Saturday, June 25, 2011

Apakah Kelompok Ini Saperti Yang Di Sebut Oleh Nabi Di Dalam Hadis?

Assalamu'alaikum.


Pembaca yang budiman,


Pada kesempatan ini saya paparkan clip video,ceramah seorang pemimpin politik yang mempunyai ciri-ciri saperti yang disebut didalam hadis saperti dibawah.

1. Apakah kelompok mereka ini PENYERU/ JURU DAKWAH di ambang macam-macam pintu Jahanam?
2. Apakah kelompok mereka ini daripada BANGSA KAMI; sekulit dengan kami yakni sama-sama Islam?
3. Apakah kelompok mereka ini berbicara dengan LIDAH KAMI;sama-sama menyuarakan Al Qur'an dan Al Hadis?

Di beratkan lagi kelompok mereka ini berselimutkan jubah dan serban serta berkosmatikkan janggut untuk menzahirkan image para perjuang Islam yang katanya, bagi menegakkan NEGARA ISLAM. Jika dulu; dengan image mereka yang saperti itu,ramai dikalangan umat Islam tidak dapat menjangkakan kebathilan mereka. Tetapi sekarang,apakah umat Islam tidak jugak dapat melihat kebathilan mereka?


Telah sekian lama mereka menyeru umat Islam dengan menggunakan ayat-ayat Al Qur'an serta banyak daripada hadis Nabi disogokkan kepada umat Islam demi mendapatkan sokongan UNDI bagi menegakkan NEGARA ISLAM. Rupa-rupanya, perjuangan mereka telah bertukar kepada PERJUANGAN MENEGAKKAN NEGARA BERKEBAJIKAN. Kata mereka bahawa perjuangan menegakkan Negara Islam tidak terdapat di dalam Al Qur'an.


Kerosakan terhadap umat Islam telah berlaku dengan teruknya. Umat Islam bertelegah sesama sendiri. Persaudaraan Islam dicemari. Umat Islam dipandang hina oleh sebab pertelengkahan menjadi topik bualan setiap hari.Agama Islam diperlihatkan sebagai sumber perpecahan serta alat untuk mengklasifikasi  kelompok mana yang lebih Islam dan yang tidak.




Sila baca hadis ini yang diriwayatkan oleh Bukhary dan Muslim.

" Ya Rasulullah,sesungguhnya kami dahulu adalah di dalam jahiliyah dan di dalam masa yang buruk(kemulut,kacau balau) kemudian Allah mendatangkan pada kami kebaikan(berupa Islam yang kini kami amalkan dengan hati tenteram). Apakah sesudah kebaikan ini akan berulang pula keburukan(kejahatan)?"


Beliau bersabda,"Ya"


Kembali kami bertanya,"Dan apakah sesudah keburukan itu akan datang pula kebaikan?"


Beliau menjawab,"Ya,akan datang pula kebaikan,tetapi di dalamnya terdapat 'dakhanun',atau kekeruhan."


Kami bertanya lagi,"Apakah kekeruhannya itu(dakhanun)?"


Beliau menjawab,"Yakni orang-orang yang memberi petunjuk bukan dengan petunjukku, mengikut petunjuk yang selain dari petunjukku,engkau ketahui dari mereka itu, dan engkau ingkari."


Kami bertanya lagi,"Apakah sesudah kebaikan itu ada keburukan(kejahatan)?"


Beliau bersabda,"Ya,penyeru(juru da'wah) di ambang macam-macam pintu Jahanam. Dan barangsiapa yang menjawab(mengikuti)seruan mereka itu,pasti akan dicampakkan ke dalam Neraka."


Kami bertanya,"Ya Rasulullah,tunjukkan sifat-sifat mereka itu kepada kami."


Beliau bersabda,"Mereka itu(pada zahirnya) dari bangsa kami(sekulit dengan kami,yakni sama-sama Islam),dan mereka berbicara dengan lidah kami (sama-sama menyuarakan AlQuran dan Al Hadis)."


