Thursday, July 25, 2013

Tekad dan Azamku agar Kalimah Laa ilahaa illallah sampai Kepada Setiap Manusia

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Allah berfirman:" Maka peringatkanlah karena peringatan itu berguna."

Jika ayat diatas ini dihubungkaitkan dengan surah Al Ashr(masa) maka benarlah bahawa manusia semuanya dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,dan saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran.

Syarat-syarat pengecualian daripada menjadi manusia yang rugi:-
1. Beriman.
2. Beramal Soleh.
3. Saling berpesan dengan kebenaran.
4. Saling berpesan dengan kesabaran.

Bijaksana Allah menggunakan perkataan 'Beriman',ini kerana penekanan Allah SWT itu, untuk semua manusia mulai Nabi Adam a.s. sahinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya serta golongan jin.

Bila berlakunya hari Kiamat,manusia terbahagi kepada 3 golongan seperti yang tersebut didalam surah Al Waqiah: Golongan terdahulu,golongan kanan dan golongan kiri.Disebutkan oleh Allah SWT bahawa komposisi golongan terdahulu;banyak antara mereka ialah orang-orang yang terdahulu(beriman) dan sedikit bilangannya daripada orang-orang yang kemudian.

Bagi golongan kanan pula: Banyak antara mereka daripada golongan terdahulu dan banyak juga bilangan mereka daripada golongan kemudian. Bagi golongan kiri pulak,faham-faham sudah lee.....iaitu mereka yang tidak diketegorikan kedalam golongan terdahulu dan golongan kanan akan diketegorikan ke dalam golongan kiri.

Golongan manakah kita berada?

Penjelasan:

Kenapa mesti syaratnya beriman dan bukan Islam?

Bagi menjawab persoalan ini,saya bawakan penjelasan hadis mengenai dengan Iman,Islam dan Ihsan. Nabi s.a.w. didatangi oleh Jibril a.s. semasa Nabi s.a.w. berada bersama para sahabatnya.

Jibril a.s. berkata: "Hai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam?"
Nabi s.a.w.menjawab  : "Islam itu ialah mengucapkan 2 kalimah syahadah,mendirikan sembahyang,mengerluarkan zakat,berpuasa dibulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika kuasa."
Jibril a.s. menjawab: "Benar katamu."

Sahabat semua kehairanan kerana yang bertanya kepada Nabi s.a.w. dan dia sendiri mengiyakan membuatkan Nabi .s.a.w. memberitahu kepada para sahabat bahawa orang itu ialah Jibril;yang datang mengajarkan kepada kamu tentang agamamu.

Jibril a.s.bertanya: "Terangkan kepadaku tentang Iman?"
Nabi s.a.w. menjawab: "Percaya kepada Allah,MalikatNya,Kitab-KitabNya,Rasul-RasulNya,Hari kiamat dan Ketentuan Baik atau Buruk iatu adalah keputusan Allah."
Jibril a.s. menjawab: "Benar katamu"

Daripada kedua-dua pertanyaan Jibril a.s. itu dihubungkaitkan dengan kedua-dua jawapan terawal Nabi s.a.w. maka benarlah perencanaan Allah SWT bahawa Iman itu ialah percaya kepada Allah iaitu kepercayaan yang bersumber dan berpaksi dihati manusia. Jesteru, itulah yang dinamakan Iktiqaq. Apabila sesaorang itu percaya akan Allah maka dengan sendirinya dia mestilah percaya dengan segala kekuasaanNya,PenciptaanNya,PemilikanNya,Para PesuruhNya,PembalasanNya dan KetentuanNya.

Islam itu ialah 2 Kalimah Syahadah yang dijawab oleh Nabi s.a.w. dan sebenar-benarnya perencanaan daripada Allah SWT. Lihatlah bagaimana Iman dan Islam ini diterjemahkan kepada apa yang disebut sebagai Golongan Terdahulu dan Golongan Kanan.

2 kalimah Syahadah bagi umat Nabi Muhammad s.a.w.: Aku Bersaksi Tiada Tuhan Kecuali Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.

2 Kalimah Syahadah bagi umat Nabi Isa a.s.: Aku Bersaksi Tiada Tuhan Kecuali Allah dan Isa Pesuruh Allah.

2 kalimah Syahadah bagi umat Nabi Musa a.s. : Aku Bersaksi Tiada Tuhan Kecuali Allah dan Musa Pesuruh Allah.

Dan seterusnya 2 kalimah Syahadah mesti diucapkan oleh umat bagi semua Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi yang diturunkan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang lurus.

Syarat yang kedua ialah beramal soleh

Dalam perkara ibadah iaitu beramal soleh, setiap umat mesti mengikut dan mencontohi syariat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada setiap Rasul dan NabiNya.

Syarat yang ketiga dan keempat

Maksud 'Saling berpesan dengan kebenaran' memberi erti selalu/kerap mengajak manusia kepada Kebaikan. Dan seperti mana yang disebut oleh Nabi s.a.w. bahawa yang tertinggi antara kebaikan itu ialah kalimah Laa ilaaha illallah.

Kerja Nabi s.a.w. ialah mengajak manusia kepada kalimah Laa ilaaha illallah maknanya mengajak manusia menyembah Allah SWT sahaja dan jangan menyengutukanNya. Oleh itu,manusia yang melakukan kerja-kerja mengajak manusia untuk menyembah Allah dan jangan menyengutukanNya, akan ditentang oleh manusia yang tidak menyukainya. Bermacam kata nista yang terhambur daripada mulut-mulut busuk manusia yang merasai tergugat akan kehidupan dunia mereka.

Oleh yang demikian,syarat bagi orang yang menang ialah yang jugak berpesan-pesan kepada kesabaran.

Akhir kata,

Allah berfirman:" Orang yang takut akan memperolehi pelajaran. Dan orang-orang yang celaka akan menjauhinya."

Allah berfirman: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan dirinya( dari kekafiran dan kemaksiatan)"

Wallahu 'alam.

Thursday, July 4, 2013

Mazhab Azhar Idrus- Dia Kata: Wanita Yang Hamil Luar Nikah Tak Ada 'Iddah!!! - 10 Kali Bodoh Dia ni!!! Komen: Telanjangkan Dia - Bhg 3

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Sedap aje dia kata orang bodoh! Pembaca ingat dia tu pandai ke? Lagiiii bodohhhh!!!! 10 kali bodohhhh!!!

Pembaca hendaklah mendengar dahulu,apa yang keluar daripada MULUT CABUL dia tu. Sila dengar dari 1.42 hingga 3.33




Sindiran:

Mu kata wanita yang hamil diluar nikah tak ada iddah! Mu belajar di mana? Boddddohhh!!! Mu lagi boddddohhh!!!

Mu ingat,membolehkan nikah dengan perempuan yang hamil luar nikah tu; seperti pendapat Imam Hanafi dan Syafei, bererti perempuan itu tak payah ada iddah ke!!! Mu bodddohhhh!!! 

Penjelasan:

BAB WANITA YANG HAMIL DILUAR NIKAH dan KEBOLEHAN BERJIMA' DENGANNYA serta  IDDAHNYA

SYARAT PERTAMA: BERTAUBAT DARIPADA PERBUATAN BERZINA

Dalam pensyaratan taubat,ada 2 pendapat di kalangan ulama:

1. BERTAUBAT - Merupakan Mazhab Imam Ahmad dan pendapat Qatadah,Ishaq dan Abu Ubaid.
2. TIDAK DISYARATKAN BERTAUBAT - Merupakan pendapat Imam Malik,Syafei dan Abu Hanifah.

Yang benar dalam masalah ini adalah pendapat pertama yang mengatakan disyaratkan untuk BERTAUBAT.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Al Fatawa,"Menikahi perempuan pezina adalah HARAM sampai ia BERTAUBAT,apakah yang menikahinya itu adalah yang menzinainya atau selainnya. Inilah yang benar tanpa keraguan."

Ada pun kalau ia telah bertaubat maka terhapuslah hukum haram menikah dengan perempuan pezina tersebut,berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

"Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tidak ada dosa baginya." (Dihasankan oleh Syaikh Al Al-Albany dalam Adh-Dha'ifah 2/83 dari seluruh jalan-jalannya.)

SYARAT KEDUA: TELAH LEPAS 'IDDAH


Para ulama berbeda pendapat, apakah lepas ‘iddah itu merupakan syarat bolehnya menikahi perempuan yang berzina atau tidak.

ADA 2 PENPADAT.
PERTAMA : Wajib ‘iddah. Ini adalah pendapat Hasan Al-Bashry, An-Nakha’iy, Rabi’ah bin ‘Abdurrahman, Imam Malik, Ats-Tsaury, Imam Ahmad dan Ishaq bin Rahawaih.

