Saturday, June 25, 2011

Apakah Kelompok Ini Saperti Yang Di Sebut Oleh Nabi Di Dalam Hadis?

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Pada kesempatan ini saya paparkan clip video,ceramah seorang pemimpin politik yang mempunyai ciri-ciri saperti yang disebut didalam hadis saperti dibawah.

1. Apakah kelompok mereka ini PENYERU/ JURU DAKWAH di ambang macam-macam pintu Jahanam?
2. Apakah kelompok mereka ini daripada BANGSA KAMI; sekulit dengan kami yakni sama-sama Islam?
3. Apakah kelompok mereka ini berbicara dengan LIDAH KAMI;sama-sama menyuarakan Al Qur'an dan Al Hadis?

Di beratkan lagi kelompok mereka ini berselimutkan jubah dan serban serta berkosmatikkan janggut untuk menzahirkan image para perjuang Islam yang katanya, bagi menegakkan NEGARA ISLAM. Jika dulu; dengan image mereka yang saperti itu,ramai dikalangan umat Islam tidak dapat menjangkakan kebathilan mereka. Tetapi sekarang,apakah umat Islam tidak jugak dapat melihat kebathilan mereka?


Telah sekian lama mereka menyeru umat Islam dengan menggunakan ayat-ayat Al Qur'an serta banyak daripada hadis Nabi disogokkan kepada umat Islam demi mendapatkan sokongan UNDI bagi menegakkan NEGARA ISLAM. Rupa-rupanya, perjuangan mereka telah bertukar kepada PERJUANGAN MENEGAKKAN NEGARA BERKEBAJIKAN. Kata mereka bahawa perjuangan menegakkan Negara Islam tidak terdapat di dalam Al Qur'an.


Kerosakan terhadap umat Islam telah berlaku dengan teruknya. Umat Islam bertelegah sesama sendiri. Persaudaraan Islam dicemari. Umat Islam dipandang hina oleh sebab pertelengkahan menjadi topik bualan setiap hari.Agama Islam diperlihatkan sebagai sumber perpecahan serta alat untuk mengklasifikasi  kelompok mana yang lebih Islam dan yang tidak.




Sila baca hadis ini yang diriwayatkan oleh Bukhary dan Muslim.

" Ya Rasulullah,sesungguhnya kami dahulu adalah di dalam jahiliyah dan di dalam masa yang buruk(kemulut,kacau balau) kemudian Allah mendatangkan pada kami kebaikan(berupa Islam yang kini kami amalkan dengan hati tenteram). Apakah sesudah kebaikan ini akan berulang pula keburukan(kejahatan)?"


Beliau bersabda,"Ya"


Kembali kami bertanya,"Dan apakah sesudah keburukan itu akan datang pula kebaikan?"


Beliau menjawab,"Ya,akan datang pula kebaikan,tetapi di dalamnya terdapat 'dakhanun',atau kekeruhan."


Kami bertanya lagi,"Apakah kekeruhannya itu(dakhanun)?"


Beliau menjawab,"Yakni orang-orang yang memberi petunjuk bukan dengan petunjukku, mengikut petunjuk yang selain dari petunjukku,engkau ketahui dari mereka itu, dan engkau ingkari."


Kami bertanya lagi,"Apakah sesudah kebaikan itu ada keburukan(kejahatan)?"


Beliau bersabda,"Ya,penyeru(juru da'wah) di ambang macam-macam pintu Jahanam. Dan barangsiapa yang menjawab(mengikuti)seruan mereka itu,pasti akan dicampakkan ke dalam Neraka."


Kami bertanya,"Ya Rasulullah,tunjukkan sifat-sifat mereka itu kepada kami."


Beliau bersabda,"Mereka itu(pada zahirnya) dari bangsa kami(sekulit dengan kami,yakni sama-sama Islam),dan mereka berbicara dengan lidah kami (sama-sama menyuarakan AlQuran dan Al Hadis)."


