Pembaca yang budiman,
Sekian lama saya tidak menulis kerana sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan. Pada kesempatan ini saya ingin menjawab tohmahan dan cacian kepada saya.
Bukan sikit orang yang mengaku bahawa mereka pernah bermimpi Nabi s.a.w. Beberapa nama yang tidak asing lagi seperti Dr.Haron Din,Nik Aziz,Hadi Awang dan lain-lain. Siap ada video lagi di You-tube!
Sememangnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Adil. Dia berhak memberi mimpi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Itulah KekuasaanNya. Tapi, mesti mahu ingat bahawa Allah SWT itu juga Maha Adil. Keadilan dan Kekuasaan Allah SWT bukanlah suatu yang boleh dimomok-momokkan. Memang benar,Allah SWT Berkuasa memberi mimpi Nabi Muhammad s.a.w. kepada sesiapa yang Dia suka tetapi untuk apa tujuannya? Disinilah letaknya Keadilan Allah SWT itu. Dia tidak memberi sesuatu mimpi kepada hamba tanpa tujuan.
Mimpi yang baik itu datang daripada Allah dan mimpi yang tidak baik itu adalah mainan Syaitan. Mimpi daripada Allah kepada manusia adalah WAHYU. Dan ini diKurniakan olehNya kepada para Rasul dan Nabi. Contoh: Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Muhammad s.a.w. mendapat WAHYU melalui mimpi adalah salah satu cara Allah SWT menurunkan WAHYUNYA.
Mengikut sejarah,manusia yang bukan bertaraf Nabi mendapat mimpi daripada Allah ialah saidatina Siti Fatimah binti Muhammad s.a.w. Lihatlah,Allah SWT tidak memberi mimpi kepada manusia tanpa tujuan. Saidatina Siti Fatimah bermimpi ayahnya Muhammad s.a.w. kerana Allah SWT Maha Mengetahui bahawa beliau terlalu sedih kerana kewafatan ayahanda yang sangat dikasihinya. Kesedihan beliau membawa kepada maut kerana terlalu rindu akan ayahnya. Allah SWT memberi kepada saidatina Siti Fatimah kedatangan ayahnya didalam mimpi. Tidak lama kemudian beliau pun wafat.
Oleh itu,sejarah telah tercatat hanya manusia seperti saidatina Siti Fatimah sahaja yang bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Jika Allah SWT memberi mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. kepada manusia lain,untuk apa? Disinilah letaknya KEADILAN ALLAH SWT. Dia tidak memberi sesuatu tanpa TUJUAN.
Tidak ada bukti dalam sirah para sahabat bahawa ada antara mereka yang bermimpi Rasulullah s.a.w. Kita semua ketahui bahawa Rasulullah s.a.w. adalah pembawa berita gembira dan juga amaran kepada umat manusia. Risalah ini berlaku semasa hayat Baginda saja. Setelah Baginda wafat,misi ini telah SEMPURNA dan TAMMAT. Jika Rasulullah s.a.w. masih mempunyai hubungan dengan alam dunia ini maka banyak permasalahan umat Islam sejak Baginda wafat hinggalah dewasa ini, akan dapat dirungkai dan diselesaikan.
Saya beri beberapa permasalahan yang timbul sebaik saja Nabi s.a.w. wafat.
1. Permasalahan Kekhalifahan - Siapakah yang berhak menggantikan Nabi s.a.w.? Saidatina Siti Fatimah tidak bersetuju ke atas perlantikan saidina Abu Bakar r.a.
2. Permasalahan Tanak Fadak
3. Permasalahan Harta Ghanimah
4. Permasalahan Pembunuhan saidina Usman r.a.
5. Permasalahan saidatina Aisyah dengan saidina Ali r.a. sahingga terjadi peperangan antara umat Islam. Jika Allah SWT memberikan mimpi kepada mereka berdua atau salah seorang daripada mereka bertemu dengan Nabi s.a.w. didalam mimpi menerangkan siapakah yang benar, tentu sekali ribuan nyawa umat Islam dapat diselamatkan.
