Wednesday, August 8, 2012

Mengundi Parti PAS Bukan Saja Haram Bahkan Boleh Jadi Musyrik!

Assalammu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Mengundi Parti PAS adalah HARAM hukumnya. Hal sedemikian kerana, KEWUJUDAN PARTI PAS itu sendiri tidak dibenarkan oleh SYARIAT ISLAM. Parti PAS wujud kerana dibenarkan oleh SYARIAT DEMOKRASI. Jika KEWUJUDANNYA adalah HARAM mentelah lagi MENGUNDINYA.

Ulamak Pondok MENGHARAMKAN mengundi DAP. Ini sememangnya JELAS HARAM kerana DAP adalah kelompok manusia yang MENENTANG ISLAM.

Apabila PUAK-PUAK PAS MENYOKONG DAN MENGUNDI DAP kerana kata mereka DAP adalah salah satu daripada PAKATAN MEREKA maka PUAK-PUAK PAS ini boleh diketogerikan sebagai ASSOBIYAH. Apa sebabnya? Mereka (PUAK-PUAK PAS) menyokong PUAK MEREKA (pakatan) bertujuan MENZALIMI SAUDARA ISLAMNYA SENDIRI iaitu UMNO. Ini JELAS kerana DAP adalah KAFIR HARBI yang senantiasa menentang PEMIMPIN DAN KERAJAAN ISLAM.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Mumtahinah ayat 9:

"Hanya Allah MELARANG KAMU MENGANGKAT PEMIMPIN dari orang-orang yang MEMERANGI KAMU KARENA AGAMAMU dan MENGUSIR KAMU dari negerimu DAN MENOLONG MENGUSIR KAMU. Barang siapa yang mengangkat mereka itu,MAKA MEREKA ORANG ANIAYA."

Penjelasan:

HARAM MENGANGKAT PEMIMPIN SEPERTI INI:

1. Orang-orang yang MEMERANGI KAMU KARENA AGAMA. -DAP
2. Orang-orang yang MENGUSIR KAMU DARI NEGERIMU. - DAP ( Secara halus berlaku di Pulau Pinang)
3. Orang-orang yang MENOLONG MENGUSIR KAMU. - PKR dan PAS


Bukan saja HARAM MENGUNDI PARTI PAS ini, bahkan MENGUNDI MEREKA bermakna MENYETUJUI UNTUK BERPECAH-BELAH. Hal ini memberi implikasi bahawa mereka;samaada secara sedar atau tidak sedar,bersedia untuk MENENTANG ALLAH DAN RASUL. Perbuatan mereka ini  boleh mengakibatkan mereka jadi MUSYRIK. Hal ini,seperti dinyatakan didalam Al Qur'an.

Bagaimanakah hal sedemikian; MENGUNDI PARTI PAS BOLEH JADI MUSYRIK, boleh berlaku? Bagi menjawab persoalan tersebut,perlu rasanya kita kembali mengenal pasti punca sesaorang itu boleh jadi musyik. Sebelum mengenali puncanya, kita perlu kepada BUKTI DALIL AL QUR'AN untuk menjustifikasikan perkara itu.

BUKTI PERTAMA.

Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:
Ayat 31,
"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"

Orang-orang yang MUSYRIK itu SIAPA? Diterangkan oleh Allah SWT sendiri dalam firmanNya pada ayat berikutnya iaitu ayat 32.

Ayat 32,
"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BUKTI KEDUA

Allah SWT berfirman dalam Surah Asy Syuura, Ayat 13:

"Dia telah MENSYARIATKAT bagi kamu tentang AGAMA apa yang telah DIWASIATKANNYA kepada NUH dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (MUHAMMAD) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada IBRAHIM,MUSA dan ISA iaitu: TEGAKKANLAH AGAMA DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH TENTANGNYA. Amat berat bagi ORANG-ORANG MUSYRIK AGAMA  yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada orang yang kembali (kepadaNya)."

Begitu jelas sekali perbuatan orang-orang yang dikatakan MUSYRIK ini! Allah SWT mengisbatkan diriNya yang mengwasiatkan sejak dari zaman Nabi Nuh a.s.kemudian Nabi Ibrahim a.s. kemudian Nabi Musa a.s. kemudian Nabi Isa a.s. dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w.bahawa TEGAKKANLAH AGAMA DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH TENTANGNYA. Tetapi apa yang berlaku mereka ini tetap jugak BERPECAH BELAH.

Mudahnya untuk memahami wasiat Allah SWT itu hinggakan budak yang sudah baligh pun boleh memahaminya.Tak perlu belajar setinggi ke universiti Al Azhar atau serendah ke sekolah agama untuk nak memahaminya. Inilah keadilan Allah SWT; menerangkan sesuatu hukum sahingga manusia yang tidak tahu membaca atau menulis boleh memahami perkara itu. Pokoknya,dia HANYA kena mendengar; sudah mencukupi, bagi mentaati suruhan Allah SWT. Tidak ada alasan lagi bagi manusia untuk berdepan dengan Allah SWT kelak.

