Monday, January 31, 2011

Tanpa Pemimpin,Tiada Rakyat! Dalang Pepecahan Rakyat Adalah Syaitan(PAS)



Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Bacalah dengan nama TuhanMu yang Maha Pencipta.


Jika sesiapa yang menganggap TANPA RAKYAT TIADA PEMIMPIN, itu adalah salah satu daripada ideologi kufur Demokrasi dan ianya bertentangan dengan ideologi Islam. Sama sekali ianya menentang Kedaulatan Allah yang membawa implikasi kufur terhadapNya.

Asas pemimpin, apabila Allah SWT menciptakan Adam a.s. untuk menjadi khalifah/pemimpin dimuka bumi ini dan jugak pemimpin ulong umat manusia di dunia ini. Allah menciptakan Rakyat yang pertama iaitu Hawa untuk dipimpin oleh Adam a.s. bagi merealisasikan sebuah kepimpinan. Ternyata kebahagiaan dan perpaduan yang dikecapi oleh kedua-duanya dirobek oleh Iblis laknatullah. Assebab itu mereka dicampak kedunia.

Kebahagiaan yang dikecapi bertukar menjadi kesengsaraan namum kedua-duanya berjaya kembali bersatu-padu, menjalankan kehidupan seharian di dunia yang serba kekurangan. Allah SWT telah memberi martabat selaku pemimpin yang wajib ditaati seperti mana pada awalnya diperintahkan kepada para Malaikat dan Iblis sujud kepada Nabi Adam a.s. Perintah mentaati pemimpin itu tidak berubah-rubah sahingga sekarang. Hanya sanye,jika pemimpin itu memaksa secara fisikal sesuatu yang bermaksiat kepada Allah maka kewajipan taat tidak lagi boleh dituruti. Tetapi jika sesaorang itu tidak tertahan dengan paksaan melalui deraan seperti mana yang pernah berlaku terhadap keluarga Yasir maka Allah telah memberi kelonggaran.

Kelonggaran ini telah dinyatakan oleh Allah dan Rasul. Firman Allah SWT didalam surah An-Nahl ayat 106:

" Barang siapa yang kafir(ingkar) akan Allah sesudah beriman,kecuali orang yang dipaksa sedang hatinya masih tetap beriman,tetapi orang yang terbuka dadanya kepada kekafiran,maka atas mereka amarah Allah dan untuk mereka itu siksaan yang besar."

Perpaduanlah yang menjadi sumber kekuatan. Hasutan oleh Syaitan dapat dikalahkan dengan perpaduan tetapi sunnahtullah terjadi jugak. Perpecahan antara Adam a.s. dengan Hawa berlaku jugak, ini memberi pengajaran kepada kedua-duanya (bersangka baik/Husnuzh Zhan). Ternyata,Syaitan berjaya memecah-belahkan mereka berdua.

Terbukti,mereka kembali bersatu dan senantiasa memohon ampun kepada Allah SWT terhadap kesilapan lampau mereka. Maka terbentuklah institusi keluarga yang pertama di dunia ini. Daripada keluarga terbentuk institusi masyarakat,daerah,negeri dan akhir sekali negara. Tanpa perpaduan mereka,masakan ada kita sebagai rakyat sekarang ini.

Ternyata jugak,perpaduan di kalangan lebih kurang 26 kesatuan bangsa Melayu telah menghasilkan Kemerdekaan daripada penjajah. Terbukti Sunnahtullah Allah. Perpecahan jugak akan membuktikan Sunnahtullah Allah. Perpaduan perintah Allah,perpecahan matlamat Syaitan.

Islam memerintah agar umatnya bersatu,Demokrasi membenarkan dan memberi ruang perpecahan. Orang-orang agama didalam UMNO(sekarang ini digelar PAS) menjadi dalang perpecahan. Mereka(PAS) telah mengadakan alasan agar perpecahan berlaku. Ini menyamai seperti apa yang telah berlaku
terhadap Adam a.s. dan Hawa oleh Syaitan Laknatullah.