Kami berkata,"Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami jika kami menjumpai hal yang demikian itu?"


Beliau menjawab,"Hendaklah kamu tetap pada Jama'ah kaum Muslimin dan Imam mereka."


Kami berkaa,"Maka jika tidak ada bagi mereka itu Jama'ah dan Imam?"


Beliau bersabda,"Hendaklah kamu keluar menjauhi golongan-golongan itu,sekalipun kamu sampai menggigit(makan) akan akar-akar pepohonan,sehingga maut menjemputmu,engkau dalam keadaan semula(tetap demikian itu,tidak mau berfihak kepada juru-juru da'wah di ambang pintu mereka)."


Sama-samalah kita merenung akan nasib umat Islam dewasa ini. Semoga hal sedemikian dapat dijadi sempadan.


Wassalam.

Sunday, June 5, 2011

5 Songkok 1 Serban - Golongan Bukan Aliran Agama Memimpin dan Membimbing Golongan Aliran Agama-Kebathilan Terlihat!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Tiada siapa yang dapat melihat akan perbuatan Allah SWT kecuali dengan ilmu serta hidayahNya. Itu sebabnya, hidayah Allah ini sangat penting dalam kehidupan bagi meniti liku-liku hidup di dunia agar dapat berada dalam keredhaanNya.

Manusia,sedalam mana ilmunya dan seluas mana kenamaannya(terkenal) jika tiada beserta dengan hidayah akan membawa pada kesesatan. Selain daripada manusia yang diketogorikan dalam kelompok para Nabi dan Rasul;dipandu oleh Allah SWT, manusia dengan ilmunya mesti disertai dengan hidayah kerana hidayah itu yang memandu dia kearah jalan yang lurus.

Kamu boleh namakan siapa dan apa  mertabatnya, selagi ia disebut sebagai manusia yang hidup di atas dunia ini,mestilah dipandu dengan hidayah Allah SWT. Dan ini tidak terkecuali terhadap para sahabat Nabi.Ini kerana,maksud sahabat Nabi ialah orang yang dapat berjumpa dengan Nabi(bukan didalam mimpi) serta beriman dengannya dan menerima Islam sebagai anutannya. Jadi,walaupun ianya digelar sebagai sahabat tetapi ada jugak perbuatan sahabat yang tidak dipandu dengan hidayah Allah, melakukan kesilapan.Itu sahabat,apa tah lagi manusia yang bukan dalam lingkungan sahabat!

Jesteru itu, Abu Jahal dan Abu Lahab serta yang sewaktu dengannya dapat berjumpa dengan Nabi tetapi mereka bukan sahabat kerana mereka tidak beriman dengannya serta menerima Islam yang dibawa olehnya. Walau pun keadaan luaran kedua-dua pesonaliti itu berjubah,berserban serta berjanggut tetapi itu bukan ukuran apa-apa yang dibawanya.

Benar kata Allah SWT bahawa Dia tidak melihat pada luaran manusia itu tetapi apa yang dilihatNya ialah apa yang didalam hati manusia itu.

Benar kata Allah SWT bahawa Dia melihat sebaik-baik manusia dikalangan manusia itu ialah pada taqwa manusia itu.

Ukuran taqwa pada manusia bukan pada serban,jubah dan janggut tetapi sejauh mana manusia itu mentaati perintahNya.

Hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbadh bin Sariyah:

" Hendaklah kamu semua berpegang teguh akan Sunnahku dan Sunnah para Khalifah yang Rasyidin yang sama MENGIKUT PETUNJUK."

Para pembaca yang budiman,

Kebenaran itu bukan terletak pada berapa besar serban dan tidak jugak pada berapa lebuh jubah yang dipakai serta jauh sekali pada janggut yang menghiasi wajah sesaorang. Bangga jugak Abu Jahal dan Lahab kerana ada jugak kelompok yang melihat pada pesonaliti itu.