KEDUA: Tidak wajib ‘iddah. Ini adalah pendapat Imam Syafi’iy dan Abu Hanifah, TETAPI ada perbedaan antara mereka berdua pada SATU HAL. 

IMAM SYAFEI: Boleh untuk melakukan akad nikah dengan perempuan yang berzina dan boleh berjima' dengannya setelah akad,samaada orang yang menikahinya itu adalah orang yang menzinainya itu sendiri atau dengan orang lain yang menikahinya.

IMAM HANAFI: Boleh melakukan akad nikah dengannya dan boleh berjima' dengannya,apabila yang menikahinya itu adalah orang yang menzinainya itu sendiri. TETAPI kalau yang menikahinya itu selain daripada orang yang menzinahinya MAKA boleh melakukan akad nikah TETAPI TIDAK BOLEH BERJIMA' SAMPAI ISTIBRA'(telah kosongnya rahim dari janin) iaitu SAHINGGA PEREMPUAN HAMIL ITU MELAHIRKAN KANDUNGANNYA.( 'Iddah )
                                                                                                         
Nota: Weeeeiiiii,malulah sikit si Azhar Idrus niii,terasa diri serba tahu dan sewenang-wenangnya menghina orang lain. Mengaku bahawa dia mengikut kehendak Rasulullah s.a.w. walhal dia boleh disabitkan sebagai BERTUHANKAN IMAM SYAFEI.

MARI KITA BACA DALIL-DALIL 'IDDAH.

TARJIH
Yang benar dalam masalah ini adalah pendapat pertama yang wajib ‘iddah berdasarkan dalil-dalil berikut ini.

DALIL PERTAMA
Hadits Abu Sa’id Al-Khudry radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi shallallahu  alaihi wa ala alihi wa sallam bersabda tentang tawanan perang Authas,

 Jangan dipergauli perempuan hamil sampai ia melahirkan dan jangan (pula) yang tidak hamil sampai ia telah haid satu kali. ” 
                                                                                                                                                            (diriwayatkan olehAhmad 3/62,87, Abu Daud no. 2157, Ad-Darimy 2/224, Al-Hakim 2/212, Al-Baihaqy 5/329, 7/449, Ath-Thabarany dalam Al-Ausath no. 1973,dan Ibnul Jauzy dalam At-Tahqiq no. 307. Di dalam sanadnya ada rawi yang bernama Syarik bin ‘Abdullah An-Nakha’iy dan ia lemah karena hafalannya yang jelek, tetapi hadits ini mempunyai dukungan dari jalan yang lain dari beberapa orang shahabat sehingga dishahihkan dari seluruh jalan-jalannya oleh Syaikh Al-Albany dalamAl-Irwa` no. 187)

DALIL KEDUA
Hadits Ruwaifi’ bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu  alaihi wa  ala alihi wa sallam , beliau bersabda,
 Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan ia menyiramkan airnya ke tanaman orang lain. ”
                                                                                                                                              (diriwayatkan olehAhmad 4/108,Abu Daud no. 2158,At-Tirmidzy no. 1131, Al-Baihaqy 7/449, Ibnu Qani’ dalam Mu’jam Ash-Shahabah 1/217, Ibnu Sa’ad dalam Ath-Thabaqat 2/114-115, dan Ath-Thabarany 5/no. 4482. Dihasankan oleh Syaikh Al-Albany dalam Al-Irwa` no. 2137)
DALIL KETIGA
Hadits Abu Ad-Darda` riwayat Muslimdari Nabi shallallahu  alaihi wa  ala alihi wa sallam ,
 Beliau mendatangi seorang perempuan yang hampir melahirkan di pintu Pusthath. Beliau bersabda, Barangkali orang itu ingin menggaulinya? ’ ( Para sahabat) menjawab,  Benar. ’ Maka Rasulullah shallallahu  alaihi wa  ala alihi wa sallam bersabda,  Sungguh saya telah berkehendak untuk melaknatnya dengan laknat yang dibawa ke kuburnya. Bagaimana ia mewarisinya sedangkan itu tidak halal baginya dan bagaimana ia memperbudakkannya sedang ia tidak halal baginya ’ . ”
Berkata Ibnul Qayyim rahimahullah, “ Dalam (hadits) ini ada dalil yang sangat jelas akan haramnya menikahi perempuan hamil, apakah hamilnya itu karena suaminya, tuannya (kalau ia seorang budak-pent.), syubhat (yaitu nikah dengan orang yang haram ia nikahi karena tidak tahu atau karena ada kesamar-samaran-pent.) atau karena zina. ”
Nampaklah dari sini kuatnya pendapat yang mengatakan wajib ‘iddah dan pendapat ini yang dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim, Asy-Syinqithy, Syaikh Ibnu Baz dan Al-Lajnah Ad-Daimah (Lembaga Fatwa Saudi Arabia). Wallahu A’lam.

CATATAN
Nampak dari dalil-dalil yang disebutkan di atas bahwa perempuan hamil karena zina tidak boleh dinikahi sampai melahirkan, maka ini ‘iddah bagi perempuan yang hamil karena zina dan ini juga ditunjukkan oleh keumuman firman Allah ‘ Azza Wa Jalla,
 Dan perempuan-perempuan yang hamil waktu ‘iddah mereka sampai mereka melahirkan kandungannya. ” [ Ath-Thalaq: 4 ]


RUMUSAN

Pembaca yang budiman,

Nampaknya,apa yang ditempelakkan oleh si Azhar Idrus terhadap seorang ustaz yang mengatakan haram bernikah dengan perempuan hamil hasil daripada berzina telah terjawab. Dan sekarang ini,SIAPAKAH YANG BODOH? Si  Azhar Idrus ke atau si Ustaz itu!!!

Ustaz tersebut di pihak yang benar berdasarkan beberapa fakta yang telah dikemukakan bahawa haram bernikah dengan perempuan yang hamil diluar nikah sahinggalah kandungan itu dilahirkan. Jika berlaku pernikahan seperti itu maka tidak syak lagi bahawa pasangan yang bernikah itu dianggap berzina selama mana mereka tidak terpisah.

Di negara ini,ada beberapa tempat yang diwujudkan oleh pihak swasta dan yang terakhir sekali diwujudkan oleh kerajaan negeri Melaka, apa yang disebut sebagai NURSERY bagi perempuan yang hamil di luar nikah. Perempuan yang menghadapi masalah seperti ini dilindungi sahinggalah kandungan itu dilahirkan. Kemudian daripada itu,anak yang dilahirkan nanti diberikan kepada pasangan yang menginginkannya sebagai anak angkat.

Usaha seperti ini rupa-rupanya, sangatlah besar kebajikannya terhadap perempuan yang menghadapi masalah tekanan perasan dan dapat jugak menutup aib keluarganya serta boleh jugak membantu pasangan yang teringin memiliki anak angkat.

Jangan lupa,usaha seperti ini dapat menjaga syariat agama agar pernikahan yang tidak sah ini tidak berlaku. Dengan adanya NURSERY itu bukan untuk menggalakkan maksiat berlaku tetapi lebih kepada memperbetulkan keadaan.

Pembaca yang budiman,

Apa yang disebut oleh Azhar Idrus didalam klip video seperti di atas MENYIMPANG daripada fakta yang sebenar. Dia mendakwa bahawa umat Islam di negara ini bermazhab Syafei dan permasalahan ini adalah suatu yang tidak IJMA' ia-itu Imam Mazhab berbeda pendapat.

Perlu diingat bahawa perbedaan pendapat dalam mazhab bukan memberi keringanan dan keharusan untuk kita berpegang kepada pendapat mazhab yang lemah pendapatnya. Walaupun mazhab Syafei yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini. Ini kerana, para Imam Mazhab sangat kuathir akan pendapat mereka, kalau-kalau bercanggah dengan hadis yang sahih.

Mereka ini sepakat dalam meninggalkan pesanan kepada pengikutnya bahawa jika terdapat hadis yang sahih bercanggah dengan pendapat mereka,disuruh oleh mereka agar dibuangkan pendapat mereka itu. Dengan berbuat sedemikian, itulah mazhab mereka.

Oleh yang demikian,dengan menuruti nasihat daripada para Imam Mazhab ini,kita sebenarnya   adalah pengikut Imam Mazhab yang setia. Jika kita bermazhab Syafei,dengan mengikuti pesanannya,kita sebenarnya adalah pengamal mazhab Imam Syafei yang setia dan bukanlah pengikut yang MEMBUTA TULI.

Wassalam.


Tuesday, July 2, 2013

Mazhab Azhar Idrus - Niat Musafir atau Mukim - Mengelirukan Pendengar! - Komen:Telanjangkan Dia- Bhg.2



Apa yang keluar dari mulut si JOKER daripada klip video ini.

