Assalamu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Apa yang hendak saya perkatakan pada tajuk ini adalah perkara yang halus dan perlu dibaca dengan teliti. Membaca saje tanpa mahu berfikir tentang apa yang ingin disampaikan adalah sesuatu yang rugi. Ini kerana, niat saya berpostings di blog ini hanya untuk menyampaikan da'wah. Para pembaca tentu boleh menilai apa-apa yang diutarakan dan menurut mana yang lebih baik.Mereka yang mempunyai sifat seperti ini adalah mereka yang berlapang dada; tidak terikat dengan mana-mana pihak atau individu, demi mencari kebenaran yang hakiki untuk dapat bertemu dengan Allah SWT;meredhai dan diredhai. Allah SWT mengketogerikan mereka ini seperti orang-orang yang mendapat pertunjuk dan orang-orang yang berakal.
Firman Allah SWT didalam surah Az-Zumar: "Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu. Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal."
Pembaca yang budiman,
Asal bagi makanan dan minuman, semuanya halal kecuali yang diharamkan oleh Allah dan rasulNya.Asal bagi kegiatan manusia(syariat) semuanya halal kecuali yang dilarang didalamnya.Selain daripada Akidah(kepercayaan bersangkutan ketuhanan), kegiatan manusia(syariat) adalah bersabit dengan Ibadah,Munakahah,Muamalah dan Jinayah.
Asal bagi Akidah(senang cerita;rukun Iman), semuanya tidak boleh kecuali yang dikehendaki oleh Allah SWT dan ditunjuki oleh Nabi s.a.w. Implikasi daripadanya boleh bersabit dengan Syirik.
Asal bagi Ibadah(senang cerita;rukun Islam), semuanya tidak boleh kecuali yang ditunjuki oleh Nabi s.a.w. Implikasi daripadanya boleh bersabit dengan Bid'ah.
Perihal Akidah dan Ibadah,perkara ini bersangkutan dengan kepercayaan kepada Allah dan cara-cara beribadah dengan betul dan ini ditunjuki oleh Nabi s.a.w. Senang cerita,hubungan manusia dengan Allah SWT. Munakahah,Muamalah dan Jinayah pula, bersangkutan dengan hubungan sesama manusia dan boleh dirangkumi ke dalam satu sistem yang dinamakan Sistem Sosial. Dan asal bagi Sistem Sosial ini,semuanya boleh kecuali yang dilarang oleh Allah SWT kemudian Nabi s.a.w. KESEMUANYA BERPAKSIKAN, TAAT PERINTAH ALLAH SWT DAN IKUT CARA RASULNYA. Ini kerana,apabila dikatakan TAAT PERINTAH ALLAH ianya merangkumi semua iaitu mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya. Untuk menyempurnakannya,manusia dikehendaki mengikut CARA RASULULLAH s.a.w.
Saya berminat untuk memperpanjangkan penjelasan mengenai bab Jinayah.Ini kerana, bab ini menyangkut permasalahan pemerintahan atau dalam bahasa Arabnya dinamakan Siasah.Bab pemerintahan bersabit dengan PEMIMPIN ATAU ULILAMRI. Pada bab inilah PUNCA PERPECAHAN UMAT ISLAM berlaku.Tidak sempurna perlaksanaannya(Jinayah) kecuali terbentuknya satu pemerintahan. Manusia/Umat/Rakyat tidak boleh menghukum. Apa yang boleh bagi mereka ialah menegur,menasihat dan mencegah. Kuasa menghukum terletak kepada pemerintah. KEADILAN adalah KUNCI dalam sesabuah pemerintahan. Sebelum menghukum,PROSES PENGADILAN mesti dilaksanakan.
Pemimpin atau Pemerintah atau Penguasa,dalam bahasa Arabnya disebut Ulilamri mesti ada dalam sesabuah pemerintahan.Oleh sebab ianya tersangat penting,ketiadaan pemerintah atas apa jugak alasan perlu diganti dengan seberapa segera. Ini boleh diketahui, semasa kewafatan Nabi s.a.w. umat Islam telah mendapat pengganti iaitu saidina Abu Bakar r.a. sebelum jenazah Nabi s.a.w. dikebumikan. Amalan ini turut diamalkan di negara kita Malaysia apabila kemangkatan Sultan berlaku,pewaris tahta akan ditabalkan. Perkara yang sama jugak berlaku terhadap Perdana Menteri bagi sesabuah Pemerintahan Negara dan Ketua Menteri bagi Pemerintahan Negeri. Seperti di negeri Sarawak,setelah BN diistiharkan menang,pada malam itu jugak upacara mengangkat sumpah bagi jawatan Ketua Menteri diadakan.