Perbuatan mereka ini adalah HARAM dari mula lagi dan akan terus menjadi HARAM biar apa pun alat kosmetik yang digunakan,akan tetap ianya HARAM sahinggalah mereka kembali bertaubat dan rujuk kembali ke dalam UMNO.

Mereka inilah yang memulakan perpecahan terhadap umat Islam. Barang siapa yang menjadi pengikut serta penyokongnya membawa implikasi sebagai puak yang memecah-belahkan umat Islam. Apakah kamu semua ingin mati sebagai orang yang di cop sebagai pemecah-belah oleh syariat islam?

Hindarilah golongan ini(PAS);yang masih kekal dengan perangai Syaitan,insyaAllah kamu akan selamat, Dunia dan Akhirat.

Wassalam.

Thursday, January 27, 2011

Larangan Syariat Membenci Dan Mencaci Pemerintah

Assalamu'alaikum.

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pencipta.

Pembaca yang budiman,

Seperti yang dijanjikan,pada kali ini saya akan terangkan perihal tajuk yang diatas. Seperti biasa saya akan huraikan perkara-perkara yang bersangkutan dengan tajuk ini.

Ada beberapa mertabat yang perlu kita tahu.

1. Mertabat Ibubapa.

2. Mertabat Suami.

3. Mertabat Pemerintah.

4. Mertabat Nabi.

Kesemua mertabat ini adalah manusia dan mereka ini wajib ditaati. Ketaatan kepada manusia bersyarat kecuali Nabi (mutlak kerana Nabi tidak menyuruh berbuat maksiat kepada Allah SWT) iaitu selagi mereka tidak memaksa kamu melakukan maksiat terhadap Allah SWT. Sekiranya mereka memaksa kamu berbuat maksiat,ketaatan kepada mereka terangkat setekad perkara yang dipaksakan saje.

Lihat buktinya:

Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w.: Seorang muslim wajib mendengar,taat pada pemerintahnya dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui,kecuali jika diperintah maksiat. Maka apabila disuruh maksiat,maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat.

Dalam postings yang lepas,saya ada menerangkan tentang insiden yang berlaku kepada keluarga Yasir iaitu paksaan diikuti dengan penyeksaan. Apabila ini berlaku dibolehkan taat tetapi tidak diikuti dengan niat. Ini dibenarkan oleh Nabi. Sila baca postings saya yang lepas.

Oleh itu,syariat ini terpakai terhadap ketiga mertabat tersebut iaitu Ibubapa,Suami dan Pemerintah. Persoalannya siapa yang sewajibnya berlaku taat? Jawabnya, manusia yang dibawah jagaan orang yang berkuasa atau penguasa iaitu Anak-anak terhadap Ibubapa,Isteri terhadap Suami dan Rakyat terhadap Pemerintahnya.

Kesemua pertalian ini diperkuatkan dengan bukti Al Quran dan Hadis-hadis Nabi. Saya kira pembaca yang budiman tentu mengetahuinya.

Lain-lain bukti ialah perihal tanggongjawab yang dikenakan kepada mereka oleh Allah SWT. Sekiranya tanggongjawab itu tidak dilaksanakan dengan baik maka Allah SWT ada menyatakan hukuman yang akan dikenakan kepada mereka. Tanggongjawab inilah yang akan ditanya oleh Allah SWT kelak disana nanti.

Ketaatan kepada mertabat ini,satu perkara. Menentang mereka adalah perkara yang diharamkan oleh syariat. Jangankan kata menentang,mencaci dan memaki pun sama sekali tidak dibenarkan. Begitulah indahnya Islam ini yang peraturannya telah disusun sedemikian rupa oleh Allah SWT.

Jangankan kata nak menentang,mencaci dan memaki ketiga-tiga mertabat ini,hendak mencaci tuhan-tuhan orang kafir pun,tidak dibenarkan oleh Allah SWT.

Lihat buktinya:

Surah Al An Aam ayat 108:

"Janganlah kamu cerca(berhala-berhala) yang mereka sembah,selain daripada Allah,nanti mereka mencerca Allah pula dengan aniaya,tanpa ilmu pengetuan.Demikianlah Kami hiaskan bagi tiap umat amal perbuatannya,kemudian tempat kembali mereka kepada Tuhannya,lalu Allah mengabarkan kepada mereka apa-apa yang telah mereka perbuat."

