Orang tua ni, tak habis-habis nak memperlihat mertabat diri sendiri. Pelakuan dia sebenarnya memperlihat tahap kepandaiannya. Walhal, hal sedemikian menunjukkan kebalikannya.
Dilihat pada pertanda bayang,orang tua ni solat tidak menepati syarat sah. Dia bersolat MERINTANGI BAYANG BATANG POKOK bererti jika hal ini berlaku pada waktu pagi (solat duha) kiblatnya ke UTARA seperti ke RUSIA disebaliknya jika disebelah petang,kiblatnyake SELATAN seperti ke AUSTRALIA.
Kalau ia pun, bawalah kompas supaya tahu arah kiblat atau mempunyai ilmu perihal bayang-bayang Matahari. Tempoh hari, saya ada memberi komen tentang kiblat dalam postings mengenai Hoslan,imam yang dipenjarakan kerana kurang ajar dengan para hakim.
Untuk pengetahuan semua,jika sesaorang itu berpijak dibumi Allah SWT;sama ada di atas tanah atau di dalam bangunan,syarat sah adalah mengadap ke kiblat. Jika sesaorang itu berada dalam kenderaan yang bergerak;diatas unta,bas,keretapi,bot,ferri,kapal,kapalterbang dan roket, maka kiblatnya adalah mengikut arah tuju kenderaan itu.
Walau pun kita tidak tahu apa yang didalam hati tetapi lahiriahnya manusia dapat berfikir bahawa ibadah orang tua ini,mempunyai unsur-unsur riya. Berkemungkinan ibadah yang minta dipuji;minta dikatakan oleh orang ramai bahawa dia orang 'alim;orang keramah;jangan main-main orang ini sentiasa tidak putus dengan wudu'nya. Ehhh....macam-macam lagiiii. Dia bukan tak tahu,ramai orang mempunyai alat yang canggih dapat merakam perlakuannya untuk dipamirkan kepada orang ramai! Tidak takut ke dia?
Nota: Cuba lihat bayang batang pokok dan jugak bayang tongkatnya yang tercacak ke tanah.Kemanakah arah kedua-dua bayang itu?
Ada satu fahaman yang melibatkan AKIDAH iaitu mempercayai bahawa Allah SWT BERADA DIMANA-MANA. Fahaman yang seperti ini diyakini oleh orang-orang kafir. Oleh itu,bagi fahaman yang seperti ini,mana-mana arah pun boleh dijadikan kiblat.
Para pembaca yang budiman,
Kita semestinya berasa takut akan amal ibadah tidak diterima oleh Allah SWT.Jika berlaku sedemikian maka rugilah manusia itu.
Hadis riwayat Muslim:
Dari Sahli bin Sa'adi Al Sa'idy r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:" Banyak orang-orang yang beramal dengan AMALAN AHLI SYORGA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM ,tetapi sebenarnya ia AHLI NERAKA;dan banyak pula orang yang beramal AMALAN AHLI NERAKA PADA LAHIRNYA DIMUKA UMUM,tetapi sebenarnya ia AHLI SYORGA."
Sekali lagi,apa yang didalam hati manusia tidak diketahui tetapi secara lahiriah, manusia kebiasaanya akan memberi komen keatas pertimbangan fakta yang diketahui.
Ada satu hadis yang menerangkan tentang perihal diri sendiri iaitu Nabi s.a.w. mengatakan bahawa kamu adalah seperti mana yang dikatakan oleh sahabat kamu. Maksudnya,jika kamu nak tahu tentang peribadi sendiri,dengarlah apa yang diperkatakan oleh sahabat kamu tentang dirimu.
Satu perkara yang ingin saya kemukakan ialah tentang BERMIMPI BERTEMU NABI. Daripada hadis riwayat Muslim seperti dibawah ini memberi pengertian sepertimana dakwaan kebanyakan mereka yang bermimpi Rasulullah s.a.w. Walaupun mereka mendakwa mengetahui sifat-sifat lahiriah Rasulullah s.a.w. daripada beberapa hadis tetapi hal sedemikian tidak cukup untuk mensabitkan bahawa yang dimimpikan itu adalah benar-benar Rasulullah s.a.w. Kenapa? MEREKA TIDAK MELIHAT DENGAN MATA KEPALA MEREKA SENDIRI BENTUK RUPA RASULULLAH S.A.W.KERANA MEREKA TIDAK HIDUP DALAM LINGKUNGAN(PERIOD) JANGKA HAYAT NABI S.A.W. Kata lainnya,MEREKA TIDAK HIDUP SEWAKTU DENGAN NABI S.A.W. ADA DAN MELIHAT SENDIRI NABI S.A.W.
