Pembaca yang budiman,
Apa yang didengari daripada clip video yang dipaparkan ini adalah sebahagian daripada dalil dan nas Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Dalam postings saya yang lepas-lepas, jika pembaca sekelian membacanya, begitu banyak hadis yang saya kemukakan bagi menguatkan hujah bahawa menentang pemerintah itu adalah suatu perbuatan yang HARAM.
HARAM jugak menentang PEMERINTAH walaupun ianya zalim dalam apa jua tafsiran yang dapat kamu fikirkan. Begitu jugak jika kita menjadi warganegara disesabuah negara kafir,pengharamannya tetap jugak berkuat kuasa.Jika kamu tidak tertahan disebabkan penindasan yang dilakukan dan dipaksakan oleh Pemerintah terhadap kamu, maka Al Quran mempunyai penyelesaiannya iaitu HIJRAH. Sila baca BUKTINYA:
Surah An Nisa' ayat 97:
Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat sedang mereka menganiaya dirinya,malaikat berkata: Dalam apakah kamu berada? Mereka menjawab: Kami adalah orang lemah(tiada sanggup mengerjakan agama) ditanah air kami. Berkata malaikat: Tiadakah bumi Allah itu lapang,lalu kamu berhijrah kepadanya? Maka tempat mereka itu Neraka Jahannam dan itulah sejahat-jahat tempat tinggal.
Penjelasan: Ayat yang diatas memaparkan peristiwa yang akan berlaku disebut oleh Allah SWT didalam Al Quran agar menjadi pedoman dan peringatan.Orang-orang yang menjawab pertanyaan malaikat itu sebenarnya bukanlah orang-orang yang lemah malahan mereka adalah orang-orang yang berupaya yang sengaja tidak mahu berhijrah. Ini disebabkan mereka cinta kepada dunia;sama ada anak isteri,harta benda dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan dalam hal penghijrahan Nabi s.a.w. ke Madinah. Dimana tempat mereka bagi orang-orang yang tidak mahu berhijrah? Seperti mana tersebut diayat itu,"Maka tempat mereka itu Neraka Jahanam" Kecuali mereka benar-benar lemah;tidak nampak suatu jalan keluar,maka bagi mereka ini ada jugak Allah menyebutkannya.
Ayat 98 seterusnya: " Kecuali orang-orang yang lemah diantara laki-laki dan perempuan-perempuan dan anak-anak,mereka tiada berdaya dan tiada mendapat suatu jalan."
Ayat 99: "Mudah-mudahan Allah akan memaafkan mereka,dan Allah Pemaaf lagi Pengampun."
Pembaca yang budiman,
Pemerintah Quraisy menekan dan menindas serta melarang kebebasan beragama; tiada ruang bagi Nabi s.a.w. dan pengikutnya, sahingga berlakunya HIJRAH. Tidak pulak Allah menyuruh agar Nabi s.a.w. dan pengikutnya supaya berdemonstrasi secara aman! Namun begitu,tidak jugak setelah umat Islam berkembang di Madinah Nabi s.a.w. ajak pengikutnya menentang pemerintahan Quraisy. Perang Badar yang berlaku adalah arahan Allah SWT kerana bala tentera kafir Quraisy bersiap sedia untuk menyerang kaum muslimin di Madinah. Allah SWT mengetahui bahawa peperangan itu PASTI BERLAKU. Maka perintah itu DIKELUARKAN.
Dalam kesah Nabi Musa a.s.;pemerintah pada masa itu ialah Firaun, dia(Musa) diperintah oleh Allah SWT supaya pergi kepada Firaun dan mengajak Firaun mensucikan dirinya. Begitulah Kemuliaan Allah SWT terhadap Firaun; yang mengaku dirinya tuhan pun, disuruh ajak secara baik.
Dalam peristiwa lainnya pulak,apabila Nabi Musa a.s. dan pengikutnya merasakan diri mereka tidak selamat lagi tingggal dibumi Firaun maka mereka berhijrah. Tetapi penghijrahan mereka dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya sahingga turun malapertaka kepada mereka dalam peristiwa apa yang umum ketahui iaitu peristiwa Laut merah terbelah dua.
Apakah para pembaca semua pernah dengar peperangan yang berlaku antara Nabi Musa serta pengikutnya dengan bala tentera kerajaan Firaun? Kalau ada,sila nyatakan. Begitulah SIFAT AGAMA TAUHID, agama yang mementingkan KEAMANAN. BERTINDAK apabila DISERANG.
Persoalan yang timbul,apakah dinegara kita ini tidak ada kebebasan beragama? Apakah penganut agama Islam ditindas serta dilarang daripada mengamalkan ajaran agama Islam? Apakah penganut agama Islam dilarang daripada melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka? Apakah yang membolehkan sesetengah golongan penganut agama Islam ini membuat onak dan duri serta melakukan penentangan terhadap pemerintah? Pengkianat betul bagi orang-orang Islam yang berakhlak seperti itu! Mereka mengaku Islam tetapi tidak mengikut tatasusila serta akhlak sebagai seorang Islam. Mengaku mengikut Al Qur'an dan Sunnah tetapi pada hakikatnya mereka tidak atau mengikut separuh-separuh iaitu apa yang akan menjejaskan kepentingan nafsu dunia mereka akan tolak.
Disebut jugak didalam clip video itu tentang Jemaah. Timbulnya persoalan Jemaah ini jugak membawa kepada PERPECAHAN.Tanpa mengambil kira penafsiran sebenar tentang makna Jemaah Islam,maka muncul beberapa firqah yang mendakwa firqah mereka itu adalah jemaah YANG SATU yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai kelompok yang SELAMAT daripada 72 yang lain.Firqah-firqah ini mengaku bahawa merekalah golongan yang disebut oleh Nabi. Di negara ini saje terdapat beberapa golongan seperti Arqam,Tabligh,Tariqat dan tidak terkecuali parti PAS yang mendakwa mereka adalah JEMAAH ISLAM walhal semua mereka ini jauh daripada menepati sifat-sifat sebagai JEMAAH ISLAM.
Wallahu'alam.