"Dia kalau kita nak boleh jama' dan qasa' mestilah kita ni, musafir. Kalau kita mukim, boleh tak jama' qasa'? Dak boleh. Jadi bila kita nak jama' qasa', senang aje. Masa kita nak jama' tu, kita hukum dulu. Adakah aku sekarang musafir atau mukim.Itu saje keadahnya. Oh aku sekarang musafir,boleh jama', Oh aku sekarang  mukim, tak boleh jama'. Benda makna mukim?

Makna mukim ialah orang yang duduk pada satu tempat tidak kemana-mana atau dia pergi ke satu tempat lalu dia singgah ke negeri itu paling kurang 4 hari dan ke atas maka dia bernama mukim. Bila dia bernama mukim, tidak boleh jama' qasa'. Contoh daripada Bangsar nak pergi ke JB. Selama  mana nak pergi, 4 hari. Masuk sempadan selamat datang ke JB maka kita telah bernama pemukim JB. Pasal apa? Kerana kita niat nak duduk 4 hari di JB dan ke atas, maka bila kita nama mukim, boleh tak jama' qasa'? Dah boleh ehh."




Cuba anda semua dengar betul-betul apa yang diperkatakan oleh Azhar Idrus ini mengenai niat bermukim dari 1.57 hingga 2.54

Pembaca yang budiman,

Elok rasanya saya memperjelaskan hal mengenai NIAT. Secara umumnya:-

Hadis riwayat Muslim:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: " Bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Berkata Allah  Ta'ala: Apabila hambaKu berniat akan mengerjakan kebajikan,maka akan Ku tuliskan satu kebaikan selama niat itu belum dikerjakannya. Apabila telah dikerjakannya,maka akan Ku tuliskan sepuluh kali. Apabila ia berniat akan berbuat jahat,maka Aku mengampuni niatnya selama belum dikerjakannya. Apabila niat jahat itu telah dilakukannya,maka Ku tuliskan satu kejahatan.' Berkata Malaikat: 'Ya Allah,itu hambaMu mau berbuat jahat!' Sedangkan Allah sebenarnya mengetahui. Berkata Allah: ' Amat-amatilah dia,apabila dikerjakannya,tulislah satu kejahatan,dan apabila diurungkannya,maka tulislah satu kebajikan,kerana perbuatan itu diurungkannya sebab takut kepada Aku.' " Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda:" Apabila telah baik keislaman seseorang daripadamu,maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya ditulis sepuluh kali sampai tujuh ratus lipat-ganda,dan tiap-tiap kejahatan yang dikerjakannya ditulis sekali saja sampai matinya."


NIAT BAIK.
Berdasarkan hadis di atas bahawa jika sesaorang itu berniat untuk membuat baik maka Allah SWT akan memberi 1 kebaikan ke atas niat baik itu walaupun kebaikan yang diniatkan itu belum lagi dilaksanakan.

Jika ia melaksanakan niat baik itu maka 10 kali ganjaran kebaikan daripada Allah SWT akan dikurniakan.Maknanya, jika ia sempurnakan niat baik itu ia akan mendapat 10 ganjaran iaitu 1 ganjaran kebaikan bagi niat baik dan 10 kali lagi untuk pelaksanaan niat baik itu.

NIAT JAHAT.
Jika sesaorang itu berniat untuk berbuat jahat maka Allah SWT mengampuni niat jahat itu sahinggalah niat jahat itu dilaksanakan,barulah dikira 1 kejahatan.

Di atas asas inilah, mazhab Hambali membolehkan sesaorang itu melakukan solat qasa' dan jama' walaupun pemergiannya(musafir) dengan niat melakukan kejahatan. Maknanya,bepergian(musafir) dengan tujuan maksiat.

Syarahnya: Bepergiannya dia dikira MUSAFIR dan niat jahatnya belum lagi dikira 1 kejahatan malahan diampuni akan niatnya oleh Allah SWT. Hal ini benar, jika kita orang yang berakal kerana PELAKSANAAN NIAT JAHATNYA BELUM TENTU BERLAKU.

Imam Syafei ada menyebut dalam BAB KAWIN MUT'AH.

Sesaorang berniat untuk bermut'ah dengan seorang wanita ia-itu dia berniat mengawini seorang wanita untuk jangka masa tertentu mithalnya 10 hari,1 bulan,1 tahun dan sebagainya,mengundang 2 senario; perihal sah atau tidak akad pernikahannya:

1. TIDAK SAH - Semasa proses IJAB KABUL ada disebut masa tertentu. Inilah yang dikatakan NIKAH MUT'AH.

2. SAH - Semasa proses IJAB KABUL seperti biasa iaitu tidak disebutkan masa tertentu walaupun niat asalnya berkahwin hanya untuk seketika sahaja. Hal ini adalah NIKAH BIASA.

Imam Syafei berkata bahawa NIAT TIDAK BAIK sesaorang itu tidak menghalang SAHNYA AKAD PERNIKAHAN ITU selagi dia tidak menyebut MASA TERTENTU semasa proses IJAB KABUL.

Pendapat Imam Syafei dalam BAB KAWIN CINA BUTA

Muhallil (lelaki yang menjadi CINA BUTA) yang batal nikahnya dengan perempuan itu, jika dalam ijab kabul menyatakan sesuatu maksud untuk mentalaknya kemudian,agar nantinya halal kembali bagi Muhallal(bekas suami yang pertama). Adapun jika ia ketika ijab kabul tidak menyatakan maksudnya ini maka aqad nikahnya SAH.

Pembaca yang budiman,

Imam Syafei berkata," NIAT TIDAK ADA BAGINYA HUKUM,KECUALI DENGAN ADA SESUATU BERSAMA NIAT ITU." ( Petikan diambil daripada Al Umm-Kitab Induk Imam Syafei)

Apakah yang dimaksud dengan unggapan itu? Lihat contoh diatas dalam hal, SAH dan TIDAK SAH ijab kabul dalam suatu proses pernikahan.

Penjelasan:

1. TIDAK SAH - Hal ini kerana NIAT TIDAK BAIK sesaorang itu DILAFASKAN didalam IJAB KABUL semasa proses pernikahan. Maknanya,NIAT dizahirkan bersama (ada sesuatu bersama niat itu) masa tertertu dalam proses ijab kabul.

2. SAH - Hanya NIAT SAHAJA tidak ada sesuatu bersama NIAT itu oleh sebab NIAT TIDAK ADA BAGINYA HUKUM.

NIAT bermaksud NAZAR

Contohnya:
Jika seseorang berniat," Aku lulus peperiksaan akhir,aku akan memberi makan 10 orang fakir miskin."

Penjelasan: Niat seperti ini;ada sesuatu bersama niat itu,merupakan NAZAR.

Pembaca yang budiman,

Berbalik kepada permasalahan si Azhar Idrus ini dalam HAL NIAT pada BAB SOLAT JAMA' dan QASA'.

Ada 2 klip video yang dia memperdengar tentang NIAT dan NIAT ITU MENJADI HUKUM. Silalah mendengarnya dahulu kerana hal itu dapat mempastikan bahawa dia berkeyakinan seperti itu. Saya kira,ITULAH MAZHAB AZHAR IDRUS.

1. Dia berkata,  "Contoh daripada Bangsar nak pergi ke JB. Selama  mana nak pergi, 4 hari. Masuk sempadan selamat datang ke JB maka kita telah bernama pemukim JB. Pasal apa? Kerana kita niat nak duduk 4 hari di JB dan ke atas, maka bila kita nama mukim, boleh tak jama' qasa'? Dah boleh ehh."

2. Dia berkata juga tentang berniat ke Beyjing selama 5 hari maka sampai saje di Beyjing kita adalah pemukim Beyjing maka tidak boleh qasa' jama'.


Penjelasan:


Bagi Azhar Idrus mengikut apa yang diperkatakan, NIAT ITU ADALAH HUKUM. Apabila kita berniat untuk berada disuatu tempat selama 4 hari maka sesampainya kita ditempat tersebut, kita disabitkan sabagai ORANG YANG BERMUKIM,tak boleh lagi BERSOLAT QASA' DAN JAMA'.


Persoalan: Jika NIAT ITU ADALAH HUKUM jesteru, seseorang yang BERNIAT MUSAFIR lalu MELAKUKAN PERJALANAN maka sepatutnya dia sudah boleh bersolat qasa' jama',apa perlu memenuhi syarat JARAK PERJALANAN untuk membolehkan qasa' jama'!!!

Dengar apa yang diperkatakan oleh si Azhar ini,saya cuba ajok cakapnya.