Ini belum lagi menyangkut permasalahan perpecahan umat Islam tentang Aqidah,Syariah dan Imamah. (Politik)
Pembaca yang budiman,
Jika ditanya kepada saya, apakah mustahil sesaorang itu bermimpi Nabi s.a.w. walhal dia tidak pernah bertemu dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan ia jaga? Jawapannya ialah MUSTAHIL. " Dalam keadaan ia jaga" memberi maksud, pernah bersama Nabi .s.a.w semasa hayatnya,melihat sendiri rupa paras Nabi s.a.w.
Ada 2 perkara menangani permasalahan ini. 1. Berlandaskan Hadis dan 2. Berlandaskan Logik Akal yang waras.
Berlandaskan Hadis:- ( Hadis dalam bahasa Inggeris )
Abu Hurayrah said: I heard the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) say: “Whoever sees me in a dream will see me when he is awake; the Shaytaan cannot take my shape.” (Narrated by al-Bukhaari, 6592; Muslim, 2266)
Terjemahan: Sesiapa yang melihat saya di dalam mimpi (will) dapat melihat saya bila dia dalam keadaan jaga;Syaitan tidak dapat menyerupai saya. "will" disini digunakan bagi menyatakan kebenaran dan fakta.(Oxford)
Pencerahan: Hadis ini boleh bermaksud,orang yang bermimpi Nabi .s.a.w walhal dia tidak kenal tetapi dia kenal akan wajah Nabi s.a.w. di dalam mimpi sahinggakan apabila dia bertemu dengan Nabi dia akan berkata," Orang ini(Nabi s.a.w.) pernah aku lihat di dalam mimpi."
Narrated Anas: The Prophet said, “Whoever has seen me in a dream, then no doubt, he has seen me, for Satan cannot imitate my shape. [Sahih Bukhari -Book #87, Hadith #123]
Terjemahan: Sesiapa telah melihat saya di dalam mimpi (then) tiada keraguan dia telah melihat saya kerana Syaitan tidak dapat menyerupai rupa bentuk saya.
Pencerahan: "Then" adalah kata keterangan mengenai masa(adverb of time) ia-itu, masa lepas atau masa akan datang.(Oxford advanced learner's dictionary) Oleh itu,terjemahan yang lebih tepat ialah,sesiapa telah melihat saya di dalam mimpi tiada keraguan dia telah melihat saya di masa lepas kerana Syaitan tidak dapat menyerupai rupa bentuk saya.
Narrated Abu Huraira: I heard the Prophet saying, “Whoever sees me in a dream will see me in his wakefulness, and Satan cannot imitate me in shape.” Abu ‘Abdullah said, “Ibn Sirin said, ‘Only if he sees the Prophet in his (real) shape.’” [Sahih Bukhari - Book #87, Hadith #122]
Terjemahan: Sesiapa melihat saya di dalam mimpi (will) melihat saya dalam keadaan dia jaga,dan Syaitan tidak dapat menyerupai rupa bentuk saya.
Pencerahan: "will" disini digunakan bagi menyatakan kebenaran dan fakta.(Oxford) Oleh itu,terjemahan yang lebih tepat ialah,sesiapa melihat saya di dalam mimpi pada hakikatnya dia melihat saya dalam keadaan dia jaga.
sambungan hadis: Abu Abdullah berkata,Ibn Sirin berkata,"Hanya jika dia melihat Nabi s.a.w. dalam keadaan rupa parasnya yang sebenar(real). Oleh itu,jika nak melihat rupa paras Nabi s.a.w. yang sebenar sudah tentu sekali dia kena hidup di zaman Nabi dan jelas melihat rupa paras Nabi s.a.w.
Kesimpulan:
Berdasarkan pada keterangan yang jelas daripada hadis,kita dapat menyatakan bahawa HANYA orang-orang yang dapat bermimpi Nabi s.a.w. adalah orang-orang yang TELAH melihat Nabi s.a.w. dalam keadaan dia jaga. Ini memberi maksud,orang-orang yang hidup di masa Nabi, hadir dan pernah melihat rupa paras(wajah) Nabi s.a.w..