Islam bukanlah satu agama yang rigid. Islam tiada menggariskan suatu kaedah yang tetap bagi melantik sesaorang pemimpin atau pemerintah. Jika para pembaca telah membaca pada postings saya yang lepas-lepas,saya ada menerangkan metod pemilihan dari saidina Abu Bakar r.a. hingga ke saidina Ali karamallahuwajha. Pada pemilihan saidina Usman,metod yang diguna-pakai ialah suara majoriti dalam satu Syura/Mesyuarat yang dianggotai oleh 6 sahabat nabi yang competent. Setelah saidina Usman terpilih maka umat Islam berbai'ah kepadanya tanpa membantah. Setelah daripada itu Pemerintah wajib menjalankan AMANAHNYA kepada RAKYAT seperti mana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan rakyat atau umat Islam boleh menjalan aktiviti harian mereka. Jika timbul sesaorang dengan komplotnya cuba merampas atau menjadi pemimpin tandingan kepada pemerintah yang telah disepakati maka pemimpin itu WAJIB DIBUNUH. Perkara ini dinyatakan oleh Nabi s.a.w. dalam salah satu hadisnya mengenai pemerintah. Terdapat begitu banyak hadis-hadis Nabi s.a.w mengenai bab pemerintah ini yang telah saya kemukakan dalam postings saya yang lepas. Umat Islam dilarang bukan sahaja MENENTANG,MENJATUHKAN malahan MEMAKI-HAMUN PEMERINTAH, jugak tidak dibenarkan. HARAM BELAKA.
Pembaca yang budiman,
Seperti yang saya kata di atas tadi bahawa kegiatan manusia pada asalnya adalah halal belaka kecuali apa-apa yang dilarang atau diharamkan.Sebenarnya,terlalu banyak sangat yang halal daripada yang haram. Dalam pemilihan pemimpin di negara ini Sistem Demokrasi diguna-pakai. Sistem ini bukan saje diguna-pakai dalam pilihanraya bahkan di dalam sesabuah Parti Siasah jugak digunakan. Tidak lupa jugak dalam pemilihan pemimpin persatuan,didalam lembaga pengarah syarikat perniagaan. Kadang-kadang, ianya digunakan juga di dalam sesabuah keluarga bagi memutuskan hal-hal yang bersangkutan. Itulah baiknya jika ada mesyuarat atau dalam bahasa Arabnya dinamakan Musyawarah.
Dalam mengguna-pakai Sistem Demokrasi ini, perhatian mestilah dititik beratkan kepada perkara-perkara yang bercanggah dan dilarang oleh syariat Islam.Seperti yang saya katakan bahawa pada asalnya Sistem Demokrasi ini dihalalkan kecuali pada perkara yang dilarang didalamnya.
Sistem Munakahah(nikah,cerai,rujuk,hadanah) itu dihalalkan kecuali pada perkara yang dilarang didalamnya.Contoh,pada asalnya,nikah itu halal tetapi jika asas nikah itu disabitkan dengan had masa maka ianya adalah haram(nikah muta'ah).Bab nikah itu tidak harus dipersalahkan kerana itu adalah kegiatan manusia(syariat) untuk mengikat tali perhubungan suami isteri yang dihalalkan oleh Allah SWT. Tetapi jika ada orang mengambil kesempatan bersabit dengan nikah itu; yang tidak mengikut lunas syariat( perintah Allah kemudian RasulNya), ianya telah melakukan perbuatan haram yang bercanggah dengan syariat Islam.Perbuatan itu adalah haram dan pelakunya berdosa.
Sistem Muamalah(berjual-beli;perdagangan dan perniagaan) itu dihalalkan kecuali pada perkara yang dilarang didalamnya. Contoh,pada asalnya,Berjual-Beli itu halal tetapi jika asas Berjual-Beli itu bersabit dengan penipuan;menutupi atau melindungi kecacatan pada barangan maka ianya adalah haram. Bab Berjual-Beli itu tidak harus dipersalahkan kerana itu adalah kegiatan manusia(syariat) tetapi yang mengambil kesempatan daripada Berjual-Beli dengan melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat Islam maka orang itulah yang telah melakukan perbuatan haram dan ianya adalah berdosa.
Begitulah juga terhadap Sistem Demokrasi iaitu sistem pemilihan pemimpin negara dan negeri, yang pada asalnya adalah halal atau dibenarkan kecuali pada perkara yang dilarang didalamnya. Ayat-ayat Al Qur'an yang memerintahkan agar umat Islam bersatu-padu dan jangan berpecah-belah telah wujud sebelum Sistem Demokrasi ini muncul. Oleh itu,bagi mereka yang berpegang teguh dengan ajaran Islam;berpaksi kepada rukun Iman dan Islam, tidak akan terpengaruh dan sesekali mereka tidak akan melanggar dan menyanggah perkara-perkara yang dilarang didalamnya. Mereka akan tetap berpegang kuat kepada ajaran agama.
