Thursday, August 14, 2014

Wan Azizah Sememangnya Tak Boleh Jadi Menteri Besar Mengikut Perkara 51(2) Dibaca Bersama Perkara 53(4)

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Undang-undang Tubuh Negeri Selangor Perkara 51(2) mengikut syariat Islam. Undang-undang ditulis dalam bahasa Inggeris benar-benar memberi makna yang khusus. Perkara 51(2) menghendaki LELAKI menjadi Menteri Besar. Dalam mentafsir undang-undang elemen niat diambil kira bagi perlaksanaan sesuatu undang-undang itu.


Perkara 53(4) memperkuatkan lagi pilihan Sultan untuk tidak memilih PEREMPUAN bagi menyempurnakan peruntukan undang-undang pada perkara 51(2).


Wassalam.


Perkara 51(2)


Dibawah ini adalah Perkara 53(4)

Wednesday, August 13, 2014

Gagap Dimulut Fasih Dihati! Nak Main-Main Dengan Bendahara Sultan Ke?

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Begitulah fungsi Bendahara Sultan; kuasa memerintah telah diturunkan kepadanya, menjalankan tugas-tugas memerintah negeri mengikut lunas-lunasnya. Bendahara jika tak bersetuju,hanya mempersembahkan hal elwal negeri kepada Baginda. INILAH PERANAN INSTITUSI RAJA YANG MELINDUNGI KEPENTINGAN RAKYATNYA. Sedia maklum,RAJA tidak mencampuri urusan PARTI.

Perjalanan pemecatan begitu teratur sekali mengikut KEADAH dan SELARI DENGAN MORALNYA. Apakah turutan disebaliknya? Itulah sebabnya saya katakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim itu hanya GAGAP DIMULUT TETAPI FASIH DIHATI. Dia pun orang Korporat tentu fasih sekali mengenai risiko-risiko sesuatu permasalahan.

Begini ceritanya!

Dipostings yang lepas, saya ada mengatakan bahawa SULTAN mempunyai HAK mengikut atau tidak, nasihat BENDAHARANYA( Menteri Besar ).

Pada hari Rabu lepas;MB Khalid mengadap Sultan, dia telah berbincang secara mendalam mengenai dengan isu pemecatannya daripada parti PKR dan 5 tomahan yang dilemparkan kepadanya. Sultan telah mendengarnya dan merestui MB Khalid meneruskan tugas-tugasnya sebagai MB. Pada hemah saya, Sultan akan memanggil Sidang DUN tergempar bagi memberi laluan kepada PEMBUKTIAN sokongan terhadap MB Khalid. Ini jelas mengikut lunas undang-undang tetapi Sultan mempunyai HAK mengikut kewajarannya untuk tidak berbuat sedemikian. Salah satunya ialah pembaziran wang rakyat Selangor jika diadakan Pilihanraya Negeri Selangor. ITU MEMANG WAJAR! Kewajaran itu tidak mencukupi untuk memberitahu pengamal undang-undang dan juga rakyat yang memahaminya. Itu sebabnya,para penentangnya membuat sidang media tempoh hari memohon MB Khalid membuktikan yang dia mendapat sokongan majoriti ADUN. Saya berasa sangsi jugak bahawa Sultan Selangor mempunyai BUKTI akan majoriti sokongan ADUN yang diperkatakan oleh MB Khalid kepada Sultan seperti yang tersiar di media masa.

Apa yang berlaku di negeri Perak boleh memperjelas situasi di negeri Selangor. Di Perak,Al Marhum Sultan Perak,Sultan Azlan Shah melihat sendiri BUKTI sokongan majoriti dengan memanggil ketiga-tiga ADUN Perak yang berpaling tadah; 1 DAP dan 2 PKR mengadapnya untuk membuat pengakuan di depan Baginda Sultan Perak. Dengan itu,berlakulah peralihan kuasa yang lancar dengan TIDAK BERLAKU UNDI TAK PERCAYA DI DALAM DEWAN terhadap MB Perak Nizar pada ketika itu. Maka, Kerajaan Pakatan Rakyat TUMBANG tanpa mengulangi Pilihanraya Negeri Perak. Sekali lagi saya tegaskan bahawa INILAH PERANAN INSTITUSI RAJA YANG MELINDUNGI KEPENTINGAN RAKYATNYA.