Azhar Idrus berkata sambil merendah-rendahkan orang lain," Hok salah faham gini,bila kita nak pergi 5 hari sampai sana, 3 hari boleh jama' qasa'. Tak ada ulamak kata,yang ada orang bercakap di kedai kopi,cakap dalam facebook, hok itu ada,pandangan ulamak tak ado. Dia asalnya mukim musafir mukim musafir. dok guona dah boleh jama'. Jama' guano mu orang mukim. Mukim guano.. aku beyjing ni, tau nak duduk berapa hari,nak duduk 5 hari,dah pemukimlah orang panggil sebab orang yang duduk atas bumi ini dia tiga aje,musafir,mukim mustautin............"

Penjelasan:

Itulah yang saya katakan bahawa si Azhar ini berkeyakinan bahawa jika kita berniat nak pergi Beyjing selama 5 hari maka apabila sampai di sana kita dikira orang yang bermukim. Dia kata bahawa tak ada ulamak kata,pandangan ulamak tak ado.

Apa punya ilmu yang dia belajar! Duduk berdiri persoalan pun tidak jelas! Dia buat soalan,dia jawab pun tidak jelas. Pening...pening....guanoo mu nii....tak cukup belajar lagi..... sedap cakap ajeeee...isyy...isyyy...isyy...

Dia kata duduk di suatu tempat 4 hari dan lebih dikatakan orang bermukim maka tidak boleh jama'qasa'. Tidak boleh jama'qasa' bagi si Azhar sejak sampai lagi.Ini kerana berniat  nak pergi Beyjing 5 hari. Di ambil kira dari hari perjalanan,sampai disana dikira kita orang bermukim. Mampoosss.............

TETAPI,

Mengikut pendapat Imam Malik dan Syafei,kedua Imam ini mengatakan bahawa JIKA SESEORANG BERNIAT HENDAK MUKIM LEBIH DARI 4 HARI,HARUS MENCUKUPKAN SOLAT DAN KALAU KURANG,BOLEH MENGQASA'. Apa maknannya? Maknanya,4 hari menjadi BATASNYA,lebih daripada itu kena mencukupkan solat. 4 hari itu, kita masih boleh mengqasa' solat.

Penjelasan: 1. Mengenai dengan NIAT - Niat bermukim berlaku apabila kita telah berada ditempat itu. 2. Jika kita berniat mukim,katakanlah 6 hari maka hari yang ke 5 kita sudah mulai mencukupkan solat;tidak lagi menjama' dan mengqasa',maknanya solat seperti biasa iaitu SOLAT PENUH. Ini jika kita mengikut pendapat Imam Malik dan Syafei.

Saya kemukakan hadis sebagai BUKTI.

Hadis riwayat Bukhary:

Dari Ibnu Abbas,katanya: "Nabi s.a.w. bermukim dalam salahsatu perjalanannya selama 19 hari dan selalu bersembahyang 2 raka'at. Maka kami pun kalau bermukim dalam perjalanan selama 19 hari,kami akan tetap mengqasa',dan kalau lebih dari itu,akan kami cukupkan."

Pembaca yang budiman,

Sebenarnya,bermukim ini bukan saje batasannya 4 hari seperti pendapat daripada Imam Malik dan Syafei TETAPI, Nabi s.a.w. dan para sahabatnya bermukim dalam jumlah hari yang berlainan. Sila lihat sinarai dibawah:-

1. Imam Hanafi berpendapat,jika berniat mukim 15 hari,harus mencukupkan solat.Maknanya,hari pertama berniat mukim hinggalah hari ke 14,masih boleh mengqasa' solat.(Ini juga merupakan pendapat Al-Laits bin Saad,dan menurut riwayat,juga dianut oleh 3 orang sahabat iaitu Umar,Abdullah bin Umar dan Ibnu Abbas.)

2. Imam Ali bin Abi Thalib r.a.,jika bermukim 10 hari,harus mencukupkan.

3. Hasan r.a. mengatakan bahawa boleh terus mengqasa' selama seseorang belum kembali ke tempatnya semula.

Ada banyak lagi para sahabat yang berniat mukim bagi jumlah hari yang berlainan. Dalam hal ini Ibnul Mundzir mengatakan dalam satu penyelidikannya,bahwa para ahli telah ijma' bahawa seorang musafir itu dibolehkan tetap mengqasa' selama ia tidak bermaksud akan terus menetap(bermastautin) di sana,walaupun bermukimnya itu berlangsung selama waktu bertahun-tahun.

Wassalam.













Thursday, June 27, 2013

Nik Aziz Solat Istisqa: Baru Mula Solat-Kutbah Belum Lagi-Berdo'a Pun Tak Lagi-Hujan dah Turun Dikatakan Nik Aziz Ada Keramat/Rahmat!!! Malu Le Weeeiii...

Assalamu'alaikum.

Untuk pendahuluan,elok rasanya saya hidangkan fakta sebenar daripada blogger PAS, Milosuam mengenai SOLAT ISTISQA' yang diketuai oleh Nik Aziz; yang disebut oleh puak-puak penentang sebagai mempunyai 'KERAMAT'. Baca dulu!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tertarik CiLiK© dengan berita dari Malaysiainsider. Kagum dengan ketokohan Tok Guru, memohon hujan dengan solat hajat bersama rakyat. Kalaulah rakyat seluruh Malaysia seperti ini alangkah indahnya....

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.

sila klik untuk membesarkan image.




CiLiK©: Alhamdulillah inilah cara hidup Islam yang diajarkan Nabi Muhammad semoga terus dijadikan contoh dan diamalkan di negeri-negeri yang lain. Islam lengkap meliputi segala aspek, ikutlah Islam PASTI BEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. Mengapakah UMNGOK dan Be End terus menentang pemimpin seperti ini?


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2010/03/hujan-turun-semasa-solat-istisqa.html#ixzz2XHfDJYTA


Cuba lihat video klip ini pulak betapa taksubnya puak-puak ini.



Pemimpin derhaka seperti ini di anggap mempunyai 'KERAMAT' oleh puak-puaknya. Maluuuu weeeiiii!

 Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Komen: Nik Aziz ada rahmat ke? Cuba baca teks berwarna ungu......malu le weeeiii.............

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Komen: Kemarau apa yang menimpa rakyat kelantan! Terer tuu...baru mula baca alfatihah dalam solat istisqa, hujan dah turun. Belum lagi berdo'a, Allah dah bagi hujan..........terer tuuuu.............lebih terer daripada Nabi tuuuu..................Jika dibandingkan dengan Nabi bersolat istisqa,selepas berkutbah dan berdo'a masih lagi belum hujan,cuma awan mulai berkumpul disekitar kawasan kemudian baru hujan.

Satu hal lagi yang terjadi pada Nabi Ayub yang malu untuk memohon pertolongan kepada Allah kerana masalah yang dihadapinya. Baginda Nabi Ayub berkata kepada Malaikat Jibril;yang diperintahkan oleh Allah untuk mengadap Nabi Ayub,bahawa penderitaan yang dialami hanya beberapa tahun sahaja berbanding dengan nikmat yang telah dikecapi berpuluh-puluh tahun lamanya. Apa maknanya? Maknanya,sesuatu permohonan itu mestilah dipohon terlebih dahulu kepada Allah dengan berdo'a,barulah Allah makbulkan atau tidak. Tetapi yang peliknya,belum lagi berdo'a kepada Allah meminta hujan, hujan dah turun........keramat!!!.....keramat!!!!......keramat!!!!........Malu le weeeiiii..............................!!!!

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

Komen: Nik Aziz kata bahawa di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.......Isyy....isyy.....isyy...isyy ,syariat solat istisqa tak habis lagi,hujan dah turun dikatakan Nik Aziz mempunyai rahmat atau keramat.......Maluuuu le weeiiii.......................

Tahu ke,syariat melakukan solat istisqa! Solat dulu kemudian kutbah baru berdo'a sambil membalikkan selendang yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan. Cara sebegitu yang dibuat oleh Nabi.

Pembaca yang budiman,

Do'a penderhaka tidak dimakbul oleh Allah. Cuba imbau kembali do'a Nik Aziz terhadap Perdana Menteri,makbul ke? Cuba imbau kembali adik dia mendo'akan supaya UMNO hancur dan BN K.O, tidak jugak makbul! Hal itu dilakukan bukan seorang tetapi BERJAMA'AH,tidak jugak makbul. Mana nak makbul do'a itu, sekiranya menjadi penderhaka dan pemecah-belah umat Islam!

Maluuuu le weeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

Wassalam.

Tuesday, June 25, 2013

Solat Istisqa: Do'a Pemimpin Pemerintah diKabulkan Oleh Allah SWT - Hujan Turun di Selangor - Tolong Sahkan Di Tempat dan Negeri Lain

Assalamu'alaikum.

