Thursday, December 9, 2010

Bukti Bahawa Kewujudan Parti PAS Ini Sesuatu Yang Di Haramkan Oleh Syariat

Assalammu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Kewujudan Parti PAS ini telah banyak membawa keburukan terhadap umat Islam di negara ini. Sejak dari dulu lagi tuduhan dan tohmahan serta cacian terhadap para pemimpin kesatuan arus perdana(UMNO) terpaksa dihalalkan demi mendapat sokongan rakyat terhadap parti mereka. Kenapakah perkara sebegini boleh berlaku? Jawapannya ialah amalan Demokrasi adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

Memandangkan amalan Demokrasi yang diguna-pakai memberi impak perpecahan kepada umat Islam sekali gus melemahkan pemerintah umat Islam, sudah semestinya amalan itu sesuatu yang ditolak oleh syariat Islam. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik di negara ini tentu sekali mengerti akan keadaan ini. Bagi menjayakan amalan Demokrasi yang kufur ini mereka terpaksa menjayakan perbuatan dan perlakuan yang dipandang maksiat terhadap Allah SWT. Perbuatan dan perlakuan seperti mengerluarkan fatwa songsang,mencaci,memaki,memfitnah dalam ceramah-ceramah politik mereka tanpa ada had masa. Jika dibandingkan dengan amalan Demokrasi total yang diamalkan oleh negara Amerika,dilihat lebih tertib dan ianya berlaku apabila negara itu menghadapi pilihanraya. Habis saje pilihanraya,mereka berhenti dan memajukan negaranya.

Oleh yang demikian,kewujudan parti PAS ini adalah haram disisi syariat Islam berdasarkan beberapa faktor.

1. Membelakangkan perintah Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 103.

2. Membelakangkan perintah Allah SWT dalam surah An Nisa ayat 59.

3. Membelakangkan sunnah Nabi dalam banyak hadis mengenai sabdaan Nabi perihal pemerintah.

4. Amalan Demokrasi yang diguna-pakai telah banyak memberi kesan buruk kepada umat Islam dan ini sememangnya ditolak oleh syariat Islam.

5. Penyempurnaan terhadap amalan Demokrasi ini bersabit dengan perbuatan dan perlakuan maksiat terhadap Allah sekali gus menolak kedaulatan Allah,menyanjong kedaulatan manusia(Demokrasi).

Bagi mengakhiri tulisan saya pada tajuk ini,ingin saya nukilkan hadis Nabi riwayat Muslim:

Abdullah bin Amer r.a. berkata: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam bepergian,maka kami turun berkhemah di tengah jalan,ada di antara kami yang sedang membetulkan khemahnya dan ada yang sedang main-main dengan panah,dan ada yang sedang menggembala ternaknya,tiba-tiba terdengar panggilan pesuruh Rasulullah s.a.w. 'Assolatu jami'atun' (Mari kita bersembahyang jama'ah). Maka kami berkumpul kepada Rasulullah s.a.w. maka bersabda Nabi s.a.w.: " Tiada seorang Nabi sebelumku melainkan ia berkewajipan menunjukkan umatnya pada segala kebaikan yang ia ketahui dan memperingatkan mereka dari bahaya yang ia ketahui. Dan umat ini telah ditentukan selamatnya pada permulaannya,dan pada akhirnya akan ditimpa bala' dan hal-hal yang kamu ingkari,dan terjadi fitnah,sehingga teranggap ringan setengah dari kejadian yang sebelumnya. Kemudian terjadi fitnah,sehingga seorang mu'min merasa mungkin di sini binasaku,tetapi lalu terhindar daripadanya,kemudian datang pula suatu fitnah.hingga ia berkata: Mungkin kini binasaku. Maka siapa ingin terhindar dari Neraka dan masuk Syurga,harus ia mati tetap dalam iman percaya pada Allah dan Hari Kemudian,dan berlaku kepada sesama manusia apa yang ia sendiri suka diperlakukan orang demikian. Dan siapa yang berbai'at pada suatu pemerintah dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu."

Wassalam.

Friday, December 3, 2010

Taatilah Pemerintah Umat Islam Jika Kamu Orang Yang Beriman!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Allah SWT,kita wajib taat kepadaNya dalam apa keadaan sekali pun. Dalam mentaati Allah SWT,cara yang terbaik ialah mengikuti cara Rasulullah SAW kerana beliau dilantik oleh Allah SWT untuk menjadi contoh tauladan kepada manusia. Apa-apa yang dibawa dan ditunjuki oleh Rasulullah pada hakikatnya adalah wahyu Illahi.