Situasi di negeri Selangor berlainan sedikit dengan di negeri Perak kerana MB yang sama dikekalkan tetapi SOKONGAN MAJORITI MASIH SAMAR. Walau bagaimanapun, seperti mana yang saya katakan bahawa SULTAN MEMPUNYAI HAK dan penyelesaian pada kemelut BEKAS PARTI MB tidak diambil kira kerana SULTAN TIDAK MENCAMPUR URUSAN PARTI dan Sultan LEBIH PERCAYA kepada MEMANDANYA ( Bendahara/MB ). Jesteru,bagi meneruskan kesinambungan Pentakbiran Negeri oleh MB Khalid, PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI; minima 4 EXCO menyokong MB Khalid,diguna-pakai oleh Sultan bagi meneruskannya.

Para pembaca yang budiman,

Jika anda semua mengikuti sidang media yang dibuat oleh MB Khalid,perkara yang disentuh ialah Baginda Sultan merestui beliau menjadi MB untuk meneruskan pentakbiran negeri dan beliau menegaskan bahawa 4 EXCO mencukupi untuk menjalankan tugasnya sebagai MB. Tidak disebut MASALAH PEMECATAN! Tetapi,SENARIO ITU telah dibincang bersama-sama Tuanku Sultan dan Ahli Majlis DiRaja. Tidak timbul masalah pemecatan EXCO DAP dan PKR bertentangan dengan undang-undang seperti yang didakwa oleh mereka kerana SEGALA KEMUNGKINAN telah diambil kira. Oleh itu,apa juga yang diputuskan oleh MB Khalid akan direstui oleh Sultan Selangor. Sepatutnya,mereka kena berambus daripada jawatan politik itu dengan mengosongkan pejabatnya di SUK. Hanya belas ehsan saje membolehkan mereka datang untuk mengambil barang-barang keperluan peribadi. Jika mereka ingkar,tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka kerana MENDERHAKA KEPADA SULTAN SELANGOR. 

MAU MAIN-MAIN KA LU INGAT! BOLE LAMMA DALAM PENJAALA,TA TAK PERCAYA KA?

LIHATLAH,BETAPA BIJAKSANANYA MB KHALID dalam mengemudi permasalahan Pentakbiran Negeri yang diamanahkan kepada beliau. 

Anda semua tidak tahukah, BAGAIMANA SYARIKAT PLANTATION BRITISH HARRISON & CROSSFIELD jatuh ketangan MALAYSIA sahingga  RATUSAN RIBUAN HEKTAR TANAH yang dimiliki oleh mereka dapat semula kepada kita. GERANGAN KEPANDAIAN SIAPA ITU? Banyak JASANYA kepada ORANG MELAYU umumnya kepada RAKYAT MALAYSIA.

Walaupun demikan,kemelut ini tidak akan berkesudahan sahinggalah DUN SELANGOR bersidang nanti pada masa yang terdekat bagi mempengaruhi AHLI DUN terutama sekali AHLI PAS untuk mendapatkan sokongan UNDI TAK PERCAYA kepada MB Khalid kerana itulah saje satu-satunya jalan yang ada. Sebelum itu,dalam masa terdekat ini DAP dan PKR akan mengambil kesempatan membuat pelbagai onak dan duri bagi membuat kekecohan dan tohmahan serta fitnah terhadap MB Khalid,Kerajaan Negeri Selangor dan mungkin Sultan Selangor. 

TUNGGU & LIHAT leee...........................

Wassalam.








Tuesday, August 5, 2014

Besar Kemungkinan DUN Selangor akan DIBUBARKAN! Siap Sedialah!-Baca Kemungkinan Ini-Tak Mungkin Wan Azizah Jadi MB

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Kemelut siapa menjadi MB sedang hangat diperkatakan rakyat Selangor. Ada 3 kemungkinan yang boleh berlaku; 1. Peralihan Pertukaran MB Mendapat Persetujuan Sultan Selangor. 2. Sultan Selangor Memanggil Sidang DUN Tergempar. 3. Undi Tidak Percaya Terhadap MB Berlaku Di Majlis DUN.

Pertama: 

Sekiranya MB Khalid Ibrahim setuju melepaskan jawatan MB atas desakan pemimpin PKR,saya ramalkan bahawa Wan Azizah akan ditolak oleh Sultan Selangor. Hal ini kerana Sultan mempunyai HAK untuk bersetuju atau tidak bersetuju tanpa persoalan. Ini terkandung didalam Pelembagaan Negeri.