BERTAUBATLAH!   BERTAUBATLAH!   BERTAUBATLAH!

BERTAUBATLAH WAHAI PEMECAH-BELAH UMAT ISLAM!

Pembaca yang budiman,

Kebiasaannya saya akan melakukan kerja memotong rumput menggunakan mesin, hanya bila keadaan cuaca mendung di sebelah petang. Saya sememangnya mengambil kesempatan dengan keadaan cuaca.Jika tidak,saya tidak akan melakukan kerja itu walaupun rumput sudah terlalu panjang. Saya akan biarkan sahinggalah peluang itu sampai.

Hari ini 25/6/2013,keadaan cuaca mulai dari pukul 3 ke atas begitu mendung dan saya bertekad akan melakukan kerja memotong rumput jika keadaan berlarutan hingga ke petang. Terbukti keadaan cuaca begitu mendung hingga ke petang dan saya melakukan kerja memesin rumput selepas waktu Asar.

Saya mengetahui bahawa ada syor daripada Dato'Jamil Khir,menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengadakan Solat Istisqa iaitu Solat Meminta Hujan tetapi saya tidak tahu bila masa dan tarikhnya. Menjelang pukul 8.00 malam ini HUJAN TURUN lebih kurang 10 - 15 minit.

Setelah menyelidiki,barulah saya mengetahui bahawa pada hari ini 25/6/2013 selepas Solat Zohor, para pemimpin pemerintah telah melakukan Solat Istisqa di Masjid Negara diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara dihadiri lebih kurang 500 para jemaah. Allahu Akhbar! Allah SWT mendengar dan mengabulkan permohonan pemimpin pemerintah.

Pada zaman Nabi s.a.w. dan jugak zaman sahabat,Solat Istisqa ini dilakukan pada masa umat Islam ditimpa dengan CUACA KEMARAU tetapi umat Islam di negara ini ditimpa dengan keadaan JEREBU hasil daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab yang berlaku di Sumatra,Indonesia.

Tidak ada tercatit di dalam sejarah umat Islam,Solat Istisqa dilakukan apabila keadaan cuaca berjerebu tetapi kali ini,hal sedemikian dilakukan oleh pemimpin pemerintah oleh sebab negara ini memerlukan hujan untuk menyerap jerebu bagi mengurangkan keadaannya. Terbukti,Allah telah memakbulkan permohonan mereka yang bermohon.Allah SWT bersama dengan mereka ini.

Pembaca yang budiman,

Jika kamu membaca seluruh postings di blog saya ini,kamu akan dapati bahawa kebanyakan tulisan saya bersabit dengan PEMERINTAH. Cubalah scroll kesemua topik tulisan saya itu dengan tidak perlu membacanya,kamu akan dapati kebenarannya. Saya listkan beberapa topik seperti dibawah:-

1. MENENTANG PEMERINTAH ADALAH HARAM HUKUMNYA.
2. MENJADI AHLI DAN PENYOKONG PEMBANGKANG BERMAKNA MENJADI PEMECAH-BELAH UMAT ISLAM.
3. MENGUNDI MENENTANG PEMERINTAH BERMAKNA MENGANGKAT PEDANG MENENTANG DAN MENJATUHKAN PEMERINTAH.
4. PENUBUHAN PARTI PAS DIBENARKAN OLEH AMALAN DEMOKRASI TETAPI DIHARAMKAN OLEH SYARIAT ISLAM.
5. PARTI PAS ADALAH PARTI PEMECAH-BELAH UMAT ISLAM.

Saya ingin mengingatkan kepada seluruh umat Islam;terutama sekali bagi yang menjadi ahli,penyokong dan pengundi PARTI PEMBANGKANG, agar bertaubat kepada Allah SWT.Kembalilah bersatu-padu seperti mana yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya dengan menyokong PARTI NAUNGAN PEMERINTAH. Bersatulah didalamnya kerana dengannya UMAT ISLAM TELAH BERSATU PADA AWALNYA dan BERJAYA MEMERDEKAKAN NEGARA. PEMERINTAH TELAH BANYAK MELAKUKAN KEBAIKAN BAGI MEMAJUKAN AGAMA DAN BANGSA UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

KITA TUNGGU SAJALAH KEHANCURANNYA JIKA BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM MASIH LAGI BERPECAH-BELAH.

KITA SAMA-SAMALAH MENUNGGU! 

KEBENARAN ITU DARIPADA ALLAH SWT.


Wassalam.



 


Friday, June 21, 2013

Mazhab Azhar Idrus - Perkataan Boddohh... di Bibir Mulut!!! Bab:Solat Qasa' Jama' Komen:Telanjangkan Dia - Bhg 1

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Bagi sesiapa yang rajin mendengar klip video ceramah Azhar Idrus ni; yang dimuat turun di Youtube, mereka  akan dapati, banyak komennya bersabit dengan syariat agama iaitu fekah. Cara dia berceramah seolah-olah banyak yang dia tahu. Perkataan 'boddoh' sering keluar dari mulutnya. Peminatnya ramai kerana minat para pendengarnya dek kerana kelucuannya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh para pendengar sambil memboddohkan orang dengan jawapan yang direkanya sendiri supaya para hadirin yang mendengar itu ketawa. Lihat contoh seperti dibawah.



Ini lagi contoh untuk tatapan. Seronokkkkkkkkk...........



Ini lagi satu,seronok ketawaaaaaa...................



Saya nak komen bab solat qasa' jama'.



Apa yang keluar dari mulut si JOKER daripada klip video ini.

"Dia kalau kita nak boleh jama' dan qasa' mestilah kita ni, musafir. Kalau kita mukim, boleh tak jama' qasa'? Dak boleh. Jadi bila kita nak jama' qasa', senang aje. Masa kita nak jama' tu, kita hukum dulu. Adakah aku sekarang musafir atau mukim.Itu saje keadahnya. Oh aku sekarang musafir,boleh jama', Oh aku sekarang  mukim, tak boleh jama'. Benda makna mukim?

Makna mukim ialah orang yang duduk pada satu tempat tidak kemana-mana atau dia pergi ke satu tempat lalu dia singgah ke negeri itu paling kurang 4 hari dan ke atas maka dia bernama mukim. Bila dia bernama mukim, tidak boleh jama' qasa'. Contoh daripada Bangsar nak pergi ke JB. Selama  mana nak pergi, 4 hari. Masuk sempadan selamat datang ke JB maka kita telah bernama pemukim JB. Pasal apa? Kerana kita niat nak duduk 4 hari di JB dan ke atas, maka bila kita nama mukim, boleh tak jama' qasa'? Dah boleh ehh."



Pembaca yang budiman,

Pertama sekali pembaca semua hendaklah mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh Azhar Idrus  didalam klip video ini.

Saya akan komen satu persatu:

Dia kata, makna musafir ialah orang yang berjalan sejauh 56 batu ke atas atau dia singgah pada satu negeri 3 hari atau kurang......

Jawapan saya: Imam Syafei dalam kitabnya berkata perjalanan sejauh 46 batu. Jadi mazhab Azhar Idrus 56 batu. 10 mil lebih daripada Imam Syafei! Apakah landasannya? Mungkin dia tersalah quote.

JARAK BOLEHNYA MENGQASA'

Hadis riwayat Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Baihaqi:

Dari Yahya bin Yazid,katanya: Saya bertanya kepada Anas bin Malik perihal mengqasa' solat. Ujarnya: "Rasulullah s.a.w. bersembahyang 2 rakaat kalau sudah keluar sejauh 3 mil(batu) atau 3  farsakh."

Hafizh Ibnu Hajar mengatakan dalam kitab Al Fath,bahwa inilah hadis yang paling sah dan paling tegas menjelaskan jarak bepergian yang dibolehkan mengqasa'

Disini ada keraguan mengenai soal MIL atau FARSAKH dapat diberi penjelasan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al Khudri katanya:

"Apabila Rasulullah s.a.w. bepergian sejauh 1 farsakh,maka beliau mengqasa' solat." (Diriwayatkan oleh Said bin Manshur dan disebutkan oleh Hafizh dalam At-Talkhish,dan ia mendiamkan hadis ini sebagai tanda pengakuannya.)

Penting: Hadis Abu Said ini cukup menghilangkan keraguan yang terdapat dalam hadis Anas KERANA  1 FARSAKH = 3 MIL (BATU)/ 4.827 KM. 1 MIL = 1.609 KM

TEMPAT DIBOLEHKAN MENGQASA'

Jumhur ulama berpendapat bahwa mengqasa' solat itu dapat dimulai setelah meninggalkan kota dan keluar dari DEARAH LINGKUNGAN.