Dalam pengetahuan saya, hanya Saidatina Siti Fathimah saja bermimpi melihat ayahnya Rasulullah s.a.w. Jika, para ahli keluarga dan sahabat Nabi s.a.w. bermimpi Rasulullah,itu adalah suatu dakwaan yang wajar kerana mereka hidup bersama dan benar-benar melihat Nabi s.a.w.;sepertimana yang kita semua tahu bahawa Syaithan tidak boleh menyerupai Nabi s.a.w.MEREKA DAPAT KENAL NABI S.A.W. WALAUPUN DIDALAM MIMPI KERANA MEREKA HIDUP SEWAKTU DENGAN NABI S.A.W.
Kebijaksanaan Allah SWT yang mencipta wajah manusia;tiada satu pun yang sama pada hanya keluasaan wajah manusia saja,telah mencapai bilangan beberapa billion sekarang ini.
Contoh:
Jika sesaorang bermimpi bertemu dengan ayahnya maka sudah tentu dia dapat mengenali bahawa yang dimimpikan itu adalah ayahnya kerana dia berkesempatan hidup dan bersama dengan ayahnya.Begitu jugak jika kita bermimpi bertemu dengan sahabat rapat kita,sudah tentu kita dapat mengenalinya kerana kita pernah lama bersama dengannya. Lagi,isteri,pak cik dan mak cik yang rapat dengan keluarga kita, kesemuanya dapat kita kenali.Jangankan dalam mimpi,jika disuruh bayangkan atau gambarkan wajah mereka pun kita akan dapat melakukannya.
Okey,sekarang kita cuba! Sila bayangkan rupa ayah kamu sekarang buat seketika. Adakah kamu berjaya mengingati wajahnya? Dah tentu berjaya. Kenapa? Kamu banyak bersamanya dan selalu melihatnya.
Sekarang ini pulak,cuba bayangkan datok atau nenek kamu; semasa hidupnya kamu tidak berpeluang bersama dan melihatnya. Adakah kamu berjaya mengingati wajahnya? Jika benar,bererti kamu pernah melihat fotonya yang berada di album disebaliknya jika kamu gagal,itu tandanya kamu tak pernah pun melihat wajahnya.
BAGAIMANA DENGAN WAJAH RASULULLAH S.A.W. YANG TIDAK PERNAH DILIHAT; WAJAHNYA SEMASA HIDUP ATAU FOTONYA.Memanglah benar,Allah SWT boleh melakukan apa saja untuk memperlihatkan wajah Rasulullah dalam mimpi tetapi APAKAH ASAS MENGENALNYA BAGI ORANG YANG MELIHATNYA DALAM MIMPI?
APAKAH,
1. Kamu memerlukan suatu SUARA GHAIB untuk membantu meyakinkan bahawa yang dimimpikan itu adalah Rasulullah? 2. Kamu berharap Malaikat datang dalam mimpi memberitahu? 3. Kamu berharap Rasulullah sendiri memberitahu bahawa yang dilihat itu adalah Rasulullah?
Penjelasan: Pertanyaan No. 3 itu telah berlaku, dimana seorang penuntut UIA bermimpi bertemu dengan Rasulullah dan memberi pengakuan kepadanya: " Assalamu'alaikum...Ana Rasulullah "
Nota: Jika ada Hadis Rasulullah s.a.w. memberitakan tentang SYAITAN TIDAK BOLEH MENIRU UNGGAPAN PENGAKUAN SEPERTI ITU, maka selesai masalah tentang mimpi bertemu Nabi s.a.w. Maka bolehlah,semua manusia mendakwa bertemu Nabi s.a.w. dalam mimpi apabila unggapan itu diucapkan,"Assalamu'alaikum...Ana Rasulullah"
Nik Aziz,Mursyidul Am PAS ketika menjawab cabaran Ahli UMNO Fuad Zakhasyi telah menyelitkan atau mempromosikan dalam ceramah(clip video dibawah) TARAF ATAU MERTABATnya sebagai orang yang telah bermimpi dengan Rasulullah s.a.w. Pandai pulak itu berselindung! Mula-mula dia kata tentang Abdul Hadi Awang dulu;yang telah 3 kali bermimpi dengan Nabi s.a.w.,kemudian baru disebut bahawa dia jugak telah bermimpi 1 kali bertemu dengan Nabi s.a.w. Puak yang berada dan mendengar ceramahnya itu agaknya memahami niat Nik Aziz ini bahawa siapa itu Fuad Zakhasyi berbanding dengan dia dan Hadi Awang. Dengarlah sendiri apa yang diceramahkan didalam clip video itu; tersebut satu perbandingan bahawa ORANG LAIN BERMIMPI BERJUMPA DENGAN SYAITAN, MEREKA BERMIMPI BERTEMU NABI. Orang lain semuanya mimpi buruk-buruk dan mereka semuanya mimpi baik-baik belaka!