Tahukah para pembaca yang budiman sebabnya mereka berpecah belah?

Surah yang sama pangkal ayat 14 Allah SWT berfirman:

"Dan tidaklah mereka (Ahli kitab) BERPECAH BELAH melainkan sesudah datang kepada mereka PENGETAHUAN,kerana KEDENGKIAN antara mereka."

Penjelasan tentang PENGETAHUAN.

Pokok agama hanya satu,tidak dua. Kedatangan para rasul membawa syariat, sejak Nabi Nuh sampai Nabi Muhammad s.a.w. adalah membawa INTI AGAMA YANG SATU iaitu MENGAKUI BAHWA TIDAK ADA TUHAN SELAIN ALLAH. Kedatangan Nabi Isa a.s.(tersebut didalam Taurat) yang mengakui dengan tulus ikhlas bahwa kedatangannya adalah menggenapkan syariat Nabi Musa tetapi orang-orang yang mengakui diri mereka pengikut ajaran Nabi Musa a.s. MENOLAK DIA bahkan menuduh bahwa KELAHIRANNYA KE DUNIA ADALAH DALAM CARA YANG TIDAK HALAL.

Kedatangan Nabi Akhir Zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.(tersebut didalam Injil) yang akan menyempurnakan ajaran Nabi Isa .a.s.dituduh sebagi Nabi Palsu dan Perusak oleh pengikut Nabi Isa a.s. Perlu menjadi ingatan kepada semua manusia bahwa mereka ini ( pengikut Nabi Musa dan Isa ) adalah Ahli Kitab iaitu orang-orang yang beragama. Perpecahan mereka ini bukan setekad beberapa kelompok aje malahan 71 KELOMPOK bagi orang-orang YAHUDI dan 72 KELOMPOK bagi orang-orang NASRANI. Perkara ini telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Secara jelas, pengertian 71 atau 72 kelompok bermaksud TIADA SATU KELOMPOK PUN YANG SAMA DALAM KEPERCAYAAN SERTA FIKRAH(FAHAMAN). Jika ada persamaan,tentu sekali hal itu tidak dinamakan KELOMPOK PERPECAHAN yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Umatku berpecah kepada 73 kelompok,72 ke Neraka hanya 1 ke Syurga. Yang satu itu ialah AHLI SUNNAH WAL JEMAAH. Telah sedia maklum bahawa UMAT ISLAM BERBANGSA MELAYU DI MALAYSIA ini adalah pengikut MAZHAB SYAFEI yang disebut berada didalam jemaah ahli sunnah.

Pembaca yang budiman,

Umat Islam di Malaysia ini berpecah-belah bukan sahaja kerana AKIDAH tetapi diburukkan lagi dengan berpecah kerana POLITIK KEPARTIAN. Pada asalnya umat Islam dalam keadaan bersatu-padu dibawah UMNO tetapi telah dipecahkan oleh sekumpulan manusia yang dikatakan ulamak dalam UMNO itu sendiri, mendakwa-dakwi bahawa UMNO tidak Islam. Hal itu telah berlarutan sahingga sekarang.

Walaupun tidak dilebelkan dengan kesatuan Islam UMNO pada ketika itu,umat Islam berbangsa Melayu harus sedar bahawa kesatuan UMNO itu diwujudkan oleh 29 NGOs Islam ketika itu. Mereka bersatu hati demi mempertahankan hak dan kedudukan bangsa Melayu

Allah SWT menyatukan hati-hati umat Islam daripada 29 NGOs dalam satu jemaah yang mereka namakan UMNO. Terbukti,kesatuan umat Islam ini berjaya mengeluarkan umat Islam berbangsa Melayu daripada PENJAJAHAN BANGSA ASING. Mereka ini disebut sebagai KESATUAN ARUS PERDANA iaitu yang mula-mula sekali. Oleh itu,CUBAAN BERPECAH DARIPADA KESATUAN ARUS PERDANA ini, tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Allah SWT tidak suka kepada perpecahan. Jika perpecahan berlaku maka Allah SWT memberi pesan agar MENGINGAT KEMBALI AKAN NIKMAT PERPADUAN seperti yang tercatit dalam ayat dibawah ini.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran 4:103

103. BERPEGANGLAH kamu sekalian kepada AGAMA ALLAH dan JANGANLAH kamu BERPECAH BELAH dan INGATLAH akan NIKMAT ALLAH(yang diberikanNya) kepadamu,ketika kamu telah BERMUSUH-MUSUHAN,lalu DIPERSATUKAN ALLAH HATIMU,sehingga KAMU JADI BERSAUDARA DENGAN NIKMATNYA,dan adalah kamu diatas pinggir lubang Neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,mudah-mudahan kamu menerima pertunjuk.

Janganlah hendaknya manusia itu rakus akan kehidupan didunia ini jika mereka ini benar-benar tahu akan nikmat kehidupan di akhirat. Mengejar dunia yang HANYA SEMENTARA WAKTU SAHAJA. Kebanyakan mereka ini sebenar tahu perkara tersebut tetapi tidak memahaminya.

Wassalam.