Kami berkata,"Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami jika kami menjumpai hal yang demikian itu?"


Beliau menjawab,"Hendaklah kamu tetap pada Jama'ah kaum Muslimin dan Imam mereka."


Kami berkaa,"Maka jika tidak ada bagi mereka itu Jama'ah dan Imam?"


Beliau bersabda,"Hendaklah kamu keluar menjauhi golongan-golongan itu,sekalipun kamu sampai menggigit(makan) akan akar-akar pepohonan,sehingga maut menjemputmu,engkau dalam keadaan semula(tetap demikian itu,tidak mau berfihak kepada juru-juru da'wah di ambang pintu mereka)."


Sama-samalah kita merenung akan nasib umat Islam dewasa ini. Semoga hal sedemikian dapat dijadi sempadan.


Wassalam.

30 comments:

  1. Inilah jadinya bila ahli politik berselindung disebalik imej ulamak.. Dorang tak ubah macam pelakon yang boleh melakonkan pelbagai watak hanya sebab bayaran...

    ReplyDelete
  2. cpt gtau kt nik ajs n kuncu2nya tu..sblm tlmbt nk tobat nasuha....kang mati xmsk syrga...hehehe

    ReplyDelete
  3. Syabas....akhirnya ko keluarkan hadis yg mengenakan batang hidung sendiri. Setiap kali maulidur rasul, maal hijrah dan yg terbaru musabaqah al quran peringkat kebangsaan akan terdapat pemimpin yg mengatakan bahawa 'umat islam yg ingin berjaya perlu kembali kepada al quran' dgn penuh retorik. Setiap kali majlis islami barulah nak bersongkok berbaju melayu seolah-olah islam ketika hanya pada majlis yg berbentuk keislaman. Lebih menyedihkan bilamana ada isteri pemimpin 'islam' mengadakan majlis khatam al quran tidak menutup aurat dgn sempurna iaitu hanya memakai selendang menampakkan jambul rambut. Sungguh biadap ketika didepan KALAM ALLAH masih lagi melanggar apa yg telah ditetapkan didalam al quran iaitu menutup aurat. Sesungguhnya islam bukan hanya pada majlis, perayaan atau disebut sahaja bahkan islam itu adalah cara hidup. Ko boleh tuduh berkosmetikkan jubah, janggut tapi ko tak boleh keikhlasan sesiapa yg cuba hidup berdasarkan apa yg telah ditunjukkan oleh Nabi Besar Muhammad SAW. Wallahualam

    ReplyDelete
  4. pada anoy.339pm.jun25. kalau menampakkan jambul, itu dosa dia antara tuhan..tapi dosa manusia yng berpura2 ularmak dan menyesatkan umat Islam/memecahbelahkan umat islam/ mentafsirkan alquran utk kepantingan sendiri. Agak2 ko ada peluang ke masuk syurga berbanding yg diazab kerana tak tutup aurat.

    ReplyDelete
  5. Mana ko tau dia pura2 ulamak. Aku pun bole cakap pimpinan sekarang menyebabkan perpecahan umat. Betul la dosa jambul antara dia dan tuhan tapi bukankah itu sifat munafik, depan al quran ko boleh plak melanggar perintah Allah yg jelas dlm quran. Pastu nak bercakap tentang al quran dan hadis tapi sendiri tak ikut. Kalau dia org biasa betullah itu dosa dia dgn Allah tapi dia merupakan isteri pemimpin tertinggi negara yg akan menjadi role model kkepada rakyat. Pasni org awam tgk dan tiru cara dia. Bukankah ini juga akan membawa perpecahan kepada umat islam kerana ada yg berpendapat boleh baca quran tanpa menutup aurat. Mcm nilah cuba ko tgk comment sebelum dan cuba tgk link tu satu persatu. Kalau ko rasa tak betul terpulanglah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu sape yang celik akal, nak berpikir sedia terima pandangan org tau la nik ajis ni bukan ulama.same la dgn presiden nye tu.masalahnya bila dikemukakan bukti tak ble terima.yang tak pakai tudung tu dah tentulah salah tp yang menyesatkan islam ni ko puja