Kedua: 

Jika penolakan Wan Azizah menjadikan keadaan tidak tenteram maka Sultan Selangor akan memanggil satu sidang DUN tergempar. Ada 2 kemungkinan berlaku: Undi Tak Percaya Terhadap MB Khalid Ibrahim Mendapat Majoriti. 2. Tidak Mendapat Majoriti maka MB Khalid boleh terus menjadi MB.

Ketiga:

Pembubaran DUN Selangor akan BERLAKU jika MB Khalid Ibrahim mendapat majoriti UNDI TAK PERCAYA didalam DUN maka MB Khalid akan menasihati Sultan Selangor UNTUK MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR. Sultan Selangor BERHAK untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan saranan MB Khalid itu. Walau bagaimanapun para pembaca yang budiman dapat membuat satu RUMUSAN SENDIRI.


Pada pendapat saya,jika keadaan ini terus mendesak berkemungkinan DUN Selangor akan DIBUBARKAN. Maka,RAKYAT SELANGOR sendiri yang akan MENENTUKAN SIAPA MENTERI BESAR YANG BARU.

WAJIB TAAT KEPADA PEMERINTAH SULTAN SELANGOR KEMUDIAN MENTERI BESAR JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN SELAGI MANA MEREKA ITU TIDAK MEMAKSA KAMU BERBUAT MAKSIAT TERHADAP ALLAH SWT.

SIAPA MENJADI PEMERINTAH DIA WAJIB DITAATI. 

ISLAM MELARANG PERGOLAKAN SEPERTI INI BERLAKU TETAPI DEMOKRASI MEMBENAR INI BERLAKU. INI SESUATU YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM.

BENARLAH BAHAWA UMAT ISLAM KURANG MEMAHAMI TENTANG SYARIAT ISLAM DAN MEREKA TERANG-TERANGAN MENJADIKAN DEMOKRASI SEBAGAI TUHAN MEREKA SELAIN ALLAH SWT.


Wassalam.

Tuesday, June 3, 2014

Bangsa Melayu Mengemis Di Bumi Sendiri! Sedikit Masa Lagi Kuasa Politik Pun Terhakis: Hasil Kajian Bangsa Cina Diskriminasi Bangsa Melayu

Assalamu'alaikum.

Para Pembaca Yang Budiman,

Bacalah dengan penuh insaf agar hal sedemikian dapat dijadikan peringatan. Bangsa Melayu sibuk bertelagah sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa politik walhal kuasa politik sudah ada ditangan bangsa Melayu itu sendiri. Sedarlah wahai bangsa Melayu,jika kuasa politik terlepas ke tangan bangsa Cina secara pasti bangsa Melayu menjadi BARUA di bumi sendiri. Belum lagi mendapat KUASA POLITIK bangsa Melayu sudah terlihat menjadi pengemis. Bacalah hasil kajian ini!


Pensyarah cina UKM temui hasil kajian kaum cina diskriminasikan bangsa Melayu

1.BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.

2.Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.

3.Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

4.Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi di pegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.

5.Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.

6.Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.

7.Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.

8.Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

9.Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.

10.Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

11.Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

12.Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

13.Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina. 

14.Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.
Ceritakan pengalaman anda bekerja dengan cina di ruangan comment supaya dapat kita menguatkan kajian ini bahawa ini benar benar terjadi sejak dahulu lagi.

Sumber:
http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1464-discrimination-against-hiring-of-malay-graduates-.html

Wassalam.

Tuesday, April 22, 2014

Mengaku Bermimpi Nabi s.a.w.- Orang Itu Berbohong!!!! Rating Postings Saya Yang Paling Tinggi-Jangan Tak Baca! Bhg.1

Assalammu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Sekian lama saya tidak menulis kerana sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan. Pada kesempatan ini saya ingin menjawab tohmahan dan cacian kepada saya.

Bukan sikit orang yang mengaku bahawa mereka pernah bermimpi Nabi s.a.w. Beberapa nama yang tidak asing lagi seperti Dr.Haron Din,Nik Aziz,Hadi Awang dan lain-lain. Siap ada video lagi di You-tube!

Sememangnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Adil. Dia berhak memberi mimpi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Itulah KekuasaanNya. Tapi, mesti mahu ingat bahawa Allah SWT itu juga Maha Adil. Keadilan dan Kekuasaan Allah SWT bukanlah suatu yang boleh dimomok-momokkan. Memang benar,Allah SWT Berkuasa memberi mimpi Nabi Muhammad s.a.w. kepada sesiapa yang Dia suka tetapi untuk apa tujuannya? Disinilah letaknya Keadilan Allah SWT itu. Dia tidak memberi sesuatu mimpi kepada hamba tanpa tujuan.

Mimpi yang baik itu datang daripada Allah dan mimpi yang tidak baik itu adalah mainan Syaitan. Mimpi daripada Allah kepada manusia adalah WAHYU. Dan ini diKurniakan olehNya kepada para Rasul dan Nabi. Contoh: Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Muhammad s.a.w. mendapat WAHYU melalui mimpi adalah salah satu cara Allah SWT menurunkan WAHYUNYA.

Mengikut sejarah,manusia yang bukan bertaraf Nabi mendapat mimpi daripada Allah ialah saidatina Siti Fatimah binti Muhammad s.a.w. Lihatlah,Allah SWT tidak memberi mimpi kepada manusia tanpa tujuan. Saidatina Siti Fatimah bermimpi ayahnya Muhammad s.a.w. kerana Allah SWT Maha Mengetahui bahawa beliau terlalu sedih kerana kewafatan ayahanda yang sangat dikasihinya. Kesedihan beliau membawa kepada maut kerana terlalu rindu akan ayahnya. Allah SWT memberi kepada saidatina Siti Fatimah kedatangan ayahnya didalam mimpi. Tidak lama kemudian beliau pun wafat.

Oleh itu,sejarah telah tercatat hanya manusia seperti saidatina Siti Fatimah sahaja yang bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Jika Allah SWT memberi mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. kepada manusia lain,untuk apa? Disinilah letaknya KEADILAN ALLAH SWT. Dia tidak memberi sesuatu tanpa TUJUAN.

Tidak ada bukti dalam sirah para sahabat bahawa ada antara mereka yang bermimpi Rasulullah s.a.w. Kita semua ketahui bahawa Rasulullah s.a.w. adalah pembawa berita gembira dan juga amaran kepada umat manusia. Risalah ini berlaku semasa hayat Baginda saja. Setelah Baginda wafat,misi ini telah SEMPURNA dan TAMMAT. Jika Rasulullah s.a.w. masih mempunyai hubungan dengan alam dunia ini maka banyak permasalahan umat Islam sejak Baginda wafat hinggalah dewasa ini, akan dapat dirungkai dan diselesaikan.

Saya beri beberapa permasalahan yang timbul sebaik saja Nabi s.a.w. wafat.

1. Permasalahan Kekhalifahan - Siapakah yang berhak menggantikan Nabi s.a.w.? Saidatina Siti Fatimah tidak bersetuju ke atas perlantikan saidina Abu Bakar r.a.
2. Permasalahan Tanak Fadak
3. Permasalahan Harta Ghanimah
4. Permasalahan Pembunuhan saidina Usman r.a.
5. Permasalahan saidatina Aisyah dengan saidina Ali r.a. sahingga terjadi peperangan antara umat Islam. Jika Allah SWT memberikan mimpi kepada mereka berdua atau salah seorang daripada mereka bertemu dengan Nabi s.a.w. didalam mimpi menerangkan siapakah yang benar, tentu sekali ribuan nyawa umat Islam dapat diselamatkan.

Ini belum lagi menyangkut permasalahan perpecahan umat Islam tentang Aqidah,Syariah dan Imamah. (Politik)

Pembaca yang budiman,

Jika ditanya kepada saya, apakah mustahil sesaorang itu bermimpi Nabi s.a.w. walhal dia tidak pernah bertemu dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan ia jaga? Jawapannya ialah MUSTAHIL. " Dalam keadaan ia jaga" memberi maksud, pernah bersama Nabi .s.a.w semasa hayatnya,melihat sendiri rupa paras Nabi s.a.w.

Ada 2 perkara menangani permasalahan ini. 1. Berlandaskan Hadis dan 2. Berlandaskan Logik Akal yang waras.

