Semua orang berhak mengemukakan pandangan.Bagi yang suka mendengar,mereka akan dapat beberapa kebaikan;mendapat pahala apabila mendengar perkara-perkara yang baik,menambahkan ilmu,menjadikan kita lebih berinformasi dan peluang untuk kita menilai apa yang diperkatakan itu sebagai pandangan yang baik, keluar daripada minda yang waras,selari dengan sunnah Rasulullah SAW serta berpaksikan kepada Al Quran yang Mulia. Perbuatan mendengar pandangan di alam siber ini ialah dengan membaca lalu memikirkannya sejenak tentang pandangan itu apakah ianya baik atau tidak. Setelah daripada itu,kita digalakkan menuruti mana yang difikirkan baik.
Sikap dan sifat yang dimiliki oleh sesaorang seperti ini iaitu orang yang bersedia mendengar pandangan dan ambil yang mana yang lebih baik, ada disebut didalam AlQuran sebagai orang yang mendapat berita gembira daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah Az Zumar ayat 17 dan 18:
"Orang-orang yang menjauhi menyembah syaitan dan kembali kepada Allah,untuk mereka itu kabar gembira. Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu,Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal."
Pengajaran daripada ayat itu jelas menunjukkan bahawa Allah SWT suka dengan sifat dan sikap hambanya yang seperti ini sahingga Dia Mengketegorikan orang seperti itu mendapat 2 perkara ia-itu pertama,mendapat pertunjuk dan kedua, sebagai orang yang berakal.
Apakah yang dapat diperkatakan oleh kita(manusia) terhadap orang yang mempunyai sifat dan sikap seperti ini?
Bagi sesiapa yang memikirkannya akan mengatakan bahawa orang yang seperti ini mempunyai minda yang terbuka,bersedia mendengar dan menerima serta menuruti pandangan yang baik. Sikap orang seperti ini akan terhindar daripada sifat ta'sub kepada pandangan sesiapa jugak,tidak kira apa kedudukan dan pangkatnya dan tidak terkecuali jugak tok-tok guru agama.
Pada prinsipnya ialah sesaorang itu bersedia mendengar pandangan dan menuruti apa yang sebaik-baiknya dengan tidak melihat siapa yang memperkatakannya. Hanya sanya,pandangan yang baik itu adalah segala pandangan yang tidak bertentangan dengan nas Hadis dan dalil AlQuran.
Akhir kata,pandangan yang baik terhasil daripada akal yang waras dan akal yang waras menzahirkan pandangan yang baik selari dengan kehendak AlQuran dan Sunnah.