Berlandaskan Logik Akal yang waras:
Banyak orang mendakwa bahawa mereka bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Hebat....hebat.......!!! Termasuklah nama-nama yang saya sebutkan di atas. Jika ditanya,mereka kata mereka kenal akan Nabi s.a.w. melalui bacaan daripada hadis-hadis yang menerangkan perihal perwatakan,sedikit sebanyak tentang rupa paras Nabi s.a.w. Banyak juga daripada mereka ini yang mengetahui daripada ceramah-ceramah agama di mana saja. TETAPI INGAT!!!! Mereka ini tidak MELIHAT rupa paras Nabi s.a.w sebenar secara langsung(live) atau realiti (real live). Oleh itu,Syaitan boleh menyerupai sesaorang yang kelihatan alim dengan berjubah,serban dan janggut yang mempunyai rupa paras yang baik muncul di dalam mimpi dan sama ada mengaku bahawa dia itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. atau pun berdiam diri. Apabila sedar dan bangun daripada tidur pada paginya, mendakwa bahawa mimpi yang telah dialaminya itu adalah mimpi Nabi s.a.w. Hal ini oleh sebab,di dalam KEPALA OTAKNYA itu telah ada suatu persepsi bahawa bermimpi Rasulullah s.a.w. adalah TIDAK MUSTAHIL. Dia pun telah mendengar daripada cerita-cerita orang-orang yang mendakwa telah bermimpi bertemu dengan Nabi s,.a.w. Ada pulak tu,cakap-cakap daripada ustaz-ustaz,jika hendak bermimpi Rasulullah s.a.w. kena wirid sekian-sekian banyak selawat Nabi dan sebagainya. Hal ini semua KERANA mereka dah PERCAYA ia-itu boleh bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.
Pembaca yang budiman,
Mari saya bawa satu hadis (Sahih Bukhari-Kitab 58,Hadis No. 245) memberitakan kejadian di siang hari dan terang benderang tentang banyak di kalangan KAUM ANSAR yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. secara realiti dan tidak kenal rupa paras Nabi s.a.w. terkhilaf orang, menganggap saidina Abu Bakar r.a. sebagai Nabi s.a.w.
Begini berita hadisnya:
Semasa perhijrahan Nabi ke Medina, Nabi s.a.w. dan saidina Abu Bakar r.a. tiba di Medina pada siang hari. Penduduk Medina sedang menunggu ketibaan Nabi s.a.w. dengan penuh ghairah.Pada ketika itu,kedua-duanya bersama,banyak di kalangan kaum Ansar yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. secara realiti dan tidak tahu rupa paras Nabi s.a.w. DATANG kepada saidina Abu Bakar memberi SALAM menyangka beliau(Abu Bakar r.a.) sebagai Nabi s.a.w. Setelah saidina Abu Bakar r.a. sedar akan apa yang berlaku,bila panas cahaya Matahari terkena pada Rasulullah s.a.w.,saidina Abu Bakar r.a.MELINDUNGI Rasulullah s.a.w. dengan KAIN CADARnya. Hanya di saat itulah mereka (orang-orang Ansar) SEDAR siapa sebenarnya Nabi s.a.w.
Penjelasan: Bayangkan,di siang hari manusia boleh membuat SILAP tentang siapa Nabi s.a.w. yang sebenar. Cuba kita bayangkan,orang-orang yang mengaku dan mendakwa melihat Nabi s.a.w. di malam hari (tidur -dalam keadaan mata tertutup) di dalam mimpi.
Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda: Mimpi itu ada 3 macam: a. Mimpi gembira sebagai tanda gembira dari Allah. b. Mimpi yang memilukan datangnya dari Syaitan. c. Mimpi yang terjadi disekitar angan-angan manusia;kalau ia memimpikan sesuatu yang ia benci hendaklah ia bangun dan sembahyang dan jangan diceritakan kepada siapa saja.
Tajuk ini akan bersambung pada bahagian ke 2. Harap menunggu......
Wassalam.
Hadis riwayat Muslim:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda: Mimpi itu ada 3 macam: a. Mimpi gembira sebagai tanda gembira dari Allah. b. Mimpi yang memilukan datangnya dari Syaitan. c. Mimpi yang terjadi disekitar angan-angan manusia;kalau ia memimpikan sesuatu yang ia benci hendaklah ia bangun dan sembahyang dan jangan diceritakan kepada siapa saja.
Tajuk ini akan bersambung pada bahagian ke 2. Harap menunggu......
Wassalam.