Berlandaskan Hadis:- ( Hadis dalam bahasa Inggeris )

Abu Hurayrah said: I heard the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) say: “Whoever sees me in a dream will see me when he is awake; the Shaytaan cannot take my shape.” (Narrated by al-Bukhaari, 6592; Muslim, 2266)

Terjemahan: Sesiapa yang melihat saya di dalam mimpi (will) dapat melihat saya bila dia dalam keadaan jaga;Syaitan tidak dapat menyerupai saya.  "will" disini digunakan bagi menyatakan kebenaran dan fakta.(Oxford)
Pencerahan: Hadis ini boleh bermaksud,orang yang bermimpi Nabi .s.a.w walhal dia tidak kenal tetapi dia kenal akan wajah Nabi s.a.w. di dalam mimpi sahinggakan apabila dia bertemu dengan Nabi dia akan berkata," Orang ini(Nabi s.a.w.) pernah aku lihat di dalam mimpi."

Narrated Anas: The Prophet said, “Whoever has seen me in a dream, then no doubt, he has seen me, for Satan cannot imitate my shape. [Sahih Bukhari -Book #87, Hadith #123]

Terjemahan: Sesiapa telah melihat saya di dalam mimpi (then) tiada keraguan dia telah melihat saya kerana Syaitan tidak dapat menyerupai rupa bentuk saya.
Pencerahan: "Then" adalah kata keterangan mengenai masa(adverb of time) ia-itu, masa lepas atau masa akan datang.(Oxford advanced learner's dictionary) Oleh itu,terjemahan yang lebih tepat ialah,sesiapa telah melihat saya di dalam mimpi tiada keraguan dia telah melihat saya di masa lepas kerana Syaitan tidak dapat menyerupai rupa bentuk saya.

Narrated Abu Huraira: I heard the Prophet saying, “Whoever sees me in a dream will see me in his wakefulness, and Satan cannot imitate me in shape.” Abu ‘Abdullah said, “Ibn Sirin said, ‘Only if he sees the Prophet in his (real) shape.’” [Sahih Bukhari - Book #87, Hadith #122]

Terjemahan: Sesiapa melihat saya di dalam mimpi (will) melihat saya dalam keadaan dia jaga,dan Syaitan tidak dapat menyerupai rupa bentuk saya.
Pencerahan: "will" disini digunakan bagi menyatakan kebenaran dan fakta.(Oxford) Oleh itu,terjemahan yang lebih tepat ialah,sesiapa melihat saya di dalam mimpi pada hakikatnya dia melihat saya dalam keadaan dia jaga.

sambungan hadis: Abu Abdullah berkata,Ibn Sirin berkata,"Hanya jika dia melihat Nabi s.a.w. dalam keadaan rupa parasnya yang sebenar(real). Oleh itu,jika nak melihat rupa paras Nabi s.a.w. yang sebenar sudah tentu sekali dia kena hidup di zaman Nabi dan jelas melihat rupa paras Nabi s.a.w.

Kesimpulan:

Berdasarkan pada keterangan yang jelas daripada hadis,kita dapat menyatakan bahawa HANYA orang-orang yang dapat bermimpi Nabi s.a.w. adalah orang-orang yang TELAH melihat Nabi s.a.w. dalam keadaan dia jaga. Ini memberi maksud,orang-orang yang hidup di masa Nabi, hadir dan pernah melihat rupa paras(wajah) Nabi s.a.w..

Berlandaskan Logik Akal yang waras:


Banyak orang mendakwa bahawa mereka bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Hebat....hebat.......!!! Termasuklah nama-nama yang saya sebutkan di atas. Jika ditanya,mereka kata mereka kenal akan Nabi s.a.w. melalui bacaan daripada hadis-hadis yang menerangkan perihal perwatakan,sedikit sebanyak tentang rupa paras Nabi s.a.w. Banyak juga daripada mereka ini yang mengetahui daripada ceramah-ceramah agama di mana saja. TETAPI INGAT!!!! Mereka ini tidak MELIHAT rupa paras Nabi s.a.w sebenar secara langsung(live) atau realiti (real live). Oleh itu,Syaitan boleh menyerupai sesaorang yang kelihatan alim dengan berjubah,serban dan janggut yang mempunyai rupa paras yang baik muncul di dalam mimpi dan sama ada mengaku bahawa dia itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. atau pun berdiam diri. Apabila sedar dan bangun daripada tidur pada paginya, mendakwa bahawa mimpi yang telah dialaminya itu adalah mimpi Nabi s.a.w. Hal ini oleh sebab,di dalam KEPALA OTAKNYA itu telah ada suatu persepsi bahawa bermimpi Rasulullah s.a.w. adalah TIDAK MUSTAHIL. Dia pun telah mendengar daripada cerita-cerita orang-orang yang mendakwa telah bermimpi bertemu dengan Nabi s,.a.w. Ada pulak tu,cakap-cakap daripada ustaz-ustaz,jika hendak bermimpi Rasulullah s.a.w. kena wirid sekian-sekian banyak selawat Nabi dan sebagainya. Hal ini semua KERANA mereka dah PERCAYA ia-itu boleh bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.