      Delete
  6. Di beratkan lagi kelompok mereka ini berselimutkan jubah dan serban serta berkosmatikkan janggut untuk menzahirkan image para perjuang Islam yang katanya, bagi menegakkan NEGARA ISLAM. Jika dulu; dengan image mereka yang saperti itu,ramai dikalangan umat Islam tidak dapat menjangkakan kebathilan mereka. Tetapi sekarang,apakah umat Islam tidak jugak dapat melihat kebathilan mereka?


    Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

    Mereka cuba menghidupkan sunnah ko senang2 nak tuduh bukan2 berdasarkan cara pemakaian dan janggut mereka hina sungguh ko ni....

    ReplyDelete
  7. “Pakaian yang paling disenangi Rasulullah saw. adalah Gamis.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Humaid ar Razi, dari al Fadhal bin Musa, diriwayatkan pula oleh Abu Tamilah dan Zaid bin Habab, ketiganya menerima dari Abdul Mu’min bin Khalid, dari Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Ummu Salamah r.a.)

    • Ummu Salamah r.a. adalah Ummul Mu’minin Hindun binti Mughirah al Makhzumiyah.

    “Sesungguhnya Nabi saw. keluar (dari rumahnya) dengan bertelekan kepada Usamah bin Zaid. Beliau memakai pakaian Qithri yang diselempangkan di atas bahunya, kemudian beliau shalat bersama mereka.” (Diriwayatkan oleh `Abd bin Humaid , dari Muhammad bin al Fardhal, dari Hammad bin Salamah, dari Habib bin as Syahid, dari al Hasan, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)

    • Qithri adalah sejenis kain yang terbuat dari katun yang kasar. Kain ini berasal dari Bahrain tepatnya dari Qathar.

    Dalam sebuah riwayat Anas bin Malik r.a. mengemukakan: “Pakaian yang paling disenangi Rasulullah saw. ialah kain Hibarah*.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Mu’adz bin Hisyam dari ayahnya, dari Qatadah, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)

    • Kain Hibarah ialah kain keluaran Yaman yang terbuat dari katun.

    “Rasulullah saw. bersabda: “Hendaklah kalian berpakaian putih, untuk dipakai sewaktu hidup. Dan jadikanlah ia kain kafan kalian sewaktu kalian mati. Sebab kain putih itu sebaik- baik pakaian bagi kalian.”
    (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Basyar bin al Mufadhal, dari `Utsman Ibnu Khaitsam, dari Sa’id bin Jubeir, yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)

    “Rasulullah saw. bersabda : “Pakailah pakaian putih, karena ia lebih suci dan lebih bagus. Juga kafankanlah ia pada orang yang meninggal diantara kalian.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Habib bin Abi Tsabit, dari Maimun bin Abi Syabib yang bersumber dari Samur bin Jundub r.a.)

    SERBAN RASULULLAH SAW

    “Nabi saw. memasuki kota Mekah pada waktu pembebasan kota mekah,beliau memakai serban hitam.”(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari `Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadist inipun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair, yang bersumber dari Jabir r.a.)

    “Sesungguhnya Nabi saw. berpidato di hadapan umat, beliau memakai serban hitam.”(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan,dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin `Isa,keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir al Waraq, dari Ja’far bin `Amr bin Huraits,yang bersumber dari bapanya.)

    Hadis #1
    Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
    "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)

    Hadis #2
    Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
    " Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)

    Hadis #3
    Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
    Rasulullah saw bersabda.
    " Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut"

    Hadis #4
    Zaid Ibni Habib r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka;
    "Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab,
    " Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami"
    Rasulullah s.a.w. bersabda,
    " Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."