Budak universiti Islam jugak mendakwa bermimpi dengan Nabi s.a.w. tetapi caranya berlainan sedikit dan dilihat lebih cerdik daripada Mursyidul Am PAS ni. Dia mendakwa Rasulullah s.a.w. datang memberi salam dan mengaku kepadanya,"Assalamu'alaikum.....Ana Rasulullah" Si budak universiti ini bukan saja bermimpi Rasulullah s.a.w. bahkan dia jugak bermimpi bertemu dengan 4 sahabat Nabi s.a.w yang terkemuka iaitu Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali. Yang bagusnya,kesemua sahabat Nabi s.a.w. membuat pengakuan bahawa yang dilihat dalam mimpi adalah mereka sebenar.
Dr. Haron Din jugak ada membuat pengakuan bertemu dengan Nabi dalam mimpi. Nanti saya lihat video clipnya tentang itu tetapi 25 tahun yang lalu saya pernah duduk dalam pengajiannya di masjid kampung batu,jalan Ipoh. Dia ada menceritakan tentang mimpi berada di luar khemah;didalamnya Nabi s.a.w. dan para sahabat sedang bermesyuarah. Kalau tidak silap saya,kasut Nabi dia dapat lihat, tidak pada wajahnya. Itu dulu tapi mimpi visi sekarang saya tahu dan insyaAllah akan mendengarnya nanti.
Fitnah yang terbesar sekali,pengakuan arwah Asyaari Muhammad bekas pemimpin Arqam;bukan saja BERTEMU DALAM MIMPI bahkan mendakwa BERTEMU DALAM KEADAAN JAGA.Inilah FITNAH YANG TERBESAR DI AKHIR ZAMAN.
Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah bagaimana manusia yang tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. SEMASA HIDUPNYA boleh mendakwa MENGENALI RASULULLAH S.A.W. di dalam MIMPInya!
Oleh sebab AKAL YANG WARAS tidak akan bertentangan dengan MAKNA SEBENAR HADIS yang sahih maka PERSOALAN BERMIMPI RASULULLAH S.A.W. ini diperhalusi dengan melihat dari banyak sudut termasuk faedah baik dan kesan buruk yang akan menimpa umat Islam. Salah satu daripadanya ialah fitnah akhir zaman;manusia menggunakan perkara itu bagi MENAIK TARAF DIRI SENDIRI,DIGUNAKAN UNTUK MEMPENGARUHI PARA PENGIKUT TOTOKNYA.
Para pembaca yang budiman bolehlah mendengar sendiri apa yang dikatakan oleh Nik Aziz dan jika tidak faham bahasa yang digunakan,,bolehlah baca terjemahannya seperti dibawah yang dipetik daripada sahabat blogger.
Hadis riwayat Muslim.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Siapa yang melihat aku dalam mimpi maka sebenarnya itulah romanku(wajahku) kerana Syaithan tidak dapat menyamar rupaku.
Hok buat ucapan di Kuala Lumpur nu bukan sebarang orang. Orang yang berkelulusan. Nok royat ari ni satu benda; Ustaz Hj Hadi ni dio royat ke ambo dia jupe ngan Nabi, tiga kali. Mimpi jupo Nabi tigo kali doh. Orang lain duk jupo syaitan dalam tidur. tindih di hantu.. Dio jupo ngan Nabi tiga kali, dan di akhir sekali –hok dio mimpi akhir sekali- dia sebut, Nabi sebut ke dio ‘siiru ‘ala barakatillah’. Nabi mitok Ustaz Hadi bergerak atas berkat Allah Taala. Ambo mimpi sekali je jupo dengan Rasulullah, dio tiga kali. Jangan main-main. Dio orang mengaji di Madinah, pah buat di Kaherah. Orang ni buatnya ilmu…..”
Pembaca yang budiman,
Akhir sekali buat nasihat kepada semua bahawa bukan senang untuk bermimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. dan untuk mendapatkannya tidak mustahil TETAPI HAMPIR KEPADA MUSTAHIL. Ini kerana ADA BEBERAPA FAKTOR YANG PERLU KITA TAHU.
Selain mengetahui segala sifat-sifat lahiriah Baginda Rasulullah s.a.w. untuk mengenal pasti WAJAH SEBENAR RASULULLAH S.A.W.,sesaorang itu PERLU TAHU bahawa ada 2 personaliti BESAR yang mempunyai MIRIP WAJAH RASULULLAH S.A.W.. Mereka itu ialah Imam Hassan ibn Ali ibn Thalib dan Abdullah ibn Ja'far ibn Abi Thalib.