Surah Muhammad Ayat 2:

"Orang-orang yang beriman dan beramal salih dan percaya kepada apa-apa yang diturunkan kepada Muhamaad,pada hal ia sebenarnya daripada Tuhan mereka,Dia ampuni kesalahan mereka dan Dia perbaiki hal keadaan mereka."

Salah satu faktor perpecahan umat Islam di masa kini ialah ketidaktaatan umat Islam kepada pemerintah. Ini diburukkan lagi dengan amalan Demokrasi yang membenarkan penubuhan parti bagi sesiapa saja yang menginginkannya. Ini tidak terkecuali terhadap umat Islam. Penubuhan parti PAS sebagai parti tandingan kepada kesatuan UMNO berpunca daripada amalan Demokrasi ini. Parti itu terbit daripada kesatuan UMNO itu sendiri oleh beberapa pemimpin yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan dalam kesatuan UMNO.Sepatutnya ini tidak berlaku jika para pemimpin ini berlaku taat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam agar mereka bersatu-padu didalamnya(Ali Imran ayat 103). Mereka mengada-adakan beberapa alasan berunsurkan agama bagi menghalalkan perpecahan. Mereka mendakwa perjuangan mereka adalah perjuangan untuk menegakkan Islam. Walhal,pada masa yang sama mereka menolak ayat-ayat Al-Quran dan banyak hadis, yang menerangkan perihal kepentingan mentaati pemerintah dan kepentingan bersatu-padu.

Dalam surah An-Nisa ayat 59,Allah berfirman:

" Hai orang-orang yang beriman,taatlah Allah dan taatlah Rasul dan ulil-amri di kalangan kamu. Kalau kamu berbantah-bantah tentang sesuatu,hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul,jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang Kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan."

Mereka mendakwa bahawa ketaatan kepada ulil-amri bersyarat. Alasannya,ketiadaan perkataan 'taat' sebelum perkataan ulil-amri. Mereka juga membawa alasan hadis Nabi mengatakan tiada ketaatan kepada sesama makhluk dalam perkara maksiat terhadap Pencipta(Allah).

Alasan hadis yang dibawa oleh mereka itu benar tetapi itu adalah umum. Saya akan bawa satu hadis yang menerangkan bagaimana sepatutnya sesaorang itu bertindak apabila menghadapi situasi sedemikian.

1. Apabila ketiadaan paksaan.

Contoh,seorang tok guru membuat statement mengatakan umat Islam dibolehkan berpecah kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang zalim. Dengan alasan itu maka mereka tubuhkan satu parti lain bagi menandingi parti umat Islam yang telah sedia ada. Bagi yang menyetujui kepada tok guru,mereka dianggap sebagai membenarkan perkara yang diharamkan oleh Allah tapi dihalalkan oleh tok guru. Ini jelas dinyatakan di dalam AlQuran Surah At-Taubah 31 diikuti dengan hadis yang menerangkan tentang ayat ini seperti yang telah saya jelas di postings yang lepas.

2. Jika ada paksaan terhadap sesaorang untuk berbuat maksiat kepada Allah.

Hadis dari Bukhary dan Muslim ada menerangkan situasi ini.

Ibn Umar. r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w.: Seorang muslim wajib mendengar,taat pada pemerintahnya dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui kecuali jika diperintah(paksaan) maksiat. Maka apabila disuruh maksiat,maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat.

Jika dalam situasi paksaan diikuti dengan penyeksaan yang tidak tertanggong oleh si penerima seksaan maka dibolehkan mengikut perintah maksiat itu dengan syarat hati tidak redha pada perkara itu. Ini telah terjadi kepada salah seorang daripada sahabat Nabi bernama Ammar bin Yasir.

Sabda Nabi: "Orang-orang kafir itu telah menyiksamu dan menenggelamkanmu ke dalam air sampai kamu mengucapkan begini dan begitu?" "Benar,wahai Rasulullah", ujar Ammar sambil meratap. Maka sabda Rasulullah sambil tersenyum:"Jika mereka memaksamu lagi,tidak apa,ucapkanlah seperti apa yang kamu katakan tadi...!"

Lalu dibacakan Rasulullah kepadanya ayat AlQuran surah An-Nahl:106

"Kecuali orang yang dipaksa,sedang hatinya tetap teguh dalam keimanan....