Kebenaran jugak bukan terlihat pada perhimpunan sejumlah manusia berserban dan berkupiah. Bangga jugak Al Arqam yang telah diharamkan kerana ada jugak kelompok manusia yang merasakan bahawa mereka dalam kelompok yang benar.

Dalam Muktamar parti PAS (parti haram kewujudannya),ada jugak perwakilan yang membawa usul ISU SONGKOK. Maklum saje le,memakai serban dan kupiah putih itu, lebih menampakkan kea'aliman dan kebenaran sesuatu kelompok itu. Maklum saje le,agaknya mereka beranggapan bahawa mereka adalah golongan suci yang layak ke Syurga.

Para pembaca yang budiman,

Ada 2 perkara yang memalukan kelompok PAS ini pada sidang Muktamar mereka telah diperlihatkan:-

1. Dalam pada mengemukakan isu SONGKOK,akhirnya PUAK SONGKOK jugak yang menguasai kebanyakan jawatan tertinggi bagi mengemudi PUAK SERBAN DAN KUPIAH. Haiiii.....malunya! Begitu ramai para pengkritik politik menyuarakan bahawa parti haram ini harus mengekalkan penguasaan golongan ulamak;maknanya pakai serban atau kupiah,SONGKOK jugak yang menang dan hampir majoriti menguasai parti haram itu.

Apa tahnya,Timbalan parti haram,Mr.SONGKOK Mat Sabu,3 Naib Presidennya;Mr.SONGKOK Husam Musa,Mr.SONGKOK Mahfus Omar dan Mr.SONGKOK Salahudin Ayub. Apakah tiada lagi yang menjawat jawatan tertinggi dalam parti haram itu yang memakai SONGKOK? Jawabnya,ada! Ituuuu.....Mr.Setiausaha,Mr SONGKOK Mustafa Ali! Ada lagiiiiiiiiiiii? Adaaaa.............Mr.Bendahari,Mr SONGKOK Kamaruddin Jaffar! Ada lagiiiiii? Haaa........cari sendiriiiiii!

Haa...haa...haa.......Kebanyakan daripada AJK Pusatnya jugak Mr. SONGKOK. Undian tertinggi No. 1 hingga 6,semuanya Mr. SONGKOK.

2. Bagaimana kueh begitu jugaklah acuannya. Telah diperlihatkan bahawa pengikut dan penyokong manusia yang dikatakan memperjuangkan agama telah ditakbir oleh para pemimpin SONGKOK iaitu pemimpin bukan aliran agama. Ini memberi isyarat bahawa golongan serban telah terkebawah.Golongan serban dan kupiah menjadi pengikut golongan SONGKOK. Memang benar,selama ini golongan serban dan kupiah yang selalu menggunakan agama sebagai topeng perjuangan telah diperlihatkan kebenarannya. Perjuangan yang dikatakan Islam itu selama ini,rupa-rupanya telah diperlihatkan suatu perjuangan cari makan dan jawatan. Pergi mampos dengan kesatuan umat Islam,asalkan dapat pangkat dan jawatan. Apa modalnya? Tak lain tak bukan agama sebagai kuda tunggangan mereka.

Kebatilan kelompok ini sedikit demi sedikit diperlihatkan. Hanya sanya manusia yang melihat dengan mata hati akan dapat mengetahui bahawa parti PAS ini adalah parti yang sememangnya HARAM KEWUJUDANNYA. Menyokong dan jugak menjadi ahli kepada parti ini bermakna menyokong perpecahan umat Islam sekaligus membawa kepada jurang serta pintu-pintu Jahanam.

Begitulah hinanya jika DIPERLIHATKAN ISTERI MEMIMPIN SUAMI. Apa tidak hinakah,JIKA PEMIMPIN BUKAN ALIRAN AGAMA MEMIMPIN PEMIMPIN ALIRAN AGAMA?

Wallahu'alam.