Pembaca yang budiman,

Mari saya bawa satu hadis (Sahih Bukhari-Kitab 58,Hadis No. 245) memberitakan kejadian di siang hari dan terang benderang tentang banyak di kalangan KAUM ANSAR yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. secara realiti dan tidak kenal rupa paras Nabi s.a.w. terkhilaf orang, menganggap saidina Abu Bakar r.a. sebagai Nabi s.a.w.

Begini berita hadisnya:

Semasa perhijrahan Nabi ke Medina, Nabi s.a.w. dan saidina Abu Bakar r.a. tiba di Medina pada siang hari. Penduduk Medina sedang menunggu ketibaan Nabi s.a.w. dengan penuh ghairah.Pada ketika itu,kedua-duanya bersama,banyak di kalangan kaum Ansar yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. secara realiti dan tidak tahu rupa paras Nabi s.a.w. DATANG kepada saidina Abu Bakar memberi SALAM menyangka beliau(Abu Bakar r.a.) sebagai Nabi s.a.w. Setelah saidina Abu Bakar r.a. sedar akan apa yang berlaku,bila panas cahaya Matahari terkena pada Rasulullah s.a.w.,saidina Abu Bakar r.a.MELINDUNGI Rasulullah s.a.w. dengan KAIN CADARnya. Hanya di saat itulah mereka (orang-orang Ansar) SEDAR siapa sebenarnya Nabi s.a.w.

Penjelasan: Bayangkan,di siang hari manusia boleh membuat SILAP tentang siapa Nabi s.a.w. yang sebenar. Cuba kita bayangkan,orang-orang yang mengaku dan mendakwa melihat Nabi s.a.w. di malam hari (tidur -dalam keadaan mata tertutup) di dalam mimpi.

Hadis riwayat Muslim:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda: Mimpi itu ada 3 macam: a. Mimpi gembira sebagai tanda gembira dari Allah. b. Mimpi yang memilukan datangnya dari Syaitan. c. Mimpi yang terjadi disekitar angan-angan manusia;kalau ia memimpikan sesuatu yang ia benci hendaklah ia bangun dan sembahyang dan jangan diceritakan kepada siapa saja.

Tajuk ini akan bersambung pada bahagian ke 2. Harap menunggu......

Wassalam.

Wednesday, January 1, 2014

Media The Malaysian Insider buang komen daripada seorang penulis bernama 'Hoo' tetapi The Malay Mail Online terima sebagai suatu pendapat daripada banyak banyak pendapat.

Assalamu'alaikum.

Pembaca yang budiman,

Tun ada memberi komen tentang kedegilan seorang padri yang keras kepala ingin menggunakan perkataan "Allah" di dalam gereja. Kebiasaannya,ruang komen disediakan di bawah bagi sesiapa yang ingin meluahkan isi hatinya terhadap para pengkomen. Sebagai laung-laungan freedom of speech,salah seorang pengkomen bernama 'Hoo' memberi komen bagi menangkis cacian dan makian pengkomen terhadap Tun. Komen 'Hoo' diterima oleh The Malay Mail Online sebagai suatu pendapat tetapi komen yang sama dibuang oleh The Malaysian Insider. Kritikan Tun bagi topik tersebut dibawa oleh kedua-dua media tersebut.

Pembaca yang budiman,

The Malaysian Insider telah tidak berlaku adil terhadap seorang pengkomen bernama 'Hoo'. Mungkin pada pendapat mereka komen tersebut boleh melemahkan dan menjawab segala tohmahan daripada para pembaca kebanyakan komen. Pengkomen terdiri daripada pelbagai bangsa. Oleh itu,tidak demokratik bagi pihak The Malaysian Insider untuk tidak menerimanya.