Pembaca yang budiman,

Umat Islam dewasa ini terlalu banyak melanggar perintah-perintah Allah SWT. Seperkara yang mereka tidak perasan dan jahil tentangnya ialah penentangan terhadap pemerintah. Jika dahulunya,umat Islam menentang pemerintah menggunakan PEDANG untuk menjatuhkannya tetapi sekarang ini mereka menentang menggunakan UNDI bagi menjatuhkan pemerintah. Mereka tidak perasan. Lihatlah apa yang telah terjadi dengan umat Islam sekarang ini,berpecah-belah,berpuak-puak untuk mendapatkan kuasa memerintah. Apakah Islam tidak mengajar umatnya bagaimana sepatutnya akhlak serta hubungannya terhadap pemerintah? Apakah matlamat sebenarnya diadakan pemerintah itu? Bagaimana ini semua boleh berlaku?

Tentu sekali jawapannya ada pada salah satu amalan Demokrasi yang kufur yang diamalkan oleh umat Islam dewasa ini. Amalan Demokrasi yang membenarkan KEWUJUDAN parti TANDINGAN umat Islam. Amalan yang melahirkan bibit-bibit perpecahan,yang melahirkan akhlak dan peribadi yang jelek lagi tidak bermoral,amalan yang melahirkan kegilaan kuasa dan sebagainya. Apabila ini berlaku,umat Islam sebenarnya berTuhankan Demokrasi,berTuhankan manusia atau menyembah 2 Tuhan.

BerTuhankan Demokrasi - seperti mengamalkan amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat Islam,membawa implikasi yang buruk terhadap agama dan jugak umatnya(Asy-Syura ayat 21 - "Adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mensyariatkan agama bagi mereka yang tidak diizinkan Allah").

BerTuhankan manusia - seperti menjadikan tok-tok guru mereka sebagai Tuhan selain Allah(At-Taubah ayat 31).

Menyembah 2 Tuhan - Kedudukan orang-orang Islam yang menyokong,mempertahan dan mengamalkan amalan Demokrasi yang kufur dalam kehidupan siasah/politik mereka disamping terus menganuti agama Islam dengan mengamalkan segala peribadatan ritual terhadap Allah SWT,mempunyai pengertian MENYEMBAH 2 TUHAN- Tuhan Islam dan Tuhan Demokrasi(Surah An-Nahl ayat 51: Allah berfirman:"Janganlah kamu sembah 2 Tuhan.Hanya Dia Tuhan yang Esa,sebab itu takutlah kepadaKu.")

Mengenai dengan kegilaan kuasa pulak,mereka rakus terhadapnya kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan bahawa dengan kuasa mereka boleh mendapat manfaat daripadanya walaupun perpaduan umat Islam menjadi pertaruhan. Kononnya,dengan kuasa mereka dapat melaksanakan syariat Islam,katanya. Sekarang ini,semua muslihat mereka telah terbongkar. Niat hanya tinggal niat saje, menjadi selimut kepada perjuangan yang mereka katakan perjuangan Islam itu. Sebenarnya,hasad dengkilah yang menjadi motif untuk mendapatkan kuasa.

Ini didedahkan oleh Allah SWT dalam surah Asy-Syuuraa ayat 14: "Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan kerana berdengki-dengkian sesama mereka.Jikalau tiadalah terdahulu perkataan Tuhanmu sampai waktu yang ditentukan,niscaya dihukum antara mereka.Sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kitab kepadanya,kemudian mereka,adalah dalam syak dan ragu-ragu."

Hadis riwayat Bukhary:

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu akan berebut pemerintahan,dan akan menjadi penyesalan pada hari Qiyamat.

Hadis riwayat Attirmidzy:

Abu Bakrah r.a. berkata: Saya telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang menghina Raja (Pemerintah),Allah akan menghinakannya.

Wassalam.

