Assalammu'alaikum.
Pembaca yang budiman,
Raja boleh diistilahkan sebagai manusia yang berkuasa. Raja di Bumi disebut sebagai Khalifah. Makna 'KHALIFAH' ialah PEMIMPIN. Hanya berbeza pada segi bahasa.
Raja/Khalifah/Pemimpin diciptakan Allah SWT terdahulu. DiciptaNya Hawa/Isteri sebagai teman dan manusia yang dipimpin. Tak disebut lagi tentang umat/rakyat. Apa yang disebut setelah khalifah/Adam ialah Hawa iaitu ciptaanNya yang kedua bagi mahluk bergelar manusia.
Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 30:
"(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:'Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi(Adam)' ....."
Mulianya manusia bernama Adam a.s.sebagai khalifah disebut didalam surah At-Tiin,"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk." Kemuliaan Adam a.s. diperkuatkan lagi dengan PERINTAH SUJUD dikenakan kepada para Malaikat dan Iblis terhadap Adam a.s.
Perintah Allah SWT ditaati oleh Malaikat tetapi diengkari oleh Iblis.Dahlah engkar perintah,menjawab pulak tu terhadap Allah SWT. Dilaknat oleh Allah SWT bukan saja kerana ENGKAR tetapi TAKBUR. Apakah maksud TAKBUR?
Hadis Muslim:
Dari Abdullah bin Mas'ud,katanya:"Bersabda Rasulullah s.a.w.: TIDAK AKAN MASUK SYURGA barangsiapa yang ada didalam hatinya setimbang zarrah(atom) dari SIFAT TAKBUR." Berkata seorang laki-laki: 'Sesungguhnyalah semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.' " Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan,TAKBUR itu ialah MENOLAK KEBENARAN DAN TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN."
Pembaca yang budiman,
Dewasa ini,berapa banyak manusia yang bersifat seperti ini. Mentelah lagi,para pemimpin daripada kalangan pembangkang. Dilihat mereka ini ENGKAR dengan perintah Allah SWT dek kerana BUTA dengan kehidupan dunia yang hanya sebentar saja. Mereka sanggup berbuat apa saja demi TAHTA,HARTA dan WANITA. Diberatkan lagi,mereka ini MENOLAK KEBENARAN dan sering TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN.
Mahluk manusia seterusnya dijadikan Allah SWT ialah anak-anak/umat/rakyat. Maka berlakulah apa yang dinamakan EVOLUSI MANUSIA yang bertebaran diseluruh alam ini. Umat/Rakyat yang bertebaran memerlukan KHALIFAH/PEMIMPIN. Terjadinya permisahan oleh sebab banyaknya rakyat dengan jajahan taklukannya,maka disebut oleh Allah SWT tentang ULILAMRI iaitu PENGUASA ANTARA KAMU.
Oleh sebab IKRAR MANUSIA TERHADAP ALLAH SWT dan diulang-ulang menyebutnya iaitu SOLATKU,IBADAHKU,HIDUPKU DAN MATIKU KERANA ALLAH TA'ALA maka diperintahkan kepada UMAT/RAKYAT agar BERSATU PADU DAN JANGAN BERPECAH-BELAH. Natijah daripada itu akan TERCAPAILAH MATLAMAT IKRARNYA.
Maka,diperintahkan kepada umat/rakyat yang mempercayai Allah sebagai Rabbnya untuk MENTAATI ULILAMRI. Ini kerana, objektif diadakan PEMERINTAH/ULILAMRI bagi sesebuah pemerintahan jajahan tidak akan berjaya dan cemerlang jika UMAT ATAU RAKYATNYA BERPECAH-BELAH DAN BERBALAH-BALAH.
Akhir kata,sepertimana fakta-fakta yang dinyatakan,benarlah bahawa TIADA RAJA/KHALIFAH/ULILAMRI maka TIADALAH UMAT/RAKYAT.
TIADA ADAM A.S. TIADA HAWA DAN TIADA KEDUA-DUANYA TIADA UMAT ATAU RAKYAT.
Wassalam.