Lihat buktinya: Saya pastekan komen-komen para pengkomen bagi kedua-dua media itu.

 Tajuk di The Malay Mail Online:

Why irritate others on ‘Allah’, Dr M asks Christians

To ignorant Christians,
How could you call your gods as Allah? You all believe in trinity;the father,the son and the holly ghost,they are not three gods but one god and that one god according to your belief is Jesus.Meaning,Jesus is the father, he is also the son and the holly ghost.If you were to call your god as Allah than you've neglected Jesus. What about your baptism for your salvation? As you Christians are well informed that one of those salvation is to die in the name of Jesus because the most crucial belief of your faith that Jesus dies for your sin. "And now why do you delay? Arise, and be baptized, and wash away your sins, calling on His name.’(Acts 22:16) " Then Peter said unto them, Repent, and be baptized every one of you in the name of Jesus Christ for the remission of sins, and ye shall receive the gift of the Holy Ghost." (Acts 2:38)

Oh dear ignorant Christians,

Please be informed, your belief in trinity is well covered to the accusers that the 'Three' are inseparable meaning it is 'One' . Then,what would be the reason could you offer to those accusers for the'One' that you belief died on the cross? Isn't it your belief that Jesus had died for your sin? What a pity to the Christians if they would die by not mentioning Jesus' name! By your faith,I would say that you Christians should go to Hell.

And now, instate of calling Jesus by his name as your god,you're seriously wanted to call your god as Allah. By faith,we Muslims call our God,Allah! That is the name our God asks us to call and we've to die in His name,Allah. But pity you Christians that you're so ignorant of the instructions in your bible that you've to call Jesus by his name to wash away your sins in order to go to Heaven. Very unfortunate for Jesus had to die on the cross for your sins.

By the way,you Christians would surely go to Hell either you call your god, Allah or Jesus! Bye..bye!!!
1 Reply

Tajuk di The Malaysian Insider:

Why irritate Muslims by using Allah, Dr Mahathir asks Christians in the peninsula

  • You,Malaysian Insider is not democratic for not accepting my opinion. Release it, if you're truly fair to everyone.
    Reply
  • hoo
    0Rate a Thumb UpRate a Thumb Down0
    Hoo  •  30 minutes ago Remove
    Please read...please read....you ignorant people!
    Reply
  • ROBIN
    0Rate a Thumb UpRate a Thumb Down0
    ROBIN  •  54 minutes ago Report Abuse
    THE FEDERAL GOVERNMENT MUST PUT THE POLICE FEDERAL RESERVE UNIT AT ALL CHURCHES IN MALAYSIA BECAUSE THE UNITED NATIONS COULD EXPELL MALAYSIA FROM THE WORLD BODY LIKE WHAT HAPPENED TO INDONESIA IN 1965.

    HISTORY NORMALLY REPEAT ITSELF.... More
    Reply
  • Israel Rule The World
    0Rate a Thumb UpRate a Thumb Down0
    Israel Rule The World  •  54 minutes ago Report Abuse

    It was proven in the Old Testament that idol worshipping is the most gravest & unforgiving sin that leads to hell for eternity yet this lost soul Christianity made statues & pictures of the so called Jesus & his mother Mary as objects of worship in their Churches! ... More
    4 Replies

Oleh yang demikian,para pembaca media tersebut perlulah berfikiran waras terhadap tujuan berita tentang komen Tun dimuat naik dalam medianya.Segala komen yang tidak berpihak kepada penganut Christian akan dibuang.

Wassalam.

Tuesday, November 5, 2013

Kewujudan Parti PAS adalah HARAM dan tetap HARAM SEJAK DULU SEKARANG dan AKAN DATANG

Assalam'alaikum.

Para pembaca yang budiman,

Siapakah kita terhadap Allah SWT?
Siapakah kita terhadap Nabi Muhammad s.a.w.?
Siapakahkah kita terhadap Ibubapa?
Siapakah kita terhadap Suami?
Siapakah kita terhadap Pemerintah?

Kelima-lima entiti ini mempunyai mertabat yang telah digariskan oleh syariat agama.

Persamaan bagi kelima-lima entiti ialah KETAATAN. PENDURHAKAAN membawa BENCANA.


