Saturday, October 25, 2014

Ustaz Memang Suka Karipap! 3 Macam Karipap Dah Ada,Syaitan Bagi Lagi1 Karipap Special Punya! Syaitan Tahu Apa Yg Ustaz Suka!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Saya simpati jugak kepada ustaz Azhar ni. Tak sangka ya,begitu punya gah berceramah dan mempunyai banyak pendengar serta pengikut tertipu jugak akhirnya kepada Syaitan. Jika gambar mati, tak berani rasanya saya nak komen tapi saya dah lihat gambar hidup ertinya video berdurasi beberapa saat. Jelas betul kelihatan muka ustaz! Canggih betul camera yang digunakan. Ustaz tak perlu marah kepada orang yang mengambil video itu kerana dia tidak memaparkan keseluruhan durasi aksi ranjang itu.

Maafkan orang yang mengambil video itu. Berkemungkinan, dia nak test ustaz saje kerana penampilan ustaz seperti manusia yang kuat iman. Orang lain semua dibodohkan ustaz bahkan bukan aje itu,ustaz pun banyak memfitnah orang lain. Mari saya listkan:-

Ustaz pernah,

Memfitnah ustaz Zaharuddin.
Memfitnah Dato' Mashitah.
Memfitnah Datin Rosmah pasal cincin 24 juta.
Memfitnah Raja sebagai pontianak.
Memfitnah 4000 ekor pontianak dalam Malaysia.
Memfitnah kerajaan pindah duit beratus-ratus juta keluar negara.
Memfitnah UMNO sesat.
Memfitnah ahli dan penyokong serta sesiapa yang mengundi UMNO itu sesat.
Memfitnah Kerajaan sebagai zalim.
Kalau cakap orang bodoh tu,dibibir mulut ustaz.
Kalau soal jawab tentang sex bukan main lagi, siap buat aksi dengan mulut-mulut sekali.

Ustaz kenalah bersih nama tu jika aksi ranjang itu bukan ustaz. Jangan berdiam diri aje,ini bersangkutan dengan maruah ustaz. Ustaz bukan cakap politik,ini cakap agama seperti mana yang selalu ustaz tepis dalam ceramah ustaz tu.

Hairan jugak ye,bagaimana ustaz boleh terjebak dengan perkara seperti itu! Gambar hidup itu hanya beberapa saat aje yang tersebar itu. Mungkin orang itu tidak mahu memalukan ustaz ,hanya setakad nak bagi tahu orang ramai apa jenis ustaz yang dipuja oleh banyak remaja. Beberapa saat durasi aksi itu susah nak edit ustaz!

Maruah ustaz mesti dibersihkan! Maruah keluarga mesti dibersihkan! Jangan berdiam diri! Biar saya ceramah sikit,berdiam diri tandanya betul. Syaitan memang rasuk dan rayu tentang apa yang menjadi kesukaan ustaz. Ustaz suka Karipap,dia cuba mempengaruhi tentang karipap. Yang hairannya,macam mana boleh ada video! Hairannn.......Hairannn..........

Saidatina Aishah, isteri Nabi s.a.w. pun kena fitnah. Itu tak ada video,pun orang dizaman itu sanggup memfitnahnya. Nabi s.a.w. cuba membersihkan isterinya dengan memanggil tiga orang yang terdekat dengan kedua-dua manusia yang difitnah. Dalam pada itu, Saidatina Aishah sendiri berdo'a kepada Allah SWT agar Nabi s.a.w. diturunkan wahyu kepadanya atas perkara itu. Bersihlah maruah Saidatina Aishah serta keluarganya assebab penurunan ayat 11 dari surah An Nur.

Jadi,jangan berdiam diri seperti yang dilakukan oleh setiausaha PAS,Mustafa Ali itu. Ingat!!!!!! Maruah diri dan keluarga mesti dibersihkan.

Wassalam.

Thursday, October 9, 2014

Umat Islam Berbangsa Melayu Akan Menerima Akibatnya Jika Tidak Menta'ati Allah Dan Menta'ati RasulNya

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

5 mertabat yang wajib dita'at bagi setiap muslim yang perlu diketahui.
2 daripadanya keta'atan secara mutlak.

2.1 Menta'ati Allah SWT.
2.2 Menta'ati Rasulullah s.a.w.
Selebihnya adalah keta'atan bersyarat. Apakah syarat itu? Sekiranya sesaorang itu dipaksa untuk menta'ati perkara yang menjadi maksiat kepada Allah dan RasulNya.

3 mertabat lagi ialah manusia yang bergelar Pemerintah,Suami dan Ibubapa.
3.1 Rakyat wajib mentaati Pemerintahnya.
3.2 Isteri wajib mentaati Suaminya.
3.3 Anak-anak wajib mentaati Ibubapanya.

