dia lulus ujian itu maka terbuktilah imannya terhadap Allah. Beramal ketika ditimpa musibah adalah dikatakan amal yang baik (kualiti amalannya)
Tujuan Allah menjadikan hidup dan mati, untuk menguji siapakah antara kita yang baik amalnya. Begitu juga,tujuan Allah menjadikan langit dan bumi serta isinya sekali,untuk menguji siapakah antara kita yang baik amalnya.
Wassalam.