Allah berfirman(WasiatNya):"Tegakkanlah agama dan jangan kamu berpecah-belah tentangnya."(Q: 42:13),(Q: 3:103)

Allah berfirman: "Dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang bercerai-berai dan bersilang selisih.." (Q: 3:105)

Di negara ini (Malaysia) umat Islam berbangsa Melayu berpecah-belah kerana AGAMA bersumber daripada cabang SIASAH(Politik). Puncanya ialah BERDENGKIAN sesama mereka nak jadi pemimpin. Kenapa? Sebab,mereka dah tahu(mempunyai pengetahuan) nak jadi pemimpin melalui Kesatuan Arus Perdana(UMNO) susah dan memakan masa. Jadi,cari jalan pintas menubuhkan Kesatuan Tandingan(PAS) bagi umat Islam. Alasannya,nak menegakkan Islam. Gunakan agama sebagai alat perjuangan bagi mendapat sokongan supaya berpecah. Menyalah tafsir Surah An Nisa ayat 59 iaitu mentaati Pemerintah itu bersyarat. BUKANKAH ITU BERPECAH KERANA AGAMA? Bukti daripada Allah sebab berpecah-belah kerana BERDENGKIAN. Lihat bukti:

Allah berfirman: "Dan mereka tidak berpecah-belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka kerana KEDENGKIAN antara mereka." (Q: 42:14)

Oleh yang demikian UMNO ialah KESATUAN UMAT ISLAM ARUS PERDANA ditubuhkan dan diberi nama oleh 26 KESATUAN NGOs UMAT ISLAM. Berjaya mengeluarkan Umat Islam BERBANGSA MELAYU daripada KEGELAPAN(Penjajahan) kepada CAHAYA(Kemerdekaan).

PAS adalah Kesatuan Tandingan. Tertubuh atas dasar KEDENGKIAN oleh orang-orang didalam UMNO sendiri. Ini di AKUI oleh Mursyidul Am PAS Nik Aziz bahawa PAS adalah Kesatuan Serpihan UMNO. 

INILAH PUNCA PERPECAHAN UMAT!   INILAH PUNCA PERPECAHAN UMAT!

Mereka berniat untuk MENJATUHKAN PEMERINTAH UMAT ISLAM. Apakah mereka tidak tahu dan JAHIL bahawa jangankan kata NAK MENENTANG MENGGUNAKAN UNDI(Pengganti kepada PEDANG) BAHKAN NAK MENCACI PEMERINTAH PUN TIDAK DIBENARKAN OLEH SYARIAT ISLAM. Apakah buktinya?

Hadis Riwayat At Tirmidzy:

Abu Bakrah r.a. berkata:" Saya telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bersabda: ' Siapa yang menghina Raja(Pemerintah),Allah akan menghinakannya.' "

Hadis Riwayat Bukhary dan Muslim:

Abu Hurairah r.a. berkata:"Rasulullah s.a.w bersabda:'Siapa yang taat padaku,berarti taat pada Allah,dan siapa yang melanggar padaku berarti melanggar pada Allah. Dan siapa yang taat pada pimpinan(Pemerintah)nya berarti taat padaku,dan siapa maksiat kepada pimpinan(Pemerintah)nya berarti maksiat padaku.' "

Hadis Bukhary dan Muslim:

Ibnu Abbas r.a. berkata:"Rasulullah s.a.w. bersabda:'Siapa yang membenci sesuatu dari Pemerintahnya hendaknya SABAR. Sesungguhnya siapa yang keluar dari Pemerintahnya walau sekedar satu(1) jenkal,kemudian ia mati,mati dalam JAHILIYAH.' "

Kewujudan KESATUAN PAS TIDAK DIBENARKAN OLEH SYARIAT ISLAM tetapi DIBENARKAN OLEH SALAH SATU daripada AMALAN DEMOKRASI yang mana amalan itu adalah amalan KUFUR. Oleh itu,KESATUAN PAS adalah KESATUAN HARAM. Hal itu,TETAP HARAM dari DULU,SEKARANG dan AKAN DATANG sahinggalah DIBUBARKAN dan kembali BERTAUT kedalam KESATUAN UMNO.

Allah Berfirman: Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang;maka barangsiapa melihat (kebenaran itu) maka (manfa'atnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu),maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu). (Q: 6:104)



Wassalam.