Hadis Bukhary dan Muslim:


Ibn Umar r.a. berkata:kami jika berbai'at pada Rasulullah s.a.w. atas mendengar dan taat,maka Nabi s.a.w. bersabda:" Dalam apa yang kamu dapat mengerjakan(melaksanakan). Atau dalam batas kekuatanmu."

Pembaca yang budiman,

Alasan mereka yang membolehkan umat Islam menentang pemerintah menggunakan hadis tersebut telah saya perjelaskan. Dan sekarang mari membaca hadis-hadis dibawah yang menerangkan tentang wajib berlaku taat kepada pemerintah seperti tertera pada surah An-Nisa ayat 59. Maklum bagi kita bahawa Nabi adalah satu-satunya otoriti yang berhak menafsir ayat-ayat AlQuran.

Hadis Muslim:

Ibn Umar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang melepas tangan dari taat akan bertemu dengan Allah pada hari Qiyamat,tidak berhujjah(beralasan). Dan siapa yang mati,sedang tiada dilehernya suatu bai'at,mati sebagai mati jahiliyah.

Hadis Bukhary:

Anas r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Dengarlah dan taatlah meskipun yang terangkat dalam pemerintahmu seorang budak Habasyah yang kepalanya bagaikan kismis.

Hadis Muslim:

Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tetaplah mendengar dan taat dalam keberatan maupun keringanan,dalam kelancaran dan kesukaran,bahkan dalam reaksi dan berebutan pengaruh dengan kamu.

Dalam beberapa postings yang akan datang saya akan perjelaskan mengikut aturannya:

1. Bukti bahawa kewujudan parti PAS ini sesuatu yang diharamkan oleh syariat.

2. Apa reaksi umat Islam terhadap pemerintah umat Islam yang mereka katakan 'zalim'.

3. Larangan syariat mengenai membenci dan mencaci-maki pemerintah.

Wassalam.

Wednesday, December 1, 2010

Amalan Kufur Demokrasi Menjadi Amalan Umat Islam

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Marilah kita sama-sama berada pada jalan yang benar dengan menjadikan diri kita saorang yang bertaqwa;mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Politik dalam Islam sama sekali bertentangan dengan politik bukan Islam. Politik dalam Islam menjurus kepada matlamat MENCARI KEREDHAAN ALLAH dalam apa jua tindakan kita.

Umat Islam wajib memelihara akidahnya walaupun mereka berada di dalam apa jua sistem politik. Kita boleh namakan apa jugak sistem politik di dunia ini tetapi sebagai seorang yang mengaku Islam wajib berada pada landasan akidah dan syariat yang betul.

Di negara Malaysia ini,sistem politiknya berdasarkan SISTEM DEMOKRASI RAJA BEPERLEMBAGAAN. Di sini saya ingin perjelaskan mengenai DEMOKRASI agar umat Islam dapat melihat amalan-amalan dalam sistem ini yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu,setelah mengetahuinya maka wajiblah dihindari agar kita tetap berada pada jalan Islam.

Demokrasi terdiri daripada 2 kata dari bahasa Yunani. Pertama 'Demo' dari kata-kata Yunani 'Demos' ertinya rakyat atau penduduk. Yang kedua 'Krasi' dari kata-kata Yunani 'Cracy' bermaksud kekuasaan. Jika dihubungkan 2 kata-kata ini maka terbentuklah perkataan 'Demokrasi' iaitu membawa erti 'kekuasaan rakyat/penduduk'

Jika Demokrasi bermakna kekuasaan rakyat maka kekuasaan rakyat ini diaplikasikan atau diterjemahkan melalui sistem pilihanraya. Rakyat memilih wakilnya bagi suatu kawasan pilihanraya. Suatu kawasan pilihanraya ini terbahagi kepada beberapa wakil DUN dan wakil Parlimen. Wakil DUN akan bersidang pada peringkat negeri dan wakil Parlimen ke peringkat Pusat.

Mereka yang dipilih ini;sama ada diperingkat negeri atau pusat,dipanggil legislator atau pembuat undang-undang. Sekali lagi amalan Demokrasi iaitu kuasa rakyat dapat dilihat didalam DUN dan diperingkat pusat amalan Demokrasi ini diterjemahkan di 2 Dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Prinsip Demokrasi ini berpaksikan kuasa undian majoriti. Kesimpulannya,wakil rakyat dipilih berdasarkan pilihan majoriti rakyat;kuasa rakyat terbanyak,dan sesuatu undang-undang itu diluluskan berdasarkan undian majoriti wakil rakyat(legislator).