Ini diperkuatkan dengan hadis riwayat Jama'ah:

Dan berkata Anas: Saya bersembahyang zohor bersama Rasulullah s.a.w. di Madinah 4 raka'at dan di Dzul Hulaifah 2 raka'at.

Berkata Ibnul Mundzir: Saya tidak menemukan sebuah keterangan pun bahwa Nabi s.a.w. mengqasa' dalam bepergian kecuali setelah keluar dari Madinah.

Pembaca yang budiman,

Daripada hadis riwayat Jama'ah dari Anas menerangkan bahwa Nabi mengqasa'kan solatnya setelah keluar dari Madinah. Jarak di antara Madinah ke Dzul Hulaifah lebih kurang 6 MIL (BATU).

Keterangan: Jelas sekali bahawa hadis di atas memperjelaskan perihal JARAK, Nabi s.a.w. mengqasa'kan solatnya di Dzul Hulaifah, kira-kira 6 batu dari Madinah. Dua hadis di atas menyebut tentang JARAK secara spesifik iaitu 3 batu bersamaan dengan 1 farsakh. Oleh itu, 46 batu seperti yang dinyata oleh Imam Syafei sangat jauh bezanya dengan keterangan 3 hadis tersebut.

Imam Syafei adalah salah seorang daripada 4 Imam Mazhab yang jugak meninggalkan wasiat untuk pengikutnya TENTANG TAQLID bahawa beliau tidak senang orang bertaqlid kepada beliau. Dan bilamana ada hadis yang shahih,maka itulah mazhab beliau.

Sebagai rumusan kepada pemasalahan MEMBOLEHKAN MENGQASA' SOLAT berpandukan kepada kesemua hadis bersabitkan kepada perkara-perkara dibawah:-

1. Jarak membolehkan mengqasa' ialah 3 MIL (BATU)
2. Keluar dari DAERAH TEMPAT TINGGAL LINGKUNGAN 3 MIL (BATU).

Oleh itu,mazhab Syafei mengatakan 46 MIL adalah penjelasan sebuah hadis yang tidak jelas. Mazhab Azhar pulak, sesuatu yang diada-adakan tanpa merujuk kepada mana-mana teks ilmuan. Ini bermakna,si JOKER itu lebih 'alim daripada Imam Syafei.

Wassalam.



Saturday, May 18, 2013

PRU 14 - Pilihanraya Terakhir Buat Bangsa Melayu - Baca Beberapa Kebarangkalian - Insaflah!

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Allah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri. Berkemungkinan,PRU 14 adalah yang terakhir buat BANGSA MELAYU.

Nabi Muhammad s.a.w. tidak dapat berbuat apa-apa terhadap PERPECAHAN UMAT ISLAM. Hal ini sedemikian, kerana SATU-SATUNYA DO'A Nabi s.a.w. diTOLAK oleh Allah SWT ialah pemohonan Nabi s.a.w. supaya Allah SWT menyatu-padukan Umat Islam, tidak kesampaian.

Sepatutnya KERAJAAN PUSAT TELAH TUMBANG ke tangan PEMBANGKANG berdasarkan ANALISA saperti di bawah. Berkemungkinan,Allah SWT masih lagi sayang dan memberi SATU LAGI PELUANG kepada bangsa Melayu supaya BERSATU-PADU dan JANGAN BERPECAH-BELAH. Jika tidak, bangsa Melayu mungkin TERKEJUT TALIBAN (pinjaman kata-kata kerabat Sultan Kelantan) bukan TERKEJUT BERUK saperti yang kita selaku ungkapkan.

Pembaca yang budiman,

Pola atau bentuk KEMENANGAN PARTI PEMBANGKANG bagi kawasan PARLIMEN dan DUN adalah SEKATA atau KONSISTEN. Hal ini berlaku pada SEMUA PERINGKAT kecuali ada beberapa calun Melayu BN yang menang berkemungkinan kerana KEKUATAN DIRINYA atau SELAKU MENTERI KABINET. Itu pun NASIB MENYEBELAHINYA. Oleh sebab POLA KEMENANGAN itu SAMA,saya akan mengANALISA bagi KAWASAN PARLIMEN saja kerana disinilah tertumpunya KUASA KERAJAAN PUSAT.

Apa yang dikatakan POLA KEMENANGAN PARTI PEMBANGKANG itu SEKATA atau KONSISTEN ialah apabila KEHADIRAN PENGUNDI CINA purata 20% dan lebih di satu-satu kawasan; sama ada PARLIMEN atau DUN maka, kemenangan BERPIHAK kepada PARTI PEMBANGKANG. Lagi tinggi peratusan pengundi Cina, lebih besar majoriti kemenangan berpihak kepada mereka. Ini berlaku SERENTAK secara sekata diseluruh NEGARA termasuk Sabah dan Sarawak.

Jika dilihat pada perangkaan perbandingan antara 2 pilihanraya ini:

                                         PRU 12                                          PRU 13
                        PARLIMEN         DUN                 PARLIMEN            DUN
BN                     140  -  7           307  -32                  133                        275
DAP                     28  +10          73    +22                  38                          95
PKR                     31  - 1           40     +9                    30                         49
PAS                     23   - 2          83    +2                    21                          85
BEBAS                 -                    2     -1                        -                         1
                          222                505                         222                         505

PM dan Timbalannya bekerja begitu kuat sekali dari hari pertama mereka menjawat jawatan masing-masing sahinggalah waktu Pilihanraya Umum ke 13. Mereka sedaya upaya cuba memenangi hati rakyat semua kaum. Kekuatan inilah yang telah menahan BN daripada hakisan taktik kotor yang dimainkan oleh Parti Pembangkang terutama sekali taktik jahat DAP penyebab kepada berlakunya TSUNAMI PENGUNDI CINA. Empat tahun lamanya, BN mensejahterakan rakyat, TERHAKIS dengan 1 atau 2 hari taktik jahat DAP.

Perangkaan di atas menunjukkan DAP meraih KEUNTUNGAN BESAR bagi kerusi Parlimen dan jugak DUN. Pada PRU 13, DAP menang 10 kerusi Parlimen iaitu 2 daripada PAS, 1 daripada PKR dan 7 daripada BN. Mengikut peratusan,mereka menang 36%. Bagi kerusi DUN pula, semua kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah 1 kerusi daripada BEBAS dan 32 kerusi daripada BN. Mengikut peratusan, DAP menang 30%. Kesemuanya untung bagi DAP! Jelas sungguh, Parti Melayu PKR dan PAS sangat memberi kelebihan kepada Parti Sukusakat Komunis,DAP.

Wahai bangsaku,strategi mereka telah berjaya dan mereka akan menggunakan lagi strategi ini pada PRU 14 dengan perancangan yang lebih teliti. Pengkianat bangsa Melayu yang menentang Kesatuan Umat Islam Arus Perdana berpuas hati, kerana dapat menjatuhkan rakan SEBANGSA dan SEAGAMA dengan mereka.Tetapi tidak kepada bangsa Cina. Mereka sekarang sedang meneliti dengan lebih mendalam, apa lagi strategi yang boleh mereka ambil bagi MENAWAN NEGARA INI. Sebenarnya,mereka begitu yakin sekali dapat MENAWAN negara ini pada PRU 13. Tetapi, Allah SWT lebih menyayangi bangsa Melayu beragama Islam untuk terus memerintah negara ini. Perkataan 'Ini Kalilah' disebut-sebut oleh bangsa Cina dimana saje mereka berada.Seolah-olah ungkapan ini diucapkan sebagai SUATU TINDAKAN BERSEPADU yang akan mereka lakukan pada PRU 13 yang lalu.

Ini cerita benar dari saya sendiri mengenai ungkapan 'Ini Kalilah'.

Kebiasaannya saya ke pasar. 3 hari sebelum Hari Mengundi, saya ke sana untuk membeli beberapa jenis ikan. Sesampainya disana, saya mulai melihat dan bertanya-tanyakan harga ikan. Pada setiap gerai ikan yang saya lawati,peniaga Cina melontarkan ungkapan 'Ini kalilah' sambil memberitahu harga ikan yang ditanya. Oleh sebab lontaran ungkapan itu tidak menepati sasaran, maka saya jawap 'Lain Kalilah'. Apabila diulangnya ungkapan itu,jawapan yang sama keluar daripada mulut saya. Kemudian dia senyap. Kamu tahukah apa tujuannya?

Pembaca yang budiman,

Tujuan peniaga Cina itu melontarkan ungkapan itu kepada sesiapa jugak yang menjadi pelangannya,terutama sekali kepada semua pelanggan Melayunya,bertujuan untuk mendapatkan maklumat, berapa banyakkah bangsa Melayu yang akan memangkah pembangkang pada Hari Pengundian itu nanti. Semacam ada SATU MESSAGE atau SIGNAL supaya BERSATU BERTINDAK SEKATA.

