Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Para Pemimpin dan Pengikut Totok PAS sesekali tidak mahu mengakui bahawa PAS itu wujud daripada UMNO. Ini kerana,mereka tidak dapat menerima TUDUHAN TERHADAP MEREKA bahawa KEWUJUDAN PAS ITU BERPUNCA DARIPADA PEMIMPIN UMNO YANG KECEWA,RAKUS,DENGKI,INGINKAN KUASA sahingga sanggup KELUAR UMNO ( KESATUAN ARUS PERDANA ) dan menubuhkan parti lain yang dinamakan PAS.
Mereka yang rakus ini terdiri daripada GOLONGAN AGAMA YANG BERDENGKIAN terhadap Para Pemimpin Seperjuangan dan Seangkatan dengan mereka sendiri.
Perkara ini diakui sendiri oleh Allah SWT iaitu dalam surah Asy-Syuuraa ayat 14:
"Tiadalah mereka berpecah belah melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan karena BERDENGKI-DENGKIAN SESAMA MEREKA."
Silalah lihat dan dengar video clip dibawah ini dari 2:25 - 2:45 diakui sendiri oleh mursyidul am mereka sendiri,katanya:
" Ini yang dibuat oleh UMNO yang menyebabkan orang UMNO sendiri tahun 51 buat PAS. PAS duduk dimuka dunia daripada 'alim ulama UMNO sendiri. Ini sejarah, tak dapat dinafikan."
Mereka ini sanggup MENGENEPIKAN SYARIAT ISLAM iaitu kehendak Allah dan RasulNya agar umat Islam itu BERSATU PADU DAN JANGAN BERPECAH BELAH.
Apakah ASAS daripada SEBAB mereka KELUAR daripada UMNO dan menubuhkan PAS?
Bagi menjawab persoalan ini,ada baiknya jika Para Pembaca Yang Budiman sekelian sekali lagi, mendengar sendiri ASAS TUDUHAN mereka terhadap UMNO dari DULU hingga SEKARANG.
Silalah lihat dan dengar video clip di atas dari 0:52 - 1:35 katanya: UMNO tolak Islam dan dia (Nik Aziz) mengaku bahawa mereka Islam ( PAS itu Islam )
Full transcription: " Saya tanya dia balik, hey UMNO yang kamu tak terima Islam ini, bukankah kamu jadi alat bagi MCA? Kalau PAS alat bagi DAP,UMNO alat bagi MCA. MCA tidak Islam,mu Islam siapa? Serupa saje! Kalau serupa,baik kami lagi! Kerana apa? Masalahnya bukan masalah DAP,masalah non muslim,DAP ke,MCA ke,MIC ke, menjadi kewajipan kami orang Islam,sebar Islam. Kalau MCA nak terima kami,alhamdulillah. Kalau MCA tak mau terima,nak harap kepada UMNO sebar Islam kepada MCA,MUSTAHIL! Dan UMNO SENDIRI TOLAK ISLAM. Bila UMNO tolak Islam,kita sebar Islam pada MCA macam mana. KAMI ISLAM,KAMI BOLEH TERIMA,KAMI DEKATI DAP DENGAN ISLAM."
Para pembaca yang budiman,
Lihatlah, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz," UMNO TOLAK ISLAM "...." KAMI ISLAM " Itulah alasan mereka dan hal ini menjadi ASAS PERPECAHAN UMAT ISLAM. Walhal, Allah SWT sendiri menyuruh manusia itu MENGSYUKURI NIKMAT PERPADUAN seperti yang disebut olehNya.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran 4:103
103. BERPEGANGLAH kamu sekalian kepada AGAMA ALLAH dan JANGANLAH kamu BERPECAH BELAH dan INGATLAH akan NIKMAT ALLAH(yang diberikanNya) kepadamu,ketika kamu telah BERMUSUH-MUSUHAN,lalu DIPERSATUKAN ALLAH HATIMU,sehingga KAMU JADI BERSAUDARA DENGAN NIKMATNYA,dan adalah kamu diatas pinggir lubang Neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.
Nikmat bersatu-padu telah diengkari oleh pengkianat-pengkianat agama dalam UMNO dan seterusnya diperpanjangkan dan digonggong oleh pengkianat-pengkianat agama yang berada diluar menunggu-nunggu akan peluang untuk menentang Pemimpin Kesatuan Umat Islam Arus Perdana dek kerana kedengkian mereka untuk memerintah.
Mereka MENOLAK SYARIAT ISLAM dalam BAB PERPADUAN dan MENGHALALKAN DEMOKRASI demi untuk dapat MEWUJUDKAN KESATUAN LAIN. MEREKA SANGGUP BERPECAH DARIPADA KESATUAN ARUS PERDANA UMAT ISLAM,yang terang-terang telah memperTuhankan Taghut.
Bacalah apa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 17:
"Orang-orang yang menjauhi menyembah taghut dan kembali kepada Allah,untuk mereka itu kabar gembira. Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu."
Makna 'taghut' ialah apa-apa yang kamu sembah selain Allah. Jadi,menghalalkan kewujudan kesatuan lain menjadi tandingan kepada kesatuan umat Islam arus perdana (UMNO) dengan menggunakan SYARIAT DEMOKRASI itu, membawa IMPLIKASI,MENOLAK UNTUK MENYEMBAH ALLAH bererti MENARIK KEPADA MENYEMBAH TAGHUT.
Pada postings yang lepas-lepas,saya ada menulis tentang IMPLIKASI menjadi AHLI, MENYOKONG dan MENGUNDI PARTI HARAM INI dalam pilihanraya. Rajin-rajinlah membaca topik-topik tersebut mudah-mudahan dibukakan minda kita untuk dapat memahami. Sepertimana anjuran agama kita bahawa kita harus mendengar pandangan-pandangan dan ambil yang mana yang lebih baik. Az-Zumar ayat 18.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment