Monday, July 30, 2012

Kewujudan PAS adalah Haram Mengikut Syariat Islam - Nik Aziz Akui PAS Wujud Daripada UMNO

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Para Pemimpin dan Pengikut Totok PAS sesekali tidak mahu mengakui bahawa PAS itu  wujud daripada UMNO. Ini kerana,mereka tidak dapat menerima TUDUHAN TERHADAP MEREKA bahawa KEWUJUDAN PAS ITU BERPUNCA DARIPADA PEMIMPIN UMNO YANG KECEWA,RAKUS,DENGKI,INGINKAN KUASA sahingga sanggup KELUAR UMNO ( KESATUAN ARUS PERDANA ) dan menubuhkan parti lain yang dinamakan PAS.


Mereka yang rakus ini terdiri daripada GOLONGAN AGAMA YANG BERDENGKIAN terhadap Para Pemimpin Seperjuangan dan Seangkatan dengan mereka sendiri.


Perkara ini diakui sendiri oleh Allah SWT iaitu dalam surah Asy-Syuuraa ayat 14:


"Tiadalah mereka berpecah belah melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan karena BERDENGKI-DENGKIAN SESAMA MEREKA."


Silalah lihat dan dengar  video clip dibawah ini dari 2:25 - 2:45 diakui sendiri oleh mursyidul am mereka sendiri,katanya:


" Ini yang dibuat oleh UMNO yang menyebabkan orang UMNO sendiri tahun 51 buat PAS. PAS duduk dimuka dunia daripada 'alim ulama UMNO sendiri. Ini sejarah, tak dapat dinafikan."



Mereka ini sanggup MENGENEPIKAN SYARIAT ISLAM iaitu kehendak Allah dan RasulNya agar umat Islam itu BERSATU PADU DAN JANGAN BERPECAH BELAH.


Apakah ASAS daripada SEBAB mereka KELUAR daripada UMNO dan menubuhkan PAS?


Bagi menjawab persoalan ini,ada baiknya jika Para Pembaca Yang Budiman sekelian sekali lagi, mendengar sendiri ASAS TUDUHAN mereka terhadap UMNO dari DULU hingga SEKARANG. 


Silalah lihat dan dengar video clip di atas dari 0:52 - 1:35 katanya: UMNO tolak Islam dan dia (Nik Aziz) mengaku bahawa mereka Islam ( PAS itu Islam )


Full transcription: " Saya tanya dia balik, hey UMNO yang kamu tak terima Islam ini, bukankah kamu jadi alat bagi MCA? Kalau PAS alat bagi DAP,UMNO alat bagi MCA. MCA tidak Islam,mu Islam siapa? Serupa saje! Kalau serupa,baik kami lagi! Kerana apa? Masalahnya bukan masalah DAP,masalah non muslim,DAP ke,MCA ke,MIC ke, menjadi kewajipan kami orang Islam,sebar Islam. Kalau MCA nak terima kami,alhamdulillah. Kalau MCA tak mau terima,nak harap kepada UMNO sebar Islam kepada MCA,MUSTAHIL! Dan UMNO SENDIRI TOLAK ISLAM. Bila UMNO tolak Islam,kita sebar Islam pada MCA macam mana. KAMI ISLAM,KAMI BOLEH TERIMA,KAMI DEKATI DAP DENGAN ISLAM."


Para pembaca yang budiman,


Lihatlah, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz," UMNO TOLAK ISLAM "...." KAMI ISLAM " Itulah alasan mereka dan hal ini menjadi ASAS PERPECAHAN UMAT ISLAM. Walhal, Allah SWT sendiri menyuruh manusia itu MENGSYUKURI NIKMAT PERPADUAN seperti yang disebut olehNya.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran 4:103

103. BERPEGANGLAH kamu sekalian kepada AGAMA ALLAH dan JANGANLAH kamu BERPECAH BELAH dan INGATLAH akan NIKMAT ALLAH(yang diberikanNya) kepadamu,ketika kamu telah BERMUSUH-MUSUHAN,lalu DIPERSATUKAN ALLAH HATIMU,sehingga KAMU JADI BERSAUDARA DENGAN NIKMATNYA,dan adalah kamu diatas pinggir lubang Neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.


Nikmat bersatu-padu telah diengkari oleh pengkianat-pengkianat agama dalam UMNO dan seterusnya diperpanjangkan dan digonggong oleh pengkianat-pengkianat agama yang berada diluar menunggu-nunggu akan peluang untuk menentang Pemimpin Kesatuan Umat Islam Arus Perdana dek kerana kedengkian mereka untuk memerintah.


Mereka MENOLAK SYARIAT ISLAM dalam BAB PERPADUAN dan MENGHALALKAN DEMOKRASI demi untuk dapat MEWUJUDKAN KESATUAN LAIN. MEREKA SANGGUP BERPECAH DARIPADA KESATUAN ARUS PERDANA UMAT ISLAM,yang terang-terang telah memperTuhankan Taghut.


Bacalah apa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 17:


"Orang-orang yang menjauhi menyembah taghut dan kembali kepada Allah,untuk mereka itu kabar gembira. Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu."


Makna 'taghut' ialah apa-apa yang kamu sembah selain Allah. Jadi,menghalalkan kewujudan kesatuan lain menjadi tandingan kepada kesatuan umat Islam arus perdana (UMNO) dengan menggunakan SYARIAT DEMOKRASI itu, membawa IMPLIKASI,MENOLAK UNTUK MENYEMBAH ALLAH bererti MENARIK KEPADA MENYEMBAH TAGHUT.


Pada postings yang lepas-lepas,saya ada menulis tentang IMPLIKASI menjadi AHLI, MENYOKONG dan MENGUNDI PARTI HARAM INI dalam pilihanraya. Rajin-rajinlah membaca topik-topik tersebut mudah-mudahan dibukakan minda kita untuk dapat memahami. Sepertimana anjuran agama kita bahawa kita harus mendengar pandangan-pandangan dan ambil yang mana yang lebih baik. Az-Zumar ayat 18.


Wassalam.









Friday, July 20, 2012

Nik Aziz,Hadi Awang dan Kapal Menjadi Saksi,"Over My Dead Body" Telah DiPerbaharui


Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Ternyata Ustaz Fathul Bari berjaya menguasai forum debat,"Debat PRU 13:Orang Muda Pilih Siapa",dengan fakta berbanding Nasarudin yang cuma mengulangi tuduhan-tuduhan lama. Ini seperti record lama dimainkan semula.

Suatu yang saya suka dalam clip video ini ialah keterangan tentang Demokrasi. Lihat dan dengarlah,keterangan yang dibuat oleh kedua-dua pendebat ini. Jika ada masa,saya akan naikkan balik postings saya yang lepas tentang Demokrasi dengan sedikit tambahan.





Nasarudin kata ucapan Kalpal Singh,"Over my dead body" itu dah lebih 20 tahun. Sayugianya, UCAPAN ITU DIPERKUKUHKAN OLEH MP KOTA BAHRU dihadapan Nik Aziz,Kalpal Singh,Hadi Awang dan semua yang hadir sambil bersorak mendengarnya.

Kesian.......puak-puak ini yang sepatutnya faham tentang Islam tetapi nasib tidak menyebelahi totok PAS ini kerana dipertontonkan sifat mereka yang sebenar.



Ahli Parlimen Kota Bahru - Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah

Bertaubatlah kamu semua wahai ahli-ahli PAS sebelum datangnya hari yang dijanjikan kepada kamu.

Wassalam.



Thursday, July 12, 2012

Mentalak Adalah Implikasi Daripada Menyakini Benar Parti Haram PAS

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Apa yang berlaku antara mereka adalah takdir Allah SWT. Hal sedemikian mempunyai hikmah bagi orang-orang yang mengetahui.


Firman Allah SWT Asy-Syuuraa 25:13 : "Allah memilih kepadaNya siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang kembali kepadaNya."


Masalahnya,siapakah yang Allah pilih antara mereka berdua ni? Bagi menjawab persoalan seperti ini, perlu rasanya beberapa fakta dikumpulkan untuk dapat menuju kepada rumusan.



   Yahaya Ibrahim                             Che Hasnah Che Ahmad

Hak talak berada pada En. Yahaya dan dia telah pun mentalak isterinya. Atas sebab apa dia mentalak isterinya? Tidak lain tidak bukan,atas sebab taksub politik kepartian. Dia telah menganggap isterinya telah SESAT kerana tidak bersamanya menyokong parti PAS.