KEBARANGKALIAN PERTAMA

Berdasarkan perangkaan PRU 13 ini:

                                BN                                                   PR

                               133                                                    89
  Jika...                 -   22                                              +    22
                               111                                                  111

Pembangkang hanya menghendaki 23 kerusi Parlimen saja lagi, untuk BERKUASA DI PUSAT iaitu majoriti mudah. Ini sebenarnya,BOLEH DICAPAI oleh PEMBANGKANG. Hanya sanya,bangsa Melayu itu BERNASIB BAIK kerana BELAS KASIHAN Allah SWT terhadap mereka. Jika tidak,TERKEJUT TALIBAN mereka dibuatnya.

Mengikut perkiraan,ada 34 kawasan PARLIMEN yang sepatutnya JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG. Tetapi,ini tidak berlaku OLEH SEBAB hal yang dinyatakan tadi ia-itu BELAS KASIHAN ALLAH SWT.

34 kawasan Parlimen ini adalah KERUSI yang di menangi oleh BN dengan MAJORITI 1800 ke bawah. Kita lihat dahulu INFO di bawah:

PERLIS
1. Arau: BN Majoriti 1,371 -Tolak undi Bebas 406 akan jadi 965 aje.( C-8.80% I-1.58% )

KEDAH
2. Jerai: BN Majoriti 1196 ( C-13.99% I-6.31% )
3. Kulim Bandar Baru: BN Majoriti 1871 ( C-18.6% I-11.76% )

PULAU PINANG
4. Balik Pulau: BN Majoriti 1539 ( C-35% I-4.0% )

PERAK
5. Bagan serai: BN Majoriti 1140 -Tolak undi Bebas 329 akan jadi 811 aje.( C-15.55% I-10.87% )
6. K.Kangsar: BN Majoriti 1082 -Tolak undi Bebas 447 akan jadi 635 aje. ( C-25.68% I-7.63% )

PAHANG
7. C.Highlands: BN Majoriti 462 -Tolak Bebas 912,101,308 jadi -ve 859 ( C-32.29% I-12.48% )
8. Bentong: BN Majoriti 379 ( C-43.89% I-9.12% )
9. Bera: BN Majoriti 2143 -Tolak Bebas 670 akan jadi 1473 ( C-31.9% I-3.91% )

SELANGOR
10. Sabak Bernam: BN Majoriti 1644 ( C-12.55% I-5.02% )
11. Sungai Besar: BN Majoriti 399 ( C-31.04% I-1.85% )
12. Kuala Selangor: BN Majoriti 460 ( C-13.28% I-22% )

WILAYAH PERSEKUTUAN
13. Setiawangsa: BN Majoriti 1390 ( C-33.23% I-19.13% )
14. Titiwangsa: BN Majoriti 866 ( C-23.7% I-9.3% )

JOHOR
15. Segamat: BN Majoriti 1217 ( C-45.56% I-9.87% )
16. Labis: BN Majoriti 353 ( C-46.46% I-15.08% )
17. Ledang: BN Majoriti 1967 ( C-41.11% I-4.77% )
18. Muar: BN Majoriti 1646 ( C-35.36% I-1.50% )
19. Tebrau: BN Majoriti 1767 ( C-38.19% I-13.26% )
20. Pasir Gudang: BN majoriti 935 ( C-38.43% I-11.07% )

SABAH
21. Beaufort: BN Majoriti 673 -Tolak Bebas 409 akan jadi 264 aje ( C-11.48% BBI-25.74% )
22. Tenom: BN Majoriti 3886 -Tolak Bebas 1766,2449,423 akan jadi -ve752 ( C-17.34% BBI-57.44% )
23. Pensiangan: BN Majoriti 1744 -Tolak Bebas 3554,152 akan jadi -ve1962 ( C-1.87% BBI-86.01% )
24. Kota Marudu: BN Majoriti 842 -Tolak 444,2228 jadi -ve1830 ( BI-27.11% BBI-69.62 C-3.11% )
25. Kota Belud: BN Majoriti 5095 -Tolak 2709,979,185 jadi 1222 ( BI-58.82% BBI-38.97% C-2.08%)
26. Tuaran: BN Majoriti 5190 -Tolak 1509,2264 jadi 1417 ( BI-43.53% BBI-48.72% C-7.54% )
27. Ranau: BN Majoriti 3611 -Tolak 2559,914 jadi 138 ( BI-38.67% BBI-58.11% C-3.18% )
28. Keningau: BN Majoriti 3918 -Tolak 7825 jadi -ve3907 ( BI-23.62% BBI-64.91% C-11.36% )

SARAWAK
29. Mas Gading: BN Majoriti 2156 -Tolak Bebas 5293,462 akan jadi -ve3599 ( C-21% B/SWK-74% )
30. Lubok Antu: BN Majoriti 4091 -Tolak Bebas 2530 akan jadi 1561 ( C-9% B/SWK-90% )
31. Saratok: BN Majoriti 2081 -Tolak Bebas 681 akan jadi 1400 ( C-7% B/SWK-57% )
32. Baram: BN Majoriti 194 -Tolak Bebas 363 akan jadi -ve169 ( C-11% B/SWK-83% )

KELANTAN
33. Ketereh: BN Majoriti 974 ( C-1.8% I-0.08% )
34. Machang: BN Majoriti 805 ( C-3.6% I-0.17% )

Tiada calun BN yang menang dengan undi lingkongan 1800 ke bawah,bagi kawasan Parlimen di negeri-negeri tersebut saperti dibawah:-

TERENGGANU
NEGERI SEMBILAN
MELAKA

Jika kesemua 34 kawasan Parlimen saperti di atas itu di takdirkan KALAH,Kuasa Pusat bertukar tangan ke PEMBANGKANG maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Nampak-nampaknya, BANGSA MELAYU bolehlah sama-sama main; ENJIK-ENJIK SEMUT,SIAPA SAKIT NAIK ATAS.

                                  BN                                          PR
                                 133                                           89
Jika.....                 -     34                                     +    34
                                  99                                          123

KEBARANGKALIAN KEDUA

Jika dilihat pada kerusi yang ditandingi oleh pembangkang:

                                PARLIMEN                                          DUN
                BERTANDING      MENANG         BERTANDING     MENANG
DAP               51 - 13             38     75%               102                     95    93%
PKR               99                     30                         172                     49
PAS               73                     21                         236                     85
            
Penjelasan:

34 kerusi Parlimen di atas, tolak 2 kerusi DAP iaitu Labis dan Mas Gading,tinggal 32 dan 32 kerusi ini, majoritinya adalah kerusi yang ditandingi oleh PKR. Antara 32 kerusi, 18 daripadanya BN menang dengan majoriti 1000 undi kebawah dan ada yang -VE. Negatif bermaksud, BN sebenarnya tidak menang disitu kerana undi calun BEBAS diambil kira sebagai pengundi yang menolak calun BN.

Oleh itu, jika DAP menang kesemua kerusi Parlimen yang ditandingnya bermakna:-

                                                                                             DAP
Tambahan kerusi                                                                     13
Nasib-BN menang undi bawah 1000 jika bertukar tangan            18
                                                                                               31

Jadi, BN= 133-31 = 102           berbanding dengan  PR = 89+31 = 120

Apabila terjadi seperti itu, KUASA PUSAT bertukar ke PEMBANGKANG maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU.Nampak-nampaknya, BANGSA MELAYU bolehlah diibaratkan saperti CERITA KANCIL dengan BUAYA, dimana BANGSA MELAYU JADI BUAYA dan BANGSA CINA JADI KANCIL - SATU DUA TIGA LEKOK,JANTAN BETINA DAP KETOK.

KEBARANGKALIAN KETIGA

PRU 12 pada tahun 2008 adalah TSUNAMI CINA PERTAMA. Selepas daripada itu PM dan TPM berusaha untuk memperbaiki sokongan bangsa Cina kepada CINA BN. Usaha yang dibuat oleh PM dan TPM bermula dari PM mengambil tampok pemerintahan sahinggalah 4 Mei 2013 iaitu sehari sebelum tarikh mengundi. Semua rakyat berbangsa Melayu tahu akan usaha gigih yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin ini. Apa hasilnya? TSUNAMI CINA tetap jugak berlaku untuk KEDUA KALI. Apakah anda semua fikir bahawa TSUNAMI CINA tidak akan berlaku bagi kali KETIGA?