    ReplyDelete
  8. http://unitmediasiber.blogspot.com/2011/06/surat-tun-dr-mahathir-kepada-nik-aziz.html..
    Surat berkenaan kerajaan tidak membenarkan hudud dilaksanakan di kelantan. Hudud tu bukan ada dalam Al Quran ke? Kenapa perlu dihalang. Sekarang sape yg halang hukum islam dilaksanakan....cer citer cer citer

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca ke drafnye.kalu blom baca dulu baru komen.baca malas tapi komplen kuat

      Delete
  9. http://www.youtube.com/watch?v=PkJt9SvqPdA
    video org yg mempermainkan hukum Allah

    http://www.negarakita.com/Post-41923-Pemimpin+UMNO+rasmi+kilang+Arak...
    'Pemimpin Islam' yg merasmikan kilang arak

    jgn tembereng la woi....ko explain kat semua org kenapa hukum hudud dihalang dari dilaksanakan berdasarkan surat kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan pada tahun 1994. DALIL APA KO NAK GUNAKAN TENTANG LARANGAN MELAKSANAKAN HUDUD. WHAT SAY YOU BRO? ;-p

    ReplyDelete
  10. Salam MPP,

    Komen Bai sangat tepat. Depa nak jadi artis sebenar maluuu...maka jadilah artis politik. Sekurang-kurangnya ada jugak pengaruh.

    Artis sebenar,orang lain kena make-upkan tapi artis politik kenalah make-up sendiri. Semua boleh jadi...nak berjanggut panjang,nak pakai kupiah,serban...nak bersarongkan jubah......semua bolehhh.

    Thanks Bai kerana sudi memberi sedikit komen.

    ReplyDelete
  11. Anonymous said...
    June 26, 2011 3:07 AM

    Tidak ada siapa pun yang nak halang mereka nak pakai apa pun tapi biarlah selari dengan pakaian taqwa yang dipakai.

    Kalau pakaian aje taqwa tapi perangai asih jadi barua,apakan jadahnya!

    Kalau pakaian aje melambangkan suci tapi mulut macam babi,apakan jadahnya!

    Alhamdulillah,Allah tidak lihat pada pakaian.

    ReplyDelete
  12. Anonymous said...
    jgn tembereng la woi....ko explain kat semua org kenapa hukum hudud dihalang dari dilaksanakan berdasarkan surat kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan pada tahun 1994. DALIL APA KO NAK GUNAKAN TENTANG LARANGAN MELAKSANAKAN HUDUD. WHAT SAY YOU BRO? ;-p
    June 26, 2011 3:18 AM

    Tun mungkin dah tahu bahawa mereka ini saperti proverb mak saleh yang mengatakan,empty vessels make the most noise. Jadi,dia gertak aje,dah tak berani.Sebenarnya,semua itu wayang aje. Mereka terpaksa memberi alasan saperti itu kerana untuk memberi jawapan kepada para penyokong bahawa mereka tak boleh laksanakan hukum hudud selepas ayam berkokok kerana ada musang tunggu nak makan mereka.

    Pekong mereka telah terbongkar bahawa itu semua tipu belaka kalau tidak masakan perjuangan negara Islam dah menjadi perjuangan negara berkebajikan.

    TOTO - Tipu Orang Tipu Orang!

    ReplyDelete
  13. Tidak ada siapa pun yang nak halang mereka nak pakai apa pun tapi biarlah selari dengan pakaian taqwa yang dipakai.

    Kalau pakaian aje taqwa tapi perangai asih jadi barua,apakan jadahnya!

    Kalau pakaian aje melambangkan suci tapi mulut macam babi,apakan jadahnya!

    Alhamdulillah,Allah tidak lihat pada pakaian.


    Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

    ko tak tau ke buat2 tak tau. pakaian melambangkan peribadi seseorang. Lepas ni yg pakai seksi boleh lah guna hujah ko iaitu 'Alhamdulillah,Allah tidak lihat pada pakaian.' Apalah punya hujah itu pakaian sunnah pun ko nak jadikan isu.
    http://www.negarakita.com/Post-41923-Pemimpin+UMNO+rasmi+kilang+Arak...
    yg ni tak plak jadikan isu....ko cari plak hadis yg mengatakan boleh merasmikan kilang arak......;-p

    ReplyDelete
  14. وعن أبي الدرداء عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لا يوضع في الميزان اثقل من حسن الخلق وان حسن الخلق ليبلغ بصاحبه درجة الصوم والصلاة قلت رواه الترمذي باختصار رواه البزار ورجاله ثقات
    Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci kepada orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan yang kotor

    Kalah hujah ko mencarut plak 'Kalau pakaian aje taqwa tapi perangai asih jadi barua,apakan jadahnya!

    Kalau pakaian aje melambangkan suci tapi mulut macam babi,apakan jadah!'

    Beliau bersabda,"Ya,penyeru(juru da'wah) di ambang macam-macam pintu Jahanam. Dan barangsiapa yang menjawab(mengikuti)seruan mereka itu,pasti akan dicampakkan ke dalam Neraka."
    kan dah terkena batang hidung sendiri, Sesungguhnya Allah sangat benci kepada orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan yang kotor.....ishk...ishk...tobat2

    ReplyDelete
  15. Tun mungkin dah tahu bahawa mereka ini saperti proverb mak saleh yang mengatakan,empty vessels make the most noise. Jadi,dia gertak aje,dah tak berani.Sebenarnya,semua itu wayang aje. Mereka terpaksa memberi alasan saperti itu kerana untuk memberi jawapan kepada para penyokong bahawa mereka tak boleh laksanakan hukum hudud selepas ayam berkokok kerana ada musang tunggu nak makan mereka.

    Pekong mereka telah terbongkar bahawa itu semua tipu belaka kalau tidak masakan perjuangan negara Islam dah menjadi perjuangan negara berkebajikan.

    TOTO - Tipu Orang Tipu Orang!

    Hujah dangkal lagi, 'kalau ko solat aku ambil tindakan' apa punya gertak la. kalau org kapir buat aku faham la ni org islam....eh jap pemimpin islam terawal yg buat.
    Beliau bersabda,"Ya,penyeru(juru da'wah) di ambang macam-macam pintu Jahanam. Dan barangsiapa yang menjawab(mengikuti)seruan mereka itu,pasti akan dicampakkan ke dalam Neraka."
    terkena batang hidung sendiri lagi, nak pertahankan yg jelas batil....

    ReplyDelete
  16. Dilampirkan surat tersebut disini...
    Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.
    1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa is selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
    HUJAH BALAS – dalam islam takde perkataan (muslihat umum), yg ada maslahat umum. Ini menampakkan tahap ilmu yang ada pada penulis atau penasihatnya yg rendah. Muslihat 1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang. Kamus Pelajar Edisi Kedua.......

    ReplyDelete
  17. ‎2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran¬ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

    Hujah balas - keadilan keadaan (sifat, perbuatan dll) adil. Kamus Pelajar Edisi Kedua

    Adil menurut perspektif Islam membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu ialah sama rata atau persamaan hak.
    Umat islam tempatnya tertakluk pada hukum Allah iaitu yg terdapat didalam Al Quran dan Hadis........

    ReplyDelete
  18. ‎3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
    Hujah balas - Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang¬undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
    SAMA SEPERTI YG TERDAPAT DALAM SURAT . Adil menurut perspektif Islam membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu ialah sama rata atau persamaan hak. Umat islam tertakluk pada hukum Allah iaitu yg terdapat didalam Al Quran dan Hadis. ........

    ReplyDelete
  19. ‎4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya is akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-
    Hujah balas - PAS parti politik, Umno itu organisasi apa? takkan kalau bergerak atas parti politik akan menyebabkan ketidakadilan berlaku. mcm tu umno tak adil la jugak.....