Friday, January 21, 2011

Bagaimana Sepatutnya Reaksi Umat Islam Terhadap Pemerintah Yang Mereka Katakan "Zalim"

Assalammua'laikum.

Pembaca yang budiman,

Merujuk kepada tajuk di atas saya ingin mengulas dalam 2 perspektif. Pertama perspektif Demokrasi dan yang kedua dalam perspektif Islam.

Semua orang mengetahui bahawa pemerintah yang dikatakan "zalim" boleh ditumbangkan dengan menggunakan salah satu daripada amalan Demokrasi ia itu Pilihanraya. Sesabuah parti atau gabungan parti yang mendapat menang majoriti kerusi didalam Dewan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan menguasai pemerintahan negara.

Dalam proses untuk memenangi majoriti kerusi ,pihak-pihak yang bertanding atau parti yang bertanding menggunakan segala macam helah atau strategi untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan sokongan. Terlihat dan kedengaran perkara dan perbuatan yang digunakan bagi meraih kemenangan, banyak yang bercanggah dengan norma serta prinsip syariat Islam.

Amalan-amalan yang bercanggah; mencaci,memaki,memfitnah,provokasi,mengaibkan orang lain dan tidak terkecuali rasuah sama ada dalam bentuk material atau spiritual melalui fatwa-fatwa agama songsang, yang kesemuanya itu maklum bagi kita adalah perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Ianya merupakan dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia khususnya umat Islam.

Umat Islam menjadi hilang pertimbangan sahingga lupa akan peranan dan tanggungjawab terhadap agama dan bangsanya. Mudah sekali mereka ini lupa akan prinsip-prinsip akidah dan syariah yang sewajibnya dijaga, disanjung serta berpegang kuat dengannya.

Mereka mengamalkan amalan Demokrasi sahingga lupa akan asas pembinaan dan kekuatan ummah itu adalah bersumberkan kesatuan umat. Mentelah lagi,ini sangat berbahaya bagi negara yang mempunyai berbagai bangsa seperti Malaysia. Mereka lupa akan sejarah silam Islam. Mereka tidak pelajari daripada sejarah. Ternyata penganut-penganut agama Islam ini tidak reti akan risiko yang mendatang.

Apakah masalah seperti ini tidak diterangkan oleh Allah dan NabiNya? Dikatakan bahawa Islam penyelesaian kepada segala masalah! Tetapi,kenapa penganut-penganutnya berperangai seperti ini. Maka terbuktilah,bukan Islam itu yang salah tetapi penganut-penganutnya yang tidak pandai serta sanggup menggadaikan prinsip keperibadian Islam demi kerakusan kekuasaan dibumi ini.

Perspektif Islam.

Umat Islam disuruh taat kepada pemerintah. Ketaatan kepada pemerintah itu terhenti (tidak perlu taat) apabila pemerintah memaksa kita melakukan maksiat kepada Allah. Tidak taat kepada pemerintah setekad mana yang berlawanan saje. Bukannya secara terus-terusan tidak taat kepada pemerintah sahingga membawa kepada membenci,memfitnah,mencaci dan sebagainya. Ini berlaku dizaman Nabi terhadap keluarga Yasir dan jugak berlaku di zaman Saidina Uthman dan Ali(telah diterangkan pada tujuk yang lepas).

Apabila dikatakan pemerintah itu zalim ianya mempunyai banyak pengertian. Zalim yang macam mana! Zalim pada pengertian umum ialah tidak melakukan apa yang sepatutnya; tidak melakukan keadilan,jugak dinamakan zalim atau membunuh,menyeksa secara fisikal seperti yang berlaku di zaman Nabi dan zaman Nabi-Nabi.

Jika "zalim" pada pemerintah itu sesuatu yang berbentuk fisikal,saya tidak fikir ada orang yang berani menentang kezaliman pemerintah seperti itu kecuali sesuatu yang berupa kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT.

Oleh itu,"zalim" yang dimaksudkan oleh umat Islam pada masa kini terhadap pemerintah ialah seperti mengaup kekayaan negara, kronism,nepotism dan sebagainya. Perlakuan zalim oleh pemerintah yang seperti ini, tidak terbatal ketaatan sesaorang terhadap pemerintahnya. Apakah buktinya?