Apakah yang dimaksud dengan 'dipaksa' yang menjadi syarat ketaatan bagi 3 makluk itu. Ada 2 insiden yang dapat mentafsirkan perilaku 'dipaksa' ini.

1. Perlakuan Ammar bin Yasir atau keluarga Yasir. Ammar dan keluarganya dipaksa dengan diseksa yang teramat sangat sahingga terkeluar daripada mulut perkataan yang menyengutukan Allah.Pemerintah Quraish memaksa Ammar dan keluarganya agar memuja tuhan-tuhan mereka.Setelah dilepaskan,Ammar berasa sangat sedih dan menangis.  

Ketika Rasulullah s.a.w. mnemuinya,didapatinya sedang menangis,maka disapunyalah tangisnya itu dengan tangan beliau seraya sabdanya:
"Orang-orang kafir itu telah menyiksamu dan menenggelamkanmu ke dalam air sampari kamu mengucapkan begini dan begitu..? " "Benar,wahai Rasulullah",ujar Ammar sambil meratap.
Maka sabda Rasulullah sambil tersenyum:"Jika mereka memaksamu lagi,tidak apa,ucapkanlah seperti apa yang kamu katakan tadi...!" Lalu dibacakan Rasulullah kepadanya ayat mulia berikut ini: Surah An Nahl ayat 106 - " Kecuali orang yang dipaksa sedang hatinya tetap teguh dalam keimanan......"

2. Perlakuan tentera Islam yang dipimpin oleh seorang ketua/amir. Oleh sebab rasa marah ketua itu kepada tenteranya yang melakukan kesalahan lalu disuruhnya bala tentera itu mengumpulkan kayu api pada longgokkan besar dan dinyalakan. Amir itu memaksa agar para tentera tersebut terjun kedalam api tersebut. Para tentera enggan berbuat sedemikian. Insiden itu diberitakan kepada Nabi s.a.w. lalu Nabi bersabda bahawa jika kamu mentaati perintah itu maka kamu mati dalam keadaan bermaksiat kepada Allah SWT.

Begitu jugak halnya jika suami memaksa isterinya melacur maka ketika itu isteri tidak wajib taat kepadanya. Hal seperti itu jugak,jika Ibubapa memaksa anak-anaknya supaya mengemis atau melakukan perkara-perkara yang bermaksiat kepada Allah maka keta'atan kepada mereka terangkat.
Tidak menta'ati perkara yang dipaksa bermaksiat kepada Allah bukanlah bermaksud suatu kelulusan bagi mereka untuk menentangnya. Mereka perlu mengelaknya dan bersabar dengan keadaan itu.

Bacalah kisah Ammar bin Yasir.

Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. mengunjungi mereka,Ammar memanggil Rasulullah,katanya: "Wahai Rasulullah,adzab yang kami derita telah sampai ke puncak."
Maka seru Rasulullah s.a.w.: "Sabarlah,wahai Abal Yaqdhan....Sabarlah,wahai keluarga Yasir...Tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah Syurga...."

Akhirkata,lihat dan dengarlah apa yang berlaku dinegara-negara timur tengah yang saban hari berperang,meletupkan diri,berbunuh-bunuhan sesama mereka oleh sebab menentang pemerintahnya.Walaupun pemerintah telah jatuh akibat perlaku rakyatnya tetapi negara mereka masih lagi dalam keadaan huru hara walaupun pemerintah lain mengambil alih. Bilakah negara mereka akan aman?

Inilah akibatnya jika rakyat tidak menta'ati pemerintah seperti yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya maka rakyat akan menerima akibat daripada perbuatan itu.

Allah berfirman dalam surah An Nisa ayat 59: " Hai sekalian orang yang beriman,ta'atlah kepada Allah dan ta'atlah kepada Rasulullah,dan yang memegang pemerintahan dari kamu."

Nabi bersabda: "Sesorang muslim wajib mendengar,ta'at pada pemerintahnya,dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui,kecuali jika diperintah maksiat. Maka apabila disuruh maksiat,maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib ta'at."( Hadis Bukhary dan Muslim)

Nabi bersabda: " Siapa yang ta'at padaku berarti ta'at pada Allah, dan siapa yang melanggar padaku berarti melanggar kepada Allah. Dan siapa yang ta'at pada pimpinan(pemerintah) berarti ta'at padaku, dan siapa maksiat kepada pimpinannya berarti maksiat padaku." (Bukhary dan Muslim)

Kamu semua ada telinga,dengar! Ada mata lihat! Ada hati dan akal berfikir.

Wassalam.