    ReplyDelete
  20. Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan
    tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang¬undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
    Hujah balas - Adil menurut perspektif Islam membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu ialah sama rata atau persamaan hak. Umat islam tempatnya tertakluk pada hukum Allah iaitu yg terdapat didalam Al Quran dan Hadis........

    ReplyDelete
  21. ‎5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. la bukanlah bertujuan
    untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. la hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

    Hujah balas - Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
    SAMA SEPERTI YG TERDAPAT DALAM SURAT DIATAS. Adil menurut perspektif Islam membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu ialah sama rata atau persamaan hak. Umat islam tertakluk pada hukum Allah iaitu yg terdapat didalam Al Quran dan Hadis........

    ReplyDelete
  22. ‎6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika is dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. la juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. la tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
    Hujah Balas – Hukum zina adalah hukum dari al-quran bukan dari PAS. “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)....ini ayat Allah adakah layak nak mengatakan Allah itu tidak adil. JELAS DAN TERANG SUDAH DISEBUT DALAM AL-QURAN MASIH MENGATAKAN LAGI TIDAK ADIL, SIAPA KAMU JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ALLAH SWT.....

    ReplyDelete
  23. Ini saya saja letakkan paling akhir sekali bila mana org islam sendiri yg memperlekehkan hukum Allah walhal dia tidak tahu atau TIDAK ARIF akan hukum islam dengan mudah menyamakan rogol dengan zina.....dan ini pandangan beginilah pelukis kartun melukis kartun yg telah menghina hukum islam secara JELAS, SEOLAH-OLAH ISLAM DAN ALLAH SWT ITU TIDAK ADIL.....

    Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

    Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
    Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

    ReplyDelete
  24. Hujah balas - Persoalannya, benarkah 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi semasa membuat aduan seseorang merogolnya', adalah hukum Islam yang diturunkan Allah, seperti yang didakwa banyak pihak, sehingga orang yang mempersendakannya dianggap menghina Islam dan hukum hakamnya?

    Imam Tirmizi telah merekodkan di dalam Sunannya, satu hadis berkenaan satu kes rogol yang pernah berlaku pada zaman Nabi.

    Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wail al-Kindi daripada ayahnya itu, diceritakan kisah seorang wanita dirogol semasa beliau dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat.

    Wanita yang dirogol secara bersendirian itu telah bertindak memaklumkan kepada orang ramai yang ditemuinya bahawa seseorang telah merogolnya.

    Bertindak di atas perkhabaran wanita malang itu, orang ramai telah berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada Nabi, setelah disahkan oleh mangsa sendiri bahawa suspek itulah orang yang telah merogolnya.
    Hukuman rejam

    Perbicaraan yang dilakukan oleh Nabi akhirnya memutuskan bahawa suspek dikenakan hukuman rejam, kerana telah disabitkan merogol mangsa (akan dinyatakan selepas ini bahawa menurut pandangan yang kuat, beliau tidak direjam).

    Namun, sebelum hukuman dilaksanakan, bangun seorang lelaki lain membuat pengakuan bahawa beliaulah sebenarnya yang merogol mangsa, bukannya suspek tadi yang telah disahkan sendiri oleh mangsa.

    Hukuman akhirnya dijatuhkan ke atas lelaki yang mengaku merogol mangsa, manakala suspek dan mangsa rogol yang telah tersilap menuduhnya (suspek) merogol, dibebaskan.

    Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi melayani dan menerima aduan mangsa, menyiasat kebenarannya dan seterusnya menjatuhkan hukuman, meskipun aduan mangsa yang mendakwa dirinya dirogol seseorang, dilakukan tanpa mengemukakan empat saksi.

    Adalah jelas, Nabi tidak terus mensabitkan kesalahan qazaf ke atas wanita itu disebabkan beliau mengadu seseorang merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi.

    Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam Sunannya dalam Kitab al-Hudud, bab Ma Ja'a Fi al-Mar'ah Iza Ustukrihat 'Ala al-Zina (Bab berkenaan wanita yang dipaksa berzina), hadis bernombor 1454.....

    ReplyDelete
  25. Salam Anonymous,

    Kamu tak dapat berfikir saperti mana Tun berfikir. Kamu gagal memahami message yang nak saya sampaikan.

    Begini,Tun dan kebanyakan daripada umat Islam yang sama pemikirannya dengan Tun berpendapat bahawa hukum Islam itu ADIL tetapi mereka mempunyai anggapan serta pertimbangan, puak yang mendakwa tahu semua tentang hukum Islam itu akan melakukan kezaliman oleh sebab mereka bukan pakar dalam hukum Islam.

    Apatahnya,saya beri satu contoh.Begini,dulu perjuangkan negara Islam bermati-matian tapi sekarang lain pulak jadinya;negara kebajikan.

    Pandai pulak tu bagi sebab bahawa negara Islam tidak ada didalam Al Qur'an. Bukankah itu satu kebodohan yang diperlihatkan kepada umat Islam?

    Wassalam.

    ReplyDelete
  26. Begini,Tun dan kebanyakan daripada umat Islam yang sama pemikirannya dengan Tun berpendapat bahawa hukum Islam itu ADIL tetapi mereka mempunyai anggapan serta pertimbangan, puak yang mendakwa tahu semua tentang hukum Islam itu akan melakukan kezaliman oleh sebab mereka bukan pakar dalam hukum Islam.

    Berdasarkan apa, bukti yg mengatakan mereka akan berlaku zalim. setakat tuduhan dan andaian sahaja cukup ke nak mengatakan pelaksanaan itu akan berlaku kezaliman. Tuduhan hanya berdasarkan andaian merupakan perkara yg lumrah dewasa ini. Saya kemukakan surat yg rasmi dari kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan menghalang Hudud dilaksanakan anda hanya membuat andaian. cuba baca satu persatu isi kandungan surat tu dan kita berhujah secara ilmiah bukan sekadar kalau-kalau(andaian). Kalau sekadar andaian serupa seperti arahan 'jgn solat nanti masa kerja terbuang, tidak meningkatkan produktiviti' kerana andaian mengatakan solat itu membuang masa ;-p

    ReplyDelete
  27. salam seikh..tuan saya rasa elok tuan jgn "terlalu mengintai2" salah betul makhluk..jgn jadi rugi dsebabkan sesuatu yg xda nilai tuan..ini sekadar pesanan saya yg daif..salam n walahuaklam tuan..

    ReplyDelete
  28. apa yg menyebabkan hudud pas tak adil adalah kerana hudud pas hanya untuk orang islam sahaja, orang bukan islam hukum guna civil,
    tp bg sebuah negara islam hukum hudud mestilah menjadi hukum negara (semua org kena)
    mungkin sebab inilah objektif pas ditukar menjadi negara berkebajikan dan bukan negara islam.
    mungkin ada yg berfikir org bukan islam berzina, minum arak, kenapa pula nak hukum guna hudud? anda rasa org bukan islam dihukum tak pada masa zaman nabi dulu. sudah tentu dihukum sebab hukum hudud adalah untuk semua manusia bukanya orang islam sahaja, sebab tu jika anda perhati hanya dosa yang membawa mudarat besar kepada manusia sahaja yang dihukum dalam hudud, tetapi dosa seperti tidak tutup aurat, menipu, mencarut tiada. kenapa?
    jawapannya untuk mencegah perbuatan yang boleh membawa mudarat besar kepada manusia.

    Saya tahu UMNO korup dan munafik, tapi PAS juga tidak maksum, sila berfikir sejenak. selagi tiada parti yang betul mencerminkan peribadi islam dan memperjuangkan islam jangan undi mana2 parti, kerana kita mungkin ditanya atas undi kita di alam barzakh kemudian. Biarlah berdiri atas pagar dari bersubahat!

    ReplyDelete