Di bawah ini saya kemukakan 2 hadis Nabi yang mengesahkan perilaku pemerintah yang dikatakan "zalim" itu.

Hadis riwayat Muslim:

Abu Hunaidah(Wa'il) bin Hudjur r.a. berkata: Salamah bin Jazid Aldju'fy bertanya pada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah,bagaimana jika terangkat di atas kami kepala-kepala yang hanya pandai menuntut haknya dan menahan hak kami,maka bagaimanakah kau menyuruh kami berbuat? Pada mulanya Rasulullah mengabaikan pertanyaan itu,hingga ditanya kedua kalinya, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Dengarlah dan taatlah maka sungguh bagi masing-masing kewajiban sendiri-sendiri atas mereka ada tanggung-jawab dan atas kamu tanggung jawabmu.

Penjelasan: Pada ayat hadis yang di boldkan merah jelas menunjukkan pemerintah yang pandai mengambil haknya tetapi menahan atau tidak memberi hak rakyat. Bukankah itu zalim namanya? Tetapi,cuba baca apakah nasihat Nabi terhadap kita sebagai rakyat?

Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:

Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan terjadi sepeninggalku nanti monopoli dan mengutamakan diri sendiri,dan hal-hal yang kamu anggap tidak benar. Sahabat bertanya: Apakah yang kau pesankan kepada orang-orang yang mendapati kejadian itu ya Rasulullah? Jawab Nabi: Kamu harus menunaikan kewajipanmu, dan mengharapkan kepada Allah apa yang menjadi hakmu.

Penjelesan: Pada ayat hadis yang di boldkan merah jelas boleh di ertikan sebagai pemimpin yang memonopoli projek-projek dan jugak pemimpin yang mengutamakan diri sendiri dengan mengenepikan rakyat yang dibawah jagaannya.

'Hal-hal yang kamu anggap tidak benar' boleh di ertikan sebagai perkara-perkara yang dilakukan oleh pemimpin atau pemerintah yang kamu nafikan. Contohnya, pemerintah menaikkan harga petrol bagi mengurangkan subsidi agar perbelanjaan negara dikawal dengan baik tetapi kamu kata itu tidak benar,itu helah pemerintah dan sebagainya. Tetapi,cuba kamu baca apakah nasihat Nabi kepada umatnya?

Wahhh...wah.... kalau ikut amalan Demokrasi,siap berdemostrasi lagi,mencaci lagi,memfitnah dan sebagainya. Tetapi,lihat bagaimana Islam menyelesaikan masalah seperti itu!

Kalau tidak ikut Nabi,nak ikut siapa? kamu tidak tahu apakah hikmah disebalik nasihat Nabi itu. Tak usahlah berlagak seperti manusia yang lebih tahu daripada Nabi.

Umat Islam akan jadi haru-biru jika tidak mengikut perintah Nabi. Kuasa pemerintahan yang ada ditangan pemimpin/pemerintah Islam akan menjadi lemah dan seterusnya memberi implikasi yang buruk kepada umat Islam seluruhnya. Mungkin tidak berlaku dimasa ini atau 10 tahun lagi tetapi apakah kamu dapat menjamin bahawa ianya tidak akan berlaku 30,50 atau 70 tahun akan datang?

Bagi mengakhir penulisan ini,saya bawakan nasihat Nabi untuk tatapan kita semua.

Hadis riwayat Muslim:

Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tetaplah mendengar dan taat dalam keberatan mau pun keringanan,dalam kelancaran dan kesukaran,bahkan dalam reaksi dan berebutan pengaruh dengan kamu.

Hadis riwayat Bukhary dan Muslim:

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang taat padaku,berarti taat pada Allah,dan siapa yang melanggar padaku berarti melanggar kepada Allah. Dan siapa yang taat pada pimpinan(kepala)nya berarti taat padaku,dan siapa maksiat kepada pimpinan(kepala)nya berarti maksiat padaku.

Wassalam.