Pembaca yang budiman,

Cina tetap Cina jugak! Semua bangsa Cina sebenarnya MENYANYI LAGU YANG SAMA. Begitu banyak sekali kemudahan yang telah diberikan kepada mereka; demi menawan hati mereka kembali untuk menyokong Cina BN,TSUNAMI CINA BERLAKU JUGAK KALI KE 2. Bagaimanakah pulak dengan keadaan sekarang ini; TIADA SATU WAKIL CINA daripada BN yang dilantik ke dalam KABINET MENTERI, akan memperlihatkan IMPAKNYA? Apakah anda semua fikir TSUNAMI KE 3 tidak akan berlaku? Sama-samalah kita renungkan,apa akan terjadi kepada bangsa Melayu kita pada PRU ke 14! Apakah BENAR PRU ke 14 itu nanti, akan menjadi PRU yang terakhir buat bangsa Melayu?

Jika Tsunami Cina tetap berlaku pada PRU ke 14 dan salah satu daripada KEBARANGKALIAN 1 atau KEBARANGKALIAN 2 menghasilkan IMPAKnya, Kerajaan Pusat bertukar tangan maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Nampak-nampaknya, BANGSA MELAYU bolehlah menyanyi beramai-ramai: BANG SELEBU KUALI SAWA......HUJAN GUNUNG MANDI KATONG....SIREH RAMPAI PINANG BERSERI......MINTAK TOLONG BAPAK TIRI.

KEBARANGKALIAN KEEMPAT

Banyak orang menganggap bahawa SABAH dan SARAWAK adalah FIXED DEPOSIT untuk BN. Bagi saya, itu dulu boleh kita kata, tetapi AKAN DATANG keadaan boleh BERUBAH. Jika anda semua tidak percaya,anda boleh lihat. Sekarang ini, 33% iaitu 1/3 daripada jawatan KABINET diberi kepada SABAH dan SARAWAK. Sabah (22/25 BN Menang) mendapat 6 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Begitu jugak Sarawak (25/31 BN menang) mendapat 4 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Apa maknanya? Maknanya,PM sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Dengan harapan pada PRU ke 14 nanti,rakyat Sabah dan Sarawak tetap memberi sokongan kepada Kerajaan BN.
Apakah itu saje harapan PM? Tentu sekali tidak! PM jugak takut kalau-kalau terjadi TSUNAMI BBI ( Bumiputra Sabah Bukan Islam ). Manalah tahu, ada DALANG yang akan mempengaruhi PEMIMPIN serta RAKYAT mereka ini! Tsunami Cina sememangnya dah berlaku.

BN agak selamat di Sarawak tetapi di negeri Sabah ada kelainan sedikit. Di Sabah pada PRU 13, BN diselamatkan oleh pertandingan beberapa penjuru. Hal sedemikian,perpecahan undi kepada beberapa calun yang bertanding menjadi penyebab BN menang agak selesa. Jika terjadi 1 lawan 1 di Sabah berkemungkinan Parti Pembangkang boleh mendapat sejumlah kerusi yang dapat membantu meningkatkan kerusi Pembangkang.

Joseph Pairin Kitingan adalah Pemimpin Bumiputra Bukan Islam yang sangat berpengaruh di negeri Sabah. Dia mempunyai SEJARAHnya tersendiri. Alhamdulillah, dia masih berlaku setia dengan BN pada PRU 13.

Pada tahun 1985 Tan Sri Joseph keluar daripada Parti Pemerintah iaitu Parti Berjaya( Harris Saleh) ketika itu, dan menubuhkan Parti PBS. Pilihanraya DUN Sabah,Partinya menang 25 daripada 48 kerusi iaitu Majoriti Mudah dan memerintah Sabah. Disebabkan kemenangan PBS dengan margin yang kecil maka terjadi huru-hara di Sabah yang didalangi oleh parti yang kalah. PBS bertindak dengan pekenan YDP Sabah membubarkan DUN. Pilihanraya DUN Sabah diadakan semula pada tahun 1986,sekali lagi kemenangan berpihak kepada Parti Joseph Kitingan iaitu PBS. Kali ini,PBS mendapat 34 daripada 48 kerusi dan bergabung dengan BN untuk menjadi Parti Pemerintah di Sabah sahingga tahun 1990.

Pada Pilihanraya Umum 1990 iaitu beberapa hari sebelum Pilihanraya,Parti Joseph Pairin Kitingan,PBS bertindak KELUAR daripada BN untuk menyertai GAGASAN RAKYAT, bersekongkol dengan Tengku Razaleigh Hamzah dengan harapan dapat menawan KERAJAAN PUSAT. Allah SWT lebih menyayangi pemimpin Islam BN,rancangan GAGASAN RAKYAT GAGAL. Walaupun GAGASAN RAKYAT itu gagal tetapi PBS menang BESAR iaitu 36 daripada 48 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen dapat jugak kepada PBS. Si Joseph Pairin Kitingan ni, dapat semula berkuasa di negeri Sabah sahinggalah Pilihanraya Umum 1994.

Disebabkan perangai Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang tidak tentu, penyebab kepada parti UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1990 untuk menawan hati penduduk negeri Sabah. Hasil kemasukan UMNO ke Sabah,BN memenangi 23 kerusi DUN daripada 48 pada Pilihanraya Umum 1994 dan PBS masih lagi memerintah Sabah dengan margin kemenangan yang tipis iaitu hanya 25 kerusi. Sekali lagi,keadaan tidak menentu berlaku di negeri Sabah. Pada ketika inilah berlakunya LOMPAT KATAK beberapa pemimpin PBS ke dalam BN yang diketuai oleh Datuk Lajim Hj Okin.

Sekian tahun PBS menjadi Pembangkang akhirnya mereka masuk kembali ke dalam BN pada tahun 2002 sahinggalah sekarang.

Persoalannya, jika PRU ke 14,si Joseph Pairin Kitingan ini membawa PBS KELUAR SEMULA daripada BN untuk bersekongkol dengan PAKATAN RAKYAT,agak-agaknya macam mana pulak KEPUTUSAN PILIHAN ketika itu.

Untuk lebih kelihatan HARU-BIRU dibuatnya:-

Jika pada PRU ke 14,Tsunami Cina TETAP jugak BERLAKU,ditambah dengan KEBARANGKALIAN 1 atau 2 serta dikeruhkan lagi dengan PBS keluar daripada BN, kemungkinan besar KUASA KERAJAAN PUSAT akan bertukar kepada PEMBANGKANG PAKATAN RAKYAT maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Nampak-nampaknya BANGSA MELAYU bolehlah menyanyikan irama lagu DONDANG SAYANG.......PAK NGAH BALIK DI TENGAH MALAM....AH..HAI..LA SAYANG......

Apabila berlaku hal sedemikian, Lim keat Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh SPONSOR untuk membuat KENDURI ARWAH besar-besaran 7 MALAM BERTURUT-TURUT bagi merayakan kemenangan mereka diketuai oleh Hadi Awang,Nik Aziz dan Anwar Ibrahim selaku IMAM PEMBACA TAHLIL untuk Umat Islam Berbangsa Melayu.

" BUKAN SETAKAT NAK MAKAN TELUR REBUS SETENGAH MASAK 2 BIJIIIII.......NAK MAKAN KEPALA GAJAH PUN, HAJI BAKHIL SANGGUH MEMBAYARNYA" LABU-LABI

KEBARANGKALIAN KELIMA

Pada PRU ke 13 yang lalu, jelas kelihatan PENGUNDI INDIA memihak kepada BN. Perkara ini lebih jelas kelihatan bagi kawasan-kawasan luar bandar. Cuba kembali semula pada perangkaan bagi 34 kawasan yang dimenangi TIPIS oleh BN tolak Sabah dan Sarawak menjadi 34 - 12 = 22. Berkemungkinan, PENGUNDI INDIA adalah FAKTOR penyebab kepada kemenangan tipis BN. Bayangkanlah,jika pada PRU ke 14 nanti pengundi India dipengaruhi oleh DALANG-DALANG PENGKIANAT NEGARA yang akan meracuni mereka supaya BERPALING TADAH seperti yang dilakukan oleh BANGSA CINA maka perangkaan akan menjadi seperti dibawah:

BN = 133 - 22 = 111     berbanding dengan     PR = 89 + 22 = 111

Itu bagi kawasan yang telah dianalisa seperti diatas. Bagaimana pulak kedudukan pengundi India dikawasan-kawasan lain yang tidak diambil kira.

Jika terjadi Tsunami India pulak dek kerana hasutan PENGKIANAT, KERAJAAN PUSAT berkemungkinan bertukar tangan maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Pada ketika itu, BANGSA MELAYU akan BERSATU-PADU buat julung-julung kalinya bukan untuk KEJALAN RAYA tetapi sekadar cukup berada dirumah, bersama-sama menyanyikan lagu SALAM TERAKHIR.




Wassalam.