Seperti yang diberitakan oleh hadis Nabi,jika isterinya tidak SESAT maka SESAT itu akan BERBALIK KEPADA DIA. Umurnya pun telah menjangkau 78 tahun bererti telah 15 tahun mendapat subsidi kerana umat Nabi Muhammad itu jangka hayatnya sekitar 63 tahun.


Pada masa dia mengahwini Che Hasnah, dia telah pun memasuki umur subsidi; suatu keputusan yang diambil semasa dia menjadi penyokong tegar parti PAS dan Che Hasnah jugak dikatakan penyokong tegar UMNO. Sepatutnya,dulu lagi dia tidak mengahwini Che Hasnah kerana keyakinannya yang kental kepada PAS bahawa PAS memperjuangkan Islam.( Berapa ramaikah pasangan yang bercerai kerana taksub kepada parti?; Berapa banyakkah kejadian pulau memulau;kenduri,kematian,solat dan sembelihan, antara kedua penyokong itu?) Sekarang ini,PAS memperjuangkan negara berkebajikan,tidak lagi perjuangkan negara Islam kerana perjuangan negara Islam TIDAK ADA DIDALAM AL QUR'AN.


En. Yahaya ini,tua saje! Belum tentu dimasuki hidayah. Perbuatan dia mentalakkan isterinya pada umur sebegitu rupa mengingatkan saya tentang 2 hadis Nabi perihal manusia.Bacalah..............

Hadis Muslim:


Dari Sahli bin Sa'adi Al Sa'idy r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Banyak orang-orang yang BERAMAL DENGAN AMALAN AHLI SYORGA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM tetapi SEBENARNYA IA AHLI NERAKA;dan banyak pula orang yang BERAMAL AMALAN AHLI NERAKA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM tetapi SEBENARNYA IA AHLI SYORGA.


Hadis Muslim:


Dari Abdullah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Maka demi Tuhan yang Maha Esa,sesungguhnya seorang MENGAMALKAN AMALAN AHLI SYORGA hingga jarak ANTARANYA DAN SYORGA SEKEDAR 1 HASTA lagi,tetapi karena TULISANNYA telah menetapkan maka BER'AMALLAH IA dengan AMALAN AHLI NERAKA,maka MASUKLAH IA KE DALAM NERAKA;sebaliknya seorang BERAMAL dengan AMALAN AHLI NERAKA,hingga sekedar 1 HASTA lagi JARAKNYA DARI NERAKA,tetapi TULISANNYA telah menetapkan,maka IA BERBALIK MENGERJAKAN AMAL AHLI SYORGA maka MASUKLAH IA KE DALAM SYORGA.


Jika para pembaca sekelian mengikuti kebanyakan daripada postings saya,anda akan memahami bahawa saya berkeyakinan parti PAS adalah sebuah parti yang HARAM DISISI SYARIAT ISLAM. Hal ini kerana,Islam melarang berpecah belah dan memerintah agar umatnya berada dalam SATU KESATUAN.


Sejarah telah tercatat bahawa 29 NGOs Melayu Islam bersatu pada SATU TUJUAN DAN MATLAMAT. Mereka telah terbukti berjaya mencapai TUJUAN DAN MATLAMAT dan umat Islam sekarang ini MEMERINTAH NEGARANYA SENDIRI. Pemimpin Islam berjaya MENGERLUARKAN BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM ini daripada KEPONGPONG DAN KEMELUT PENJAJAHAN.


Wujudnya kesatuan UMNO ini bukan secara tiba-tiba tetapi HASIL PENAT LELAH GABUNGAN 29 NGOs MELAYU ISLAM yang telah MENAMAKANNYA UMNO sebagai WADAH PERJUANGAN MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARIPADA PENJAJAHAN.


KESATUAN UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan terus bergerak sahingga berjaya MEMERDEKAKAN NEGARA walaupun melalui banyak rintangan. Oleh sebab BEBERAPA PENGKIANAT didalam KESATUAN UMNO itu sahinggakan TERTUBUHNYA PARTI PAS pada tahun 1951. APAKAH HUKUMNYA KEWUJUDAN PARTI PAS INI MENGIKUT SYARIAT ISLAM?


Oleh sebab KESATUAN UMNO itulah yang terdahulu DISEPAKATI oleh UMAT ISLAM di negara ini maka SEGALA YANG TERBIT daripada kesatuan UMNO untuk menubuhkan KESATUAN LAIN YANG MENYAMAI FUNGSINYA adalah HARAM HUKUMNYA DISISI ISLAM.


APA SEBAB HUKUMNYA BEGITU DAN APAKAH HIKMAHNYA?


ALLAH DAN RASULNYA YANG TAHU AKAN JAWAPANNYA. Oleh yang demikian jawapannya telah ada di dalam Al Qur'an dan Al Hadis tetapi masih lagi manusia tidak faham. Nak dikatakan tidak faham,mereka ini reti membaca. Sebenarnya HIDAYAHLAH puncanya sama ada manusia itu faham atau pun tidak.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran 4:102-103


102. Hai orang-orang yang beriman,TAKUTLAH kamu KEPADA ALLAH SEBENAR-BENARNYA TAKUT  dan JANGANLAH kamu MATI,melainkan kamu ORANG MUSLIM.


103. BERPEGANGLAH kamu sekalian kepada AGAMA ALLAH dan JANGANLAH kamu BERPECAH BELAH dan INGATLAH akan NIKMAT ALLAH(yang diberikanNya) kepadamu,ketika kamu telah BERMUSUH-MUSUHAN,lalu DIPERSATUKAN ALLAH HATIMU,sehingga KAMU JADI BERSAUDARA DENGAN NIKMATNYA,dan adalah kamu diatas pinggir lubang Neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.

"Berpeganglah" bermaksud PERINTAH dan "Janganlah" bermaksud HARAM MELAKUKANNYA. Allah SWT mengISBATkan bahawa Dia Tuhan yang MENYATUKAN HATI-HATI KAMU ketika kamu telah BERMUSUH-MUSUHAN ( maksudnya, perpecahan berlaku ketika itu). Natijah daripada Nikmat Allah SWT itu KAMU JADI BERSAUDARA.


Berbalik kepada situasi dalam negara kita, Allah SWT telah memberikan NIKMATNYA (mengilhamkan) kepada BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM agar BERSATU-PADU. Perbezaan antara kedua peristiwa ialah ORANG-ORANG ARAB BENAR-BENAR BERPECAH BELAH (Berpuak-puak) tetapi ORANG-ORANG MELAYU TAK ADA IDEA/TAHU NAK BERSATU UNTUK MELAWAN PENJAJAH.


Oleh itu,Nikmat yang Allah SWT berikan kepada 29 NGOs Bangsa Melayu Beragama Islam ini agar BERSATU-PADU dan TERBUKTI mereka telah BERJAYA MENGHALAU PENJAJAH dengan cara yang terbaik;tanpa ada pertumpahan darah. Inilah HIKMAHNYA; DIPERINTAHKAN BERSATU-PADU IAITU BERPEGANG KEPADA AGAMA ALLAH, DIHARAMKAN BERPECAH BELAH.


APAKAH AKIBAT JIKA TIDAK MENTAATI PERINTAH ALLAH SWT?


Dalam Al Qur'an, Allah SWT sendiri mengatakan bahawa KAMU AKAN JADI LEMAH.


Jika lemah,maka BANYAK UNSUR-UNSUR NEGATIF yang boleh mendatangkan MUDHORAT kepada UMAT ISLAM. Lihatlah apa yang berlaku dewasa ini,umat Islam menjadi lemah dek kerana perpecahan yang berlaku antara mereka. Tidak perlu rasanya saya mengulas akan keadaan itu kerana KITA SEMUA SEDANG HIDUP SAMBIL MELIHATNYA.


Banyak topik-topik saya yang lepas-lepas,memberi penekanan tentang PERPECAHAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI. Hal ini kerana,inilah kerja-kerja dakwah Nabi yang perlu didahulukan bersangkutan dengan KESYIRIKAN MANUSIA TERHADAP ALLAH SWT. Perkara ini jugak adalah tugas Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi, sejak Nabi Nuh a.s.sahinggalah Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Cuba kamu baca bukti ini.


Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:
Ayat 31,
"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"


Orang-orang yang MUSYRIK itu SIAPA? Diterangkan oleh Allah SWT sendiri dalam firmanNya pada ayat berikutnya iaitu ayat 32.


Ayat 32,
"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Allah SWT berfirman dalam Surah Asy Syuura, Ayat 13:


"Dia telah MENSYARIATKAT bagi kamu tentang AGAMA apa yang telah DIWASIATKANNYA kepada NUH dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (MUHAMMAD) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada IBRAHIM,MUSA dan ISA iaitu: TEGAKKANLAH AGAMA DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH TENTANGNYA. Amat berat bagi ORANG-ORANG MUSYRIK AGAMA  yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada orang yang kembali (kepadaNya)."

Begitu jelas sekali perbuatan orang-orang yang dikatakan MUSYRIK ini! Allah SWT mengisbatkan diriNya yang mengwasiatkan sejak dari zaman Nabi Nuh a.s.kemudian Nabi Ibrahim a.s. kemudian Nabi Musa a.s. kemudian Nabi Isa a.s. dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w.bahawa TEGAKKANLAH AGAMA DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH TENTANGNYA. Tetapi apa yang berlaku mereka ini tetap jugak BERPECAH BELAH.


Para pembaca yang budiman,


Bacalah............Bacalah.............Bacalah......................


Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Menciptakan. Mudah-mudahan kamu disinggahi oleh hidayah Allah SWT dan dipilih olehNya untuk berada dijalanNya lalu dimasukkan ke dalam golongan yang diredhaiNya.


Allah berfirman dalam surah At Takaatsur 30:1-8


1. Kamu telah dilalaikan oleh perlombaan (memperbanyak hartabenda dan anak-anak),
2. Sehingga kamu masuk kubur,
3. Sekali-kali jangan begitu,nanti kamu akan mengetahui,
4. Kemudian sekali-kali jangan begitu,nanti kamu akan mengetahui,
5. Sekali-kali jangan begitu,kalau kamu mengetahui dengan ilmu yang yakin, 
6. Sesungguhnya kamu akan melihat Neraka,
7. Kemudian sesungguhnya kamu akan melihatnya dengan mata keyakinan,
8. Kemudian kamu akan diperiksa pada hari itu tentang segala nikmat(yang kamu peroleh dari Tuhanmu).


Sebagai penutup bagi topik ini,En Yahaya Ibrahim tidak sepatutnya menuduh isterinya Che Hasnah Che Ahmad dengan tuduhan SESAT. Jika tidak berlaku maka SESAT itu akan kembali kepada dia. Perbuatannya MENTALAK adalah IMPLIKASI DARIPADA MENYAKINI  BENAR PARTI HARAM YANG DIA SOKONG. IMPLIKASI MENYOKONG,MENJADI AHLI DAN MENGUNDI PARTI HARAM ITU (PAS), BERMAKNA MENYOKONG DAN MENGEKALKAN PERPECAHAN ANTARA UMAT ISLAM, MEMBAWA KEPADA IMPLIKASI MENENTANG PERINTAH ALLAH DAN RASUL, BOLEH MEMBAWA KEPADA MENGSYIRIKKAN ALLAH SWT.


Sepatutnya,perbalahan antara mereka;umat beragama Islam, diserahkan kepada Allah SWT. Ini, seperti mana yang disebut oleh Allah sendiri dalam surah Asy-Syuuraa 25:15


"Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Untuk kami amalan kami dan untuk kamu amalan kamu. Tak adalah (faedahnya) perbalahan antara kami dan antara kamu. Allah akan menghimpunkan antara kita dan kepadaNya tempat kembali."


Jika perbalahan berlaku antara orang-orang Islam dan bukan Islam(kafir) maka saranan Allah SWT jugak ada iaitu disebut oleh Allah sendiri dalam surah Al Kafirun 30:1-6


1. Katakanlah(Ya Muhammad): Hai orang-orang yang kafir,
2. Aku tiada akan menyembah apa yang kamu sembah,
3. Dan kamu tiada akan menyembah apa yang aku sembah,
4. Aku tak pernah menyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kamu tak pernah pula menyembah apa yang aku sembah.
6. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku.


Wassalam.