Keunikan negara Malaysia adalah pada rakyatnya yang berbilang bangsa. Oleh sebab itu,Sistem Demokrasi amat bersesuaian diamalkan dinegara ini. Ini kerana,pilihanraya yang diadakan bertujuan memilih pemimpin bagi sesuatu kawasan pilihanraya pusat atau negeri untuk menjadi wakil ke persidangan Parlimen atau DUN bagi menyuarakan permasalahan rakyat. Pada umumnya,apa jugak sistem pemilihan pemimpin yang diguna-pakai,hakikatnya umat Islam diperintahkan agar bersatu-padu dan jangan berpecah-belah. Jesteru itu,jika perpecahan berlaku semestinya berasal atau terbit daripada yang satu/awal. Atas apa jugak alasan, perpecahan tidak dibenarkan atau haram. Puak yang memisahkan diri mereka daripada KESATUAN AWAL wajib kembali kedalamnya. Jika tidak,selama mana mereka terpisah selama itulah jugak dianggap sebagai melakukan perbuatan yang haram. Dan mereka ini telah diketahui umum iaitu Parti PAS sahingga sekarang, masih lagi menjadi Parti Tandingan kepada Parti UMNO memecah-belahkan KEKUATAN KESATUAN UMAT ISLAM yang menjadi tunggak pemerintahan di negara ini.
Oleh itu,Parti Pas adalah sebuah parti yang HARAM disis Islam. Ini kerana,kewujudannya tidak dibenarkan walaupun sistem Demokrasi benarkan. Saya telah memberitahunya jika para pembaca memahami apa yang saya terangkan di atas bahawa asal sistem pemilihan pemimpin menggunakan sistem Demokrasi ini halal kecuali pada perkara-perkara yang HARAM di dalamnya. Haaa,perkara mengwujudkan satu parti umat Islam lain bersaing dengan parti umat Islam yang terdahulu wujud itu, HARAM HUKUMNYA.
Ini hukum Islam,jika tidak masakan ada beberapa hadis yang menerangkan perihal itu! Hadis-hadis ini telah saya kemukakan,tinggal lagi sama ada kamu baca atau pun tidak,faham atau pun tidak. Oleh yang demikian,orang-orang yang menyokong,menjadi ahli kepada parti HARAM ini boleh disabitkan dengan cubaan MENJATUHKAN pemerintah dan lebih buruk lagi boleh diketogerikan sebagai PENENTANG,PEMBERONTAK kepada pemerintah. Jika zaman sahabat,mereka ini mengangkat senjata PEDANG bagi menentang untuk menjatuhkan pemerintah TETAPI sekarang ini para penentang yang nak menjatuhkan pemerintah MENGGUNAKAN UNDI. Inilah bezanya dulu dan sekarang. Perkara ini sangat halus dan tidak dapat difahami kecuali orang-orang yang BERAKAL dan mendapat HIDAYAH daripada Allah SWT.
Saya berkeyakinan,orang-orang yang menyokong dan menjadi ahli sesabuah parti selain parti UMNO telah melaku dosa yang berpanjangan selagi tidak bertaubat kepada Allah. Jika dah haram kewujudannya,menyokongnya pun haram jugaklah. Tak usahlah mencari helah untuk membolehkan perkara itu. Mereka ini boleh diketegorikan sebagai MENYEMBAH 2 TUHAN. Pertama Tuhan Islam dan kedua Tuhan Demokrasi.
Saya beri ayatnya. Saya telah postkan di postings saya yang lepas dan untuk makluman para pembaca saya paste ayat itu.
BerTuhankan Demokrasi - seperti mengamalkan amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat Islam,membawa implikasi yang buruk terhadap agama dan jugak umatnya(Asy-Syura ayat 21 - "Adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mensyariatkan agama bagi mereka yang tidak diizinkan Allah").
BerTuhankan manusia - seperti menjadikan tok-tok guru mereka sebagai Tuhan selain Allah(At-Taubah ayat 31).
Menyembah 2 Tuhan - Kedudukan orang-orang Islam yang menyokong,mempertahan dan mengamalkan amalan Demokrasi yang kufur dalam kehidupan siasah/politik mereka disamping terus menganuti agama Islam dengan mengamalkan segala peribadatan ritual terhadap Allah SWT,mempunyai pengertian MENYEMBAH 2 TUHAN- Tuhan Islam dan Tuhan Demokrasi(Surah An-Nahl ayat 51: Allah berfirman:"Janganlah kamu sembah 2 Tuhan.Hanya Dia Tuhan yang Esa,sebab itu takutlah kepadaKu.")
Wallahu'alam.