Jika dilihat pada sejarah politik Islam,tiada suatu standard yang diguna-pakai bagi pemilihan pemimpin. Saidina Abu Bakar dipilih serta dibaiah oleh pemimpin suku kaum,saidina Umar ditunjuk oleh saidina Abu Bakar,saidina Usman dipilih melalui undian majoriti 6 sahabat terpilih dan saidina Ali dipilih melalui baiah umat Islam. Jika diambil metod saidina Usman dipilih,ini memberi gambaran seperti pergunaan metod Demokrasi iaitu undian majoriti terlaksana.

Kesimpulannya,pemilihan pemimpin/wakil rakyat melalui metod Demokrasi dilihat tidak bercanggah dengan metod Islam tetapi ianya akan boleh bercanggah apabila para wakil rakyat ini membuat undang-undang; menggunakan kuasa majoriti wakil rakyat,bercanggah dengan prinsip kedaulatan dalam politik Islam. Mithalnya,jika kuasa majoriti wakil rakyat meluluskan undang-undang membenarkan lelaki berkahwin sesama lelaki maka amalan Demokrasi semacam inilah yang dianggap kufur terhadap Allah kerana ianya bercanggah dengan prinsip kedaulatan Islam.

Oleh itu jelas bagi kita didalam sistem Demokrasi ini ada perkara-perkara yang diizinkan oleh amalan Demokrasi tetapi ditentang oleh amalan politik dalam Islam. Beberapa amalan kufur yang diamalkan oleh umat Islam ialah kewujudan parti tandingan umat Islam. Apakah makna parti tandingan umat Islam ini? Parti tandingan umat Islam ini wujud terpisah daripada parti umat Islam Arus Perdana;parti umat Islam terawal dimana umat Islam bersatu didalamnya berjaya menuntut kemerdekaan. Amalan Demokrasi semacam inilah yang dikatakan amalan kufur terhadap Allah; bercanggah dengan amalan politik dalam Islam. Amalan ini diizinkan oleh sistem Demokrasi tetapi diharamkan oleh syariat Islam.

Buktinya,lihat surah Ali Imran ayat 103:

"Berpeganglah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu,ketika kamu telah bermusuh-musuhan,lalu dipersatukanNya hatimu,sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya,dan adalah kamu diatas pinggir lubang neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepdamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk."

Ancaman kepada umat Islam yang menyangkal ayat-ayat Allah:

Surah Al A'raaf ayat 50-51:

"Orang-orang penghuni Neraka menyeru orang-orang penghuni Syurga: Tumpahkanlah air untuk kami atau sebahagian rezeki yang dianugerahkan Allah kepadamu. Mereka itu menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya atas orang-orang kafir,"

"(Yaitu) orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan pergurauan,sedang mereka telah teperdaya dengan kehidupan di dunia. Maka pada hari ini Kami lupakan mereka,sebagaimana mereka telah melupakan pertemuan hari ini dan karena mereka menyangkal ayat-ayat Kami."

Seperti mana yang telah saya perjelaskan,umat Islam wajib berpegang kepada amalan politik dalam Islam dan menentang mana-mana amalan dalam sistem Demokrasi yang bercanggah dengannya.

Amalan yang bercanggah itu(mewujudkan parti tandingan,menjadi ahlinya,menjadi penyokongnya) jika diamalkan ianya membawa implikasi buruk kepada umat Islam keseluruhannya. Tambahan pula,ianya merosakkan keseluruhan sistem-sistem Islam yang ada seperti yang telah saya nyatakan.

1. Sistem Kerohanian - Seperti penyakit zahir dan batin.
2. Sistem Akhlak - Seperti ikhlas,benar dan sabar.
3. Sistem Sosial - Seperti bekerjasama untuk kebaikan,hubungan sesama Islam,tujuan membina masyarakat untuk menegakkan aqidah tauhid dan tidak merosakkan dan tidak membantu dalam merosakkan masyarakat.
4. Sistem Ekonomi - Seperti usaha ke arah perubahan kepada ekonomi Islam.
5. Sistem Politik - Menjurus kepada kedaulatan Allah,risalah Islam;mengajak manusia kejalan hidayah dan mentaati pemerintah umat Islam.
6. Sistem Hukuman Jenayah - Seperti membantutkan usaha ke arah perubahan kepada hukuman Islam.
7. Sistem Pengadilan.
8. Sistem Pentadbiran dan Pengurusan.

InsyaAllah pada postings yang akan datang,saya akan perjelaskan tentang kewajipan mentaati pemerintah umat Islam adalah kunci kepada politik dalam Islam.

Wassalam.